Bicara KRI: Mencakna Kelestarian Hidup pada Usia Tua

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 22 ธ.ค. 2024
  • #MenongkahBadai #MYPerlindunganSosial
    Ketidakcukupan tabungan penduduk Malaysia untuk mendepani hari tua bukanlah isu baru malah telah sering diutarakan pelbagai pihak. Situasi semakin meruncing apabila tahap simpanan kecemasan yang rendah menyebabkan ramai yang terpaksa menggunakan simpanan hari tua apabila hilang atau terjejas punca pendapatan. Lebih membimbangkan peningkatan jangka hayat dan kadar pantas penuaan penduduk dihadapi Malaysia boleh menjejaskan kesejahteraan warga emas apabila ruang fiskal kerajaan juga masih terbatas dalam menghadapi fenomena ini.
    Adakah terdapat jalan keluar bagi permasalahan ini? Bagaimana Malaysia boleh lebih bersedia dalam menghadapi cabaran-cabaran ini? Ruang diskusi ini akan membincangkan kelestarian hidup pada usia tua dan menilai pelbagai cadangan-cadangan dasar termasuk yang dirangkum di dalam laporan KRI “Building Resilience: Towards Inclusive Social Protection in Malaysia”.

ความคิดเห็น •