"Negeri ni xpopular macam negeri lain, tapi kebaikan org kat sini aku xpernah jumpa kat tempat lain"..menitik air mata aku weiii..sbb aku anok kelate beraso banggo..thanks utk content mcm ni..👍👍👍
Betul, good content - good editing hasil dari pengambilan shot yang banyak, penggunaan drone yang baik , muzik yang rilex sesuai dengan scene, aksi yang selamba dan tidak fake, gambar yang segar dari cinematograpy wide angle to share with others about your surroundings at that time.., skrip yang simple, teratur dan spontan, korek info cerita orang tempatan dan share, berkenalan dengan semua orang secara spontan dan yg best akan dapat makan free!!!!.. quite suprise Malaysian ada content yang "segar" macam Mark Weins, Food Ranger, Drew Binsky, Itchy Boots, Kara & Tate, Lost Le Blanc, Sam Chui, Best Food Review Ever yang aku selalu tengok...move forward bro...sesekali cuba buat 'affiliate' dengan vloger tempatan dimana kau berada kalau boleh..cuba communicate dengan your komentar dibawah dengan menjawab pertanyaan atau mempelawa apa mereka hendak...two communications make things better and better!!!...tujuannya to widen your unique visitors and get more subscribers....anyways well done!
saya orang N9 dan pernah duduk kelantan 5 tahun... ALLAH SAHAJA YANG TAHU BERTAPA INDAHNYA KELANTAN BAIK DARI SEGI BUDAYA.BUDI BAHASA. DAN KEINDAHAN SEMULA JADI... PASAL MAKANAN JANGAN CAKAPLAH KAYA DENGAN MAKANAN2... KENAPA X G PONDOK PASIR TUMBUH...
15:24 this is Kelantan bro. Ramai yg menghina kami dgn pelbagai hinaan tetapi kami tetap harmoni dgn adab kami yg masih kuat tak kira kaum kami bangsa Kelantan❤️
@@clickhere_tech3114 yg mmburukkan klntan tu sbb politik je, takut sgt org cmparekan klntan ngn ngeri laen jd dorg cr la buruk klntan. mmg ada yg buruk tp bila dr klantan je akan dhebohkan sdgkan ngeri laen pon sama.
@@patoleto7471 takkan semua yg bercakap tu semata nak memburukkan kelantan sbb politik.. yg bercakap tu pulak org awam biasa je pun.. bukan org politik.. Aku masuk 3 IPT dah.. dari politeknik, masuk pulak kolej dan satu universiti awam.. mana² pun org akan bercakap perangai org kelantan.. Betullah tak semua org kelantan tu mcm tu.. ada je yg baik mcm TGNA dll.. Pengalaman aku sendiri pun pernah kena dengan sekumpulan budak² kelantan.. aku bukan org politik pun.. Kwn sekolah aku pun ada sorg ayah dia org kelantan, dia pun tak suka balik kmpg kat kelantan.. Mana² pun org bercakap.. bukan org politik pun
@@robiahbintibidin1779 betul tu... Kelantan dan Terengganu negeri yang paling best bagiku,,biarpun negeri ni adalah antara negeri miskin di Malaysia,, bagiku itu sangat ii tidak logik...aku sebagai anak melayu Terengganu/Kelantan sangat kecewa dengan kenyataan ni.. Namun,, Alhamdulillah dengan kebaikan warga kami,, menyebabkan kami merasakan lebih bermakna,, Terima kasih ❤️
aku orang johor suka negeri kelatan sbb jeles gila dgn akhlak orang sana baik baik belaka.. hospitality pun mantap kat sana.. malaysian proud walaupun negeri underated.. pada aku makanan mmng padu teruk! sarapan pagi dah mcm tengahari punya makan
Asalnya dulu memang makan berat sebab orang kelantan ni ada tiga profesyen utama: peladang (petani, pesawah dan penternak), pelaut dan peniaga. Memang perlu makan berat sebab banyak nak guna kederat dari pagi sampai ke tengahari. Hari ni ramai kat wad diabetes sebab kerja duduk dalam aircond, peluh jarang keluar tapi makan tetap banyak. Haha
Aku org Kelantan stay Johor, apa kurangnya Johor, terbaik, aku stay belah Batu Pahat, mcm2 makan jawa, bugis DLL aku try, perasaan ingin kenal budaya negeri org mmbuat kita rasa seronok tinggal di Johor, so far orang johor semua ramah.
Aq org johor blja mkn budu masa kt kolej dulu. Tu pon kne pksa gn kwn2 . Kwn2 plk ramai ore kelate lma2 dok melekat kt aq . xde budu xde slera beb, memang padu!!! .
Assalamualaikum. Saya bercadang nak melawat Kelantan tidak lama lagi. Jadi saya perlu membuat sedikit reseach dan saya terjumpa video tuan. Banyak reviewer yang saya skip lepas tengok few minutes persembahan mereka. Tapi tidak yang ini. Content tidak draggy. Takde yang merapu. Takde syok sendiri. Takde cakap banyak-banyak. Takde try hard, Dan tak terlalu banyak effect yang bukan-bukan. Malah saya terinspirasi, dan tersenyum sendiri. Melihat keindahan Masjid Kayu Pulau Gajah saya jadi sebak. Pandai Tuan ambil gambar. Teruskan berkarya. Tuan tak cakap banyak, tetapi visual tuan membuatkan "Biar Gambar Berbicara". Ketika saya menonton video ini, ada 165 yang telah menekan butang Dislikes. Saya tak faham dan saya tak tahu apa yang mereka nak. Jangan putus asa berkarya dan teruskan menjadi diri tuan. Saya baru tekan butang subscribe. Keep Up The Good Work.
mula2 aku jejak kelantan.. aku rasa mcm aku masuk tahun 80an..tapi setelah beberapa ketika.. aku jatuh hati dengan negeri ni.. sumpah.. orgnya baik2, makanan sedap2.. betul lah kata host ni..negeri tak popular tapi orang2 sgt baik yang jarang jumpa di tempat lain.. terbaik lah video ni..
org kelantan memang baik2 ...pnah dtg sana dduk kuala krai ...makanan sna PUN mmang sedap2 ..trutama BUDU🤤 ..ngan telur dadar pun sda cukup ..perghh ... SALAM DARI SABAH😘
Baiknya peniaga² kelate ni 😍 sumpah tak kedekut langsung. Walaupun diorang dah jual murah tapi still bagi free dekat sesetengah pembeli. Dah lah pemurah, peramah pulak tu 🤭 Tak tau lah kenapa orang luar selalu sangat dengki dan hina ore kelate. Padahal bila diorng datang kelate, ore kelate layan ore luar elok je. Haishh harapnya kita sebagai rakyat malaysia dapat buang mentaliti negatif terhadap ore kelate dan ore² drpd negeri lain jgk. Thanks bros, buat video travel dlm Malaysia macam ni. Walaupun tak pegi travel, tapi rasa mcm ada feeling² travel gitu bila tgok video ni. Suka tengok video korang sebab nampak positif je semua plus video korang high quality sangat mcm tv daa. Semoga murah rezeki ore kelate termasuklah semua org malaysia ❤️
agama kita ajar mcmtu bila nak berjual beli. lebih takpe jangan kurang. terpakai juga utk pembeli bukan hanya penjual. baru ikatan silaturahim lebih utuh
12 tahun aku keje dan dduk di kelantan..negeri yg byk mngajar aku erti kehidupan..2007-2019 sweet memory.. terima kasih untuk semua rakyat kelantan..anda semua kaya dgn budi bahasa...👍👍👍👍
Den orang selangor..wife org kelantan.. Memang best kalau balik kelantan..pagi petang siang malam makan jer..memang sedap giler makanan kat kelantan..dari goreng pisang sampai le nasi kerabu nasi belauk..padu bohhhh...kedai tepi tepi jalan pun dah sama rasa mcm makan kat kedai Kak Wok s.alam...klau g pasar pagi ke pasar malam..pergh berpinau biji mata tengok kuih kuih dn mknan diorang..klau blh satu pasar tu aku nk beli try...untung den dpt org sana....paling den tk buleh nk lupe..masa mula kawin..sepatah haram den x paham apa diorang sembang..den klau diorang sembang angguk angguk geleng geleng je la..nk jdi cite arwah pak mertua den suruh g pasar beli tembikai..den dgn bangga start moto g beli..skli blik kena gelak jer..
Sama mcm aku... Dpt bini ore kelate... Balik kmpung tiap2 pagi mkn nasik... Mcm2 jenis nasik & lauk best2. Nsik lauk itik serati tu aku rembat yg slama ni x pnah tringin nk mkn. Lgi 1... Pelik tgk cina kt sane pn pagi2 breakfast nasik.... Cina ckap loghat kelate x pyah tnya la... Klu x tgk muka mmg kata melayu dh... 😂
Aku je ke yg org kelantan tak pernah g smua tempat dlm vid ni?kmpung sendiri tapi tk prnh g tu pun dodol rumah hijau kat psir mas tu dkt dgn rmh tokmi aku pun tak pernah gi,ksiannya aku ni hmmm.....sape org perantauan mcm aku tk pernh pergi tmpt ii dlm vid ni even kg sendiri....likee sikit💆🏻♀️
Saya orang indonesia senang bisa jalan jalan ke malaysia dan memiliki teman malaysia , tapi karena corona ini saya jadi tidak bisa naik ka rakyat timuran ekspress dan tak bisa ke petronas , saya doakan semoga malaysia bisa sembuh dari keadaan ini , salam dari indonesia 🇮🇩🇮🇩❤❤
Berikut antara list tempat menarik di Kelantan, klu xpegi mmg rugi: 1. Pantai Cahaya Bulan PCB 2. Pantai Genting, Tumpat 3. Air Terjun Gunung Stong, Jelawang (camping), Dabong. 4. Pantai Senok, Tawang Bachok. 5. Kg. Kraftangan KB 6. Pantai 7, Tumpat. 7. Pasar Besar Siti Khatijah, KB. 8. Air terjun Telaga Bijih, Tanah Merah. 9. Rantau Panjang. (Shopping) 10. Pengkalan Kubor, Tumpat. ( Shopping) 11. Pasar Terapung, Tumpat. 12. Dataran Muhammadi (malam) 13. Tambatan Diraja (malam) Makan2 best kat Kelantan: 1. Nasi Kak Wok Original, Jln. Pasir Hor - Telipot, kb. 2. Restoren White Horse, depan Masjid Muhammadi, Kb. 3. KB burger Bakar, Telipot, kb. 4. Nasi Kerabu Panji, kg. Panji, KB. 5. Nasi Ayam Cobek, (Nasi pagi) Tepi Shell Rantau Panjang. 6. Hostel Pantai, (Daging Harimau Menangis, Ngian Plau) Kem Kijang, PCB. 7. Nasi Ayam Kampung, blkg Pasaraya Billion, KB. 8. Ikan patin masak tempoyak, Bulatan Jam Besar, KB. 9. Nasi Kak Chik, Kg. Berangan, Tumpat. 10. Air Asam Perut, depan Masjid Besar Machang. 11. Nasi Ulam Budu Cikgu, Kg. Kraftangan KB. 12. Satay Baung, Jln. Pengkalan Chepa, Kb. 13. Satay Cik Siti, Machang. 14. Roti Tempayan 3 Abdul, kg. Landak, Pdg. Tembak, Kb. 15. Mee Udang, Pasir Mas. 16. Gulai Kampung Ikan Darat, jln. Jertih-Bukit Yong. 17. Nasi gulai pagi, dpn Sekolah Ketereh. 18. Serunding dan dodol, kg. Laut, Tumpat. 19. Serunding dan dodol Rumah Hijau, Dekat Bulatan Pasir mas - Rantau Panjang. 20. Nasi Kerabu Kadok, Ketereh. 21. Nasi Singgan daging bakar, kadok, Ketereh. 22. Satay Malaysia, Kg. Baung, Pengkalan Chepa.
subonium mmg bukan semua beradab dan baik tp kebanyakkan org klantan ni baik,klau orang xbuat dkat kita,kita akan hormat dia...Tak akan cari gaduh duluuu...
Aku dulu pernah kerja d Jeli, Kelantan. Sedih nya bila berpindah blik k KL. org kg buat kenduri doa selamat utk sku. Terharu sungguh! Bila dok KL - rindu sangat Kelantan - macam d lambai-lambai suruh aku pulang k sana……….. setiap tahun cuti wajib k sana. kini covid - dah tak bole rentas negeri! In shaa allah - tak lama lagi bole gie….
Masjid Buluh Gua Musang pun unik jugak, semua dari buluh. dalam 3 minit dari Masjid Buluh, ada Masjid Razaleigh inspirasi dari Masjidil Haram. Jemputlah datang.
@@FikriZamRi kalau datang Gua Musang, kena pergi; 1. Masjid Razaleigh 2.Masjid Buluh 3. Mendaki Gua Musang 4. menjejak raflesia di Lojing 5. Ke perkampungan Orang Asli (Pos Gob @ Kg Redip, Pos Hau) 6. naik keretapi membelah luar bandar dari GM ke K.Lipis @ Bertam 7. Tokong Mek 8. Jambatan Keretapi dan Kubu Tentera Kg Bertam 9. Rock Climbing di Etnobotani 10. Taman Rekreasi Kesedar Perdana (Padang golf dalam kawasan batu kapur). Hehe. Banyak tempat boleh lawat di Gua Musang.
Fikri nanti dtg Klate by flight contact saya gi amik airport Kb..Naik keta saya..Gi round habis apa yg terlintas di hati ikut rate Grab point by point booking baru safety ..offer juga Kat kwn2 lain berminat..boleh wasap.my/60199682915/TourKlatefromAirportKb
Walaupun aku orang Negeri Sembilan..Tpi aku suka dengar orang Kelantan berborak..minat do dgn bahasa Kelantan..Contact wassap aku pulak memang bnyak orang Kelantan🤭Hope one day dpt pergi Kelantan🥺😘In sya Allah
Kelantan ni paling best bahasa dia. Makanan dia paling best tu buduh. Orang dia tak berpuak. Percakapan dia sangat fasih dan lemah lembut. Aku respect org kelantam.
Kisah tak boleh lupa... Tahun 90an..saya tak jadi masuk kedai bila tengok ada papan tanda " Tuak di jual di sini"... Rupa nya air nira kelapa. Lepas tau... Pagi petang siang malam bedal air Tuak yang cukup manis Dan menyegarkan.
seriously lepas tgk video ni lah aku decide nk pegi kelantan bulan lepas, and it was the best holiday ever !! kelantan mmg awesome!! tq jugak fikri sbb sharing tempat2 best kat kelantan. Almost semua tempat ko share aku pegi..terbaik!!!
Saya dan kawan-2 Belajar di Negeri Kelantan for 3 years di UiTM Machang. Kelantan will always be my fav place. Kelantan always have special place in my hartttt :(( Too many memories. Huargh Rindu. UiTM Machang (2016-2019).
tapi takde lah nak balik Kelate... tu dulu terpaksa. Nasib kerjaan buat uni kat Klate bagi bisnes sikit.. nak tgk Mat Kilau, Airforce panngung pun tkde.
Demo maghi negeri kawe boh, patutnya demo maghi tido umah kawe ni. Kawe bui pakai kain plikat..😀..xdok laa gura jh. Yg paling penting, nk ucap Terima Kasih banyak sudi ke Negeri Kami. Kelantan Darul Naim.
Kelantan sangat harmony dan Aman. Ramai rakyat khasnya orang cina yg salah faham tentang keadaan di kelantan. 3tahun lalu saya pertama kali pergi sana. Betul betul terpikat dengan friendly penduduk setempat dan semua kaum hidup dlm harmony. Akhir kata :kata kata politics kenal ditimbang. Jangan percaya sebulat bulat
Masa Cina sikit, Tamil sikit boleh royat harmoni bagai...hah tgk skg semua dh sokong DAP kristian baru hang tahu... langit tinggi rendah cina dah mula naik tocang
Alhamdulillah, 4 tahun dok kl cari rezeki, sentiasa rindu kat negeri klate, walaupon macam2 ore dok hina negeri klate, terima dngn hati terbuka sahaja 😎
both my parents from kelantan, sumpah rindu kelantan. saya memang dibesarkan di selangor. setiap kali balik kelantan memang makan je kerja nya. 2 tahun dah tak balik since covid datang malaysia, every year memang balik akan kelantan. rindu nasi kerabu, rindu PCB, rindu colek goreng 😭
tapi takde lah nak balik Kelate... tu dulu terpaksa. Nasib kerjaan buat uni kat Klate bagi bisnes sikit.. nak tgk Mat Kilau, Airforce panngung pun tkde.
Orang Kelantan ni kau datang tempat dia, memang dia serve padu habis sampai ending kau yang penat makan. Setiap rumah kalau boleh nak jamu makan nasi. Masalahnya, kau tak boleh nak tolak sebab diorang masak sedappppp!! Kalau tunjuk jalan, kalau boleh sampai depan pintu diorang hantar. Hahaha. Lagi padu kadang dorang pun lepak sekali dengan orang rumah yang kita cari macam kenal je. Padahal pestime gak jumpa. 🤣 Kelantan memang best kalau jalan. Santai. Makan best. Orang baik. Yang kata tak best tu mungkin jalan dekat langit. Mana jumpa orang kan. 😅
Aku ada pengalaman kereta rosak semasa berada dkt kelantan, nak dijadikan cerita selepas sahaja selesai ambil gmbr semua dkt Pantai Senok, member aku drive dia telanggar batu besar sampai pecah habis radiator, nak ditakdirkan kereta betul2 mati dkt satu kedai ni,pastu duduk sekejap datang lah seorang pakcik owner kedai tu, dia lah yg bnyk tlg, dia tlg call pomen tlg call towing semua dan yg paling baik siap belanja air dan keropok lg... Fuhh memang baik ah org Kelantan ni...
Betul bos...sy pernah ada pengalaman ngn family,keta kami rosak tengah jalan dekat2 ngn jeli gitu la,ada rumah tepi jalan tu siap pelawa kami 2,3 buah kereta ni mai masuk dulu minum2 dl sementara tggu pomen sampai,siap sediakan tmpt solat lagi, alhamdulillah ada tempah berteduh sementara tggu kereta dibaiki,klu x berpanas la dgn anak2 kecik pun ada masa tu
nak nangis aku tgk video ni weh. thank you sebb buat video negeri aku nmpak cantik sgt! masa aku kerja kat johor, aku ada sorg member org cina johor ni taw, dia dulu belajar kat kelantan 5 tahun. dia ckp dia speechless sebb bila melawat rumah org, tuan rumah selalu ajak mkn sekali. each time. tanpa kira bangsa or agama. make me proud
Sy orang negeri Kedah.. banyak2 negeri pernah sy pergi negeri Kelantan pergi memang best.. suasana dia xsama dgn negeri lain.. memang rindu nk pergi lagi . Makanan paling sy suka makan sup belut.. memang terbaikk..
Kelantan suatu ketika dahulu pernah jadi tumpuan pelancong dari pelusuk negara. Bahkan, Mat Salleh dan Mek Salleh sering kelihatan di bandar Kota Bharu...entah kenapa lama-lama, Kelantan ketinggalan apabila wujud tempat2 menarik di negeri2 lain sedangkan Kelantan masih sedia dengan yang ada. Rasanya kerjaan negeri perlu bijak wujudkan banyak lagi destinasi pelancongan dalam negeri yang berkualiti dan bersih.
tapi takde lah nak balik Kelate... tu dulu terpaksa. Nasib kerjaan buat uni kat Klate bagi bisnes sikit.. nak tgk Mat Kilau, Airforce panngung pun tkde.
Terima kasih kerana memperkenalkan Negeri Kelantan kepada dunia luar . Kelantan tak jauh ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan negeri-negeri pantai barat yang lain.
Memang Malaysia tempat terbaik untuk melancong. Terlalu banyak sangat tempat2 yang menarik. Hilang rasa rindu untuk bercuti bila watch video2 Fikri. Semuga Covid-19 cepat berlalu pergi…Inshaallah, Amin🤲🏼
Alhamdulillah content yg paling aku suka gila. Terharu dan sebak bila lihat content ni. Cinematic nya sngat cun. Tq abg for this beautiful content. Hope org luar dpt ubah mindset mereka tntng negeri kelantan
✌🏻 Subscribe untuk join aku travel pusing satu Malaysia!
terbaik video bos , tq sudi berkunjung ke kelantan .
@@azharwan97 Thanks bohh! Next time repeat 😁
Jom dtg johor bahru pulak lpas ni😊
@@saanzack9323 berehh. johor banyak plan jugak. dulu sy study johor 😅
Dtg kelantan roger2 kalau free boleh join bercontent .
"Negeri ni xpopular macam negeri lain, tapi kebaikan org kat sini aku xpernah jumpa kat tempat lain"..menitik air mata aku weiii..sbb aku anok kelate beraso banggo..thanks utk content mcm ni..👍👍👍
I ❤️ kELANTAN 👍👍👍
Betul brader.. Memang berul 100%. Aku ni India tp kawe layan bagus kat Kelate.. Aku lebih suka pi sana dari Negeri lain..
Walau kelate tok ado banguney Supo sek demo tapi sek ambo kayo nge budayo, makaney n bahaso boh..ore sek ambo jugok rama hok berjayo
Samo boh. Kita pun raso banggo. Share rama2 biar sumo ore tengok negeri kelate❤
alhamdulillah.. hok ni sy dengar sai2 royat sokmo.. #anokkelatejati #banggajadiorekelate
Wehhhhhhhhhh content macam nih laaa patutnya ramai viewers tengokk! MashaaAllah! I miss kelantan so much 😭❤
🙏🙏
Betul, good content - good editing hasil dari pengambilan shot yang banyak, penggunaan drone yang baik , muzik yang rilex sesuai dengan scene, aksi yang selamba dan tidak fake, gambar yang segar dari cinematograpy wide angle to share with others about your surroundings at that time.., skrip yang simple, teratur dan spontan, korek info cerita orang tempatan dan share, berkenalan dengan semua orang secara spontan dan yg best akan dapat makan free!!!!.. quite suprise Malaysian ada content yang "segar" macam Mark Weins, Food Ranger, Drew Binsky, Itchy Boots, Kara & Tate, Lost Le Blanc, Sam Chui, Best Food Review Ever yang aku selalu tengok...move forward bro...sesekali cuba buat 'affiliate' dengan vloger tempatan dimana kau berada kalau boleh..cuba communicate dengan your komentar dibawah dengan menjawab pertanyaan atau mempelawa apa mereka hendak...two communications make things better and better!!!...tujuannya to widen your unique visitors and get more subscribers....anyways well done!
@@azarrariff2316 good suggestions😊
kawe nok share video kawe reaction video kelate lah. salam dari sarawak..tgk deh.
th-cam.com/video/_tXgUM7vBSQ/w-d-xo.html
haha You miss Kelantan so much that you don't want to balek Kelantan..Welcome to Shah Alam my friend...😂😂😂
saya orang N9 dan pernah duduk kelantan 5 tahun... ALLAH SAHAJA YANG TAHU BERTAPA INDAHNYA KELANTAN BAIK DARI SEGI BUDAYA.BUDI BAHASA. DAN KEINDAHAN SEMULA JADI... PASAL MAKANAN JANGAN CAKAPLAH KAYA DENGAN MAKANAN2... KENAPA X G PONDOK PASIR TUMBUH...
next time eh. haritu rushing kena balik 😅
Ngaji pondok ko dulu?
AdE ORG KOMEN DUK KELATE XLAMA PUN TP KUTUK ORG KLNTN ..Dia yg masalah kot
Alhamdulillah.. Bagus la. Org kelantan selalu mengalu-alukan org luar lawat kelantan. Terima kasih 😍
@@PUtrihaf hahaha, apa punya parasit laa.
15:24 this is Kelantan bro. Ramai yg menghina kami dgn pelbagai hinaan tetapi kami tetap harmoni dgn adab kami yg masih kuat tak kira kaum kami bangsa Kelantan❤️
I ❤️ kELANTAN 👍👍👍
Ramai yg bercakap tu mgkin ada sebab lain.. takkan ramai bercakap tapi takda sebab.. mesti bersebab..
@@clickhere_tech3114 yg mmburukkan klntan tu sbb politik je, takut sgt org cmparekan klntan ngn ngeri laen jd dorg cr la buruk klntan. mmg ada yg buruk tp bila dr klantan je akan dhebohkan sdgkan ngeri laen pon sama.
@@patoleto7471 takkan semua yg bercakap tu semata nak memburukkan kelantan sbb politik.. yg bercakap tu pulak org awam biasa je pun.. bukan org politik..
Aku masuk 3 IPT dah.. dari politeknik, masuk pulak kolej dan satu universiti awam.. mana² pun org akan bercakap perangai org kelantan..
Betullah tak semua org kelantan tu mcm tu.. ada je yg baik mcm TGNA dll..
Pengalaman aku sendiri pun pernah kena dengan sekumpulan budak² kelantan.. aku bukan org politik pun..
Kwn sekolah aku pun ada sorg ayah dia org kelantan, dia pun tak suka balik kmpg kat kelantan..
Mana² pun org bercakap.. bukan org politik pun
Bangsa kelantan ?
Negeri yg masih kekalkan budaya2 melayu, kelantan and terengganu...insyallah satu hari akan kesana 😍....
nk datang roger2
Lah negeri pain ade jea
@@syakirbaharum2274 n9 pun ada
@@syakirbaharum2274 cuma sikit
@@robiahbintibidin1779 betul tu... Kelantan dan Terengganu negeri yang paling best bagiku,,biarpun negeri ni adalah antara negeri miskin di Malaysia,, bagiku itu sangat ii tidak logik...aku sebagai anak melayu Terengganu/Kelantan sangat kecewa dengan kenyataan ni..
Namun,, Alhamdulillah dengan kebaikan warga kami,, menyebabkan kami merasakan lebih bermakna,,
Terima kasih ❤️
Kwe org Kelantan,kalau dmo pn org Kelantan blh like di sini
Like Ambo pulop
Saya org k.l rantau panjang
aku orang johor suka negeri kelatan sbb jeles gila dgn akhlak orang sana baik baik belaka.. hospitality pun mantap kat sana.. malaysian proud walaupun negeri underated.. pada aku makanan mmng padu teruk! sarapan pagi dah mcm tengahari punya makan
Awang Paktongkol Johor pn mkanan best2 jgk bro. Lagipun kerabat Johor ngnn Kelantan ni ade hubungan.
Asalnya dulu memang makan berat sebab orang kelantan ni ada tiga profesyen utama: peladang (petani, pesawah dan penternak), pelaut dan peniaga. Memang perlu makan berat sebab banyak nak guna kederat dari pagi sampai ke tengahari.
Hari ni ramai kat wad diabetes sebab kerja duduk dalam aircond, peluh jarang keluar tapi makan tetap banyak. Haha
@@ishaqhakim8483 hahaha semoga sihat belaka orang orang kelantan.. mungkin dah biasa sarapan kerabu pagi pagi hhahah
Aku org Kelantan stay Johor, apa kurangnya Johor, terbaik, aku stay belah Batu Pahat, mcm2 makan jawa, bugis DLL aku try, perasaan ingin kenal budaya negeri org mmbuat kita rasa seronok tinggal di Johor, so far orang johor semua ramah.
Ank klate...ddk jb
Aq org johor blja mkn budu masa kt kolej dulu. Tu pon kne pksa gn kwn2 . Kwn2 plk ramai ore kelate lma2 dok melekat kt aq . xde budu xde slera beb, memang padu!!! .
terbaik..
Teringat dulu kena raging....kwn kena paksa minum budu sebotol....one go...muntah beb...
Assalamualaikum. Saya bercadang nak melawat Kelantan tidak lama lagi. Jadi saya perlu membuat sedikit reseach dan saya terjumpa video tuan. Banyak reviewer yang saya skip lepas tengok few minutes persembahan mereka. Tapi tidak yang ini. Content tidak draggy. Takde yang merapu. Takde syok sendiri. Takde cakap banyak-banyak. Takde try hard, Dan tak terlalu banyak effect yang bukan-bukan. Malah saya terinspirasi, dan tersenyum sendiri. Melihat keindahan Masjid Kayu Pulau Gajah saya jadi sebak. Pandai Tuan ambil gambar. Teruskan berkarya. Tuan tak cakap banyak, tetapi visual tuan membuatkan "Biar Gambar Berbicara". Ketika saya menonton video ini, ada 165 yang telah menekan butang Dislikes. Saya tak faham dan saya tak tahu apa yang mereka nak. Jangan putus asa berkarya dan teruskan menjadi diri tuan. Saya baru tekan butang subscribe. Keep Up The Good Work.
mula2 aku jejak kelantan.. aku rasa mcm aku masuk tahun 80an..tapi setelah beberapa ketika.. aku jatuh hati dengan negeri ni.. sumpah.. orgnya baik2, makanan sedap2.. betul lah kata host ni..negeri tak popular tapi orang2 sgt baik yang jarang jumpa di tempat lain.. terbaik lah video ni..
Sis nak jadi orang Kelantan tak
org kelantan memang baik2 ...pnah dtg sana dduk kuala krai ...makanan sna PUN mmang sedap2 ..trutama BUDU🤤 ..ngan telur dadar pun sda cukup ..perghh ...
SALAM DARI SABAH😘
Budu, telur darat + sambal ...
Blh bah kalau kau
Perh... Kampung aku tu.... Terbaik bohh
Terbalik la awk,sya org klntan nk sngt pegi sabah😂
Saya org kelantan nk pegi sabah. Harap dpt sampai satu Hari nnti. Nk pegi travel🥺😍
Jarang aku komen dekat youtube ni, tapi kat sini aku komen sebab aku enjoy korang punya video... content, gambar , storyline terbaik...moga terus maju
Terima kasih banyak! 🙏🙏
Bro, kau punya quality video dan penyampaian jalan cerita tu sgt menarik dan cantik..keep up with this kind of quality..👍🏻👍🏻
Thanks bro! Insyaallah bro!
yes betul tu ..
Baiknya peniaga² kelate ni 😍 sumpah tak kedekut langsung. Walaupun diorang dah jual murah tapi still bagi free dekat sesetengah pembeli. Dah lah pemurah, peramah pulak tu 🤭 Tak tau lah kenapa orang luar selalu sangat dengki dan hina ore kelate. Padahal bila diorng datang kelate, ore kelate layan ore luar elok je. Haishh harapnya kita sebagai rakyat malaysia dapat buang mentaliti negatif terhadap ore kelate dan ore² drpd negeri lain jgk. Thanks bros, buat video travel dlm Malaysia macam ni. Walaupun tak pegi travel, tapi rasa mcm ada feeling² travel gitu bila tgok video ni. Suka tengok video korang sebab nampak positif je semua plus video korang high quality sangat mcm tv daa. Semoga murah rezeki ore kelate termasuklah semua org malaysia ❤️
Aku org kelate meme tak nafikan ore kelate meme peramah lebih² lagi peniaga
agama kita ajar mcmtu bila nak berjual beli. lebih takpe jangan kurang. terpakai juga utk pembeli bukan hanya penjual. baru ikatan silaturahim lebih utuh
@@roseismemuslimah7073 dari dulu pompuan klate mmg peramah hehe
12 tahun aku keje dan dduk di kelantan..negeri yg byk mngajar aku erti kehidupan..2007-2019 sweet memory..
terima kasih untuk semua rakyat kelantan..anda semua kaya dgn budi bahasa...👍👍👍👍
Ada masa datang lagi tuan
Den orang selangor..wife org kelantan..
Memang best kalau balik kelantan..pagi petang siang malam makan jer..memang sedap giler makanan kat kelantan..dari goreng pisang sampai le nasi kerabu nasi belauk..padu bohhhh...kedai tepi tepi jalan pun dah sama rasa mcm makan kat kedai Kak Wok s.alam...klau g pasar pagi ke pasar malam..pergh berpinau biji mata tengok kuih kuih dn mknan diorang..klau blh satu pasar tu aku nk beli try...untung den dpt org sana....paling den tk buleh nk lupe..masa mula kawin..sepatah haram den x paham apa diorang sembang..den klau diorang sembang angguk angguk geleng geleng je la..nk jdi cite arwah pak mertua den suruh g pasar beli tembikai..den dgn bangga start moto g beli..skli blik kena gelak jer..
Sama mcm aku... Dpt bini ore kelate... Balik kmpung tiap2 pagi mkn nasik... Mcm2 jenis nasik & lauk best2. Nsik lauk itik serati tu aku rembat yg slama ni x pnah tringin nk mkn. Lgi 1... Pelik tgk cina kt sane pn pagi2 breakfast nasik.... Cina ckap loghat kelate x pyah tnya la... Klu x tgk muka mmg kata melayu dh... 😂
Kak wok shah alam yg jj tu ke.padu gila nasi dia
Sama bro ☺️👍
kawe ore kelate.. bini ore selangor..keluarga 69 la kito..🤣🤣🤣
ni mesti buat balik timun batang , hahahaa
Saya orang Sabah dan teringin sangat menjelajah ke Negeri Kelantan ingin tau budaya dan suasana d sana dan paling penting mau rasa makanan2 d sana😍
Silalah dtg. Ade je flight direct kota kinabalu kota bharu. 2jam 40minit.
datang jak....saya org kelantan pernah kerja kat sabah.....
Jom, pigi kelantan.. Lama juga teringin ke kelantan. Dulu dah pergi tpi x explore sangat.
@@azlinariffin7854 mantap bos lepas pkp mo p sanala🤩
@@zulafindy6213 lepas pkp mo p sana ni🤩
Aku je ke yg org kelantan tak pernah g smua tempat dlm vid ni?kmpung sendiri tapi tk prnh g tu pun dodol rumah hijau kat psir mas tu dkt dgn rmh tokmi aku pun tak pernah gi,ksiannya aku ni hmmm.....sape org perantauan mcm aku tk pernh pergi tmpt ii dlm vid ni even kg sendiri....likee sikit💆🏻♀️
hahaha lepas ni kena marathon sume tempat ni 😆
Ambo pum...! 😪😪😪
Samo lah kito hahaha kita gang
You are not alone sis.. hahaha
Nak ikut please.. hehehe
Saya orang indonesia senang bisa jalan jalan ke malaysia dan memiliki teman malaysia , tapi karena corona ini saya jadi tidak bisa naik ka rakyat timuran ekspress dan tak bisa ke petronas , saya doakan semoga malaysia bisa sembuh dari keadaan ini , salam dari indonesia 🇮🇩🇮🇩❤❤
Berikut antara list tempat menarik di Kelantan, klu xpegi mmg rugi:
1. Pantai Cahaya Bulan PCB
2. Pantai Genting, Tumpat
3. Air Terjun Gunung Stong, Jelawang (camping), Dabong.
4. Pantai Senok, Tawang Bachok.
5. Kg. Kraftangan KB
6. Pantai 7, Tumpat.
7. Pasar Besar Siti Khatijah, KB.
8. Air terjun Telaga Bijih, Tanah Merah.
9. Rantau Panjang. (Shopping)
10. Pengkalan Kubor, Tumpat. ( Shopping)
11. Pasar Terapung, Tumpat.
12. Dataran Muhammadi (malam)
13. Tambatan Diraja (malam)
Makan2 best kat Kelantan:
1. Nasi Kak Wok Original, Jln. Pasir Hor - Telipot, kb.
2. Restoren White Horse, depan Masjid Muhammadi, Kb.
3. KB burger Bakar, Telipot, kb.
4. Nasi Kerabu Panji, kg. Panji, KB.
5. Nasi Ayam Cobek, (Nasi pagi) Tepi Shell Rantau Panjang.
6. Hostel Pantai, (Daging Harimau Menangis, Ngian Plau) Kem Kijang, PCB.
7. Nasi Ayam Kampung, blkg Pasaraya Billion, KB.
8. Ikan patin masak tempoyak, Bulatan Jam Besar, KB.
9. Nasi Kak Chik, Kg. Berangan, Tumpat.
10. Air Asam Perut, depan Masjid Besar Machang.
11. Nasi Ulam Budu Cikgu, Kg. Kraftangan KB.
12. Satay Baung, Jln. Pengkalan Chepa, Kb.
13. Satay Cik Siti, Machang.
14. Roti Tempayan 3 Abdul, kg. Landak, Pdg. Tembak, Kb.
15. Mee Udang, Pasir Mas.
16. Gulai Kampung Ikan Darat, jln. Jertih-Bukit Yong.
17. Nasi gulai pagi, dpn Sekolah Ketereh.
18. Serunding dan dodol, kg. Laut, Tumpat.
19. Serunding dan dodol Rumah Hijau, Dekat Bulatan Pasir mas - Rantau Panjang.
20. Nasi Kerabu Kadok, Ketereh.
21. Nasi Singgan daging bakar, kadok, Ketereh.
22. Satay Malaysia, Kg. Baung, Pengkalan Chepa.
Nasi kerabu golok Lini sedap sekali. Kambing bakar ,ayam bakar,ikan bakar 🤤🤤🤤
Orang kelantan pandai berniaga.. Ikhlas dr org N9
i love you
Siapa kata orang kelantan jahat???semua orang kelantan baik,beradab...Kalau tak kenal orang kelantan jngn cepat menghukum..sapew stuju???
Tapi kalu demo wak taik gak standby la..hahaha
please la....toksoh kato ore kelate sumo baik, beradab..a far fetch tales
Im cooo setuju
Setuju bro..
subonium mmg bukan semua beradab dan baik tp kebanyakkan org klantan ni baik,klau orang xbuat dkat kita,kita akan hormat dia...Tak akan cari gaduh duluuu...
Sesetengah orng ckp Negri kelantan miskin, betul miskin, tpi kaya dngn BUDI BAHASA, duit pun bnyk kiki.. Sek kito jange pecoh🤝🤩👍
Yg miskin tu kerajaan negeri je... Rakyatnya tidak... Buktinya pergi je ceruk2 kampung bersepah2 banglo2 org melayu yg lawa2.
Ehh mano klate kayo jugok lh cuma orghe kito xminak nok nunjuk ko orghe
Nak kata kaya tu taklah...tp cuba tgk kedai emas penuh dgn org membeli barang kemas...kat pasaraya ramai yg pakai cash money ...
Mana ad miskin bang, srstalk org ii kg kt kelantan kebanyakkannya rmh semua besar ii. Tk caya dtg la sini. 😉
di klantan bnyk banglo dari rumah kg.. tpi banglo diorg dduk dlm kg soo xnmpak
Aku dulu pernah kerja d Jeli, Kelantan. Sedih nya bila berpindah blik k KL. org kg buat kenduri doa selamat utk sku. Terharu sungguh! Bila dok KL - rindu sangat Kelantan - macam d lambai-lambai suruh aku pulang k sana……….. setiap tahun cuti wajib k sana. kini covid - dah tak bole rentas negeri! In shaa allah - tak lama lagi bole gie….
Perghh terbaik ore kelate, "Kak Yah bg free" "I belanja u", "Bos belanja"
Sape yg pernah stay kelate, kompen tak nak balik negeri dowang dah. Member org johor br 2 tahun transfer kelate, menangis tak nak balik johor dah😂
Kwn awk tu keje apa di Kelantan??Dia lelaki ke prmpn??
kannn..
Mana ada. Kawan saya semua nak keluar kelantan
@@wazeeryusry2518 Ada. Kakak Ipar saya org Johor pun tak nak balik Johor dah
Yg berhijah tu , sbb mencari bkerja ,; bujan tak mau tinggal di negeri sendiri .🤔
bangga sbg org kelantan....tenkiuu so muchh Fikri sudi dtg melawat Kelantan❤️❤️❤️❤️
sama2. Kelate terbaekk 👍
I ❤️ kELANTAN 👍👍👍
yg penting hang di mana skg? Saha Alam?
Masjid Buluh Gua Musang pun unik jugak, semua dari buluh.
dalam 3 minit dari Masjid Buluh, ada Masjid Razaleigh inspirasi dari Masjidil Haram.
Jemputlah datang.
Huish macam menarik! next time insyaallah
@@FikriZamRi kalau datang Gua Musang, kena pergi;
1. Masjid Razaleigh
2.Masjid Buluh
3. Mendaki Gua Musang
4. menjejak raflesia di Lojing
5. Ke perkampungan Orang Asli (Pos Gob @ Kg Redip, Pos Hau)
6. naik keretapi membelah luar bandar dari GM ke K.Lipis @ Bertam 7. Tokong Mek
8. Jambatan Keretapi dan Kubu Tentera Kg Bertam
9. Rock Climbing di Etnobotani
10. Taman Rekreasi Kesedar Perdana (Padang golf dalam kawasan batu kapur).
Hehe. Banyak tempat boleh lawat di Gua Musang.
Kedai Nasi Sup Rusa RM10 di Gua Musang
Fikri nanti dtg Klate by flight contact saya gi amik airport Kb..Naik keta saya..Gi round habis apa yg terlintas di hati ikut rate Grab point by point booking baru safety ..offer juga Kat kwn2 lain berminat..boleh wasap.my/60199682915/TourKlatefromAirportKb
Walaupun aku orang Negeri Sembilan..Tpi aku suka dengar orang Kelantan berborak..minat do dgn bahasa Kelantan..Contact wassap aku pulak memang bnyak orang Kelantan🤭Hope one day dpt pergi Kelantan🥺😘In sya Allah
Kelantan ni paling best bahasa dia.
Makanan dia paling best tu buduh.
Orang dia tak berpuak.
Percakapan dia sangat fasih dan lemah lembut.
Aku respect org kelantam.
Betul bro. Tapi orang kelantan bila kat luar jadi berpuak. Tak faham mcm mana boleh jadi lagu tu
Nice video ni. Terjumpa pulak. Kebetulan first time nak pergi Kelantan hujung bulan ni. Boleh singgah sini ☺️
hahah enjoy your holiday 😁
jangan lupa singgah pantai senok. cantik hehe😁
Kedai kopi pok hok yg dia pergi nie kat pasir pekan dan tak jauh dgn kubur tok janggut...
@@sarahalyaa9377 insyaAllah baru google. Memang cantik. Macam Nami Island, Korea! Terima kasih tolong suggest 🤍
Jgn lupa cari sosej kemboja kt Kg Penambang tu... Padu bak hanggg...
Part masjid kayu pulau gajah tu tiba2 aku rasa sebak..😢...cantik weh
ape tajuk selawat tu ye??
Saya study kelantan 3 tahun. Alhamdulillah membesar dgn jayanya 😅 syurga makanan betul dekat sana. Harga dh la murah.
Mana lagi nk jumpa. Negerinlain semua cam haram mahal dia 😂. Habis duit aku
Woi awok oyak negeri aku banyok sampah
@@joharirahman9680 tak ada pon banyak sampah..bersih je tgk
@@firdaussenusi6435 tahu tak apa..termasuk negeri sendiri😂..Kelantan RM2 dapat makan nasi kak wok dah..ayam byk pulak tu
@@amilaismail9987 hahaha, kt KL. Mna ada mcm tu 😂
Kisah tak boleh lupa... Tahun 90an..saya tak jadi masuk kedai bila tengok ada papan tanda " Tuak di jual di sini"... Rupa nya air nira kelapa. Lepas tau... Pagi petang siang malam bedal air Tuak yang cukup manis Dan menyegarkan.
seriously lepas tgk video ni lah aku decide nk pegi kelantan bulan lepas, and it was the best holiday ever !! kelantan mmg awesome!! tq jugak fikri sbb sharing tempat2 best kat kelantan. Almost semua tempat ko share aku pegi..terbaik!!!
hahah yekee. mcm mana kedai2 tu skrg? sama mcm dalam video tak? kak yah apa khabar?
Touching laa ayat last dlm video tu, terima kasih kenalkan Kelantan utk semua, sy terharu tgk semua ni. Tahniah,
Lepas ni dah tau nak pergi mana bila pergi kelantan! Yayy
🙏
Acu Tera - the best seafood goreng
Maggi Tiram Pok Weil - the best tiram fresh
Welcome tu kelantan kak...sy yg menetap kat selangor ni pun hati selalu rindu nak balik kelantan,raya ni balik in shaa allah 🥰🥰
Saya dan kawan-2 Belajar di Negeri Kelantan for 3 years di UiTM Machang. Kelantan will always be my fav place. Kelantan always have special place in my hartttt :(( Too many memories. Huargh Rindu. UiTM Machang (2016-2019).
tapi takde lah nak balik Kelate... tu dulu terpaksa. Nasib kerjaan buat uni kat Klate bagi bisnes sikit.. nak tgk Mat Kilau, Airforce panngung pun tkde.
Sumpah aku terharu part dia cakap “ berat sebenarnya hati aku nak balik”😭❤️
Suko sangat negeri kelantan. Doakan saya dapat gi klate suatu hari nanti (From Sabah)
Moga dipermudahkn hehehe
Amin..in shaa allah sis,sy juga teringin nak ke sabah😍
Amiin..
Demo maghi negeri kawe boh, patutnya demo maghi tido umah kawe ni. Kawe bui pakai kain plikat..😀..xdok laa gura jh.
Yg paling penting, nk ucap Terima Kasih banyak sudi ke Negeri Kami. Kelantan Darul Naim.
Hahahaha. Sama sama boh 🙏
I ❤️ kELANTAN 👍👍👍
Best punya jalan kelantan. Banyak kali jln kelantan...tapi x tahu ada tempat2 yg masih belum pernah di lawati...
haha kann. seminggu jalan Kelantan taktahu cukup ke tak
@@FikriZamRi xcukup.... 2 minggu tu ngam2 laa
Content menarik dan x meleret2.. X sangka blh tengok tanpa skip 🤭.. Terbaiklah!
Terima kasih!
Selama hidup 30 tahun,2019 adalah tahun pertama aku menjejak kaki ke Kelantan.Amat mengagumi budaya dan sahabat-sahabat di Kelantan.
Kelantan sangat harmony dan Aman. Ramai rakyat khasnya orang cina yg salah faham tentang keadaan di kelantan. 3tahun lalu saya pertama kali pergi sana. Betul betul terpikat dengan friendly penduduk setempat dan semua kaum hidup dlm harmony. Akhir kata :kata kata politics kenal ditimbang. Jangan percaya sebulat bulat
Masa Cina sikit, Tamil sikit boleh royat harmoni bagai...hah tgk skg semua dh sokong DAP kristian baru hang tahu... langit tinggi rendah cina dah mula naik tocang
Masha Allah....baik² sungguh ore kelate...
kannn
Ambo banggo jadi anok kelate♥️.terimo kasih daun keladi kalu sudi datanglah lagi ke negeri kelate
samo samo kasih 😁
@@FikriZamRi l
Paduu laa,mmg baik2 ye org kelantan..content padu bang 🔥🔥
itu lah haha. tak expect 😁
Ore kelatey mmg baik baik..tapi ore lua nie jh kato mcn mcn ko set kito ore kelatey nieee....
@@muhdamir8103
Sokong boh✋
Klau Kelantan,semua org nmpk buruk dia..pdhl antara negeri rakyat terboik,tgk la sndiri bnyk mana abg ni makan free je❤️ptutnya Kelantan go popular🔥
Lauk semalam 😅😂🤣
Next level kau punya X suka Kelantan ye ..pasti taik2 politik@@megatabdulhalim7760
Alhamdulillah, 4 tahun dok kl cari rezeki, sentiasa rindu kat negeri klate, walaupon macam2 ore dok hina negeri klate, terima dngn hati terbuka sahaja 😎
Lovenya kak yah. Rezeki bro jumpa org baik baik. Kebetulan balik perhentian nnt nak p klate seari jalan2 cari makan. Thanx for the good vdeo bro!
Thanks! itu lah rezeki 😁
Dekat fb awak tu letok link yg org bleh klik slalu boh. Baru senang terus tekan klik je. Btw amazing gila kau punya editing dan stabilize camera. Lawa
Mekasih! 🙏🙏🙏 rasanya mcm dah ada link kat fb. nanti sy check balik 😅
Aku harap biarlah tk popular sptmn negeri2 lain...
Hanya Jauhari mengenal manikam.
setuju
Negeri kelantan la popular dkt Malaysia ...srs la xpopular?
I ❤️ kELANTAN 👍👍👍
both my parents from kelantan, sumpah rindu kelantan. saya memang dibesarkan di selangor. setiap kali balik kelantan memang makan je kerja nya. 2 tahun dah tak balik since covid datang malaysia, every year memang balik akan kelantan. rindu nasi kerabu, rindu PCB, rindu colek goreng 😭
tapi takde lah nak balik Kelate... tu dulu terpaksa. Nasib kerjaan buat uni kat Klate bagi bisnes sikit.. nak tgk Mat Kilau, Airforce panngung pun tkde.
sy org pahang menetap di kelantan sudah 10 tahun. mmg best. org nya berbudi bhasa dan baik belaka
Saye dari Brunei pernah travel ket kelantan, kat sana mmg seronok bnyk tmpt nak d tengok, kain batik dia mmg top kat sana👍
Pernah try budu?😁
ファラ ディヤ pernah kat ulam cikgu, masatu bkn main ramai orang pergi mkn kat sana,
Kalau pegi kelantan, wajib beli kain batik. Cantik & murah drp tempat lain.
Hijupbeat Hijupbeat betul tu
Orang Kelantan ni kau datang tempat dia, memang dia serve padu habis sampai ending kau yang penat makan. Setiap rumah kalau boleh nak jamu makan nasi. Masalahnya, kau tak boleh nak tolak sebab diorang masak sedappppp!!
Kalau tunjuk jalan, kalau boleh sampai depan pintu diorang hantar. Hahaha. Lagi padu kadang dorang pun lepak sekali dengan orang rumah yang kita cari macam kenal je. Padahal pestime gak jumpa. 🤣
Kelantan memang best kalau jalan.
Santai. Makan best. Orang baik. Yang kata tak best tu mungkin jalan dekat langit. Mana jumpa orang kan. 😅
I ❤️ kELANTAN 👍👍👍
setuju
Wah banyak ya orang jual ikan masin di Kelantan,kepingin juga pergi travel ke sana
dtang je sni
Wah orang cina pun minat kelate ye kat sana cina kelantan fasih betutur bahasa melayu betul betul macam orang melayu
Ok jom kita travel sama2 😊🥰
Jom, kita sambut dengan tangan terbuka
@@hishamothman9959 dia org Indonesia bang, sebab tu dia fasih berbahasa Indonesia 🇮🇩😁
Org kelantan best2. Makanan best2. Tak sabar nk pergi lagi. ❤️❤️❤️
Aku ada pengalaman kereta rosak semasa berada dkt kelantan, nak dijadikan cerita selepas sahaja selesai ambil gmbr semua dkt Pantai Senok, member aku drive dia telanggar batu besar sampai pecah habis radiator, nak ditakdirkan kereta betul2 mati dkt satu kedai ni,pastu duduk sekejap datang lah seorang pakcik owner kedai tu, dia lah yg bnyk tlg, dia tlg call pomen tlg call towing semua dan yg paling baik siap belanja air dan keropok lg... Fuhh memang baik ah org Kelantan ni...
Betul bos...sy pernah ada pengalaman ngn family,keta kami rosak tengah jalan dekat2 ngn jeli gitu la,ada rumah tepi jalan tu siap pelawa kami 2,3 buah kereta ni mai masuk dulu minum2 dl sementara tggu pomen sampai,siap sediakan tmpt solat lagi, alhamdulillah ada tempah berteduh sementara tggu kereta dibaiki,klu x berpanas la dgn anak2 kecik pun ada masa tu
alhamdulillah rezeki bro
Tanoh Peninggalan CIK WAN KEMBANG JADI LUBOK SENI BUDAYA BANGSA💪💪😘😍😍😍
Content mcm ni mmg patut diperbanyakan, supaya boleh bg ramai org malaysia lebih appreciate dengan apa keunikan yg kita ada.. 👍
Raso nak pegi pulok becuti ke Kelantan ni...Salam dari Palembang...
PALEMBANG DARI MANA NI INDON KE ? ...CUMA TNYE JE 😊
Palembang dari bang ? Dri indonesia kah?
Palembang dari mana bang indonesia kah?
Dari mana palembang dari indonesia kah
Iyo, Palembang Sumatera
nak nangis aku tgk video ni weh. thank you sebb buat video negeri aku nmpak cantik sgt! masa aku kerja kat johor, aku ada sorg member org cina johor ni taw, dia dulu belajar kat kelantan 5 tahun. dia ckp dia speechless sebb bila melawat rumah org, tuan rumah selalu ajak mkn sekali. each time. tanpa kira bangsa or agama. make me proud
Sy orang negeri Kedah.. banyak2 negeri pernah sy pergi negeri Kelantan pergi memang best.. suasana dia xsama dgn negeri lain.. memang rindu nk pergi lagi . Makanan paling sy suka makan sup belut.. memang terbaikk..
Sup Belut dan Sup Keting memey nyakuttt..
Memang best dapat jalan2 ke kelantan. Semua orang friendly dan makanan sedap2 dan murah belaka.
Baek ya orang nya 😍👍👍 tempat nya artistik dan centek
betul! sangat berbaloi datang ke sana
Demo pusing so malaysia konfem netup. Maintain jah karakter humble ni.
Mekasih bohh! 🙏
I Love Malaysia.
All the best for Malaysia.
From Batam Indonesia
I'm from Korean and live in Kelantan , now i married with kelantanese
iye iye jer
wow wow ike ike kimochi
iye ke
@@jombuatduit3811 aik aku rase tu japanese
Tips paling jahat nk dpat makanan free....
1. Bawak camera
2.shoot dekat tempat makan tu
3.ckap depan camera pasal kedai
hahaha jahatnya
Betul tu boh
Alaa.. Mcm dpt promote free la, so apa salahnya tokey kedai nk belanja kan?
So nk kata owner channel ni mcm tu ke cane?
Ada niat nak makan free try lah...
Subhanallah
Less is more.......
Bersahaja, sempoi tp padu!!!
Terusssss maju buat kandungan video yg menarik utk rakyat Msia!!!
Thanks! 🙏
Terima kasih wehhh !!! 😭😭 sbb sudi melawat negeri Kelantan ni 😭😭 aku terharu sgt sbb ada yg suke dgn negeri aku ni. Sedihh nyaa 😭
Aku teringin nk gi kelantan salam dari penang
@@someone-kc1cl weh dah 9 bulan komen 🤣 salam dari kelantan
weii ko kat mane ni KL kan..muahaha
@@hitamputih3049 haa ? Tk fhm
Kelantan suatu ketika dahulu pernah jadi tumpuan pelancong dari pelusuk negara. Bahkan, Mat Salleh dan Mek Salleh sering kelihatan di bandar Kota Bharu...entah kenapa lama-lama, Kelantan ketinggalan apabila wujud tempat2 menarik di negeri2 lain sedangkan Kelantan masih sedia dengan yang ada. Rasanya kerjaan negeri perlu bijak wujudkan banyak lagi destinasi pelancongan dalam negeri yang berkualiti dan bersih.
Aq x tau kenape terus rindu dengan kelantan😭😭 alhamdulillah sempat duduk sana 2 tahun, sepanjang hidup aq
tapi takde lah nak balik Kelate... tu dulu terpaksa. Nasib kerjaan buat uni kat Klate bagi bisnes sikit.. nak tgk Mat Kilau, Airforce panngung pun tkde.
Negeri kelate. Negeri kelahiran ku ❤
I ❤️ kELANTAN 👍👍👍
Proud to be Kelantanese🥰 and thanks sbb sudi datang sini🤗...btw love your editing😍👍🏻
orang disini bahasanya lembut,bersopan dan sangat meraikan tetamu,akhirnya saya kekal tinggal di sini,terimakasih kongsi content menarik ini
Terima kasih kerana memperkenalkan Negeri Kelantan kepada dunia luar . Kelantan tak jauh ketinggalan kalau nak dibandingkan dengan negeri-negeri pantai barat yang lain.
tringin aku nk p kelantan, tak pernah sampai lagi walaupun satu kali
terbaik..
Teringin juga cek nak p kedah tak pernah lagi sampai ke pulau langkawi walaupun satu kali
Hg kena ikut geng mesin padi... 😂😂
Sedapnya nasi kerabu.....dh lama sngt x lawat Kelantan. Tngk diorg mkn....pehhhh....😋😋😋
Saya orang kelantan pun baru tahu ada masjid secantik ni. Abang memang terbaik lah 😍
asyik pergi masjid cerakah shah alam.. je ko ni baleklah kklate tolong mkcik tua tu..
Content korang ni level tv(even tv production pun tak leh lawan).. harap² ada pihak² yg bole taja korg buat slot
Saya suka Kelantan, saya pernah tinggal di Kota Bharu selama 11 tahun, rindu sangat Kelantan, orang Kelate baik sangat !!
but I will never go back if you give me 1000
@@hitamputih3049 mengapa ya?
@@janettang12 aha.. itu yg saya fikir kamu katakan..kalau rindu sgt..knp tk balek kelantan?
Balik tengok cosplay best la
Memang Malaysia tempat terbaik untuk melancong. Terlalu banyak sangat tempat2 yang menarik. Hilang rasa rindu untuk bercuti bila watch video2 Fikri. Semuga Covid-19 cepat berlalu pergi…Inshaallah, Amin🤲🏼
Harap one day aku dapat pergi ke kelantan 😂 salam dari selatan johor ✌🏻
datang bro jangan tk datang 🤪
Mari boh jgn x mari
I ❤️ kELANTAN 👍👍👍
Dale Malaysia negeri Johor hok Aku paling beci Kali.
@@ahmadfaiszeen4369 mu benci orang joho mu dapat gapo?
Maghi2 jln Kelate .. jangan risau,tpt tinggal,makanan .... Insyaallah melimpah ruah . Jangan lupa buah tangan dibawa pulang.
I ❤️ kELANTAN 👍👍👍
Murah rzki Kau bro shooting mostly dpt free 😂 👍🏻 aku 2x gi kelantan pasar siti khadijah je dlm list video kau yg lain semua rare x smpi lagi👏🏻
hahaha itu lah terkejut semua belanja 😅. next time kena singgah tu tempat2 lain haha
Follow lah kulinerkelantan ig. Kt situ blh taw tmpt makan sedap.. siap dgn lokasi
Yes bro.. U memang betul.. Org Kelate memang baik giler n peramah.. My Own best experience..
Rindu kelate we..13thun sana...apa kn daya..dh tukar tempat kerja..😭😭
Haritu youtuber indonesia dtg kelantan sampai xnak balik.... channel bang ray
👍
Nama channel apa dia?
Wahh indah nya Kelantan
Betul. kena pergi sendiri baru rasai pengalaman sana 😊
Alhamdulillah content yg paling aku suka gila. Terharu dan sebak bila lihat content ni. Cinematic nya sngat cun. Tq abg for this beautiful content. Hope org luar dpt ubah mindset mereka tntng negeri kelantan
Org Kelantan baik , friendly and helpful 💕 sayang Kelantan 💙
Thanks for portraying Kelantan in the best way 👍🏼 really appreciate.
Terima kasih kerana sudi singgah ke negeri kami.. Kelantan-terbaik 👍
Wah.. aku ni duk kelantan pun x tau ada masjid comey mcm tuh😍 kena try gi skali nih..
Lps g masjid tu buleh makan² ikan sotong celup tepung d restoren acutera kg Sabak, dekaf jah nge masjid tuh
2 minggu lagi nak bercuti di kelantan. Bolehlah follow tempat yg dicadangkan! Tak sabarnya!!!
Pasir puteh
Bachok
Kota bharu
Main gelongsor pasir kat pantai mekmas
Singgah masjid kubang batang. Antara Pling cntik d klantan
Jgn lupa singgah mkn sup ikan pokmat pulau pisang
Wahh orang Kelantan ramai yang pemurah dan peramah.. bestnyaa bila lah nak dapat pergi sana🤩