TASIK BIRU BAU SARAWAK
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 8 ก.พ. 2025
- Tasik Biru yang terletak di Daerah Kecil Bau merupakan lombong emas yang terkenal di negeri Sarawak. Tasik Biru di Bau, Sarawak yang terletak kira-kira 35 kilometer dari Bandaraya Kuching. Pernah satu ketika, Tasik Biru dikeringkan semula untuk mengorek emas oleh syarikat negara asing. Mungkin ramai yang tidak tahu, tasik ini menyimpan emas yang paling cantik serta berkualiti di dunia.
Akibat daripada pemendapan itu, penduduk di sini marah lalu membantah kerja-kerja melombong semula. Setelah mendapat bantahan daripada penduduk tempatan, akhirnya pada tahun 1998, air diisikan semula ke dalam tasik ini dan kerja-kerja melombong dengan rasminya ditutup. Berikutan itu, pemendapan berhenti dengan serta merta. Tasik Biru sebenarnya bukanlah tasik semula jadi kerana ia terbentuk daripada aktiviti perlombongan emas yang dijalankan oleh Borneo Company pada 1898.
Namun, operasi lombong itu ditutup ekoran banjir yang melanda pada tahun 1921 sehinggalah ia dibuka semula kepada umum pada 21 April 2001 tetapi sebagai lokasi pelancongan.
Sejak itu, tasik yang memiliki kedalaman 91 meter dan meliputi keluasan kira-kira enam hektar mula dikenali ramai. Sebagaimana tasik lain, tasik yang menjalani kerja pembesaran pada tahun 2000 itu mampu menggamit pelancong untuk singgah sebentar bagi menikmati pemandangan di situ.
Musik: Allesandro - Petang (Sape Instrumental cover)