Kes pegawai kanan polis didakwa bUnUh pelajar menengah

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 20 มี.ค. 2024
  • Kes pegawai kanan polis didakwa bunuh pelajar dipindahkan ke Mahkamah Tinggi
    KES pegawai kanan polis yang didakwa membunuh pelajar lelaki tingkatan lima dalam kemalangan jalan raya pada Disember lalu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Ipoh untuk perbicaraan.
    Majistret S. Punitha memutuskan demikian susulan permohonan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz.
    Ketika ditemui selepas prosiding, Afzainizam berkata pemindahan kes dibuat mengikut Seksyen 177A (1) Kanun Tatacara Jenayah.
    Tambahnya lagi, tarikh sebutan kes di Mahkamah Tinggi belum ditetapkan.
    Tertuduh, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, 44, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
    Mohd Nazri didakwa melakukan perbuatan itu ke atas mangsa, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di dalam daerah Kinta, Perak.
    Kejadian berlaku antara pukul 12.05 hingga 12.40 tengah hari, 15 Disember 2023.
  • บันเทิง

ความคิดเห็น •