5 Tips Simpanan Emas

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 1 ก.ค. 2024
  • Untuk berjaya dalam Simpanan Emas, boleh ikuti 5 Tips ini :
    1️⃣ Bina impian yang besar dengan emas. Ini kerana emas sangat bernilai, terutama dalam jangkamasa panjang.
    Bila kita ada impian yang besar, kita akan lebih bersemangat untuk mencapai impian tersebut.
    2️⃣ Tetapkan matlamat mengapa kita perlu buat Simpanan Emas iaitu apa matlamat yang ingin kita capai melalui Simpanan Emas.
    Antara contoh matlamat adalah bagi tujuan Dana Persaraan, Dana Pendidikan Anak-anak, Dana Kahwin, Dana Rumah dan lain-lain. Apabila kita ada matlamat yang jelas, maka kita akan lebih fokus dan lebih mudah untuk mencapainya.
    3️⃣ Kawal perbelanjaan kita dengan sebaik mungkin supaya kita boleh ada lebihan duit, yang mana lebihan duit tersebut akan ditukarkan kepada simpanan emas.
    4️⃣ Pastikan Simpanan Emas dibuat secara konsisten. Konsisten akan membantu kita untuk mencapai matlamat simpanan emas sebagaimana yang ditetapkan.
    5️⃣ Untuk lebih berjaya dengan Simpanan Emas, setiap kali ada lebihan duit, segera tukarkannya ke dalam Sinpanan Emas, sebelum lebihan duit itu ‘hilang begitu sahaja’.
    Ubah sikap berbelanja kepada sikap menyimpan, walaupun sedikit!
    Jom! Kita amalkan tips ini supaya kita menjadi penyimpan emas yang berjaya dan berilmu!
    Masih belum bermula? Jom saya bantu.
    #PG1M

ความคิดเห็น •