Talam Keladi Berlauk Daging | Steamed Beef Yam Cake

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 22 ส.ค. 2024
  • Salah satu kuih Melayu/nyonya yang diminati ramai - Talam Keladi Berlauk yang tidak pernah menjemukan. Talam keladi berlauk terdiri dari 2 jenis iaitu talam keladi berlauk daging dan talam keladi berlauk udang kering. Bahan sampingan untuk ditabur pada talam ialah bawang goreng, hirisan daun sup & dan daun bawang serta hirisan cili merah. Talam keladi berlauk sedap dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama sos pencicah seperti sos pedas, sos manis atau sos taucu. Untuk resepi ini, kami makan begitu sahaja kerana rasanya telah cukup sempurna. Sesuai dijadikan sajian sarapan pagi ataupun minum petang.
    Selamat mencuba!
    Saiz Hidangan : Anggaran 25 keping (loyang 8x8 inci)
    BAWANG GORENG:
    8 ulas bawang merah - hiris nipis
    Minyak masak untuk menggoreng
    INTI DAGING:
    1 biji bawang besar (didadu)
    3 ulas bawang putih (parut/tumbuk halus)
    1 inci halia (parut/tumbuk halus)
    300 gram daging cincang
    2 sudu besar serbuk sup | 17 gram *optional
    2 sudu teh serbuk lada putih | 6 gram
    sedikit air
    2 sudu besar membukit udang kering | 25 gram (rendam dan tumbuk halus)
    2 sudu besar hirisan daun bawang
    2 sudu besar hirisan daun sup
    1 sudu besar hirisan cili merah (buang biji & hiris nipis)
    2 sudu besar bawang goreng
    Garam secukupnya
    1/4 cawan minyak masak
    ADUNAN TALAM:
    400 gram keladi | 1 biji saiz sedang (potong kiub) - goreng/kukus/rebus hingga empuk
    1 &1/3 cawan tepung beras | 125 gram
    1/4 cawan tepung jagung | 30 gram
    3 sudu besar tepung gandum | 26 gram
    1 & 1/4 sudu teh garam | 8 gram
    200 ml santan pekat/krim santan KARA | 1 kotak kecil
    500 ml air | 2 cawan
    1 sudu besar membukit udang kering | 12 gram (rendam & tumbuk halus)
    2 sudu membukit inti daging
    1 sudu besar bawang goreng
    BAHAN SAMPINGAN:
    Hirisan daun sup & daun bawang
    Hirisan cili merah
    *RESEPI SOS MANIS & SOS PEDAS UNTUK KUIH TALAM BERLAUK KLIK DI SINI:
    thelynalina.bl...
    ===========================================================================
    [ENGLISH]
    This is one of a crowd-pleasing Malay/nyonya kueh that never disappoints. We have 2 versions of Steamed Yam Cake - one is made with minced beef and the other is flavored with dried shrimps. The cake is colorful and full of texture and is garnished with fried shallots, chopped green onion, Chinese celery and red chilies. You can enjoy the cake with sweet sauce, spicy sauce or taucu sauce if you prefer. This cake is best to be served as breakfast or tea time.
    Enjoy!
    Yields : 25 pieces (from 8 x 8 inches square pan)
    FRIED SHALLOTS:
    8 shallots - thinly sliced
    Cooking oil for frying
    BEEF FILLING:
    1 onion - diced
    3 cloves garlic - grated/finely pounded
    1 inch ginger - grated/finely pounded
    300 grams minced beef
    Water as required
    2 tbsp soup powder | 17 grams * optional
    2 tsp white pepper powder | 6 grams
    2 heaped tbsp dried shrimps | 25 grams (soaked & finely pounded)
    2 tbsp chopped green onion
    2 tbsp chopped Chinese celery
    2 tbsp fried shallots
    1 tbsp sliced red chilies
    Salt to taste
    1/4 cup cooking oil
    CAKE BATTER:
    400 grams yam | 1 medium sized (cubed) - fried/steamed/boiled until tender
    1 & 1/3 cups rice flour | 125 grams
    1/4 cup corn flour | 30 grams
    3 tbsp all purpose flour | 26 grams
    1 & 1/4 tsp salt | 8 grams
    200 ml coconut cream/thick coconut milk | 1 small packet (I used KARA)
    500 ml water | 2 cups
    1 heaped tbsp dried shrimps | 12 grams (soaked & finely pounded)
    2 heaped tbsp beef filling
    1 tbsp fried shallots
    GARNISH:
    Chopped green onion & Chinese celery
    Sliced red chilies
    FOR SWEET & SPICY SAUCE RECIPE CLICK HERE:
    thelynalina.bl...
    =============================================================================
    My Channel link 👇👇
    / @thebutterybites
    My Cooking Channel👇👇
    / @lynshomelicious11
    Visit my websites 👇👇
    thelynalina.bl...
    thebutterybite...
    Instagram 👇👇
    / lyns_homelicious
    Video Editor : In Shot (inshotapp.com/...)
    ============================================================================
    Music
    Music by Ikson :
    - As Leaves Fall (purchased version)(ikson.bandcamp...)
    - Till Next Time (purchased version)(ikson.bandcamp...)
    #talamkeladiberlauk
    #talamkeladiberlauksukatancawan
    #talamkeladiberlaukdaging
    #steamedyamcake
    #steamedtarocake

ความคิดเห็น • 27

  • @mamahal5221
    @mamahal5221 3 หลายเดือนก่อน

    Masyaallah sdp nya sya paling suka ni

  • @masakanummihajah7129
    @masakanummihajah7129 2 ปีที่แล้ว +1

    Sedapnya kueh talam berlauk ni..ingat lagi zaman sklah selalu beli dikentin tapi tk la sesedap mcm sis buat ni..yummy😋😋😋😘😘😘🙏

    • @TheButteryBites
      @TheButteryBites  2 ปีที่แล้ว

      kami suka kuih talam yang meriah, hehe.😃.amboi bestnya kantin sekolah sis Ummi siap ada jual talam berlauk, kantin sek sy dulu cuma ada kuih pau sambal, karipap dan tempeh goreng je. hehe 😅

  • @syazwanishahrom
    @syazwanishahrom 7 หลายเดือนก่อน

    Dah lama cari resepi talam berlauk yg mcm ni. Tq kak! 🥰

  • @fromthismoment6657
    @fromthismoment6657 2 ปีที่แล้ว

    Tksh dgn adanya resepi ini. Betul2 menjadi bila saya mencuba resepi anda. Disamping itu juga, ada 4 resepi anda yg lain, alhamdulilah memang sempurna kejadiannya. Jutaan terima ksh buat anda yg memang penuh ketelitian, kekemasan dan keikhlasan berkongsi ilmu.

    • @TheButteryBites
      @TheButteryBites  2 ปีที่แล้ว +1

      Sis senang hati membaca komen anda, terima kasih juga sudi mencuba resepi sis, semoga kesemua resepi sis bermanfaat untuk anda ya 🌹❤️😃

    • @fromthismoment6657
      @fromthismoment6657 2 ปีที่แล้ว

      @@TheButteryBites mula2 tak bg komen tapi selepas mencuba beberapa resepi, alhamdulilah menjadi. Suka dgn susunan kerja anda yg kemas, teratur dan x gelojoh. By the way, sukatan tepung beras 1 dan 1/3 cawan atau 125gm, yg mana ptt saya guna?

    • @TheButteryBites
      @TheButteryBites  2 ปีที่แล้ว

      @@fromthismoment6657 tq2 sudi bagi feedbacknya, really appreciate it🥰.. owh, sukatan tu boleh pakai 125 gram/ measurement cawan juga. Kalau pakai cawan perlu fluff kan dulu tepung pastu baru sukat

  • @Mbakcemplon
    @Mbakcemplon 2 ปีที่แล้ว

    Talam keladi berlauk daging sedap sekali...🤤.terimakasih sudah berbagi resepi nya...🙏🏽😊

    • @TheButteryBites
      @TheButteryBites  2 ปีที่แล้ว

      Sama2 😃terima kasih sahabat sudah singgah 😍😉

  • @ansukabechannel
    @ansukabechannel 2 ปีที่แล้ว

    Talam keladi berlauk daging lezat

  • @mariayunan3031
    @mariayunan3031 ปีที่แล้ว

    Masya Allah takaballah. Mantap

    • @TheButteryBites
      @TheButteryBites  11 หลายเดือนก่อน

      Terima kasih, semoga bermanfaat ya

  • @Whitepearl8588
    @Whitepearl8588 2 ปีที่แล้ว

    Memang nampak sedap...terliur..🤤

  • @ivyivy6268
    @ivyivy6268 2 ปีที่แล้ว

    Semenjak ke temu channel sis nii...semua menu menarik. Tq sis sudi bebagi resepi . Semoga terus maju ke hadapan.

    • @TheButteryBites
      @TheButteryBites  2 ปีที่แล้ว

      Sama2..semoga bermanfaat ya, terima kasih atas supportnya😇😍

  • @thisismyname1072
    @thisismyname1072 2 ปีที่แล้ว

    saya dah buat semalam resepi sis..memang menjadi lembut dan x keras..thnks sis for the recipe.

    • @TheButteryBites
      @TheButteryBites  2 ปีที่แล้ว

      Alhamdullillah, happy for you😃..sama2, cubalah resepi sis yang lain juga ya

  • @katizahijah1566
    @katizahijah1566 ปีที่แล้ว

    Kuih fav ni ssh mau dpt...mau buat la lps ni

  • @jamilahramli2012
    @jamilahramli2012 2 ปีที่แล้ว

    Salam akak...sy cadangkn .nanti buat la talam keladi yg manis tu pulak yaaa.....boleh try nanti....mekasih akak 😉💋

    • @TheButteryBites
      @TheButteryBites  2 ปีที่แล้ว +1

      waalaikumsalam, InsyaAllah Lepas2 raya k, stay tune tau 😄❤️

  • @alinaaisha8190
    @alinaaisha8190 2 ปีที่แล้ว

    Tq👍😋💕

  • @JIRAHABDULLAH
    @JIRAHABDULLAH ปีที่แล้ว

    Eww