Suara abang ni termengah2.. Mcm penat je bang.. Cool bang.. Tkpayah cakap laju2.. Pelan pelan cakap pun tkpe.. Bagus bang buat content ni... Berbagi ilmu org kata.. Salam dr Johor
Owh... Masa nie rakam pakai handphone... Nak bagi tak getar gambar letih jugak la... Kesian orang pening kepala tengok gambar goyang... Thanks tuan support 👍
Cuba dengan dua pokok dulu... Nanti mesti seronok masa buah dia keluar... Klau ada soalan boleh terus tanya... Saya akan bantu seboleh mungkin... Selamat menanam cik 👍👍👍👍🎉🎉🎉
selamat petang tuan.saya mau tau...dulu saya ada tanam tembikai atas tanah...tapi buah nya tidak mau besar.paling besar pun.besar buah limon saja tuan...
Selamat petang kembali tuan… Masalah buah kecil juga pernah berlaku kepada diri saya dahulu… Cara mengatasinya adalah dengan tanam pokok tembikai atas tanah yang gembur seperti kompos, top soil atau tanah yang memudahkan akar pokok menjalar masuk. Seterusnya, baja pokok dengan baja urea putih seminggu sekali untuk batang pokok yang lebih besar. Guna juga baja npk sebulan sekali. Akhir sekali, buah pertama yang keluar haruslah dibuang kerana buah pertama selalunya bersaiz kecil. Semoga bermanfaat 👍
Tembikai nie kalau tanam atas tanah sebiji 5 kilo boleh dapat.. Dalam polibag dalam 1 ke 2 kilo sebiji… Kalau nak besar macam jual kat kedai tu susah skit sebab banyak jenis hormon dan vitamin kita kena letak. Kalau belum pernah tanam tembikai saya syorkan tanam labu manis dulu supaya ada pengalaman skit kerana nak tanam tembikai nie agak complicated skit.. Tapi bila dah tahu cara, pejam mata pon boleh tanam 😄
Salam bos tembikai saya dah berbuah besar tapak tangan..tapi banyak sulur dan ada buah baru..adakah perlu buang buah baru dan sulur, tingalkN sebiji sahaja satu pokok? Mohon pencerahan bos..
Sulur tu bagus… kalau nak buang sulur, Buang sulur baru yang keluar dekat perdu saja. Buah yang baru keluar tu takkan membesar selagi buah sekarang belum 80% matang 👍
Sy dh 2 kali try tanam,mati jugak..xtau apa sbb..beli anak pokok,blek boh dlm polibeg tanam dngn sekam..2 ke 3 hari batang dia jd kecut..xbleh siram bnyk ke air??
@@apitmiza4230 Cara pindah anak pokok baru ke polibag: 1) Pilih anak pokok yang ada pucuk muda. 2) Pindahkan kedalam polibag pada waktu petang. 3) Siram serta-merta selepas dipindahkan ke polibag. 4) Letak ditempat yang teduh selama 3 ke 5 hari. 5) Siram di awal pagi dan lewat petang sahaja. 6) Jika tanah masih lembab, tidak perlu siram. 👍
Saya orang pertama yang tanam tembikai di kampung saya dan seterusnya saya ajar orang kampung saya tanam tembikai sendiri... Daripada pemerhatian saya di setiap rumah yang menanam tembikai di kampung saya... Saiz buah tembikai berubah mengikut jenis media tanaman yang digunakan serta kekerapan siraman yang dilakukan... Maka dengan ini saya anjurkan jika tanah tuan dah cantik maka siramlah sebanyak 8 kali sehari bersamaan 18 liter sepokok selama tiga bulan... Elakan air bertakung 👍 Klau tanam dalam polibag... Polibag kena besar
Bang..tolong jawap soalan saya.. Boleh ke guna polybag MCM dlm video abg ni..tapi nak guna sistem Jalar atas? Maksudnya MCM kita tanam kacang panjang tu...???
Boleh dan lagi bagus dia menjalar naik sebab risiko buah jadi rosak akan menurun… Saya ada video tanam honey dew dengan tergantung dan terbukti tangkai dan batang pokok dapat menampung berat buat… Cuma rangka untuk dia menjalar tu kukuh 👍
Saya dah ikut advise .. pokok dah tumbuh.. dan berbuah.. Masalah 1. Buah besar penumbuk dan terbantut.. 2. Dauh tetiba layu.. dari akar.. Aduh sedih nya.. boleh advise..
Kalau dah ikut semua tapi pokok tiba-tiba layu maknanya pokok tu kena virus tembikai.... Virus nie biasa kena pada pokok tembikai. Guna benih lain pula ya... virus nie asal pada biji benih kita beli tu... Klau tanam 10 pokok selalunya 4 pokok mesti kena... Kena tanam semula sebab virus nie dia serang teras pokok... Sayang pokok dah keluar buah... Jangan lupa siram tanah polibag tu dengan air mendidih takut jangkit pokok baru nanti 😞
Wa’alaikumsalam... Sama saja tuan... Tapi tembikai susu elok tanam atas tanah atau dalam bekas yg besar... Ada dua video saya cerita pasal nie... Tuan boleh tengok untuk rujukan... 👍
Asalammualaikum saya nak tanya, pokok tembikai saya dah naik bunga jantan tapi pokok saya tu dia punya ranting tu kecik. Kalau pokok ranting dia kecik, bolehka naik buah besaq?
@@ahmadnatiq9313 kena letak baja urea tu... Klau dah berbunga tapi pokok pendek selalunya pokok tu rentat... Elok tanam semula... Letak baja kat tanah dulu... lepas seminggu tanam balik... Baja tak cukup susah nak elok balik...
Tuan nak tanya kenapa tembikai saya x membesar ,dia dok macam tu je besar bola tenis..daun oun kuning ,tapi masih menjalar..apa nak buat tuan.ni buah pertama yg berjaya..adakah saya kena tanam semula atau ada cara nak atasi nya
Kalau nak hasil yang cantik, satu pokok satu polybag… Tapi kalau nak, 3 pokok maksimum satu polybag… Bagus tuan rajin bertanya… Jangan segan bertanya untuk berjaya.. Ada apa soalan lagi boleh terus tanya saya, no problem 👍👍👍👍
Ini satu soalan yang saya puji… Pruning adalah satu perkara yang ramai penanam tembikai kurang cakna.. Pruning ini bukanlah wajib, namun ia memberikan manfaat yang sangat besar kepada pembesaran buah tembikai… Jadi, bahagian tunas yang yang mana patut kita prune…? Kita hanya buang tunas yang tumbuh paling paling dekat dengan perdu. Dalam kata lain, kita hanya ada satu batang utama. Manakala tunas yang keluar dalam jarak satu kaki dari perdu kita perlu simpan untuk tujuan stability pokok dan proses photosynthesis.. 👍
Tips untuk ubah anak pokok tembikai: 1) Ubah pokok selepas pukul 5.30 ke atas. 2) siram serta merta selepas ubah. 3) Tutup selama 3 hari daripada panas matahari. 4) pastikan akar tidak putus semasa ubah. Anak pokok akan layu jika perkara diatas tidak di lakukan... Jadi kalau dah seminggu masih layu lagi, kena tanam semula... All the best 👍
mohmmmad faiz aiman Pokok hybrid selalunya agak rapuh sebab dia besar dengan cepat... Salah satu cara untuk elak patah ialah dengan letak pokok ditempat yg bebas dari tiupan angin atau cucuk lidi sekeliling pokok sebagai sokongan... Lidi mestilah lidi yg panjang... Jangan banyak sangat nanti rosak akar... Selamat mencuba tuan
Pokok tembikai nie kalau tak letak baja buah pon boleh… Guna baja Npk 16 16 16 pon ok… Cap peladang ok dah… Baja buah nie sekadar menggalakan pengeluaran buah saja.. Untuk pokok tembikai tak guna baja buah pon dia akan berbuah jugak…
Salam tuan. Pokok tembikai saya baru panjang dan menjalar tak sampai 40cm tapi dah keluar bunga. Saya rasa bunga jantan kot macam dalam video tuan 😅 tanam dalam pasu. Berapa lama ya baru dia keluar bunga betina? Atau bergantung kepada baja?
Pokok tembikai sesuai tanam atas tanah untuk dia subur dan berbuah... Jadi apabila kita tanam dalam polibag.. kita dah menghadkan ruang untuk akar dia membesar... Jadi kalau boleh kita maksimumkan ruang untuk akar dia merebak supaya kita dapat hasil yang berbaloi dengan usaha kita... Boleh kalau tak mau boh tanah penuh tapi nanti buah tak besar 👍
@@muamalsham187 Wa’alaikumsalam... Kalau polibag macam saya guna tu, Boleh simpan 2 biji sahaja... Eloknya sebijik saja... Buah besar skit... Tanam banyak polibag tak rugi... Tanah tu tak rugi.. Boleh tanam banyak kali 👍
syima hambali Penat ooo tak mau bagi video goyang 😭😭.... Tengok video yg satu lagi saya cerita full pasai baja... Tajuk: Baja dan pembajaan pokok tembikai kedah Malaysia 👍
@@keasevox haha.. Saya guna pasiaq laut, tapi tak bilas.. Dah 5 hari semai tak tumbuh, igt give up dah.. Sekali angkat daun nyoq ptg td, tgk2 tumbuh dah.. Selalu biaq bapa lama tutup dgn dun nyoq tu?? Dah la kucing jiran suka dok pancit tang situ... Pungkoq btoi...
@@fadhliberohan6726 Menarik nie... Biji benih mula bercambah dari dalam tanah selalunya bermula dari 3 ke 7 hari bergantung kedalaman biji benih semasa semaian... Klau tanam dalam lambat skit nak tumbuh... 👍
@@keasevox tapi anak pokok saya batang dia panjang lepas tu daun dia. Masih dua biji lagi, tgk batang dia panjang mula mcm senget ja, memang selalu awai2 mcm tu ka... Saya alih daun nyoq pasai tgk gaya mcm anak pokok tu cari matahari celah2 daun nyoq tu.. Cuma saya pasang kayu keliling buah sempadan... Takut kucing berak...
@@fadhliberohan6726 Klau dah nampak anak pokok memang kena buang daun kelapa tu... Tujuan daun kelapa nak bagi suhu stabil dan tanah tak kering semasa biji benih dalam tanah... Batang panjang baik untuk jangka panjang pokok tapi dia mudah patah masa nie... So jaga jangan bagi kena angin yang kuat... Klau ada haiwan kat rumah memang pagar tu sangat penting...
Tuan, saya try semai biji tembikai, lps lebih kurang seminggu tak sangka pulak biji tu tumbuh...byk pokok jgk la tumbuh...ni baru kecik2 naik...kalau nk pindahkn tu blh ke tuan...sy campur semai haritu tembikai merah & kuning...tanam dlm pasu bunga kecik je
Pokok tembikai berbuah sekali sahaja dalam jangka hayatnya selama 4 bulan... Baja dalam seminggu sekali.... Untuk lebih lanjut tengok video tajuk “ baja dan pembajaan pokok tembikai” 👍
@@zurfiz4004 Ya... lepas buah masak tanam balik.. Klau tanam dalam polybaq, buah sebiji sahaja sepokok... Klau tanam atas tanah boleh dapat lima biji sepokok... Senang tanam banyak pokok dalam satu masa... 👍
@@zurfiz4004 Ya sebijik sahaja... Kalau dia jadi dua bijik juga nanti buah jadi besar telur ayam... Tanam la dalam 5 polibag... Tak rugi punya... Pokok tembikai tak boleh single, kena ada kawan baru jadi 👍
Fakta yang menarik untuk tuan... Pokok tembikai akar dia hanya di perdu pokok sahaja.... Tak sama dengan pokok labu yang setiap ruas daun boleh mengeluarkan akar.... Sebab tu pokok tembikai kita boleh bagi menjalar atas simen atau atas para 👍👍👍
Ye betul tu saye nak tye sikit pokok tbkai tu die tumbang takpe ke die benkok mule2 saye ingat patah pastu saye tgok tak patah pun cume die tumbang je jatuh bwah pasu
@@guleanifkuantan6262 bunga jantan tu tanda pokok dah matang… Benih sekarang pokok cepat matang.. Nanti buah pertama yang jadi kena buang bagi peluang pokok lebih stabil 👍
Klau atas tanah mungkin boleh sampai tiga biji buah ikut kesuburan pokok... Klau dalam polibag sebijik sahaja... Jadi tanamlah lebih dari satu polibag 👍
Tips... 1.biasa dibuat di kebun...1 pokok di setting 3 biji saja SUPAYA buah membesar dgn BAIK ( cukup utk mendapat Nutrisi dr induknya ).. 2...BUAH PANGKAL biasa jarak dgn pangkal L/ kurang 4/ 5 jengkal dr pangkal kita buang / biarkan besar BOLA ping pong kita kutil/ buang / buat sayur air pun bolee... ...jd PASTI kn 1 pokok 3 biji saja..check dr pangkal pokok sampai hujung sulurnya...kalau lebih dr 3 biji buanglah biji buah yg baru keluar.. ...kalau nk buat sayur Air biar buah tu besar bawang besar ...ambillah buar sayur Air...sedap cecah budu / sambak belacan... ....biasa nya buah ke 4 di buang sbb nk SETTING 3 kali petik saja KERJA akan selesai / TUTUP BUKU... ...buah ke 4 biasa tk membesar dgn baik & tk sampai masak pun.. 3..Kaw PANTAI TIMUR ( dr selatan JIOHOR hingga UTARA KELANTAN ) cantik menanam BULAN OKT hingga MARCH aja....SEBAB musim MONSON / TENGKUJUH..( angin dr LAUT CHINA SELATAN tiada bawa PENYAKIT sbb angin dr LAUT )... ...SELEPAS bulan MARCH tk sesuai tnm sbb dah masuk MONSON BARATDAYA biasa bawa Penyakit ULAT sbb angin dr daratan / hutan bawa serangga/ musuh tanaman.. 4..tp kalau tanam dlm KELAMBU / GREEN HOUSE mungkin BOLEH sbb selamat dr serangan ulat/ serangga... ...tp bg KAW pantai barat TIADA pengalaman sbb BELUN pernah cuba...😂 # MASALAH... 1 HUJAN ...tk tentu MASA. ..TEMPAT... 2 MUSUH . ULAT .. ...JGN tanam LUAR MUSIM SERANGGA. Kutu / hama / belalang halus warna hijau .. hisap ZAT yg membuat pokok jd daun nya KERINTING...spt Lada...tembikai...dll ...kadang pokok PELAM ...JAMBU...anak DURIAN pun dia bantai...😂 ...racun yg sesuai LENNATE dr THAILAND tp TAK LEH masuk MALAYSIA...sbb dilarang TERLALU " BAHAYA."...
Tembikai saya merekah hari nie. Buah tak masak lagi saya pun tak tau apa yang jadi. Tiap tiap hari ahad saya bagi baja kopi 1 sudu, kadang kadang baja AB, pokok tembikai atas tanah. Air 2 kali 1 hari, awal pagi dan lewat petang, 1 litter ~ 2 litter
@@afiq2948 Selalunya kalau buah pecah nie ada dua saja.. pertama sebab air terlalu banyak selalunya sebab hujan lebat.. Siram saja takkan pecah buah.. Kedua sebab orang kacau… Mungkin hujan panas tiba-tiba menyebakan kulit buah nipis sejuk secara mengejut… Warna apa isi?
@@keasevox Ohh, macam tu. Nanti saya akan kurangkan voume air tu. Kalau pasal cuaca tu memang saya redha.Isi warna kuning. Saiz rasanya besar songkok. Tak berapa manis. Tak apa nanti saya try lagi sekali kira jadi pengalaman baru kat saya . Terima kasih sebab bagi penjelasan dan nasihat.
@@afiq2948 Fuuuhhh tanam tembikai kuning first time dah besar macam tu… Hebat… Siram tu dah betul sebab atas tanah selalunya tak ada masalah over watering… Saya siram lebih lagi pada tu… Sebaldi besar air saya siram kalau musim kemarau … Musim hujan saya selalunya tak tanam tembikai.. Lepas nie tanam sebelah merah sebelah warna kuning.. Klau ada dua pkok nie biji dalam buah jadi kurang skit… Kira ok dah tu.. Saya mula-mula tanam buah besar guli ja.. Hahaha.. Btw semoga berjaya 👍👍👍🎉🎉🎉😄😄
Assalamualaikum. Bang nak tanya, kalau nak buah yang besar dalam 5kg keatas, biasa satu polybeg tinggalkan berapa biji? Apa yang saya faham jika terlalu banyak, nanti buah jadi kecik. Betul ke?
Wa’alaikumsalam... Klau tanam dalam polibag saiz 40 cm ke bawah buah paling banyak akan keluar dua sahaja... Kalau tanam atas tanah baru dapat buah lebih dari 5 biji... Saiz buah bergantung pada jenis pokok tembikai serta pembajaan.... 👍
Tuan kena cari bunga jantan dan betina dan ambil bunga jantan dan tekap pada bunga betina... bagi debungnya pindah ke bunga betina... kena buat sebelum pukul 11 pagi... Seeloknya dari pokok yang berlainan 👍
nak tanya,masa pokok tembikai masih baby kecik kan,,kan x leh biar kena matahari kuat sangat kan..bila dah besar sikit baru boleh letak bawah matahari nak kukuhkan pokok (saya ada baca kat google hari tu)....nak tanya,agak-agak waktu bila eh pokok tembikai dah boleh biar kat bawah matahari terik? bila dia start menjalar ke bawah ke,atau sebelum menjalar? jwb sat keas evox..hahahaha tengah tanam tembikai jugak sekarang ni..dalam pasu..hehehehe
Soalan yang bagus... Kalau ikut saya masa pucuk benih timbul dari tanah saya dah letak tengah panas supaya anak benih cepat keras... Tapi kalau risau pokok mati letak tempat yang kena panas waktu pagi ja seminggu lepastu terus letak tempat panas terik... Tanam banyak skit dan try mana yang sesuai dengan dengan jenis tembikai yg tuan tanam... Lain jenis lain ketahanan dia... Semoga berjaya 👍
@@junaidahnasir7495 Kalau tanam atas tanah, 5 biji buah untuk satu pokok dia boleh keluar... Dalam polibag 1 ke 2 biji sahaja... Buah kedua selalunya kecik sahaja 👍
Soalan yang sangat bernas tuan... Saya rekomen tuan tengok tengok buah kat pasaraya ka... kedai ka... cari buah tembikai yang kulit dia hijau gelap... Lagi gelap lagi bagus... beli sikit then ambil biji and keringkan... Sebabnya buah yg jenis macam tu benih dia mahal sangat klau nak beli.... Rm 80 per seratus gram... So cara ini yg terbaik 😁
Mudah saja nak tau bila buah tembikai kita sesuai dituai dengan cara melihat sulur paut pada tangkai buah tembikai... Jika sulur paut tu dah berwarna perang dan kering, maknanya buat telah masak... Untuk lebih faham boleh tengok video saya tuai buah tembikai... Saya ada tunjuk 👍
Semolek-moleknya semai terus dalam bekas yang besar... Saya ada tunjuk juga dalam video saya tajuk “ Cara mudah semai Tembikai dari biji” Boleh tengok untuk rujukan... 👍
Saya dh tanam pokok tembikai tanpa biji. Tapi saya baca, nk kawinkn kena cari bunga jantan dri pokok tembikai yg ada biji. Apa jadi kalau saya guna bunga jantan dri pokok yg sama (x de biji)? Sebb dah 6 bulan tanam, baru tahu
Pendebungan silang merupakan antara syarat untuk menjadikan biji tembikai tidak berkembang (seedless) disebabkan gabungan dua baka yg berbeza... tetapi kalau dah tak ada baka yg lain untuk penyilangan... Teruskan sahaja pendebungaan dari pokok yang sama dan simpan benih untuk musim hadapan... dan cuba lagi 👍
Terima kasih atas ilmunya penerangan jelas dan mudah difahami
@@zalehamarhani5586 Alhamdulilah… Semoga bermanfaat 👍👍👍
Terima kasih tuan dgn ilmunya...smoga d murahkan rezeki...
Semoga berjaya 👍
Walaikumsalam terbaik channel nya tq
Suara abang ni termengah2.. Mcm penat je bang.. Cool bang.. Tkpayah cakap laju2.. Pelan pelan cakap pun tkpe.. Bagus bang buat content ni... Berbagi ilmu org kata.. Salam dr Johor
Owh... Masa nie rakam pakai handphone... Nak bagi tak getar gambar letih jugak la... Kesian orang pening kepala tengok gambar goyang... Thanks tuan support 👍
P
P
@@infiniteinfinity2113 P
Dari awal smpai akhir video sy dgr okey je. Xde mslah pun. Cuba cri kebaikan dlm video ni. Psti jumpa.
Terang sambil berlari ka boss.. Hehe.. Tq boss.. Penerangan padu
Biasa laaa… masa nie saya gemok… tapi alhamdulilah sekarang masih gemok lagi … Selamat mencuba 👍
Tringin nak cuba tanam.trima kasih ilmu tuan
Cuba dengan dua pokok dulu... Nanti mesti seronok masa buah dia keluar... Klau ada soalan boleh terus tanya... Saya akan bantu seboleh mungkin... Selamat menanam cik 👍👍👍👍🎉🎉🎉
Ok mantap boss kuh
t.kasih atas penerangan.macam..nk cuba.....
Kalau ada soalan apa2 boleh tanya... Saya akan cuba jawab semampunya 👍
Terima kasih...
Ats perkongsian y mnrik...👍👍👍👍👍
Jelas dan terbaik
Penerangan yg bagus dan mudah difahami.. Visual edit mmg bagus
Terima kasih dan selamat mencuba 👍
@@keasevoxmaaf untuk semangka kalau ditanam dalam polybag berapa berat rata rata kalau panen menurut anda apakah bisa sampai 5 kilo sepengalaman anda
@@riskialif7368 Maksimum berat dalam polybag adalah 3 kilograms kebawah…
Tkasih Share
Selamat mencuba dan semoga berjaya
Bagus teruja saya dibuatnya
Tq bro bg tips.Rpnye kn buh psiaq sikit.Akk pkai buh ats tnh merah.Syng dh klr buah 4bj.Satu dh besaq hat 3 bj lg kck.Smua mati.Ni ada 1 bj lg besaq dh sikit.Hrp2 blh la merasa.Dh la tgh ciwi nih.😂
Hahaha… Seronok ooo klau dok tengok buah tembikai nie… Saya dulu pon ciwi jugak… Semoga berjaya 👍
Inspiratif bosque 👍
Channel TH-cam "Pren Iwan" absen. 🙏
Terima kasih saudara. Terus suksess.
selamat petang tuan.saya mau tau...dulu saya ada tanam tembikai atas tanah...tapi buah nya tidak mau besar.paling besar pun.besar buah limon saja tuan...
Selamat petang kembali tuan… Masalah buah kecil juga pernah berlaku kepada diri saya dahulu… Cara mengatasinya adalah dengan tanam pokok tembikai atas tanah yang gembur seperti kompos, top soil atau tanah yang memudahkan akar pokok menjalar masuk. Seterusnya, baja pokok dengan baja urea putih seminggu sekali untuk batang pokok yang lebih besar. Guna juga baja npk sebulan sekali. Akhir sekali, buah pertama yang keluar haruslah dibuang kerana buah pertama selalunya bersaiz kecil. Semoga bermanfaat 👍
terima kasih tuan ...
@@jeff9361 Kalau ada apa-apa soalan lagi boleh terus tanya saya… No problem 👍
Tang rembat pasiaq tu...padu...
Kalau kantoi jangan libatkan saya... Hahaha 😂👍👍👍
jenama benihyg baik
Green world ok jugak...
Nak try jgk..lama x tnm tembikai..t.kasih byk tips
Terbaik
cam si** tapi dosa tanggung sendighi ah. ahahaha. lawak bang torbaek
Pasai saya ajaq org buat jahat... Tu pesan siap-siap tuan 😅
saya pun di negeri kedah
Apa khabaq… Lebat sungguh hujan pagi tadi noh… 👍
Ok. Tk kongsi. Terbaik. 👍😊. Tanah pasir ada jual. Jangan rembat pasir orang punya. Agar hasil rezeki nanti halal. Wallahu'allam.
Terbaik bosku saya pun minat juga tanam tembikai ni..
ya org kita , tembikai susu boleh buat mcm ni jugak ka
Tembikai susu tak digalakan tanam dalam polibag.... Tengok vidio saya tanam tembikai susu kuning
Itu pon bagus. Obat sakit typus
Saya baru tahu… Thanks bagi info 👍👍🎉🎉😁😁😁
Terima kasih atas perkongsiannya, terbaik
Informasi terbaik..nak tanya bolehkah tanam tembikai menggunakan kokopit atau sabut kelapa?
Boleh… Tapi masa letak biji bagi tanah skit supaya akar ada grip… dan selalu siram takut dia cepat kering… Semoga berhasil tuan 👍👍👍🎉🎉👍👍
Terima kasih bg info 🍉
Alhamdulilah terima kasih
Kalau tanah Bukit bang?...tanah Oren tuuu..boleh ke Tanam n besr mcm tuu?
Boleh… Tanam dalam polibag besar skit 👍
Alhamdulillah
Saya nk tanya tentang tembikai madu siam ni. Saiz buah dia besaq mana.saya baru nk try tanam tembikai
Tembikai nie kalau tanam atas tanah sebiji 5 kilo boleh dapat.. Dalam polibag dalam 1 ke 2 kilo sebiji… Kalau nak besar macam jual kat kedai tu susah skit sebab banyak jenis hormon dan vitamin kita kena letak. Kalau belum pernah tanam tembikai saya syorkan tanam labu manis dulu supaya ada pengalaman skit kerana nak tanam tembikai nie agak complicated skit.. Tapi bila dah tahu cara, pejam mata pon boleh tanam 😄
Penonton pertama. hadir.. saya teringin nak menjala port udang galang di pintu air bang.
Si Jala Biru Port x clear dah... Depa boh racun udang belah hulu 😢😢😢
@@keasevox patut la ikan² pening
Salam..pokok tembikai ni sekali tanam berapa kali boleh tuai hasil die
Kalau tanam atas tanah boleh tuai lebih dari 2 kali.. Kalau dalam polibag sekali sahaja 👍
Salam bos tembikai saya dah berbuah besar tapak tangan..tapi banyak sulur dan ada buah baru..adakah perlu buang buah baru dan sulur, tingalkN sebiji sahaja satu pokok? Mohon pencerahan bos..
Sulur tu bagus… kalau nak buang sulur, Buang sulur baru yang keluar dekat perdu saja. Buah yang baru keluar tu takkan membesar selagi buah sekarang belum 80% matang 👍
Pasir pantai blh guna tak?
Takut masin sangat pulak pasir tu… Tapi klau nak cuba boleh ja👍
Rembat pasir...dosa tanggung sendiri..haaa..
Saya bagitau saja cara nak dapatkan pasir… Dah rembat jangan babitkan saya diakhirat sana..😆😆😆
Sy dh 2 kali try tanam,mati jugak..xtau apa sbb..beli anak pokok,blek boh dlm polibeg tanam dngn sekam..2 ke 3 hari batang dia jd kecut..xbleh siram bnyk ke air??
@@apitmiza4230 Cara pindah anak pokok baru ke polibag:
1) Pilih anak pokok yang ada pucuk muda.
2) Pindahkan kedalam polibag pada waktu petang.
3) Siram serta-merta selepas dipindahkan ke polibag.
4) Letak ditempat yang teduh selama 3 ke 5 hari.
5) Siram di awal pagi dan lewat petang sahaja.
6) Jika tanah masih lembab, tidak perlu siram.
👍
bos,mcm mana cara nak besarkan buah??selalu tanam buah xberapa besar..baja semua ikut jadual.
Saya orang pertama yang tanam tembikai di kampung saya dan seterusnya saya ajar orang kampung saya tanam tembikai sendiri... Daripada pemerhatian saya di setiap rumah yang menanam tembikai di kampung saya... Saiz buah tembikai berubah mengikut jenis media tanaman yang digunakan serta kekerapan siraman yang dilakukan... Maka dengan ini saya anjurkan jika tanah tuan dah cantik maka siramlah sebanyak 8 kali sehari bersamaan 18 liter sepokok selama tiga bulan... Elakan air bertakung 👍 Klau tanam dalam polibag... Polibag kena besar
Bang..tolong jawap soalan saya..
Boleh ke guna polybag MCM dlm video abg ni..tapi nak guna sistem Jalar atas? Maksudnya MCM kita tanam kacang panjang tu...???
Boleh dan lagi bagus dia menjalar naik sebab risiko buah jadi rosak akan menurun… Saya ada video tanam honey dew dengan tergantung dan terbukti tangkai dan batang pokok dapat menampung berat buat… Cuma rangka untuk dia menjalar tu kukuh 👍
Saya dah ikut advise .. pokok dah tumbuh.. dan berbuah..
Masalah
1. Buah besar penumbuk dan terbantut..
2. Dauh tetiba layu.. dari akar..
Aduh sedih nya.. boleh advise..
Kalau dah ikut semua tapi pokok tiba-tiba layu maknanya pokok tu kena virus tembikai.... Virus nie biasa kena pada pokok tembikai. Guna benih lain pula ya... virus nie asal pada biji benih kita beli tu... Klau tanam 10 pokok selalunya 4 pokok mesti kena... Kena tanam semula sebab virus nie dia serang teras pokok... Sayang pokok dah keluar buah... Jangan lupa siram tanah polibag tu dengan air mendidih takut jangkit pokok baru nanti 😞
Sama mcm kes pokok tembikai sy...buah dah bsr penumbuk tetiba daun layu...huhu
done subcribe
Salam bang..dalam pasu boleh tak tanam
Boleh.. Tapi kena guna pasu besar untuk dapat buah yang berbaloi
@@keasevox Satu lagi nak tanya bang..pokok memang nak kena letak tempat panas ke CMne
@@tengkuhairrytghasni2543 Pokok tembikai mesti kena cahaya matahari selama 8 jam sehari atau tidak kurang 6 jam… Letak atas simen pon boleh 👍
@@keasevox terima kasih info..abg memang terbaik dari ladang timun cina org Terengganu kbo 👍🤣🤣
@@tengkuhairrytghasni2543 Tq.. Kalau ada apa-apa soalan lagi tanya ja.. Sampai boleh makan timun cina usaha sendiri dalam masa 3 bulan 👍😄
Kalau anak benih tembikai dia dah kering sangat,kalau guna biji tembikai ygori dalam buah tersebut boleh tak semai dalam polibeg tu
@@norsiahainain7774 Maaf, saya tak faham soalan cik… Tolong tanya sekali lagi 😅😅
Waalaikumusalam,apa khabar Hang Tuah lama tak upload video 😂
Mohamad Syamil ..... Sebab PKP.... Hamba sngat patuh dengan arahan Sultan... 😁
Salam tumpang tanya. Pokok tembikai tanam dalam polibag kena sembur racun
serangga tak. Terima kaseh.
Ikut keadaan jugak… Klau nampak serangga makan daun atau buah contoh kumbang daun, ulat atau afid. Kalau tak nampak tak perlu la sembur racun 👍
Bro, kalau nak tanam rock melon, boleh ka biar dia menjalar je...?
Boleh ja... Tapi buah nanti kena lapik dengan polisterin yang tebal tu takut buah lembab kena tanah 👍
@@keasevox ..ok terima kasih..
Tanam hitam campur bole guna untuk tanam tembikai ke
Boleh 👍
Salam.. pokok tembikai sesuaika tanam musim hujan?
Boleh tanam musim hujan tapi tak digalakan... Musim kemarau memang terbaik 👍
Salam Tuan... Tanam tembikai susu (timun susu kalantan panggil) pun sama juga ke cara nya...
Wa’alaikumsalam... Sama saja tuan... Tapi tembikai susu elok tanam atas tanah atau dalam bekas yg besar... Ada dua video saya cerita pasal nie... Tuan boleh tengok untuk rujukan... 👍
@@keasevox terima kasih Tuan atas perkongsian
Asalammualaikum saya nak tanya, pokok tembikai saya dah naik bunga jantan tapi pokok saya tu dia punya ranting tu kecik. Kalau pokok ranting dia kecik, bolehka naik buah besaq?
Wa’alaikumsalam... Pokok dah berapa panjang ya ?
@@keasevox saya tanam atas tayar yang tepakai, tapi dia punya panjang tu tak turun tayar tu lagi.
@@ahmadnatiq9313 kena letak baja urea tu... Klau dah berbunga tapi pokok pendek selalunya pokok tu rentat... Elok tanam semula... Letak baja kat tanah dulu... lepas seminggu tanam balik... Baja tak cukup susah nak elok balik...
@@keasevox ok saya akan cuba. Terima kasih ya. Semoga dimurahkan rezeki amin...... 🤲
Asekom bang kalau tanam dalam polibag saiz kecil bole ke,n kalau letak 2 atau 3 pokok dalam polibag boleh ke,.
Wa’alaikumsalam... Sangat tak digalakan sebab nanti buah akan jadi kecil... Pokok tembikai perlu ruang untuk akar dia...
@@keasevox assalam bang kalau lepas pokok tembikai tu berbuah memang akan mati ke?
@@shahrizalazdhar369 Wa’alaikumsalam .... Ya... Jangka hayat pokok tembikai hanya 4 ke 5 bulan sahaja top...
@@keasevox tima kasih bos
bang kalau baja yg N besar..guna urea boleh ke..? sesuai kn.? 46% N
Urea memang Sesuai... 👍
Biasa satu pohon ni sentiasa keluar buah ka? Ke kena lupus dlm ms tertentu?
Selalunya lepas buah masak pokok mati dah..
@@keasevox biasa satu pokok brapa biji buah dpt hasil tuan?
@@jiwakamikaze Kalau tanam atas tanah selalunya 3 biji sepokok… Kalu dalam polibag 1 saja 👍
Video jelas..cuma mcm penat skt ye..
Tuan nak tanya kenapa tembikai saya x membesar ,dia dok macam tu je besar bola tenis..daun oun kuning ,tapi masih menjalar..apa nak buat tuan.ni buah pertama yg berjaya..adakah saya kena tanam semula atau ada cara nak atasi nya
Sabar dulu... Siram macam biasa dulu... Tengok perkembangan dia...mungkin kurang air... Siram lebih sikit
Buat para
Ada niat jugak nak buat tapi tu la… Niat saja nak buat malas 😄
Salam pokok nak kena letak dekat tengah panas kaa atau tempat teduh
Tempat panas... kena cahaya matahari yg banyak...
@@keasevox kalau buah kena simen xp ke?
@@nonieisham8158 Tak ada masalah...
Mahu tanya bro kat polybag dapat simpan brapo pokok...maksud aku 1/2Jer...maaf yeh bru bljr
Kalau nak hasil yang cantik, satu pokok satu polybag… Tapi kalau nak, 3 pokok maksimum satu polybag… Bagus tuan rajin bertanya… Jangan segan bertanya untuk berjaya.. Ada apa soalan lagi boleh terus tanya saya, no problem 👍👍👍👍
Tq aku bru nak cuba...nanti aku tnya lg klau tak phm...salam aku dri borneo...done sub support 👍
@@RONNIE_TEOCHANNEL Mantap bossku… Semoga berjaya 👍👍🎉🎉👍👍
Perlukah kita buang tunas2 atau ceding yg mula tumbuh dibatang yg menjalar itu
Ini satu soalan yang saya puji… Pruning adalah satu perkara yang ramai penanam tembikai kurang cakna.. Pruning ini bukanlah wajib, namun ia memberikan manfaat yang sangat besar kepada pembesaran buah tembikai… Jadi, bahagian tunas yang yang mana patut kita prune…? Kita hanya buang tunas yang tumbuh paling paling dekat dengan perdu. Dalam kata lain, kita hanya ada satu batang utama. Manakala tunas yang keluar dalam jarak satu kaki dari perdu kita perlu simpan untuk tujuan stability pokok dan proses photosynthesis.. 👍
Tanam guna cocopeat boleh ke?
Boleh… Tapi siram jangan kerap sangat 👍
👍👍👍
Boleh pakai pasir yg buat rumah tu ke bang ?
Boleh... campur tanah skit lagi afdal 👍
Bang kalau guna tanah sahaja tanpa pasir blh tk?
Boleh.. Tapi jangan tanah yang keras 👍
@@keasevox ohok thanks
Bang lepas ni cuba buat konten cara pindahkan anak pokok tembikai dari polibeg ke tanah
@@musimartinsimon9310 Ada dah video tu saya buat tajuk “ Cara mudah semai tembikai dari biji” boleh tengok tuan 👍
masa Ramadan buah tembikai
saya susah nak besar tapi pecah
Hujan kerap sangat kot… Cuba beli polibag yang lagi besar.. mesti boleh punya 👍
Kalau ubah pokok memang dia layu ka bos
Tips untuk ubah anak pokok tembikai:
1) Ubah pokok selepas pukul 5.30 ke atas.
2) siram serta merta selepas ubah.
3) Tutup selama 3 hari daripada panas matahari.
4) pastikan akar tidak putus semasa ubah.
Anak pokok akan layu jika perkara diatas tidak di lakukan... Jadi kalau dah seminggu masih layu lagi, kena tanam semula... All the best 👍
@@keasevox tq bos dh tutup ngn pelepah nyokk
Bos ...nak tanya ..saya beli benih tembikai hybrid f1 ..bila dah tumbuh ..selalu patah bila dah tumbuh anak ...mcm mana nak elakkan dr patah ...
mohmmmad faiz aiman Pokok hybrid selalunya agak rapuh sebab dia besar dengan cepat... Salah satu cara untuk elak patah ialah dengan letak pokok ditempat yg bebas dari tiupan angin atau cucuk lidi sekeliling pokok sebagai sokongan... Lidi mestilah lidi yg panjang... Jangan banyak sangat nanti rosak akar... Selamat mencuba tuan
Abg pakai Baja buah jenis atau brand apa ya?
Pokok tembikai nie kalau tak letak baja buah pon boleh… Guna baja Npk 16 16 16 pon ok… Cap peladang ok dah… Baja buah nie sekadar menggalakan pengeluaran buah saja.. Untuk pokok tembikai tak guna baja buah pon dia akan berbuah jugak…
Salam tuan. Pokok tembikai saya baru panjang dan menjalar tak sampai 40cm tapi dah keluar bunga. Saya rasa bunga jantan kot macam dalam video tuan 😅 tanam dalam pasu. Berapa lama ya baru dia keluar bunga betina? Atau bergantung kepada baja?
Wa’alaikumsalam cik... Kalau pokok kecik dah keluar bunga selalunya pokok tu rentat... Daun pokok tu besar mana ?
Pkok Rentat tu mksudny ap@@keasevox
@@baminchannel1950 Pertumbuhan yang terbantut…
bang, nak tanya..macam mana kalau nak tanam biaq buah dia tergantung..pakai dawai kawat besi..boleh?
Boleh tapi jangan bagi batang atau tangkai patah 👍
orait..terima kasih
Bos pasir ni pasir biasa tu ka
Ya tuan... pasir buat rumah tu... Yang halus lagi bagus 👍
klau letak kat tempat yg agak redup bleh dak? mcm bwah pokok ka..
Pokok nie nak cahaya matahari yg banyak... Tapi klau nak try boleh ja
Kalau tanah tu xpenuh poly bag boleh ke bang
Pokok tembikai sesuai tanam atas tanah untuk dia subur dan berbuah... Jadi apabila kita tanam dalam polibag.. kita dah menghadkan ruang untuk akar dia membesar... Jadi kalau boleh kita maksimumkan ruang untuk akar dia merebak supaya kita dapat hasil yang berbaloi dengan usaha kita... Boleh kalau tak mau boh tanah penuh tapi nanti buah tak besar 👍
@@keasevox asalam bang maaf tumpang tanya satu polobag berapa buah kita boleh simpan?
@@muamalsham187 Wa’alaikumsalam... Kalau polibag macam saya guna tu, Boleh simpan 2 biji sahaja... Eloknya sebijik saja... Buah besar skit... Tanam banyak polibag tak rugi... Tanah tu tak rugi.. Boleh tanam banyak kali 👍
@@keasevox oh jadi tanah tu bila dah dituai hasil boleh guna lagi sekali la?
@@muamalsham187 Ya... Dah jadi tembikai buleh upgrade ke rock melon plak 👍
Penat ka bang😂... Tapi video cerita jelas👍👍👍 faham, cuma nak tanya, baja sikit tapi kerap tu, 2minggu sekali ka mcm mana?
syima hambali Penat ooo tak mau bagi video goyang 😭😭.... Tengok video yg satu lagi saya cerita full pasai baja... Tajuk: Baja dan pembajaan pokok tembikai kedah Malaysia 👍
Jom tanam syina
@@adnanat7589 syina ke syima,😂
Beapa usia pokok tembikai untuk berbuah.
60 hari patut dah berbuah
Pasiaq laut bole guna dak??
Huiii... Nie soalan rare dan pertama kali ditanya dalam sejarah channel saya... Boleh guna tapi kena bilas dulu buang garam... 👍👍👍🎉🎉🎉🎉😁😁😁
@@keasevox haha.. Saya guna pasiaq laut, tapi tak bilas.. Dah 5 hari semai tak tumbuh, igt give up dah.. Sekali angkat daun nyoq ptg td, tgk2 tumbuh dah.. Selalu biaq bapa lama tutup dgn dun nyoq tu?? Dah la kucing jiran suka dok pancit tang situ... Pungkoq btoi...
@@fadhliberohan6726 Menarik nie... Biji benih mula bercambah dari dalam tanah selalunya bermula dari 3 ke 7 hari bergantung kedalaman biji benih semasa semaian... Klau tanam dalam lambat skit nak tumbuh... 👍
@@keasevox tapi anak pokok saya batang dia panjang lepas tu daun dia. Masih dua biji lagi, tgk batang dia panjang mula mcm senget ja, memang selalu awai2 mcm tu ka... Saya alih daun nyoq pasai tgk gaya mcm anak pokok tu cari matahari celah2 daun nyoq tu.. Cuma saya pasang kayu keliling buah sempadan... Takut kucing berak...
@@fadhliberohan6726 Klau dah nampak anak pokok memang kena buang daun kelapa tu... Tujuan daun kelapa nak bagi suhu stabil dan tanah tak kering semasa biji benih dalam tanah... Batang panjang baik untuk jangka panjang pokok tapi dia mudah patah masa nie... So jaga jangan bagi kena angin yang kuat... Klau ada haiwan kat rumah memang pagar tu sangat penting...
Napa bunyi letih sangat nih Brpanas ke?
Penat takmau bagi video goyang 😅😅
Mcm suara hang tuah😂
Ya ka... Hang Tuah tu sebenarnya suara macam saya... 🤣🤣🤣🤣
@@keasevox haha...bila dengar teringat crita hang tuah
Tuan, saya try semai biji tembikai, lps lebih kurang seminggu tak sangka pulak biji tu tumbuh...byk pokok jgk la tumbuh...ni baru kecik2 naik...kalau nk pindahkn tu blh ke tuan...sy campur semai haritu tembikai merah & kuning...tanam dlm pasu bunga kecik je
Boleh… Janji akar tak putus… Lepas pindah tu siram air bagi lebih… Letak la tempat teduh selama seminggu..👍
@@keasevox ok tuan...t.kasih byk2
@@keasevox lupa pulak nk tanya, umur berapa pokok tembikai ni dah blh letak tempat panas
@@ysy812 Lepas seminggu dah boleh… Tapi kalau nak selamat, semai biji satu-satu dalam pasu lebih baik sebab peluang untuk pokok hidup lebih tinggi
@@keasevox ok tuan,t.kasih
Pokok tembikai ni berapa kali boleh kuar buah sblm diganti dgn pokok baru? Baja pulak kena bubuh selang berapa hari sekali?
Pokok tembikai berbuah sekali sahaja dalam jangka hayatnya selama 4 bulan... Baja dalam seminggu sekali.... Untuk lebih lanjut tengok video tajuk “ baja dan pembajaan pokok tembikai” 👍
@@keasevox maknanya kena tanam 4 bulan sekali la ye, maksimum sepokok leh kuar brp biji buah ye
@@zurfiz4004 Ya... lepas buah masak tanam balik.. Klau tanam dalam polybaq, buah sebiji sahaja sepokok... Klau tanam atas tanah boleh dapat lima biji sepokok... Senang tanam banyak pokok dalam satu masa... 👍
@@keasevox tanam dlm polibag then dia menjalar atas tanah pon buah sebijik je ke?
@@zurfiz4004 Ya sebijik sahaja... Kalau dia jadi dua bijik juga nanti buah jadi besar telur ayam... Tanam la dalam 5 polibag... Tak rugi punya... Pokok tembikai tak boleh single, kena ada kawan baru jadi 👍
Tn, nak tanya dahan tembikai yg atas semen tu Tak tumbuh akar ke?
Fakta yang menarik untuk tuan... Pokok tembikai akar dia hanya di perdu pokok sahaja.... Tak sama dengan pokok labu yang setiap ruas daun boleh mengeluarkan akar.... Sebab tu pokok tembikai kita boleh bagi menjalar atas simen atau atas para 👍👍👍
Saye tanam kat umah pakai pasu bunga tapi ok takde masaalah cume saye nak tye pucuk die kene buang ke bos atau buang daun je
X perlu buang daun atau pucuk kalau x diserang penyakit... biar ja dia tumbuh normal
Tq bang umur saye baru 29 minat tanam pokok tembikal dgn pokok bayam ni
Vivo Y91 Owh... Bagus minat berkebun nie.... Rasa puas makan hasil sendiri
Ye betul tu saye nak tye sikit pokok tbkai tu die tumbang takpe ke die benkok mule2 saye ingat patah pastu saye tgok tak patah pun cume die tumbang je jatuh bwah pasu
Salam nak tanya kalau tanam dalam polybag perlu juga ke pangkas pucuk ?
Pangkas pucuk nie optional sahaja… Kalau pangkas pucuk cepat berbuah saja…👍
@@keasevox kalau xpangkas xpe ya..btw nak tanya kalau pokok baru 1meter dah berbunga jantan normal ke? Umur dalam 3mingu kalau xsilap..
@@guleanifkuantan6262 bunga jantan tu tanda pokok dah matang… Benih sekarang pokok cepat matang.. Nanti buah pertama yang jadi kena buang bagi peluang pokok lebih stabil 👍
@@keasevox ouh kena buang buah pertama ya risau pulak hehehe takut xde buah langsung lepas buang yg pertama😅😅
Satu lagi soalan..saya tanam buah tembikai jenis bujur dan ada biji,prlu ke buat pendebungaan?
Dosa tggung sndri.hahahaha
Berape kali pokok tembikai akan menghasilkan buah??ke lepas dapat hasil yang pertama pokok terus kena buang atau akan ada buah yang lain jadi
Klau atas tanah mungkin boleh sampai tiga biji buah ikut kesuburan pokok... Klau dalam polibag sebijik sahaja... Jadi tanamlah lebih dari satu polibag 👍
Tips...
1.biasa dibuat di kebun...1 pokok di setting 3 biji saja SUPAYA buah membesar dgn BAIK ( cukup utk mendapat Nutrisi dr induknya )..
2...BUAH PANGKAL biasa jarak dgn pangkal L/ kurang 4/ 5 jengkal dr pangkal kita buang / biarkan besar BOLA ping pong kita kutil/ buang / buat sayur air pun bolee...
...jd PASTI kn 1 pokok 3 biji saja..check dr pangkal pokok sampai hujung sulurnya...kalau lebih dr 3 biji buanglah biji buah yg baru keluar..
...kalau nk buat sayur Air biar buah tu besar bawang besar ...ambillah buar sayur Air...sedap cecah budu / sambak belacan...
....biasa nya buah ke 4 di buang sbb nk SETTING 3 kali petik saja KERJA akan selesai / TUTUP BUKU...
...buah ke 4 biasa tk membesar dgn baik & tk sampai masak pun..
3..Kaw PANTAI TIMUR ( dr selatan JIOHOR hingga UTARA KELANTAN ) cantik menanam BULAN OKT hingga MARCH aja....SEBAB musim MONSON / TENGKUJUH..( angin dr LAUT CHINA SELATAN tiada bawa PENYAKIT sbb angin dr LAUT )...
...SELEPAS bulan MARCH tk sesuai tnm sbb dah masuk MONSON BARATDAYA biasa bawa Penyakit ULAT sbb angin dr daratan / hutan bawa serangga/ musuh tanaman..
4..tp kalau tanam dlm KELAMBU / GREEN HOUSE mungkin BOLEH sbb selamat dr serangan ulat/ serangga...
...tp bg KAW pantai barat TIADA pengalaman sbb BELUN pernah cuba...😂
# MASALAH...
1 HUJAN
...tk tentu MASA. ..TEMPAT...
2 MUSUH .
ULAT ..
...JGN tanam LUAR MUSIM
SERANGGA.
Kutu / hama / belalang halus warna hijau .. hisap ZAT yg membuat pokok jd daun nya KERINTING...spt Lada...tembikai...dll
...kadang pokok PELAM ...JAMBU...anak DURIAN pun dia bantai...😂
...racun yg sesuai LENNATE dr THAILAND tp TAK LEH masuk MALAYSIA...sbb dilarang TERLALU " BAHAYA."...
Tembikai saya merekah hari nie. Buah tak masak lagi saya pun tak tau apa yang jadi. Tiap tiap hari ahad saya bagi baja kopi 1 sudu, kadang kadang baja AB, pokok tembikai atas tanah. Air 2 kali 1 hari, awal pagi dan lewat petang, 1 litter ~ 2 litter
Hujan x kat sana?
@@keasevox Kat sini jarang hujan. Hujan panas ada hari jumaat rasanya. Sabtu dengan hari nie tak hujan.
@@afiq2948 Selalunya kalau buah pecah nie ada dua saja.. pertama sebab air terlalu banyak selalunya sebab hujan lebat.. Siram saja takkan pecah buah.. Kedua sebab orang kacau… Mungkin hujan panas tiba-tiba menyebakan kulit buah nipis sejuk secara mengejut… Warna apa isi?
@@keasevox Ohh, macam tu. Nanti saya akan kurangkan voume air tu. Kalau pasal cuaca tu memang saya redha.Isi warna kuning. Saiz rasanya besar songkok. Tak berapa manis. Tak apa nanti saya try lagi sekali kira jadi pengalaman baru kat saya . Terima kasih sebab bagi penjelasan dan nasihat.
@@afiq2948 Fuuuhhh tanam tembikai kuning first time dah besar macam tu… Hebat… Siram tu dah betul sebab atas tanah selalunya tak ada masalah over watering… Saya siram lebih lagi pada tu… Sebaldi besar air saya siram kalau musim kemarau … Musim hujan saya selalunya tak tanam tembikai.. Lepas nie tanam sebelah merah sebelah warna kuning.. Klau ada dua pkok nie biji dalam buah jadi kurang skit… Kira ok dah tu.. Saya mula-mula tanam buah besar guli ja.. Hahaha.. Btw semoga berjaya 👍👍👍🎉🎉🎉😄😄
Assalamualaikum. Bang nak tanya, kalau nak buah yang besar dalam 5kg keatas, biasa satu polybeg tinggalkan berapa biji? Apa yang saya faham jika terlalu banyak, nanti buah jadi kecik. Betul ke?
Wa’alaikumsalam... Klau tanam dalam polibag saiz 40 cm ke bawah buah paling banyak akan keluar dua sahaja... Kalau tanam atas tanah baru dapat buah lebih dari 5 biji... Saiz buah bergantung pada jenis pokok tembikai serta pembajaan.... 👍
Bang.. kalau takde serangga yg nak debungakan.. macam mana nak debungkan sendiri?
Tuan kena cari bunga jantan dan betina dan ambil bunga jantan dan tekap pada bunga betina... bagi debungnya pindah ke bunga betina... kena buat sebelum pukul 11 pagi... Seeloknya dari pokok yang berlainan 👍
Sy tanam memnjat bang.. Hahaha.. Mcm mana plak tu ye? Bebuah dah tu.. Besar penumbuk anak dah
Bagus dah tu.... Nanti kena la support buah tu supaya tak jatuh berkecai bila dia besar nanti... Terbaik lah 👍👍👍👍
nak tanya,masa pokok tembikai masih baby kecik kan,,kan x leh biar kena matahari kuat sangat kan..bila dah besar sikit baru boleh letak bawah matahari nak kukuhkan pokok (saya ada baca kat google hari tu)....nak tanya,agak-agak waktu bila eh pokok tembikai dah boleh biar kat bawah matahari terik? bila dia start menjalar ke bawah ke,atau sebelum menjalar? jwb sat keas evox..hahahaha tengah tanam tembikai jugak sekarang ni..dalam pasu..hehehehe
Soalan yang bagus... Kalau ikut saya masa pucuk benih timbul dari tanah saya dah letak tengah panas supaya anak benih cepat keras... Tapi kalau risau pokok mati letak tempat yang kena panas waktu pagi ja seminggu lepastu terus letak tempat panas terik... Tanam banyak skit dan try mana yang sesuai dengan dengan jenis tembikai yg tuan tanam... Lain jenis lain ketahanan dia... Semoga berjaya 👍
Selalu ada berapa biji dlm sepokok tembikai?
@@junaidahnasir7495 Kalau tanam atas tanah, 5 biji buah untuk satu pokok dia boleh keluar... Dalam polibag 1 ke 2 biji sahaja... Buah kedua selalunya kecik sahaja 👍
Nak tanya. Biji benih jenama apa???
Soalan yang sangat bernas tuan... Saya rekomen tuan tengok tengok buah kat pasaraya ka... kedai ka... cari buah tembikai yang kulit dia hijau gelap... Lagi gelap lagi bagus... beli sikit then ambil biji and keringkan... Sebabnya buah yg jenis macam tu benih dia mahal sangat klau nak beli.... Rm 80 per seratus gram... So cara ini yg terbaik 😁
Dari mula buah klaur bapa lama boleh petik
Mudah saja nak tau bila buah tembikai kita sesuai dituai dengan cara melihat sulur paut pada tangkai buah tembikai... Jika sulur paut tu dah berwarna perang dan kering, maknanya buat telah masak... Untuk lebih faham boleh tengok video saya tuai buah tembikai... Saya ada tunjuk 👍
Salam bang, kalau abg semai terus dlm bekas kekal atau semai dlm bekas kecil dahulu Bru pindah ke pasu atau polybag kekal? 😅
Semolek-moleknya semai terus dalam bekas yang besar... Saya ada tunjuk juga dalam video saya tajuk “ Cara mudah semai Tembikai dari biji” Boleh tengok untuk rujukan... 👍
Satu pokok boleh brapa biji buah
Dalam polibaq sebiji saja... Atas tanah boleh sampai 5 bijik 👍
@@keasevox kalau atas tanah berapa kaki jarak antara pokok
@@sheikhsalihin5565 sekaki pon cun dah... satu lubang 2 pokok 👍
@@keasevox boleh kongsikan tak baja ape yg sesuai digunakan
@@sheikhsalihin5565 Haaa.. bab nie ada saya buat video dah tajuk “Baja dan pembajaan pokok tembikai
Terbaikk bang.
tembikai kuning ke boss
@@Truckerskarya Merah nie… Ada sambungan video saya tuai
Benih beli kat mana???
Beli buah kat kedai ambil biji pon boleh... Tengok video saya tajuk cara semai tembikai
Saya dh tanam pokok tembikai tanpa biji. Tapi saya baca, nk kawinkn kena cari bunga jantan dri pokok tembikai yg ada biji. Apa jadi kalau saya guna bunga jantan dri pokok yg sama (x de biji)? Sebb dah 6 bulan tanam, baru tahu
Pendebungan silang merupakan antara syarat untuk menjadikan biji tembikai tidak berkembang (seedless) disebabkan gabungan dua baka yg berbeza... tetapi kalau dah tak ada baka yg lain untuk penyilangan... Teruskan sahaja pendebungaan dari pokok yang sama dan simpan benih untuk musim hadapan... dan cuba lagi 👍
@@keasevox thank youu untuk fast reply!!! Terbaik la abang 👍👍👍 saya Google mcm2 x jumpa jawapan