SHOTAZ: Cerita Tentang Dajjal dan Akhir Zaman | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 12 ก.ย. 2021
  • ANTARA tanda-tanda kiamat adalah terjadinya pertempuran di antara kaum Muslimin yang merupakan tentera Isa AS dan bangsa Yahudi yang menjadi tentera Dajjal pada akhir zaman.
    Sehingga pada satu masa pokok-pokok dan batu berkata kepada tentera Islam tentang kedudukan orang Yahudi yang bersembunyi di belakang mereka.
    Nabi SAW bersabda maksudnya: "Tidak akan datang hari kiamat sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi dan membunuh mereka, sehingga bersembunyilah orang Yahudi di belakang batu dan kayu, lalu batu dan kayu berkata, 'Wahai orang Muslim, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi di belakang aku, ke marilah dan bunuhlah dia kecuali pohon al-Gharqad (yang tidak berbuat demikian kerana ia termasuk pohon Yahudi.'" (Hadis Riwayat al-Bukhari)
    Siri peperangan di dunia tidak pernah terhenti khususnya melibatkan dua kumpulan besar yang masing-masing mempunyai tujuan tertentu sama ada menguasai atau menghadapi.
    Apabila mendengar perkataan 'perang' pasti akan melibatkan nyawa dan kemusnahan yang besar. Kaum Muslimin secara umumnya sudah berperang dengan kaum Yahudi sejak zaman Nabi SAW.
    Mereka dapat mengalahkan kaum Yahudi itu dan mengusir mereka dari Jazirah Arab.
    Nabi SAW bersabda maksudnya: "Sungguh aku akan mengeluarkan kaum Yahudi dan Nasrani dari Jazirah Arab, hingga tidak ada yang aku biarkan kecuali yang beragama Islam." (Hadis Riwayat Muslim)
    Siri peperangan ini akan terus berlaku sehingga peperangan besar sebelum kiamat muncul. Peperangan yang dikenali dengan al-Malhamah al-Kubra ini merujuk kepada perkataan lahm yang bermaksud daging.
    Maka al-Malhamah adalah 'daging-daging' yang menggambarkan situasi peperangan dan pembunuhan yang besar berlaku. Disebabkan peperangan ini ramai tentera dan orang awam yang terbunuh.
    Al-Malhamah al-Kubra ini hanya terjadi di akhir zaman dan merupakan salah satu daripada tanda kiamat yang dikhabarkan oleh Nabi SAW. Peristiwa ini banyak disebut dalam hadis Nabi SAW dan diriwayatkan oleh ramai ulama.
    Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Pemakmuran Baitul Maqdis merupakan tanda kehancuran Yathrib (Madinah), kehancuran Yathrib merupakan tanda permulaan al-Malhamah, permulaan al-Malhamah merupakan tanda pembebasan Kota Kostantinopel, pembebasan Kota Kostantinopel pula adalah tanda kemunculan Dajjal." (Hadis Riwayat Abu Daud)
    Apabila meneliti perbahasan hadis al-Malhamah al-Kubra ini, peperangan yang akan berlaku adalah melibatkan Islam dan Kristian yang merupakan seteru permusuhan yang sudah berlaku pada masa lalu. Bagaimanapun, dalam hadis tersebut, Nabi SAW tidak menggunakan perkataan Nasara (orang-orang Kristian) atau Nasraniyyah (agama Kristian), tetapi mengemukakan nama Rom.
    Penggunaan nama Rom ini adalah sebahagian simbol kekuatan golongan Kristian dan Nasrani dan mudah difahamai oleh sahabat Baginda pada waktu tersebut. Pada saat tersebut, golongan Kristian adalah mereka yang mempunyai kuasa besar dan bertapak di Rom melalui Empayar Byzantine. Walau bagaimanapun, Empayar Byzantine Rom telah dimusnahkan oleh Sultan Muhammad al-Fateh ketika pembukaan Kota Kostantinopel pada tahun 1453M.
    Menerusi hadis Baginda Nabi SAW, terdapat beberapa peristiwa menjelang berlakunya al-Malhamah al-Kubra.
    Antaranya fitnah berlaku berleluasa. Baginda SAW bersabda maksudnya: "Akan berlaku ketika hampirnya al-Malhamah fitnah-fitnah di mana pada masa itu hati seorang lelaki akan mati sepertimana badannya akan mati." (Hadis Riwayat Abu 'Amr al-Dani)
    Fitnah yang sedang melanda umat akhir zaman pada hari ini akan terus membarah sehingga menjadi asbab kepada berlakunya kematian dan pembunuhan. Dalam situasi ini, setiap manusia tidak akan terlepas dari pada fitnah sehingga mereka yang berilmu dan beriman juga terpalit dalam fitnah akhir zaman ini.
    Dalam masa sama, pasukan tentera Islam mula ditubuh dan diperkuatkan.

ความคิดเห็น • 57

  • @ghurabaakhirzaman4440
    @ghurabaakhirzaman4440 2 ปีที่แล้ว +6

    Beruntunglah barang siapa yg telah bersegera beramal soleh sebelum pandemik. Menangis & bertaubatlah wahai umat wahan kerna amal soleh kalian hampir semua telah disekat. Di manakah pagar² yg melindungi umat mulia Muhammad SAW ???

  • @andiyusri8749
    @andiyusri8749 ปีที่แล้ว

    Tk Dr atas perkongsian.

  • @kandardkanju729
    @kandardkanju729 2 ปีที่แล้ว +2

    Alhamdulillah.. Semoga kita selamat dpd fitnah dajjal, terutama menangani c 19. kerana solat jarak pun kita dah langgar cara sebenar yg dianjurkan oleh Baginda Rasulullah saw. apatah lg masjid ditutup. Wallahualam bissowab.

  • @muhammadshahimanhakimshari3669
    @muhammadshahimanhakimshari3669 2 ปีที่แล้ว +3

    Assalamualaikum semua Allahumma Sholliala Sayyaidina Muhammad sallallahu Alaihi Wasallam 💓💓...

  • @zaiamani8805
    @zaiamani8805 2 ปีที่แล้ว +2

    Terima kasih prof atas ilmu yang diberikan...😊

  • @bidara8439
    @bidara8439 2 ปีที่แล้ว +3

    Beliau bukan ustaz tetapi Dr.

  • @mohdaizat5339
    @mohdaizat5339 2 ปีที่แล้ว

    Betul....jgn nk mncari sgt la kn....

  • @ManzisHalil
    @ManzisHalil 2 ปีที่แล้ว

    Alhamdulillah sunguh jelas biar semua faham

  • @AhliSunnahRasulullahSAW
    @AhliSunnahRasulullahSAW 2 ปีที่แล้ว +1

    Setuju!!

  • @PojierUnited
    @PojierUnited 2 ปีที่แล้ว

    Terbaik prof. DR DANIEL

  • @harithabdulrani4620
    @harithabdulrani4620 2 ปีที่แล้ว

    Disaat umat mntafsirkn dari sudut fizikal Mata satu dari takwir mmpi Nabi Dan disyohidkn oleh pemuda yg mnaekki sampan terdapar dipulau bukti yg nyata tentang perilaku mnusia yg dirantai dengan rantaian kaki Dan tangan...moga umt dihindari fitnah Al masih...buta timbgan akhirt

  • @nordinchek5352
    @nordinchek5352 2 ปีที่แล้ว +6

    Alhamdulillah!Semoga Allah s.w.t. mengampuni dosa-dosa kita semuanya dan melimpahkan rahmat dan keberkatanNya kepada Dr serta meninggikan derajat Dr betserta hamba-hambaNya yang dimuliakan dunia dan akhirat insya'Allah!Amiin yaa rabbala'lamiin.

    • @gulatebu6427
      @gulatebu6427 2 ปีที่แล้ว

      Umat2 Yg maha Esa di Paksa Berdosa dan Di kafirun oleh mulut Koyak Mabok Bom Neraka Nauzubillah😱😱😱

  • @ZaleeSukardi
    @ZaleeSukardi 2 ปีที่แล้ว +2

    Kena cari hubungkait.. dajjal dgn pengikut2nya. Mereka ini menunggu ketibaannya. Kita perlu melindungi diri kita dari fitnah dari pengikut2 dajjal

    • @saudagarperantau8331
      @saudagarperantau8331 2 ปีที่แล้ว +2

      itu la pasal. Aku ingat video dia kali ni nak cuba bongkar atau kaitkan isu semasa nak menafsir siapa konco2 dajjal yg dimaksudkan dlm hadis. Rupanya sama juga, dia tolak mentah2 berkenaan iluminati sebahagian dari konco2 dajjal. Useless video. Sampai kiamat la umat Islam takkan kenal siapa musuh Islam kalo setakat baca zahir maksud hadis.

  • @slanisa2529
    @slanisa2529 2 ปีที่แล้ว +3

    Selama ini memang aku duga bahawa dajjal bukanlah punyai mata satu sahaja di muka..tetapi bermata satu itu mungkin simbolik satu mata dgn segala fitnah yg menjadi ikutan umat akhir zaman..na'uzubillahiminzalik...

    • @AhliSunnahRasulullahSAW
      @AhliSunnahRasulullahSAW 2 ปีที่แล้ว

      jadi adakah dajjal itu sesosok manusia? seorang lelaki dari bani adam?

    • @muhammadsyazwanbaharudin4564
      @muhammadsyazwanbaharudin4564 2 ปีที่แล้ว

      @@AhliSunnahRasulullahSAW jika sabit dari hadis Dr. baca td, manusia. Ya

    • @PoyoLaKau
      @PoyoLaKau 2 ปีที่แล้ว

      Rmai org dk nnti²😅..x yah la pkir cari org mate 1 kaki jln x lurus..rmbut srabai bagai tu..
      Siape kah dajjal sy pon x tauuuuuu boh🤣..yg sy tau dri ape sy thu..dajjal normal..die xde cacat cela..ape yg di crite2 kan tu..hnye la watak nye..tuan2 nnt free mlm2 dk sorg2 minta doa gn allah bgi hidayah..pjam mate hayati mksud dajjal pde diri nye..dgn sifat die..mate keceng sblah,rmbut srabai dan lain2 smue tu..nnt dpt la jwapan nye insyallah..dan jgn nk tkot die mnusia biase je..xde sihir kuasa 🤣..sy pn x thu knape org2 dk takot dajjal ni..bce kahfi msih x nmpk ape rugi amat..x tahu la nk ckp ape..ade tu ckp x pcaye dajjal,crite dongeng..dri ape yg org2 dk ckp smue tu..masing2 tgh syok dgn urusan dunia..bab kuasa dajjal tu..allah lgi kuasa..kuasa dajjal tu sy xnk crite umum..nnti org ckp mandai2🤣..tepuk dade tanye iman..k

    • @AhliSunnahRasulullahSAW
      @AhliSunnahRasulullahSAW 2 ปีที่แล้ว

      @@PoyoLaKau
      Nabi S.a.w jelas dah sebut, mata dajjal itu buta sebelah kanan-nya dan berkaki tempang..
      kalau ko tak percaya cakap Nabi Muhammad s.a.w, itu ko punya pasal la boh! hahahah kalau ko rasa si dajjal tu lebih handsome dari ko pun, tak pe boh.. itu ko punya pasal..
      dah ambil vaksin belum?? cepat2 ambil vaksin boh!

    • @AhliSunnahRasulullahSAW
      @AhliSunnahRasulullahSAW 2 ปีที่แล้ว

      @@PoyoLaKau
      tepuk dada tanya iman ko juga boh..nanti dah nampak mata dajjal yg terjojol keluar, jangan pula ko nak cakap itu bukan dajjal, dajjal bukan lelaki cacat.. lepas tu ko gelar lelaki tu "SANG PENYELAMAT".. orang mcm ko ni la yang pandai2 menafsir hadith Nabi ikut mata hati yang terlalu riak dan bangga dgn imannya... ko ni mesti FANS TEGAR SI IMRAN HOSSIEN! hahahahhahaahhaha

  • @ZaleeSukardi
    @ZaleeSukardi 2 ปีที่แล้ว +2

    Dajjal ada pengikut2 yg menjalankan agendanya yg mengakunya sbg tuhan

  • @harithabdulrani4620
    @harithabdulrani4620 2 ปีที่แล้ว

    Dlm sesuatu ruhul amln aml soleh Dan dinding yg mngasingkn 2kelompok kaum yg tidak sempat dilihat bginda s.a.w tertapi 2klompok itu hilng nikmat syurganya...diseblek perihal pemerintah yg dirdhoi zulkanair Dan firaun Dan pemerintah sehgga umtnya lut yg dimurkai...diantra haq Dan batil itu... ketika qisas Dan hudud yg mnjadi dinding tembga itu islm Iman Dan Ihsan...

  • @shahrulamar5358
    @shahrulamar5358 2 ปีที่แล้ว +1

    Dajjal tidak disebut dalam Al Quran. 🤔🤔🤔

  • @jasniabuhasan5864
    @jasniabuhasan5864 2 ปีที่แล้ว

    Wa kalo terjumpa ust Danial...nak tanya.... .adakah dajjal sudah berjaya bila terjadi isu org Islam fitnah KKM( pemimpin) dlm isu virus covid n Ulama dunia dlm isu jarak saf dlm solat.

  • @davidcovid3391
    @davidcovid3391 2 ปีที่แล้ว +2

    Perang Islam dan Barat blom berlaku kata Ustad.Islam dh makin berkembang kat Barat.Nak perang camner?

  • @saudagarperantau8331
    @saudagarperantau8331 2 ปีที่แล้ว

    Sahabat sampai berkali2 mengatakan pada nabi sollallahua'laihiwasallam bahawa dajjal sudah tiba di zaman nabi sollallahua'laihiwasallam. Apa reaksi baginda nabi terhadap kerisauan para sahabat ni? Nabi sendiri beberapa kali ulang kali pergi berjumpa dgn sosok tubuh yg disyaki sebagai dajjal oleh para sahabat; yakni ibnu soyyad. Nabi tak kata para sahabat merepek, nabi ambil maklum dan nabi sendiri pergi cek pergi jumpa dgn ibnu soyyad.

  • @johnmarek1505
    @johnmarek1505 2 ปีที่แล้ว +3

    Ustaz Danial kata Dajjal lambat lagi keluar. Jadi tak payah risau dan bimbang. Siyes ke ni weii ??

    • @ahmadhanifn.7663
      @ahmadhanifn.7663 2 ปีที่แล้ว +2

      Kena bersedia tanda kiamat kecil dh 99% terjadi kalau dh 100% jadi maka keluar lah tanda besar kiamat yg pertama , Ulama kt Arab sana dah bt kajian dan berpendapat yg Imam Mahdi dh lahir mengikut kajian dari tanda" yg berlaku sebelum kedatangan Imam Mahdi .

    • @johnmarek1505
      @johnmarek1505 2 ปีที่แล้ว +2

      @@ahmadhanifn.7663 ok terima kasih tuan 👍🏼

  • @azmanabdwahab7442
    @azmanabdwahab7442 2 ปีที่แล้ว

    Mukjizat utk para Nabi dan Rasul, karomah utk pewaris Nabi dan Rasul....mcm mana hebat alat teknologi tentera org kufar dan munafik, akan musnah dgn tentera langit dan bumi milik ALLAH membantu hamba2Nya yg beriman terhadap musuh2 Islam.......
    (Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dia lah yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh) supaya mereka bertambah iman dan yakin beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada; pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka); dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
    (Al-Fat-h 48:4) |

  • @sitikhalijahbtazizaneijaan1699
    @sitikhalijahbtazizaneijaan1699 2 ปีที่แล้ว

    Asalamualaikum. Nk tanya sikit. Dajal ada nama lain tak? Selain daripada nama dajal

    • @kumasihdisini6934
      @kumasihdisini6934 2 ปีที่แล้ว +1

      Takdr..dajjal tu dah memang gelaran dia al masihi ad dajjal.. dia dapat gelaran al masihi sbb kelebihan dia macam nabi isa a.s...

    • @intansyahirah2710
      @intansyahirah2710 2 ปีที่แล้ว +2

      Samiri

    • @pendakianalfitan1500
      @pendakianalfitan1500 2 ปีที่แล้ว

      @@intansyahirah2710 ya.... Sebelum tu namrud...

    • @PoyoLaKau
      @PoyoLaKau 2 ปีที่แล้ว

      Dajjal bukan name sbenar..hnye nme gelaran..same sperti imam mahdi juge..name btol² nye kite x tahu..al masih (nabi isa) ad dajjal ( nbi isa palsu)..sbab dajjal ade persamaan dgn kebolehan nbi isa..tapi percaya lah,yg dajjal tu hanye tiada ape2 kuasa atau sihir..die cume di beri kelebihan je..tentera nye pasukan yahudi dan pengikotnye tergolong dri org2 kafir dan org2 mukmin..x same mcm nabi isa ade yg allah bgi tu..kuatkan iman kite yg mane skang makin nampak kepade siape kite ikot..hidup dunia tmpt sementara ujian..akhirat hdup slamenye..kite kt dunia ade 2 jalan,1 kanan (allah) 1 kiri (dunia siape punye)..mnusia dtg dri zaman jahiliyah..akn blik juga pde zaman jahiliyah..kite lahir tanpe pakaian hanye diselimuti kain..balik esok2 pon tanpe pakaian dan hanye diselimuti..yg phm2..yg x phm x pela🤣

    • @kumasihdisini6934
      @kumasihdisini6934 2 ปีที่แล้ว +1

      @@pendakianalfitan1500 namrud takdr kaitan dajjal pun.. dajjal ni jasab di taruk cip..sbb tujuan allah cipta dajjal nak uji iman umat akhir zaman ni..

  • @MZ-Service
    @MZ-Service 2 ปีที่แล้ว +1

    Jelas dajjal matanya satu, matanya yg satu tidak berfungsi jelas lumat 1. Tak ada point

  • @khairulizwanjr25
    @khairulizwanjr25 2 ปีที่แล้ว +1

    Ketahui siapa 9 Dragon yang disayangi rakyat Malaysia!!!

    • @kandardkanju729
      @kandardkanju729 2 ปีที่แล้ว +2

      Benar sahabat.. Ketahuilah vax adalah satu ujian berat bg umat Islam kerana Rasulullah ada mengatakan bahawasanya penawar segala penyakit yang terbaik kecuali mati adalah habbatusauda, madu,kurma dan air zam2. Wallahualam.

  • @jamariwahab9872
    @jamariwahab9872 ปีที่แล้ว

    Imuniti atau perisai diri dari dajjal itu ada dipermulaan surah Al-Kahfi,permulaan surah Al-Kahfi itu ialah," segala puji bagi Allah yg menurunkan Al-Quran kepada hambanya ( Muhammad Saw) dan tidak menjadikan didalamnya sebarang kekeliruan... orang-orang yg sentiasa bersyukur ( alhamdulillah) ketika susah atau senang semasa hidup di dunia ini ,dan mengikuti serta meninggalkan segala yg diajarkan di Al-Qur'an dan RasulNya itu lah orang yg tidak akan terfitnah oleh dajjal...tak payah pusing pusing lah ust,,MCM nak jadikan agama objek cari makan pulak gaya kau

  • @pendakianalfitan1500
    @pendakianalfitan1500 2 ปีที่แล้ว

    Gedik kaki disko la.. pakai spotlight baru terang suluh ...