Pantai Bagan Lalang, Sepang & Avani Sepang Gold Coast Resort

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 10 ก.พ. 2023
  • Pantai Bagan Lalang, Sepang, Selangor
    Salah satu port camping percuma di Selangor. Ia merupakan pantai terbuka yang selalu dikunjungi oleh ramai pengunjung terutamanya di hujung minggu.
    Banyak aktiviti boleh dibuat disini. Antaranya mandi manda, memancing, menangkap ketam, bermain layang-layang, BBQ dan menikmati makanan di restoran ikan bakar
    Tidak perlu risau tentang makanan kerana banyak gerai makanan terutamanya dihujung minggu.
    Sebahagian tempat menarik di sekitar Pantai Bagan Lalang:
    1. Avani Sepang Gold Coast Resort
    Resort ini popular dengan resort atas air dan rekabentuk pokok kelapa.
    Resort ini boleh menjadi pilihan jika anda ingin berbulan madu, atau sekadar bercuti bersama keluarga. Avani Sepang Gold Coast Resort menjanjikan penginapan yang selesa dan mewah untuk anda.
    Jika anda seorang yang gemarkan pemandangan matahari terbenam, anda pasti tidak akan merasa kecewa dengan pemandangan yang bakal disajikan di sini. Anda pasti terpukau dengan keindahan sunset di sini.
    2. Jeti Memancing Wak Sempuh
    Seterusnya, tempat menarik di Bagan Lalang ialah Jeti Memancing Wak Sempuh. Bagi kaki pancing, tempat ini menjadi tumpuan untuk memancing. Dengan hanya membayar harga dibawah RM5, anda sudah boleh memancing di sini. Pelbagai spesis ikan seperti siakap, pari, jenahak, senangin, dan lain-lain.
    3. Fishing Buddies Fishing Pond
    Kolam pancing yang amat sesuai untuk kaki pancing.
    4. Jeti Nelayan Sepang
    Jika anda inginkan pengalaman memancing dengan pemandangan yang menenangkan, anda boleh ke Jeti Nelayan Sepang. Bayaran di sini lebih murah berbanding dengan jeti memancing yang lain. Namun, ikan-ikan di sini tidak kurang banyaknya dan anda juga boleh menikmati keindahan alam sambil memancing.
    5. Rumah Rakit Hobbit Sekroy
    Anda inginkan kelainan untuk percutian anda di Bagan Lalang? Anda wajib ke Rumah Rakit Hobbit Sekroy. Selain boleh menjadi penginapan anda, anda juga boleh memancing di sini. Bercuti sambil memancing orang kata. Ini mesti menjadi kegemaran kaki pancing. Selain dapat membawa keluarga bercuti (jika ada keluarga), anda juga boleh meluangkan masa dengan hobi anda.
    Rumah rakit ini seperti tempat penginapan yang biasa, ada dapur, ruang rehat, ruang tinjau dan juga tempat untuk bbq. Terdapat beberapa jenis rumah rakit, bergantung kepada jumlah orang.
    Jika anda ingin memancing di tempat lain, anda juga boleh menempah bot dengan pemilik rumah rakit ini.
    6. MS Family Boat House
    Jika anda ingin bercuti beramai-ramai sambil bersantai dan memancing, anda boleh ke sini. Untuk ke rumah rakit ini, anda akan dibawa dengan boat dari Jeti Sirip Biru ke boathouse.
    Anda boleh memancing sepanjang masa anda di sini. Kemudahan yang disediakan di sini sangat selesa dan jika anda ada anak kecil, anda tidak perlu risau kerana fasiliti di sini sangat lengkap dan bersih. Elektrik turut disediakan di sini.
    7. Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan Bakar & Seafood
    Dah penat berjalan di tempat menarik di Bagan Lalang ini, mesti nak mencari makan pula. Anda boleh makan malam di Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan Bakar & Seafood.
    Konsep restoran terbuka yang simple ini, anda akan mendapat pengalaman makan malam sambil menikmati hembusan bayu yang menyegarkan dari laut.
    Restoran ini sering menjadi pilihan untuk pengunjung kerana mempunyai banyak pilihan makanan laut, dan kesemuanya memang segar yang pasti akan membuat anda terliur.
    Restoran ini dibuka bermula pukul 5.30 petang setiap hari
    8. Restoran Senandung Malam Seafood
    Jika anda berkunjung ke Bagan Lalang, makan malam begini memang menjadi buruan pelancong. Salah satu restoran popular di sini ialah Restoran Senandung Malam Seafood.
    Restoran ini sentiasa penuh kerana makanannya yang fresh, dan harga yang ditawarkan sangat berbaloi. Berdekatan dengan Bagan Lalang Beach Resort, jika anda bercuti di sini jangan lupa singgah ke restoran ini!
    9. Bagan Lalang Sea View Restaurant
    Bersebelahan dengan Restoran Senandung Malam Seafood dan berdekatan dengan pantai. Ia juga merupakan salah satu restoran yang menjadi tumpuan pengunjung.
    Sup ketam menjadi pilihan di sini, selain pilihan ikan yang banyak. Anda mungkin perlu menanti lebih lama sebelum makanan tiba di meja anda. Tetapi penantian anda pasti berbaloi selepas anda mencuba makanan yang dihidangkan!
    10. Hotel Seri Malaysia
    Hotel kelas pertengahan dengan harga sekitar RM150 semalaman. Jarak juga berhampiran dengan pantai, hanya perlu berjalan saja untuk menuju ke Pantai Bagan Lalang.
    Hotel ini mempunyai kolam mandi yang sederhana untuk dewasa dan kanak-kanak.
    #baganlalang #avani #malaysia #fawwazmedia
    ----------------
    Eagle
    by FSM Team
    Music by www.free-stock-music.com

ความคิดเห็น • 3

  • @izzaniielachannel
    @izzaniielachannel ปีที่แล้ว +1

    Terbaik ats perkongsian video nye tuan..kita hadir tanda support.

  • @travelatmalaysiawithazmils
    @travelatmalaysiawithazmils ปีที่แล้ว +1

    Awesome footage

  • @hamiltonastan
    @hamiltonastan ปีที่แล้ว +1

    bagan lalang, one of the most popular beach resorts in Malaysia alongside Morib and Port Dickson. we always descend over bagan lalang every time we are about to land at KLIA from the south. of course, its iconic gold coast resort in the shape of a palm tree is inspired by the Jumeirah islands in Dubai. you can also show us the Lexis Hibiscus Resort in the shape of a hibiscus flower from the air and also the dragon fruit orchards in Sepang as well in the future.