Rahsia Masak 🦐 UDANG GORENG BEREMPAH Di Rumah Tapi Sedapnya 😋 Macam Makan Dekat Restoran

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 18 ต.ค. 2024
  • UDANG GORENG BEREMPAH
    =======================
    .
    Untuk video resipi kali ni, Cheq Na nak share macammana bila guna rempah special ni, UDANG GORENG BEREMPAH yang biasa-biasa boleh jadi berbisa.
    .
    UDANG GORENG BEREMPAH ni biasanya dimakan waktu makan tengahari dan makan malam. Sesuai dihidangkan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi biryani dan apa-apa nasi mengikut selera masing-masing.
    .
    Jom kita tengok bahan-bahan untuk masak UDANG GORENG BEREMPAH ni. Bahan-bahan yang Cheq Na listkan dekat bawah ni sesuai untuk hidangan 4-5 orang.
    .
    a) Udang harimau dalam 500 gram
    b) 1 sudu kecil garam masala
    c) 1 sudu kecil serbuk lada hitam
    d) 1 sudu besar serbuk cili
    e) 1 sudu kecil serbuk kunyit
    f) 1 sudu besar bawang putih + halia yang ditumbuk
    g) 2 camca besar minyak masak
    h) 1 sudu besar tepung jagung
    i) 1 sudu besar tepung beras
    j) 1 biji telur ayam
    k) Garam secukup rasa
    .
    Untuk hiasan, Cheq Na guna ...
    a) Daun kari
    b) Cili kering
    c) Bawang Holland
    .
    .
    Jadi, bahan-bahan yang Cheq Na tulis di atas tu memang Cheq Na guna dalam pembikinan video UDANG GORENG BEREMPAH Cheq Na ni. Cara nak masak, apa yang nak kena buat dulu, api nak pelan ke nak deras time mana, timing bila nak masukkan bahan-bahan tu memang ada dalam video Cheq Na. Jadi, tak lengkap kalau tau bahan-bahan saja tapi tak tau proses dan 'Timing' bila bahan-bahan tu perlu dimasukkan.
    .
    Tontonlah video Cheq Na ni, dan komen apa yang boleh Cheq Na 'improve' lagi dari masa ke semasa.
    .
    .
    Akhir kata, kalau uols rasa video ni memberi MANFAAT kepada kawan-kawan, jiran-jiran, adik-beradik, group wasap sekolah, group wasap surau/masjid, group wasap taman, group wasap UNI dan ramai orang lain yang tak tau nak masak UDANG GORENG BEREMPAH ni, boleh Cheq Na mintak LIKE dan SHARE video ni. FREE saja, tak kena bayaq duit pun ... 😝. Tapi 'engagement' hangpa semua akan menolong Cheq Na untuk 'spread this knowledge farther and faster' dan ultimately uols 'SHARE' ilmu yang bermanfaat 🤲🤲🤲
    .
    Dah LIKE dan SHARE tu, JOM follow Cheq Na dekat sini pulak ...
    .
    👉 TH-cam: / @cheqna
    👉 FACEBOOK: / cheqnastyle
    👉 INSTAGRAM: / cheqnastyle
    👉 TIKTOK: / cheqnastyle
    .
    Itu saja buat kali ni, akhir kata tersilap bahasa, terlanjur berbicara dan terguris jiwa, Cheq Na menyusun jari dan meminta maaf seadanya. Luangkanlah masa menonton video ni dan jumpa di video seterusnya sekiranya masih ada nyawa di badan ... IN SHA ALLAH 🤲
    .
    TERIMA KASIH KERANA MENONTON VIDEO CHEQ NA HANG 🥰😘
    .
    .
    .
    .
    #udanggoreng
    #udanggorengberempah
    #udanggorengkunyit
    #udanggorengbawang
    #cheqna
    #cheqnastyle
    #cheqnaresipi​​
    #cheqnarecipe
    #cheqnakatasedapsedaplah

ความคิดเห็น • 23