Siapa nak hidup dengan aman dan bahagia ikutlah petunjuk dari Allah

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 15 พ.ย. 2024
  • Tadabbur surah Taha ayat 123
    قالَ اهبِطا مِنها جَميعًا ۖ بَعضُكُم لِبَعضٍ عَدُوٌّ ۖ فَإِمّا يَأتِيَنَّكُم مِنّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدايَ فَلا يَضِلُّ وَلا يَشقىٰ
    Allah berfirman: “Turunlah kamu berdua dari Syurga itu, bersama-sama, dalam keadaan sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain; kemudian sekiranya datang kepada kamu petunjuk dariKu, maka sesiapa yang mengikut petunjukKu itu nescaya dia tidak akan sesat dan dia pula tidak akan menderita azab sengsara.
    Kesan dari ikut petunjuk Allah, maka apa yang mereka dapat?
    1. Tidak takut فَلا خَوفٌ- al-Baqarah ayat 38
    2. Tidak sedih وَلا هُم يَحزَنونَ- al-Baqarah ayat 38
    3. Tidak sesat فَلا يَضِلُّ - Taha ayat 123
    4. Tidak celaka/sengsara وَلا يَشقىٰ- Taha ayat 123
    Maka asas untuk bahagia ialah tak takut akan apa yg akan berlaku, tak sedih pada perkara yang dah lepas, tak sesat (mana mungkin ikut al-Quran dan Sunnah akan sesat) dan tak celaka. Tak mungkin bahagia jika tak ikut petunjuk dari Allah.
    Kata ahli tafsir- tak takut dan tak sedih bermaksud aman. Manakala tak sesat dan tak celaka maksudnya bahagia.
    Betul ke orang yang ikut petunjuk Allah, hidupnya akan aman? Allah berfirman dalam surah al-An’am ayat 82
    الَّذينَ ءآمَنوا وَلَم يَلبِسوا إيمٰنَهُم بِظُلمٍ أُولٰئِكَ لَهُمُ الأَمنُ وَهُم مُّهتَدونَ
    Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
    Apabila ayat ini diturunkan kepada Nabi ﷺ dan para sahabat, para sahabat yang mendengarnya merasa amat risau sekali, kerana mereka tahu yang serba sedikit mereka pun ada juga melakukan kezaliman. Jika tidak kezaliman kepada orang lain, tentu mereka ada melakukan kezaliman kepada diri sendiri. Mereka pun sudah menjadi resah gelisah.
    Ini seperti dalam hadis;
    عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: لَمَّا نَزَلَتْ: {الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ} [الْأَنْعَامِ: 82] ، شَقَّ ذَلِكَ عَلَى أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عليه وسلم، وَقَالُوا: أَيُّنَا لَمْ يَلْبس إِيمَانَهُ بِظُلْمٍ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “أنه لَيْسَ بِذَاكَ، أَلَا تَسْمَعَ إِلَى قَوْلِ لُقْمَانَ: {يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ}
    Daripada Abdullah yang menceritakan bahawa ketika diturunkan firman-Nya: Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik). (Al-An’am: 82) Hal itu terasa berat bagi para sahabat Nabi ﷺ kerana mereka berkata, “Siapakah di antara kita yang tidak mencampuri imannya dengan perbuatan zalim (dosa).” Maka Rasulullah ﷺ bersabda, “Bukan demikian yang dimaksud dengan zalim. Tidakkah kamu mendengar ucapan Luqman: ‘Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.’ (Luqman: 13)
    (HR. Bukhari No. 4776, 6918)
    Maka dengan sebab beriman dan tak syirik maka mereka dapat الأَمنُ keamanan. Keamanan di sini tak rasa takut dan tak sedih. Bukan setakat dapat الأَمنُ bahkan Allah beritahu وَهُم مُّهتَدونَ dan mereka itulah orang yang mendapat hidayat. Hidayat ialah tak syirik kepada Allah dan tidak celaka. Itulah bahagia.
    Sekarang banyak isu orang mengalami kemurungan, tekanan perasaan. Apa puncanya? Hilang pekerjaan, PKP dan macam2 lagi. Tapi semua jawapan tu tak tepat. Punca yang sebenarnya ialah tak ikut petunjuk/hidayah Allah.
    Bagaimana pula orang yang dah solat, dah tutup aurat tetapi masih rasa takut? Takut dengan rezeki tak cukup dan sebagainya. Kena tengok semula hubungannya dengan Allah.
    Ikut hidayah pasti bahagia. Buktinya kisah pemuda ashabul kahfi yang tinggalkan semua harta dan kemewahan hidup untuk jaga akidah dari syirik kepada Allah. Mereka dapat bahagia. Allah jaga mereka tenang 309 tahun di dalam gua. Ingat balik apa yang mereka minta bila masuk dalam gua? Minta rezeki ke? Tidak. Allah berfirman dalam surah al-Kahfi ayat 10
    رَبَّنا ءآتِنا مِن لَّدُنكَ رَحمَةً وَهَيِّئ لَنا مِن أَمرِنا رَشَدًا
    Antara lain, kisah Nabi Yunus yang duduk dalam 3 kegelapan iaitu kegelapan malam, laut dalam dan dalam perut ikan tetapi hatinya tenang dengan petunjuk dari Allah. Nabi Yunus boleh berzikir kepada Allah. Surah al-Anbiya’ ayat 87
    وَذَا النّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغٰضِبًا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقدِرَ عَلَيهِ فَنادىٰ فِي الظُّلُمٰتِ أَن لّا إِلٰهَ إِلّا أَنتَ سُبحٰنَكَ إِنّي كُنتُ مِنَ الظّٰلِمينَ
    Allah berfirman dalam surah ar-Ra’d ayat
    الَّذينَ ءآمَنوا وَتَطمَئِنُّ قُلوبُهُم بِذِكرِ اللهِ ۗ أَلا بِذِكرِ اللهِ تَطمَئِنُّ القُلوبُ
    iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.
    Jom kita tadabbur al-Quran untuk dapat bahagia. Ikut petunjuk dari Allah.

ความคิดเห็น • 1

  • @jamariwahab9872
    @jamariwahab9872 4 วันที่ผ่านมา

    Bahagia mcm arab Palestin