Menginsafi Kejatuhan Khilafah | Tazkirah | Yayasan Maghfirah

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 1 มี.ค. 2021
  • 3 Mac 2019 merupakan tarikh keramat buat seluruh umat Islam di muka bumi ini. Di mana setelah hampir 14 abad tertegaknya pemerintahan Khilafah Islamiyyah yang bermula dengan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq R.A., akhirnya tanggal 3 Mac 1924 menyaksikan detik hitam kejatuhan khilafah ini apabila umat Islam menjadi lalai lalu diserang dan dipergunakan musuh. Tarikh ini bukan untuk dijadikan igauan nostalgia, tapi ia suatu beban untuk umat ini lebih bekerja keras untuk mengembalikan matlamat utama Allah menciptakan kita, iaitu hamba yang tunduk kepada segala perintah-Nya dan khalifah di muka bumi. Bermula dengan perkara paling asas bagi setiap individu yang bergelar muslim iaitu pembinaan iman dan peribadi, justeru bumi ini akan makmur sekiranyan Islam dijadikan sebagai rujukan untuk mentadbir alam ini.
    Dengarkan tazkirah yang disampaikan oleh Ust. Syed Ahmad Israa Syed Ibrahim, CEO IRIS Institute, MA Soc. Sc. Strategi & Diplomasi, UKM Bangi, BA Hons Syariah, Univ. Al-Azhar
    Yayasan Maghfirah (PPAB-04/2018) telah ditubuhkan pada awal 2018 dengan satu matlamat yang jelas iaitu untuk menjadi Yayasan yang terunggul di dalam usaha islah umat di dalam bidang pendidikan dan kebajikan. Berpusat di Kajang, Yayasan Maghfirah komited untuk memberi khidmat yang terbaik kepada masyarakat selaras dengan tujuan penubuhannya.
    Layari laman web kami di www.yayasanmaghfirah.org

ความคิดเห็น • 2