Bandar Gua Musang, Kelantan (4k)

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 26 ส.ค. 2024
  • Bandar Gua Musang, Kelantan
    Gua Musang merupakan salah satu jajahan Kelantan. Gua Musang terletak di selatan Kelantan, Malaysia. Jajahan Gua Musang dikenali sebagai jajahan pedalaman Kelantan kerana kawasan ini amat terpencil. Gua Musang merupakan jajahan yang terbesar di Kelantan kerana separuh daripada negeri Kelantan terdiri daripada jajahan Gua Musang.
    Gua Musang adalah pintu masuk utara ke Taman Negara, yang terletak di bahagian tenggara jajahan ini. Gua Musang dikelilingi oleh gua-gua dan bukit-bukau batu kapur, yang amat dikenali di kalangan pengembara gua dan pendaki gunung.
    Terdapat juga beberapa gua dan lata yang menjadi tarikan pelancong seperti Gua Madu dan Gua di Chiku 2.
    Sejak pasca banjir besar 2014, semakin rancak pembangunan dijalankan di Gua Musang. Antara yang menjadi perhatian ialah Masjid Buluh Gua Musang yang mana majoriti binaannya dihasilkan daripada buluh. Masjid tersebut mula dibina sekitar tahun 2018 dan siap sepenuhnya pada penghujung 2019.Secara tidak langsung, masjid ini seolah-olah mengahdap ke arah Masjid Razaleigh kerana arah kiblat yang selari.
    Masjid Razaleigh yang baharu merupakan hasil cetusan aneh Ahli Parlimen Gua Musang iaitu Tengku Razaleigh Tengku Hamzah yang dibina di tapak baharu (sebelum ini merupakan tapak balai polis lama) setelah mendapati masjid lama telah uzur dan sering ditenggelami banjir. Masjid ini mengambil senibina Masjidil Haram (walaupun tidak sesempurna masjid asal). Projek pembinaan dimulakan pada 2016 dan dibuka pada Mac 2022 selepas PKP.
    #guamusang #kelantan #malaysia #fawwazmedia
    -----------------
    Eagle
    by FSM Team
    Music by www.free-stock...

ความคิดเห็น • 15

  • @tengkumasriha1122
    @tengkumasriha1122 ปีที่แล้ว +5

    Terima kasih tolong tunjukkan lokasi pemandangan kt satu2 tmpt buat org yg x pernah melihat & ingin melihatnya. Sila teruskan kt tmpt yg lain pula.

  • @venukunjambu8321
    @venukunjambu8321 22 วันที่ผ่านมา +1

    Selepas hampir 25 tahun 😢

  • @irfansheesh29
    @irfansheesh29 3 หลายเดือนก่อน

    Kampung gua musang hadir

  • @zimimikie3971
    @zimimikie3971 ปีที่แล้ว +1

    Bandar plg trsusun n plg cantik di kelate👍

  • @afns1467
    @afns1467 ปีที่แล้ว +2

    Ni pekan aje ni

    • @tulartv1921
      @tulartv1921 ปีที่แล้ว

      Pekan haha ni lawak

  • @UstazAizil
    @UstazAizil ปีที่แล้ว +3

    Tuan ni mmg power lah..Terbaik tuan....

    • @FawwazMedia
      @FawwazMedia  ปีที่แล้ว

      Musyakkin awi 👍🏻👍🏻

  • @kasturideraman7983
    @kasturideraman7983 ปีที่แล้ว +2

    wow

  • @user-jb1jx1rv1c
    @user-jb1jx1rv1c 10 หลายเดือนก่อน

    Pernah gi dah tak besar mana pun daerah kt kelantan ni , nak cri kemudahan pun kurang 😅😅 nak kena gi kota bharu baru ada la sket tu pun ambil masa 4 jam... terengganu , kedah lagi besar dan luas serta banyak lagi kemudahan even bukan ibu negeri

    • @HusniMatzin23
      @HusniMatzin23 7 หลายเดือนก่อน

      Bandar ke daerah dia yg kecik ni..🤔 kalau bandar memang betul kecik. Sbb kawasan pedalaman/hulu kelantan.. kalau daerah dia paling besar kat kelantan.. meliputi separuh negeri kelantan😅...nak pergi ke kampung org asl kat pedalaman gua musang pon. 4 hngga 5 jam baru smpai .. Tak besar mana dih daerah dia..😂😂 😂

  • @Darknessheart19
    @Darknessheart19 ปีที่แล้ว

    bos buat bandar tanah merah,kelantan rindu kg😅

  • @abaziz8913
    @abaziz8913 ปีที่แล้ว

    Bandar paling moden dari segi binaan selepas Kota Bharu

  • @azmanahmad8808
    @azmanahmad8808 5 หลายเดือนก่อน

    Pop Gua Musang dh melebihi 100k org