CHALET TERAPUNG SEGANTANG GARAM | 7:00PM | MERBOK | SUNGAI PETANI | KEDAH | 4K-HDR

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 8 ก.ย. 2024
  • Recording time;
    ‎Saturday, ‎July ‎6, ‎2024, ‏
    7:00 PM
    Chalet Terapung Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok, ATAU, Chalet Terapung PPK Merbok, atau juga lebih dikenali umum dengan nama, Chalet Terapung Segantang Garam merupakan sebuah chalet yang terletak di Kampung Segantang Garam, Merbok, Sungai Petani, Kedah.
    Chalet ini dipromosikan sebagai ‘terlepas daripada segala gangguan’, faktor geografi telah menjadikan chalet ini terletak berjauhan dengan pekan dan keriuhan bandar. Udara di sini adalah udara nyaman laut, bunyi di sini adalah bunyi alam semulajadi dan bot bot yang lalu di sini. Lokasi chalet yang menghadap ke arah barat menjadikan spot yang cantik untuk melihat keindahan matahari terbenam dari arah barat pada waktu lewat petang.
    Masih saya ingat pertama kali datang ke sini pada sekitar tahun 2011, jalan menuju ke sini sempit, dipenuhi belukar dan belum ditar, agak jauh masuk ke dalam hutan bakau untuk sampai ke Chalet ini, saya tak dapat nak jelaskan betapa tenteramnya saya menginap di sini, aktiviti utama di sini ialah riadah sambil memancing, kebanyakan pengunjung yang datang ke sini terutamannya kaki pancing mesti ketagih untuk datang semula, tidak hairanlah sebab dari tahun 2011 lagi, anda perlu tempah awal untuk menginap di sini, se-awal satu bulan.
    Link; menarikdi.com/...
    #segantanggaram #merbok #chaletterapung
    4K.60p.HDR
    Copyright © 2024 Peek Hike. All Rights Reserved.

ความคิดเห็น •