Orang kafir buat keraguan untuk menolak al-Quran
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 15 พ.ย. 2024
- Tadabbur surah Sad ayat 8
أَءُنزِلَ عَلَيهِ الذِّكرُ مِن بَينِنا ۚ بَل هُم في شَكٍّ مِّن ذِكري ۖ بَل لَمّا يَذوقوا عَذابِ
“Adakah patut diturunkan ke atasnya (Nabi Muhammad SAW) peringatan. Bahkan mereka dalam keraguan. Bahkan mereka belum merasai azab”.
Jika sebelum ayat ini orang kafir buat tuduhan untuk timbulkan keraguan dengan beberapa tuduhan kepada Nabi;
1. Ahli sihir سٰحِرٌ- ayat 4
2. Pendusta yang banyak كَذّابٌ- ayat 4
3. Nabi nak sesuatu, nak kedudukan dalam masyarakat, nak disanjung, nak jadi ketuaإِنَّ هٰذا لَشَيءٌ يُرادُ- ayat 6
Sekarang pada ayat ke 8, mereka buat keraguan iaitu DENGKI.
Apa hujah orang kafir seterusnya kepada Nabi صلى الله عليه وسلم?
أَءُنزِلَ عَلَيهِ الذِّكرُ مِن بَينِنا
Mengapakah Al Qur’an itu diturunkan kepadanya di antara kita? Yang bercakap ni adalah pembesar-pembesar yang kaya, ada pengaruh. Takkan Muhammad lebih baik dan bagus dari mereka pula? Sudah tidak ada orang lainkah yang patut diberikan wahyu sampai Muhammad pula yang dapat? Mereka memandang rendah kepada Nabi Muhammad kerana baginda bukanlah dari keturunan yang hebat, bukan pemimpin dan adalah anak yatim dan miskin pula.
Mereka sebenarnya ada sifat DENGKI bila Allah pilih Nabi Muhammad sebagai munzir dan diturunkan al-Quran kepada baginda. Subhanallah. Itulah cara orang kafir mengukur kebenaran.
Tengok orang kafir pun tahu الذِّكرُ itu merujuk kepada al-Quran sebagai peringatan. Dan sebab itulah orang kafir menentang. Al-Quran mengingatkan tentang hari kiamat, tentang dosa dan pahala. Maka kita yang mengaku Islam ni lagi lah kena bersama dengan al-Quran. Kena selalu baca, tadabbur dan beramal. Kerana al-Quran adalah peringatan buat kita semua.
Orang-orang kafir dengki, kenapa wahyu Allah tak turun kepada mereka yang kaya, ada pengaruh. Kemudian Allah beritahu
بَل هُم في شَكٍّ مِّن ذِكري
Bahkan mereka dalam keraguan dari peringatan Ku.
Orang kafir ni sebenarnya bukan pertikaikan peribadi Nabi kerana mereka sangat kenal Nabi sejak kecil, bahkan mereka sangat mempercayai Nabi sehingga Nabi digelar al-amin.
Jadi apa sebenarnya yang mereka ni dengki sangat dengan Nabi?
Ragu dengan apa yang Nabi bawa iaitu al-Quran sebagai الذِّكرُ peringatan. Sebab tu bila agaknya orang-orang kafir ni mula menentang Nabi? Bila Nabi bawa masej dari al-Quran.
Apa pengajaran yang kita boleh ambil?
Seseorang yang bawa masej dari al-Quran sebagai peringatan pasti dimusuhi. Subhanallah
Kemudian Allah beri amaran
بَل لَمّا يَذوقوا عَذابِ
“Bahkan mereka belum merasai azab”.
Kenapa Allah tak terus turunkan azab? Tengok ada perkataan لَمّا “belum” sampai waktu.
Musyrikin Mekah bermusuh dengan Nabi sebab apa? Nabi bawa al-Quran dan Sunnah. Tetapi sekarang ada tak orang Islam sendiri yang menentang orang yang bawa al-Quran dan Sunnah. Subhanallah. Sama-sama kita ingat ayat ini dan amaran Allah بَل لَمّا يَذوقوا عَذابِ. Allah sudah beri ancaman dalam ayat ini: adakah kamu sudah dikenakan dengan azab, baru kamu nak percaya dan tidak ragu-ragu lagi dengan al-Quran sebagai peringatan?
Surah az-Zukhruf ayat 31
وَقالوا لَولا نُزِّلَ هٰذَا القُرءآنُ عَلىٰ رَجُلٍ مِّنَ القَريَتَينِ عَظيمٍ
Orang-orang Musyrikin Mekah berkata, “kenapa tidak al-Quran ini diturunkan kepada seorang lelaki yang hebat dari dua kota (Mekah dan Thaif yang terkenal) itu?”
Mereka tolak Al-Qur’an dengan beri hujah yang tidak munasabah. Salah satunya, mereka hina kedudukan Nabi Muhammad. Mereka kata Nabi Muhammad tak layak terima wahyu kerana baginda miskin dan tidak ada pengaruh walaupun mereka sudah pun kenal yang baginda itu seorang yang jujur.
Mereka persoalkan pula, kenapa Allah tidak turunkan kepada orang yang ternama di dua bandar zaman itu? Dua bandar yang dimaksudkan adalah Mekah dan Taif. Yang mereka maksudkan Walid al Mughirah yang merupakan orang kaya di Mekah. Mekah ketika itu adalah bandar yang besar kerana ada Kaabah padanya dan ramai orang Arab pergi ke Kaabah untuk sembah berhala-berhala yang mereka letakkan di Kaabah ketika itu.
Manakala Taif pula adalah tempat peranginan orang-orang kaya Arab kerana ia mempunyai cuaca yang sejuk dan baik kalau dibandingkan dengan Mekah. Jadi Walid al Mughirah ini orang kaya di Mekah. Mekah jadi pusat perniagaan dan dia beli kebun di Taif. Mekah padang pasir tak ada kebun pertanian.
Tengok pemikiran orang kafir. Jika nak jadi pemimpin mesti kaya. Mereka kata Nabi Muhammad tak layak terima wahyu kerana baginda miskin dan anak yatim pula. Sedangkan yang sepatutnya nak jadi pemimpin perlukan seseorang yang berakhlak mulia. Orang-orang kafir ini tahu yang tiada orang yang berakhlak mulia seperti Nabi Muhammad SAW di Mekah itu. Tetapi kenapa mereka buat cadangan orang lain? Adakah jika wahyu turun kepada Walid al Mughirah mereka akan terima? Mereka tidak akan terima juga. Sebenarnya ini semua alasan mereka untuk menolak al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Semoga kita terus bersabar untuk belajar al-Quran, bersabar untuk beramal dan bersabar untuk sebarkan.