SHOTAZ: Hebatnya Kuasa Istighfar | Dato' Dr. Danial Zainal Abidin

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 19 พ.ย. 2020
  • Rezeki manusia sudah disusun cantik oleh Allah SWT, namun ia tetap memerlukan kita untuk lebih berusaha dan bersungguh-sungguh mencapai apa yang dihajatkan termasuk melakukan amalan yang boleh membuka pintu rezeki.
    Kisah ulama salaf terkemuka Imam Hasan al-Basri yang sering menjadi tempat orang ramai merujuk masalah untuk mendapat jalan penyelesaian.
    Semua masalah yang dirujuk kepadanya, Hasan al-Basri akan menyuruh supaya orang itu beristighfar. Bingung melihat perkara itu, seseorang bertanya kepadanya apakah semua masalah boleh selesai hanya dengan istighfar.
    Hasan al-Basri menjawab, ia bukan penyelesaian yang beliau berikan tetapi firman Allah SWT dalam al-Quran.
    Allah SWT berfirman, “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anakmu dan mengadakan untukmu kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai. Mengapa kamu tidak percaya akan kebesaran Allah?” (Nuh: 10-13)

ความคิดเห็น • 4

  • @radzuanhussin6707
    @radzuanhussin6707 3 ปีที่แล้ว +2

    Benar tuan....kuasa istiqfar minta ampunan pada Allah...

  • @shyfull1303
    @shyfull1303 ปีที่แล้ว

    Terima kasih dr..sebab ingatkan saya

  • @ums417
    @ums417 3 ปีที่แล้ว +2

    Benar..dulu sebelum covid byk maksiat2 spt zina,lgbt ,arak dan lain2..bila dtg covid manusia tak berani utk lakukan itu semua melainkan yg benar2 sanggup mati
    Maka itulah hikmah disebalik covid melanda kerana manusia 80% dunia bermaksiat pada allah
    Maka siapa manusia yg katakan covid itu tiada dlm ilmu tuhan maka tauhidnya tersasar
    Wahai manusia,jgn kira taat itu hanya satu jalan buat apa yg allah suruh ttp taat juga tinggal apa yg allah larang sedangkan manusia 80% yg maksiat pada allah
    Covid datang utk golongan 80% ini dan mengapa golongan 20% mempertikai qada dan qadar allah
    Allah tahu apa yg terbaik utk makhluknya
    Salam

  • @murnidjale134
    @murnidjale134 2 ปีที่แล้ว

    Wahai Dato' Apa yang Dato' dapat dengan promot kan vaksin ye?
    Kalau Dato' tak percaya konspirasi tak perlu lah pandang rendah pada sesama pendakwah kot.
    Maaf ya Dato' ini rasa sedih dari yg awam macam saya ni, terima kasih