Khadijah Bawa Nabi Jumpa Waraqah | DR ROZAIMI RAMLE

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 30 พ.ย. 2024

ความคิดเห็น • 14

  • @muhamadnoohlasa3975
    @muhamadnoohlasa3975 2 ปีที่แล้ว +2

    Terbaik..Penjelasan Yang Berkesan....

  • @husainiselamat7235
    @husainiselamat7235 2 ปีที่แล้ว +4

    mahalnye wanita seperti Khadijah.

  • @mansorsabah
    @mansorsabah 3 ปีที่แล้ว +12

    Ajaib..bagaimana ada orang kata hatihati dgn Dr Rozaime. Dia x bukan penglipur lara...
    .

    • @hajjajyusufal-sulaymani8148
      @hajjajyusufal-sulaymani8148 3 ปีที่แล้ว +7

      yg suruh hati2 tu sebab, klu masyarakat tahu ilmu, maka susah nak menipu masyarakat

  • @atikazahraratifaazr9611
    @atikazahraratifaazr9611 5 ปีที่แล้ว +11

    Indonesia hadir

  • @rajasufian4784
    @rajasufian4784 4 ปีที่แล้ว +3

    Ada full link x ?

  • @ZainalAbidin-fb5rj
    @ZainalAbidin-fb5rj 4 ปีที่แล้ว

    Nk dengar lg??

  • @askarajaib6993
    @askarajaib6993 4 ปีที่แล้ว

    ayat quran tu wahai org berselimut tu macam lain je terjemahan ..

    • @shamsulnazmie594
      @shamsulnazmie594 4 ปีที่แล้ว +2

      yg btul mcmner

    • @azm7003
      @azm7003 4 ปีที่แล้ว +10

      Kalau salah. Sila tunjuk yg betulnya. Bukan comment mcmni.. takut jadi fitnah

    • @hasbullah878
      @hasbullah878 4 ปีที่แล้ว +8

      Surah ini diturunkan selepas Surah Iqra’. Tapi ada juga yang kata ini adalah surah pertama. Ini adalah tidak benar, tetapi sebenarnya surah ini adalah surah pertama yang turun selepas perhentian wahyu. Selepas Nabi Muhammad menerima wahyu pertama di Gua Hira’, baginda telah berjumpa dengan Waraqah bin Naufal dalam kisah yang terkenal itu.
      Selepas berjumpa dengan Waraqah, wahyu telah berhenti dari diturunkan kepada Nabi beberapa waktu. Waktu itulah yang dinamakan sebagai ‘Perhentian Wahyu’ di mana wahyu berhenti diturunkan kepada Nabi untuk beberapa lama. Berapa lama waktu itu, para ulama tidak sepakat tentangnya.
      Oleh kerana wahyu tidak diturunkan lagi, Nabi telah dilanda kesedihan. Dan ulama’ berpendapat, Allah telah menangguhkan penurunan wahyu supaya Nabi rindu kepada wahyu itu dan bersungguh untuk menerima wahyu lagi. Tambahan pula, selepas berjumpa dengan Waraqah, baginda telah diberitahu bahawa yang datang kepada baginda adalah malaikat yang telah menyampaikan wahyu kepada Nabi Musa juga.
      Oleh itu, setelah sekian lama baginda tidak mendapat wahyu, semasa baginda berjalan di pasar, baginda telah ternampak Jibril di langit sedang duduk di atas kerusi dan oleh kerana ketakutan dengan apa yang baginda lihat, baginda telah lari balik balik ke rumah dan baginda telah meminta diselimutkan. Begitulah kisah dengan ringkas bagaimana surah ini mula diturunkan. Selepas penurunan surah ini, wahyu berterusan diturunkan kepada Nabi.
      Surah ini adalah tentang dakwah. Dalam Surah al-Alaq, Nabi tidak disuruh berdakwah lagi. Dalam surah ini baru baginda disuruh berdakwah.
      Surah Muddaththir Ayat 1-3.
      بِسمِ اللهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ
      يَـٰٓأَيُّہَا المُدَّثِّرُ (1)
      [Wahai orang yang berselimut!]
      Seperti yang telah disebutkan dalam pengenalan, semasa baginda berjalan, baginda nampak Jibril duduk di langit di atas tahta. Baginda ketakutan dan balik ke rumah minta diselimutkan.
      Ini adalah kebiasaan kepada manusia yang berkelubung menutup dirinya kalau dalam ketakutan. Allah menggunakan keadaan baginda waktu itu sebagai panggilan kepada baginda. Ini adalah panggilan mesra.
      قُم فَأَنذِر(2)
      [Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).]
      Nabi Muhammad telah diarahkan untuk tidak berselimut lagi, tapi kena bangun menjalankan tugas baginda untuk menyampaikan amaran kepada kaumnya yang telah jauh terpesong dari jalan yang benar. Begitu juga kita juga kena menerima ayat ini sebagai arahan kepada kita juga. Jangan duduk rehat sahaja dengan ilmu yang kita ada tapi hendaklah kita sampaikan peringatan dan amaran kepada manusia.
      Ini adalah ayat arahan berdakwah kepada Nabi. Ayat ini memberitahu tanggungjawab baginda untuk menyampaikan dakwah kepada manusia. Sama juga yang diberikan kepada Nabi Nuh dalam Surah Nuh.
      Peringatan itu perlu diberikan kerana ada perasaan kasih dan sayang kepada sesama manusia. Kita beri peringatan dan amaran kepada orang lain kerana kita sayang kepada orang yang kita berikan amaran itu. Kita tidak mahu mereka terjerumus ke lembah kehinaan dan dimasukkan ke dalam neraka. Seumpama kita sedang melihat seorang lelaki yang berjalan ke arah gaung dan dia tidak perasan yang di hadapannya itu adalah gaung. Tentu kita akan menjerit kepada lelaki itu memberitahu kepadanya yang dia sedang menuju gaung.
      Kita beri amaran itu kerana kita tidak mahu dia jatuh ke dalam gaung. Begitulah juga dengan masyarakat di sekeliling kita. Mereka itu adalah ahli keluarga kita, rakan-rakan kita, jiran tetangga kita dan sebagainya. Kerana kita sayang mereka, tentulah kita tidak mahu keburukan untuk mereka. Oleh itu, amaran yang diberikan kepada manusia itu adalah kerana datang dari sifat kasih sayang kita kepada mereka. Kita kena bangun untuk memberi amaran kepada mereka. Kerana susah hati kita melihat manusia duduk di dalam kejahilan wahyu.
      Kalimah قُمْ juga boleh bermaksud arahan kepada Nabi untuk bangun mengerjakan solat malam seperti yang telah diarahkan dalam Surah Muzzammil
      وَرَبَّكَ فَكَبِّر(3)
      [Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya]
      Tujuan dakwah adalah untuk membesarkan Allah. Dengan lisan dan juga dengan perbuatan. Kena ingatkan manusia untuk membesarkan Allah kerana Allahlah sahaja yang layak dibesarkan. Tidak ada makhluk yang layak dibesarkan.
      Waktu surah ini diturunkan, Nabi Muhammad berada di tengah-tengah masyarakat yang sedang mempunyai banyak ilah dan mereka sedang membesarkan ilah-ilah selain Allah. Tentulah berat sekali tugas baginda waktu itu. Bukannya senang menegur amalan manusia yang telah lama mereka amalkan.
      Kita kena lakukan pembesaran Allah setiap hari dalam takbir solat kita, dalam azan kita dan waktu-waktu lain. Itu adalah dalam bentuk lisan. Alhamdulillah, banyak kali kita lakukan. Tapi itu adalah dalam bentuk lisan sahaja, bagaimana dengan perbuatan kita? Adakah kita melebihkan Allah dalam segala hal kita? Atau kita ada juga sekali sekala melebihkan perkara keduniaan dalam pilihan kita? Adakah kita besarkan selain Allah?
      Allah suruh kita membesarkanNya kepada manusia. Inilah tanggungjawab pendakwah, menyampaikan kebesaran Allah kepada manusia. Iaitu kita kena lebihkan Allah dari perkara lain dalam dunia ini.
      Ada kelebihan mukjizat dalam ayat ini. Lihatlah bagaimana perkataan رَبَّكَ فَكَبِّرْ kalau dibaca dari kanan ke kiri pun akan berbunyi yang sama. Ini dinamakan Palindrome. Ini sama macam perkataan ‘racecar’ dan juga nama seperti ‘nayan’.
      Rujukan: Tafsir Ibn Kathir, Ustaz Adli Yayasan Taalim, Nouman Ali Khan,
      Hijaab Iqbal.