Penjara Paling Mengerikan Di Dunia - KeliBiru

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 7 พ.ย. 2024
  • PENJARA PALING MENGERIKAN DI DUNIA
    Seperti yang kita tahu, Penjara adalah satu bentuk hukuman kepada pesalah yang dijatuhkan oleh pihak mahkamah apabila disabitkan kesalahan. Penjara adalah tempat yang sangat menakutkan pada sesiapapun, kerana anda akan dipaksa untuk hidup terpisah dengan keluarga mahupun dunia luar.
    Sebenarnya Fungsi penjara bukan sekadar menjalankan hukuman tetapi berfungsi sebagai pusat pemulihan bagi orang-orang yang terpesong di kalangan masyarakat. Namun tahukah anda, di zaman moden ini pun, masih terdapat penjara di serata dunia yang mengamalkan kekejaman yang tidak masuk akal kepada pesalahnya.
    1. ADX Florence Supermax Prison (Colorado)
    Penjara yang terletak di negara Amerika ini dibina sebagai respon, atas serangan terhadap kaitangan Penjara yang terjadi di penjara lain di Amerika. Penjara ini mempunyai tahap kawalan atau menerapkan Maximum security untuk mencegah terjadinya serangan ke atas kakitangan penjara yang menjaga.
    Sistem Penjara ini beroperasi dengan banduan atau tahanan akan diasingkan dengan kakitangan penjara dan menerima penyiksaan psikologi. Ini kerana tahanan dikurung di dalam selnya selama 23 jam sehari.
    Sesiapa yang memasuki Penjara ini akan mengalami pengalaman yang tidak dapat dilupakan seumur hidup kerana mendapat layanan yang sangat buruk. Selain itu, banduan yang masuk ke sini adalah penjenayah kelas pertama termasuk yang telah berkali-kali masuk penjara
    2. Penjara Bang Kwang - Thailand
    Terletak hanya beberapa kilometer dari pusat bandar Bangkok, Thailand. Penjara ini dikatakan mempunyai layanan yang buruk kepada banduan. Kebanyakan banduan di dalam penjara ini adalah warga asing dan Untuk tiga bulan pertama banduan diwajibkan memakai gari berantai di kaki mereka.
    Banduan juga akan diberikan makanan hanya sekali sehari sahaja yang berisi nasi dan sayur dalam sebuah mangkuk. Oleh kerana itu, banduan menghadapi kekurangan nutrisi dan penyakit mudah berjangkit.
    3. Penjara Sabaneta - Venezuela
    Anda boleh membayangkan bagaimana kehidupan tahanan dalam penjara ini, iaitu Kapasiti sebenar penjara ini adalah hanya 700 orang tahanan, namun dihuni 3,700 orang di dalamnya. Dengan kepadatan penghuni di penjara SABANETA ini, wabak Penyakit mudah merebak di dalamnya. Selain itu layanan kesihatan amatlah minima sekali, Tidak hairanlah satu ketika dahulu pernah terjadi wabak kolera yang meragut 700 orang tahanan di dalamnya.
    Kekerasan adalah hal yang sangat biasa di dalam penjara ini. Selain itu, kes pembunuhan di dalam penjara ini adalah tinggi. Pada tahun 1994, pernah terjadi pembunuhan tahanan yang meragut lebih 100 nyawa.
    4. Carandiru Prison (Brazil)
    Digelar Penjara terkejam di dunia kerana kekejaman yang tidak berperikemanusiaan di didalamnya. Penjara ini menjadi tapak pembunuhan beramai-ramai pada 22 Oktober 1992 yang mengemparkan Negara Brazil. Seramai 111 banduan terbunuh, 87 yang lain cedera akibat tembakan. Kejadian itu dikenali sebagai "Pembunuhan Carandiru". Peristwa ini pada awalnya adalah pergaduhan di antara kumpulan-kumpulan penjenayah di dalamnya sebelum pihak berkuasa bertindak.
    Keadaan dalam penjara juga sangat kotor, bau, tidak sehat serta sempit. Amnesty International melaporkan bahawa terdapat pelanggaran hak asasi manusia yang tidak bertoleransi di sana. Bukan itu sahaja, kemudahan penjara itu juga sangat buruk sehingga ia menyebarkan penyakit di kalangan tahanan.
    5. Alcatraz Island Prison (San Francisco, CA)
    Salah sebuah penjara yang paling mustahil untuk tahanan melarikan diri dalam sejarah Negara Amerika. Penjara ini mencipta dunianya sendiri kerana para tahanan benar-benar terputus hubungan dengan dunia luar. Ia terletak di sebuah pulau kecil yang dikenali sebagai The Rock di San Francisco Bay.
    Layanan tahanan pula tidak berperikemanusiaan dan layanan yang kasar,tidak hairanlah Kebanyakan Penghuni penjara mengalami gangguan jiwa akibat tekanan psikologi yang luar biasa. Bayangkan sahaja, tahanan di sini tidak dibenarkan bercakap dengan tahanan yang lain dan sekiranya engkar, hukuman yang berat akan menanti.
    Pada tahun 1963, Penjara Alcatraz secara rasminya ditutup kerana kos operasi yang terlalu tinggi.
    - ikuti kisah PENJARA PALING MENGERIKAN DI DUNIAlebih lanjut dalam Video ini, terima kasih-
    Terima kasih kerana telah menonton video ini dan jika anda suka video ini sudilah kiranya LIKE dan SHARE dengan rakan-rakan anda, dan jangan lupa untuk melanggan atau SUBSCRIBE supaya anda tidak terlepas video terkini di CHANNEL ini.
    Admin cuba sedaya upaya akan memperbaiki kualiti dan kontent video dari masa ke semasa insyallah, agar semua info admin kongsikan memberikan manfaat serta kepuasan para SUBSCRIBE serta pengunjung semua
    #kelibiru #penjarapalingmengerikandidunia #infomenarik

ความคิดเห็น •