Kek Carrot & Cream Cheese Buttercream | Edisi Niaga

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 1 ต.ค. 2021
  • Selamat kembali pada siri edisi niaga.Kali ini Che Nom nak share resepi kek karot dengan lapisan cream cheese buttercream. Resepi kek Carrot ni Che Nom dapat dari sahabat Instagram, iaitu sis Atun yang memang sentiasa murah hati berkongsi resepi. Sebenarnya Che Nom bukan lah peminat kek carrot tapi dengan hasil resepi ni terus jadi suka makan. Kek nya lembut, moist dan Che Nom tambah sedikit rempah “mixed spice” untuk lebih harum bila kita bakar. Kemanisan kek pun sedang elok aja. Untuk cream cheese frosting atau cream cheese buttercream tak susah pun nak sediakan dan rasa pun sedap. Bila keduanya bergabung. rasa masam-masam cheese, rasa manis karot dan rasa berlemak rangup kacang walnut memang sedap lah. Kita deco sikit corak karot comel supaya nampak lebih menarik.
    Che Nom memang buat bekas kecil-kecil macam ni khas untuk yang nak berniaga pek bajet, dan juga kongsikan harga kos ikut sukatan resepi dan harga bahan yang Che Nom beli. Dalam video ni topping cream cheese digandakan sebab nak lapisan lebih tebal.
    Hasil : 6 pek 7 x 3 inci ATAU boleh guna loyang 10 x 10 inci
    Bakar suhu 160℃ selama 25-30 minit
    //Bahasa Melayu
    ---------------------------------------
    Bahan-bahan untuk kek lobak merah:
    5 biji telur saiz A atau B
    1 sudu kecil esen vanila
    300g gula kastor
    250g minyak jagung
    280g tepung naik sendiri
    1 sudu kecil serbuk penaik
    1 sudu kecil soda bikarbonat
    ¼ atau ½ sudu kecil serbuk mixed spice
    100g walnut
    400g parutan lobak merah
    ½ sudu kecil garam
    Bahan-bahan untuk lapisan krim keju:
    250g krim keju
    140g mentega
    140g gula aising
    ½ sudu kecil esen vanila
    1 sudu kecil jus lemon
    ***NOTA: Dalam video Che Nom gandakan 2 adunan krim keju
    //English
    ---------------------------------------
    Ingredients for carrot cake:
    5 eggs size A or B
    1 teaspoon vanilla essence
    300g caster sugar
    250g corn oil
    280g self-rising flour
    1 teaspoon baking powder
    1 teaspoon baking soda
    ¼ or ½ teaspoon mixed spice powder
    100g walnuts
    400g grated carrots
    ½ teaspoon of salt
    Ingredients for the cream cheese buttercream:
    250g cream cheese
    140g butter
    140g icing sugar
    ½ teaspoon vanilla essence
    1 teaspoon lemon juice
    ***NOTE: I have doubled the cream cheese mixture in the recipe
    Instagram: bit.ly/CheNomInstagram
    Twitter: bit.ly/CheNomTwitter
    Facebook: bit.ly/CheNomFacebook
    #resepichenom #carrotcake
  • บันเทิง

ความคิดเห็น • 456

  • @zarizanzainon8683
    @zarizanzainon8683 2 ปีที่แล้ว +69

    Dapat je resepi terus buat 2 hari lepas. Memang sedap dan menjadi sangat. Walnut buat kek bertambah sedap sebab ada rasa crunchy2. Mixed spice bagi ada aroma, orang yg makan tak tahu pun kita letak mixed spice haha.. terima kasih banyak Che Nom share resepi. Semoga terus cemerlang!

  • @mohdekhsansallahudin8377
    @mohdekhsansallahudin8377 2 ปีที่แล้ว +150

    Sedikit tips daripada saya untuk frosting cream cheese tu, Che Nom boleh parutkan kulit lemon campur sekali dalam adunan frosting. Essential oil dari kulit lemon akan buatkan frosting tu rasa segar-segar fresh macam tu. Parut bahagian kuning sahaja sebab yang putih tu pahit. Terima kasih Che Nom.

    • @raf0304
      @raf0304 3 หลายเดือนก่อน

      berapa banyak atau gram kulit lemon atau sikt shj

  • @favouriteeatsbyBushra
    @favouriteeatsbyBushra 2 ปีที่แล้ว +55

    I'm trying to learn Malay (as a foreigner living in Malaysia) and watching your videos have greatly improved my bahasa. Thanks so much for the amazing recipes and for helping me improve my malay. 🙏❤

  • @lmk744
    @lmk744 2 ปีที่แล้ว +10

    Dalam banyak² youtuber yang buat cooking and baking chanel... Akak paling suka chanel che nom....che nom explain one by one tu memang jelas dan lebih mudah faham... 🥰🥰🥰

  • @nidgietv
    @nidgietv 2 ปีที่แล้ว +45

    Mudah2an che nom terus murah rezki & terus bekarya.. byk da resepi sy buat sedap sgt family suka.. byk pahala che nom..👍👍👏💪

    • @CheNom
      @CheNom  2 ปีที่แล้ว +4

      Alhamdulillah. Terima kasih 😊

  • @y.suranieasang6246
    @y.suranieasang6246 3 หลายเดือนก่อน +1

    Assalamualaikum Che Nom.
    Saya sekeluarga doakan Che Nom sekeluarga sentiasa dalam Rahmat Allah. Terima Kasih ,,amat menghargai tunjuk ajar Che Nom . Semua resepi dicuba berjaya. Selamat Maju Jaya Che Nom.

  • @dharmeshsairam2612
    @dharmeshsairam2612 2 ปีที่แล้ว +14

    Bestnya. Terima kasih Che Nom. Saya dan ibu akan try untuk Deepavali. I suka pisau Che Nom potong kek. 😊

  • @aziefauziah
    @aziefauziah 2 ปีที่แล้ว +2

    Alhamdulillah jaranglah mengecewakan resepi che nom ni! Semoga banyak lagi resepi yg bakal dikongsikan lagi! And semoga dimewahkan rezeki che nom sekeluarga!

  • @peony02
    @peony02 ปีที่แล้ว +4

    Assalamualaikum che nom. Trima kasih resepinya,sy buat jual mnta halal ye. Cuma part cream sy guna resepi sndiri.
    C.cheese-300g
    Non dairy w.cream-140g
    Esen vanilla -1tsp
    Lemon juice-1tsp.
    Pkul semua skli smpai kembang dan sebati. Sedap sgt rsanya.

  • @aznihanafi7326
    @aznihanafi7326 2 ปีที่แล้ว +3

    Thank you sharing Che Nom. Saya baru jumpa TH-cam Che Nom dan resepi yang pertama saya cuba ialah Kek Pandan tapi tak berapa menjadi, mungkin salah sukatan. Resepi kedua ialah Kek Pisang. Kek Pisang menjadi dengan elok. Semoga Che Nom dicucuri rahmat dari Illahi diatas kemurahan dan keikhlasan berkongsi bebagai2 resepi. Aaamiin....

  • @syuhaidaalish4207
    @syuhaidaalish4207 2 ปีที่แล้ว +6

    ❤️❤️❤️ terbaik che nom. sedap ni. saya masak pun semua tgk resepi che nom. tersusun dan mudah faham. moga dipermudhkan segala urusan che nom.

  • @pantangheritage2653
    @pantangheritage2653 2 ปีที่แล้ว +1

    Terima kasih che nom. Moga perkongsian rezeki yang ikhlas ini jadi asbab saham akhirat berpanjangan❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️ sukaaa dengar che nom celoteh

  • @nanieharun7914
    @nanieharun7914 2 ปีที่แล้ว +1

    Masya'Allah Tabarakallah.. Terima kasih Che Nom kongsi resepi.. Semoga Allah limpahruahkan rezeki Che Nom sekeluarga.. Aamiin 🤲🏻 ❤️

  • @tarshnimurale6333
    @tarshnimurale6333 2 ปีที่แล้ว +9

    This recipe works like a charm, never failed once....i became a carrot cake lover lately 😊 Thank You Che Nom 🤗

  • @ikramilyas4136
    @ikramilyas4136 2 ปีที่แล้ว +1

    moga che nom terus menerus dilimpahkan rezeki dan pahala atas ilmu dan tunjuk ajar che nom. Cikgu memasak no 1 kami sekeluarga. juga guna untuk meniaga.tq che nom

  • @cindeelee7096
    @cindeelee7096 2 ปีที่แล้ว +2

    Thank you Che Nom for the recipe. Guidance & info yg sgt berguna dlm proses membuat cake 👍

  • @karimahmohdnor6740
    @karimahmohdnor6740 2 ปีที่แล้ว

    T.kasih che nom..alhamdulillah..banyak resepi che nom yg sy dah buat menjadi..semoga rezeki che nom terus mencurah2..tq che nom utk resepi kek karot ni🥰

  • @jalilahalias3457
    @jalilahalias3457 8 หลายเดือนก่อน +1

    Pasti sedap ni....bulih ikut cara penyediaan nya, dan reknik teknik lengkap, untuk menghasil kan kek karot yg just nice ....tkasih Cik Nom kongsi resipi ni ...😊❤👍🤩

  • @shafiqahsupandi9754
    @shafiqahsupandi9754 2 ปีที่แล้ว

    Terima kasih ciknom ...mmg dh lama tercari2 resepii nii utk jualan...tgok resepii ciknom mmg selalu jatuh hati.❤❤❤..semoga dilimpahkan rezeki utk ciknom🤲

  • @aqilahalya9422
    @aqilahalya9422 2 ปีที่แล้ว +1

    akhirnya che nom buat jugak resepi kek carrot , terimaa kasih che nom ❤❤ semua resepi yang che nom share memang menjadi😘😘

  • @sarinaabdullahsani9025
    @sarinaabdullahsani9025 2 ปีที่แล้ว

    Tengok pun dah nampak sedap, insyaallah nnti blh try buat resepi Che Nom ni.. terima kasih

  • @syafiqsyahmi485
    @syafiqsyahmi485 2 ปีที่แล้ว

    Baru cuba harini. Utk berbuka. Memang sedappp sgt guna resepi ni. Terima kasih che nom! Moga maju jaya!

  • @afriyaapril4291
    @afriyaapril4291 2 ปีที่แล้ว

    Terimakasih Kasih che Nom, saya sdh lama ingin buat carrot cake, Alhamdulillah che Nom bagi recipe nya 🙏❤

  • @haziqatan315
    @haziqatan315 2 ปีที่แล้ว +2

    Yay dah keluar dah resepi ni .. terima kasih Che nom kerana sudi Kongsi resepi kek ni semoga dimurahkan rezeki amin 👍👍

  • @noranimohammedfathi7668
    @noranimohammedfathi7668 2 ปีที่แล้ว +3

    yummy sangat. baked one for my sister's birthday and it was a hit. Thanks for sharing the recipe, che Nom.

  • @nurdanisya7310
    @nurdanisya7310 2 ปีที่แล้ว +2

    yeah, finally che nom kongsi resepi kek carrot EHEHEHEH nanti nak try buattt ♥️

  • @mamamanis4871
    @mamamanis4871 2 ปีที่แล้ว +2

    Sayang Che nom.. Suara tu buat hati tenang je.. Sejuk je.. Terimakasih kerna berkongsi resepi

  • @puansyazs5577
    @puansyazs5577 2 ปีที่แล้ว

    Resepi Kek Carrot yang ditunggu tunggu.. Che Nom TQ ❤

  • @lindasahar1968
    @lindasahar1968 2 ปีที่แล้ว

    Tq Che Nom kongsi resepi.. Memang saya tunggu2 sangat resepi ni 😊
    Semoga Allah limpah ruahkan rezeki Che Nom..
    Aamiinnn Aamiinnn Ya Rabbal Alaminnn

  • @noraziahahmad6860
    @noraziahahmad6860 7 หลายเดือนก่อน

    Terima kasih Cik Nom.. Saya sudah cuba resepi ini.. Alhamdulillah kejadian dan rasanya ramai yang puji.. Syukur

  • @ros1755
    @ros1755 ปีที่แล้ว +1

    Assalamualaikum che nom. Saya guna resepi ni untuk berniaga dan alhamdulillah dapat feedback positif dari customer ❤ Terima kasih che nom

  • @rohadihussain6417
    @rohadihussain6417 2 ปีที่แล้ว

    Terima kasih, Che Nom. Resepi Kek Carrot & Cream Cheese Buttercream ni memang mantap sekali. Boleh buat idea niaga. Moga sukses ya!👍👍👍

  • @noorhafirahalim87
    @noorhafirahalim87 2 ปีที่แล้ว

    Terima kasih cik Nom.. mtk halal ya. Semua resepi ciknom tak pernah mengecewakan..tq so much moga murah rezeki ciknom

  • @sakinahahmad8405
    @sakinahahmad8405 2 ปีที่แล้ว

    Hari hari cek resepi baru che nom 😅. Masak pun mostly guna resepi che nom. Terima kasih che nom. Semuanya sedap sedap dan menjadi. Semoga dimurahkan rezeki

  • @asdhia
    @asdhia 2 ปีที่แล้ว

    Sy byk belajar masak atau buat kuih. Di youtube Che Nom. Terima kasih atas semua resepi. Semoga Che Nom sentiasa success. Dan sentiasa Di murah kan Rezeki.

  • @nirlawatymusamudin3714
    @nirlawatymusamudin3714 ปีที่แล้ว

    Mmg ❤ sangat dengan resepi carrot cake Che Nom ni 😊

  • @mariyateyatim7759
    @mariyateyatim7759 2 ปีที่แล้ว

    Terima kasih Che Nom atas resepi kek carrot cake ni

  • @user-oq3su7pw8x
    @user-oq3su7pw8x 3 หลายเดือนก่อน

    Resipi che nom tak pernah mengecewakan. Sedap sgt, moist je. Dulu pernah beli carrot cake tapi yg buat sendiri guna resipi che nom lagi sedap ! Tapi mixed spice sy gantikan dgn cinnamon powder sbb tak jumpa kat kedai . Rasa kalau pakai mixed spice lagi sedap kan

  • @norlidajohari381
    @norlidajohari381 8 หลายเดือนก่อน

    Che Nom terima kasih kerana kongsi resepi...saya dah cuba byk resepi carrot cake tapi resepi ni yg saya suka ...dah 3 kali saya buat memang sedap...dgn saya tambah serbuk kayu manis memang padu

  • @yusnamyff7158
    @yusnamyff7158 2 ปีที่แล้ว +1

    Tq Che Nom .. resepi kek karrot sangat sedap 👍👍

  • @rosmizahkeman1031
    @rosmizahkeman1031 2 ปีที่แล้ว

    Assalamualaikum Che nom ..
    Moga terus berbahagia.. semua resepi yg dikongsi cukup menambat hatiku..dan untuk sekian kalinya saya jadi peminat dikejauhan Che nom ..moga terus maju jaya buat Che nom yg manisss

  • @veronicaniasara5982
    @veronicaniasara5982 2 ปีที่แล้ว

    Sy da try banyak resepi banana cake... tp resepi che nom yg terbaik... siap ada org tempah da.. ❤️ thanks che nom ❤️

  • @sitiazura938
    @sitiazura938 2 ปีที่แล้ว

    Terima kasih Che nom tunaikan request sy nk chr nom btkn resepi kek carrot 😋 semoga Che nom dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik aamin2 🤲🏻

  • @husnanudin2472
    @husnanudin2472 2 ปีที่แล้ว

    Bnyak resepi akak sya cuba.. semua menjadi dan sedop2.. family pun pelik juga sebb sya tukar menu and berbeza hari2.. Tq akak.. semoga maju jaya and semoga Allah kurniakan kesihatan.

  • @akufarishah
    @akufarishah 2 ปีที่แล้ว

    MASYAALLAH nmpk lembut moist mesti sedap ni.. in sha Allah 😍 try

  • @aqilahmustaffa9021
    @aqilahmustaffa9021 2 ปีที่แล้ว

    Alhamdulillah dah but jual... terima kasih che nom atas resepi nya..
    Minta halal Dan semoga Allah mempermudahkan Dan mempeluaskan rezeki Dan urusan che nom

  • @izzatiibrahim9182
    @izzatiibrahim9182 2 ปีที่แล้ว +2

    Sblum ni duk search carrot cake dri che nom, finally dh ada dah resepi nya.. Thank you che nom ❤️

    • @khatijahabubakar7073
      @khatijahabubakar7073 2 ปีที่แล้ว +1

      Saya pun. Dah byk resepi2 carrot kek, tpi yg Cik Nom punya ni mudah dan terbaek. Siap dgn audio voice yg jelas. Terimakaseh Cik Nom. Allah janji pahala besaq utk hamba2nya yg tnggalkan dan turunkan ilmu tak semestinya hanya ilmu kitab2, ilmu agama tpi juga ilmu manafaat org buat makan dan berniaga. Jazakillah hu khoirun. Aamin

  • @wawayusof2556
    @wawayusof2556 2 ปีที่แล้ว

    Wow...Kek Kegemaran Keluarga Wawa...Nnt Boley Cuba...Tq Che Nom...💖💖💖

  • @drlees9017
    @drlees9017 2 ปีที่แล้ว +1

    kek carrot mmg my fav thank you Che Nom.. 😊👍

  • @azizahmohdnoh8955
    @azizahmohdnoh8955 2 ปีที่แล้ว

    Tq che nom.. moga murah rezeki che nom sekeluarga..

  • @inahamit5139
    @inahamit5139 2 ปีที่แล้ว

    Tq che nom resepi2 yg di kongsikan dah cuba ikut resip mesti jadi semoga sentiasa di murahkan rezeki ye😘😍😉👍

  • @roslinahhat6277
    @roslinahhat6277 2 ปีที่แล้ว

    Alhamdulilah. Ni resipi anak saya. Syukran

  • @ahmadjasmine1
    @ahmadjasmine1 6 หลายเดือนก่อน

    Wow,sedap & cantik hasilnya.terima kasih cik nom kongsi resipi.❤😋👏👍

  • @dyradiyana5373
    @dyradiyana5373 2 ปีที่แล้ว

    Mmg sdap sgt resepi ni.. mmg sy dk bt niaga sblum ni resepi sbiji mcm che nom bt..

  • @cikguhayatiartchannel7181
    @cikguhayatiartchannel7181 2 ปีที่แล้ว

    Che Nom , carrot cake is my feveret , suka makan tak pandai buat. Terima kasih share video. In Sya Allah kalau ada masa nak cuba buat. Tq ya

  • @JeffOiKuenCooking
    @JeffOiKuenCooking 2 ปีที่แล้ว +10

    Wohoo finally got to view this amazing video, looking delicious n perfectly prepared

    • @CheNom
      @CheNom  2 ปีที่แล้ว

      Thank you ☺️

  • @hyuga_mimi1189
    @hyuga_mimi1189 ปีที่แล้ว

    Dah buat 4kali, saja2 sbb suke menjadi, saya suke che nom, semua resepi anti gagal.

  • @dyna6875
    @dyna6875 2 ปีที่แล้ว

    Che Nom, buat la video kitchen tour. Teringin juga nak tau jenis pekakas dapur yang che nom pakai.... U Are truly an inspiring...

  • @harvinderkaur5586
    @harvinderkaur5586 2 ปีที่แล้ว +1

    Looks so delicious,thank you for sharing this recipe. Love your new kitchen scale 😍

  • @aziefauziah
    @aziefauziah 2 ปีที่แล้ว

    Suami sy suke carrot cake secret recipe. InsyaAllah kali ni sy nak try buat sndiri pulak 🥰🥰 haraplah menjadi 😋🤲🏻

  • @noorazizahnasarudin9250
    @noorazizahnasarudin9250 2 ปีที่แล้ว +1

    Sedap menyelerakan kesukaan saya ini

  • @nirlawatymusamudin3714
    @nirlawatymusamudin3714 ปีที่แล้ว

    Salam Che Nom, first time saya nak cuba ni, harapnya menjadilah nanti. Terima kasih berkongsi resepi ye ☺️

  • @norims217
    @norims217 2 ปีที่แล้ว

    Cantik hiasan nyer..tq Che Nom..

  • @rasulariyyan9818
    @rasulariyyan9818 2 ปีที่แล้ว

    che nom mmg seorg yg teliti,setiap tutorial che nom mesti boleh faham..confirm mnjadi..
    Boleh tak che nom ajar cr buat japanese cream puff?.dah cuba mcm2 resepi tp still tak menjadi...
    Tq che nom ..

  • @aqilaliah8785
    @aqilaliah8785 2 ปีที่แล้ว +2

    Alhamdulillah,sedap ni..

  • @erasham5750
    @erasham5750 ปีที่แล้ว

    Suka sangat cara cik nom explain❤️

  • @roszvinros8359
    @roszvinros8359 ปีที่แล้ว

    Saya buat Kek Carrot hari ini jadi sedap dan lembut
    Terima Kasih Che Non untuk share resepi

  • @haris0919
    @haris0919 2 ปีที่แล้ว

    Sedapnya.. nak buat jual jugak.. rasanya students ipta/s suka kot.. insya Allah sem break pun nk habis dah ni.. dah boleh test2 buat sikit2 dulu ni.. terima kasih che Nom sbb sertakn harga kos skli jd nnty senang sikit nak letak harga jualan..

  • @mirahanif1414
    @mirahanif1414 2 ปีที่แล้ว +1

    Terima kasih che nom..nanti nak try buat😘

  • @emchannel73
    @emchannel73 2 ปีที่แล้ว +3

    Yayyyyyy love it, thanks Che nom

  • @nagurammal
    @nagurammal 2 ปีที่แล้ว

    Thank you so much for the perfect carrot walnut cake Cheivu Nom. Jadi Sangat cake carrot ni. Yesterday I buat oh my God super moist and tasty. Thanks again

  • @MarlonMTizon-pz2pc
    @MarlonMTizon-pz2pc ปีที่แล้ว

    Terimakasih che nom klu bg resepi mmng letop jujur sya ckp mmng terbaik slm dr wp labuan

  • @sitiabsahitie
    @sitiabsahitie 3 หลายเดือนก่อน

    Dh cuba semlm mmg sedap En. Somi pn puji... Mmg rekemen lah, resipi che x penah mengecewakn

  • @mahalkita6014
    @mahalkita6014 2 ปีที่แล้ว

    Tq che nom.. Akhirnya terjawab juga request

  • @faralynaaisyahabdulrasid1291
    @faralynaaisyahabdulrasid1291 2 ปีที่แล้ว +12

    Resepi yg sgt dicari-cari. Thank you Che Nom! ❤

    • @CheNom
      @CheNom  2 ปีที่แล้ว

      Sama2 😊

    • @zazacarls3602
      @zazacarls3602 ปีที่แล้ว

      sedap tak? awak dah try?

  • @vejayalatahneelakandannair2730
    @vejayalatahneelakandannair2730 2 ปีที่แล้ว +1

    Wow so easy to understand and it’s clear 👌👍thank you 😍

  • @umiinadzirah
    @umiinadzirah 2 ปีที่แล้ว +2

    Yeayyyy, finally yang ditunggu tunggu 🥰

  • @nasbungenakkuliner7243
    @nasbungenakkuliner7243 2 ปีที่แล้ว +1

    kuenya muantap sekali kak,jadi pingin

  • @barteriou
    @barteriou 2 ปีที่แล้ว

    Fuhh, detail giler explanation Che nom. Saya br subscribe channel Che nom semalam. Moga sukses

  • @kamariahkassim285
    @kamariahkassim285 2 ปีที่แล้ว

    Terima kasih Che Nom berkongsi resepi..semoga Che Nom sentiasa diluaskan rezeki seluas langitNYA...

  • @nahidkawsarhanan7486
    @nahidkawsarhanan7486 หลายเดือนก่อน

    Resepi cik nom pun betul n jadi elok sedap

  • @shenachan8243
    @shenachan8243 2 ปีที่แล้ว +2

    wow carrot cake hm...sedap sangat che😍😍

  • @resepiibuhana4352
    @resepiibuhana4352 2 ปีที่แล้ว +2

    Mesti sedap .....👍🏻

  • @fatihahamlizah1196
    @fatihahamlizah1196 2 ปีที่แล้ว

    Che nom thank you so much for sharing the recipe 😘 love you che nom

  • @nasihahzainon7049
    @nasihahzainon7049 2 ปีที่แล้ว

    Che nom, cheq suka kek carrot. Terima kasih nah

  • @intannajiha1105
    @intannajiha1105 2 ปีที่แล้ว

    tq che nom....resepi yg dinanti2 kan..kwn ada buat jual..agak mahal jg..hehe...😍😍

  • @enchesoyaregaliaatriadelig5951
    @enchesoyaregaliaatriadelig5951 2 ปีที่แล้ว

    Tq che nom... Asik lyn secret recipe je... Koyak poket... Pasni bleh mkn puas2...

  • @ritaarakappa7593
    @ritaarakappa7593 8 หลายเดือนก่อน

    Very nice and easy to do. Thank you Che Nom

  • @rafidahrauf7065
    @rafidahrauf7065 2 ปีที่แล้ว

    Kek ni MMG sedap lebih lg guna rempah all mixed spice.

  • @norazwarina
    @norazwarina 2 ปีที่แล้ว

    Memang tertunggu2 kek carrot dari Che Nom 😘😋

    • @CheNom
      @CheNom  2 ปีที่แล้ว +1

      😊👍

  • @beefirdaus2262
    @beefirdaus2262 2 ปีที่แล้ว

    Thanks for sharing che Nom.. You are really owesome..

  • @wxnderwxmxan8396
    @wxnderwxmxan8396 6 หลายเดือนก่อน

    Saya baru je buat tadi , sedappp! Cuma saya tade minyak jagung dan ada banyak butter di rumah. Jadi saya melt butter kat microwave sama sukatan . MENJADI!😂❤ TQ Chenom for the recipeeeeee!!!!!!!!

  • @DayangSuri
    @DayangSuri 2 ปีที่แล้ว

    Comeynya toping carot tu😍

  • @zahraamalinaJww4817
    @zahraamalinaJww4817 2 ปีที่แล้ว

    Finally,,kena cuba,fav kek

  • @angelinaas6607
    @angelinaas6607 หลายเดือนก่อน +1

    Dear Che Nom,
    I have tried out your recipes always. Yesterday tried this cake and the cream, it's super delicious but I replaced hazelnut instead of walnuts. The results OMG super good.
    Thank you for your video and the tips that you provided.

    • @CheNom
      @CheNom  หลายเดือนก่อน +1

      Wonderful! Thank you for the trust and support Angelina ☺️👏

  • @uummii125
    @uummii125 2 ปีที่แล้ว

    Best nya tq Che Nom ❤️😍

  • @izyankhatim2121
    @izyankhatim2121 2 ปีที่แล้ว

    Tq cik nom bg resepi yg ditunggu..

  • @suepattzy
    @suepattzy 2 ปีที่แล้ว

    terbaik che nom, membantu orang nak berniaga juga.. pahala berterusan ni...

    • @CheNom
      @CheNom  2 ปีที่แล้ว

      InsyaAllah 🤲

  • @noraininsaman3803
    @noraininsaman3803 2 ปีที่แล้ว

    Wah,cantiknya penimbang Che Nom 🌸

  • @ghostbuzz2995
    @ghostbuzz2995 2 ปีที่แล้ว

    Alhamdulillah akhirnya dpt resepi carrot cake, tq che nom

    • @CheNom
      @CheNom  2 ปีที่แล้ว

      Sama2 👌