ไม่สามารถเล่นวิดีโอนี้
ขออภัยในความไม่สะดวก

Kisah Detik Terakhir JWW B1rch Bernafas Yang Kita Tidak Tahu!

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 31 ส.ค. 2021
  • Pada 1 November 1875 bersamaan dengan hari raya Aidilfitri tepat jam 5.30 petang, J.W.W. Birch dengan semangatnya hendak bertolak ke Hulu Perak untuk menyebarkan pengisytiharan yang ditandatangi oleh Sultan Abdullah tentang pengistiharan J.W.W. Birch sebagai residen perak sepertimana yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Pangkor sebelum ini.
    Pada waktu itu, sudah tersebar cerita bahawa Dato Maharajalela akan menyerang J.W.W. Birch, tetapi pihak Inggeris tidak menghiraukan dan menganggapnya sebagai berita palsu serta khabar angin sahaja. Dengan angkuh, J.W.W. Birch menyatakan sebelum berangkat ke Hulu Perak bahawa akan menembak Dato Maharajalela sekiranya beliau diserang.
    JWW Birch akhirnya bertolak ke Hulu Perak dari Bandar Baru pada hari tersebut dengan perahu naganya. J.W.W. Birch diiringi oleh beberapa orang iaitu Sub Leftenan J. F. Abbott, jurubahasanya Mat Arshad dan sepasukan askar. Terdapat dua lagi perahu lain yang juga mengiringi perahu naga J.W.W. Birch.
    Semasa dalam perjalanan J.W.W. Birch ke Hulu Perak, J.W.W. Birch telah berhenti di satu tempat yang terletak sebelum Pasir Panjang untuk memberi ruang kepada Mat Arshad serahkan surat pengishtiharaan kepada Raja Lop. Malangnya pada waktu itu Raja Lop tidak ada di rumah dan mereka menunggu sehingga senja.
    Selepas tanak nasi dan makan malam lebih kurang jam 8.30 malam, J.W.W. Birch sudah tidak sabar lagi untuk menunggu Raja Lop pulang lalu memberitahu angkatannya untuk meneruskan perjalanan ke Pasir Salak dengan segera. Maka bertolaklah mereka ke Pasir Salak dan mereka semua sampai di sana pada malam itu juga lebih kurang jam 10 malam ke 11 malam.
    Oleh kerana hari sudah lewat malam, J.W.W. Birch memutuskan untuk tidur di dalam perahu naganya sahaja. Pada pagi raya Aildilfitri ke dua bertarikh 2 November 1875, J.W.W. Birch telah mengarahkan perahu naganya diikat berdekatan dengan rumah mandi tukang emas cina di kawasan tersebut.
    Hendak dijadikan cerita, dua perahu yang mengiring Birch sejak mulanya pula diikat jauh sedikit dari perahu naga milik J.W.W. Birch. Mat Arshad diarahkan oleh J.W.W. Birch untuk memaklumkan tentang hal kedatangan British di Pasir Salak kepada Dato Maharajalela dan menampal surat pengishtiharaan di Pasir Salak.
    Mat Arshad juga menjemput Dato Maharajalela ke tebing sungai untuk berjumpa dengan J.W.W. Birch. Lantas selepas mendengar jemputan tersebut, Dato Maharajalela membantah dan menolak jemputan tersebut. Dato Maharajalela menegaskan bahawa negeri dan kampung ini bukanlah milik Birch dan tidak ada sebab untuk menghadapnya.
    Tidak cukup dengan itu, Dato Maharajalela mengugut akan menentang sekiranya surat pengisytiharan tersebut dilekatkan kerana mendapat arahan menetang J.W.W. Birch daripada Sultan Abdullah dan Sultan Ismail.
    Pada pagi raya Aildilfitri ke dua bertarikh 2 November 1875 iaitu tepat jam 6 pagi sesudah subuh, Sub Leftenan J. F. Abbott bersama-sama dengan yang lain keluar berburu di Kampung Gajah. J.W.W. Birch pula berpakaian serba putih keluar dari perahu naganya untuk ke rumah mandi yang terletak di tebing sungai Perak milik tukang emas yang bernama Koh Ah Yong.
    Sementara itu, J.W.W. Birch mengarahkan Mat Arshad untuk menampal surat pengishtiharaan. Maka, Dato Maharajalela tidak dapat menahan kemarahan dengan tindakan J.W.W. Birch yang seolah-olah mencabar amarannya. Lantas dikumpulkan orang-orang lengkap bersenjata di tebing sungai untuk menyerang.
    Dato Sagor yang turut hadir membawa keris serta lembing berjumpa dengan Mat Arshad dan J.W.W. Birch. Dato Sagor terus mengoyak sehelai surat pengishtiharaan di hadapan mereka berdua dan tindakannya mengoyakkan surat tersebut diikuti oleh yang lain-lain sorang satu di hadapan J.W.W. Birch.
    Kemudian, Dato Sagor menyandarkan lembingnya di dinding kedai cina tersebut lalu naik ke perahu naga Birch untuk berbicara. Entah apa yang mereka bualkan dalam keadaan Birch yang sedang duduk selesa di atas kerusi rotannya dalam perahu naga tersebut.
    Selepas beberapa ketika mereka berdua berbicara, Dato Sagor bersama-sama dengan Mat Arshad terus pergi bertemu dengan Dato Maharajalela pula. Mat Arshad dibawa masuk ke balai kubu Pasir Salak dan dipersilakan untuk makan sirih.
    Pada masa yang sama, Mat Arshad bersama lebih kurang 20 orang datang berkumpul dan berhimpun di depan halaman rumah Dato Maharajalela dan mereka memaklumkan bahawa J.W.W. Birch ingin Dato Maharajalela datang dan bertemu dengannya di perahu naga, tebing sungai.
    Kredit : Zulfikar zainal

ความคิดเห็น • 64