Noor KK - Pak Lebai Kedai Kopi

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 6 ก.ย. 2024
  • Menurut Rahmah Bujang dalam naskahnya Sejarah Perkembangan Drama Bangsawan Di Tanah Melayu dan Singapura, Seniman Noor K.K merupakan penggiat seni bangsawan arus kedua, iaitu sekitar tahun 40an. Beliau yang dilahirkan sekitar tahun 1919 itu berkelulusan sekolah melayu .Beliau yang pernah terlibat dalam persembahan bangsawan yang disetainya, Noor K.K kerap memegang watak Raja. Diawal pembabitannya dalam pementasan bangsawan, beliau bersama adiknya, Zohor K.K terkenal sebagai pelakon aksi lasak, dan perkara ini dinyatakan oleh Seniman Rahman B. dalam biografi beliau (Zakaria Ariffin, 2005:21). Seterusnya, Noor K.K kemudiannya beralih arah menjadi seorang pengarah filem yang berbakat besar serta turut aktif dalam menulis skrip bangsawan, antara skripnya yang popular ialah ‘Jula Juli Bintang Tiga’ (Berita Harian, 11 Mei 1980: 7). Pada sekitar tahun 1968 dan 1969, Noor K.K bersama kumpulan bangsawan pimpinannya, Sentosa Opera kerap menerima jemputan mengadakan persembahan di kaca t.v menerusi slot 'Pentas Bangsawan'. Beliau juga turut serta muncul di corong-corong radio menerusi segmen 'Bangsawan di udara' pada tahun sebelumnya.Seniman Noor KK pernah berlakon dalam siri filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan memegang watak pak lebai di kedai kopi selepas DO, RE dan MI melarikan diri daripada Datuk Herculis kerana makan nasi dirumahnya ketika berada di dalam hutan. Selain itu, kewujudan watak dan nama Noor K.K ini diperkuatkan lagi dengan wujudnya nama “Ustaz Noor KK” yang disebut oleh kedua-dua pelakon dalam adegan di Warung Kopi itu. Dalam semakan pada kredit filem 'Nasib Do Re Mi' juga mendapati wujudnya nama Noor K.K (di eja sebagai Nor K.K) dalam senarai pelakon pembantu. Selain filem 'Nasib Do Re Mi', Noor K.K turut diberi peranan kecil dalam filem 'Do Re Mi' , masam-masam manis dan 'Keluarga 69'.
    Menurut anak bongsu beliau “Taufiq Mohd Noor”. Nama Noor KK adalah bermaksud 'Kuala Kangsar' dan ketika itu beliau memegang peranan sebagai Ketua Kampong Maxwell yang kini telah menjadi Bangunan PWTC dan persekitarannya. Seorang pelawak dari kumpulan popular tanah air iaitu Yassin Senario adalah cucu beliau. Banyak khazanah- khazah barangan peribadi beliau ketika pementasan Bangsawan berada di tangan pihak Arkib Negara.
    Dalam temubual dengan wartawan A.Aziz Ismail (Berita Harian, 2 Oktober 1977: 7), pelakon veteran, A.R Badol mengakui bahawa Noor K.K lah orang yang bertanggungjawab membawanya ke dunia lakonan. Menurut Badol, sebelum dipelawa oleh Noor K.K untuk menyertai dunia bangsawan, beliau bekerja sebagai kondukter bas dengan syarikat Bas Kelang. Badol memang mengenali Noor K.K yang juga sahabat bapanya, A.R Tompel, maka mungkin atas faktor itu juga dia tidak menolak desakan Noor K.K agar menyertai rombongan Kebudayaan FELDA pada jun 1974, turut sama dalam kumpulan "Bangsawan Bergerak' ini ialah seniman Ahmad B, Yahya Sulong (Datuk), Karim Latiff, R.Jaafar, Rahman B. dan lain-lain. Noor K.K meninggal dunia pada tanggal 5 Mei 1980 pada usia 59 tahun.
    #masam2 manis
    #do remi
    #keluarga 69
    Sumber Utama- Harith Faruqi Sidek
    Kredit Muzik - Hassny Hussin
    Kredit Gambar - Google
    Sumber Lain -
    orangkata.my/f...
    wacanaseni.usm....
    bradersista.ca...
    ------------------------------------------------------------------------
    Disclaimer - I am not copyrighting from this film - I am merely showing this video for the benefit of TH-cam FOR EDUCATION PURPOSE and FAIR USE LAW and HOPEFULLY the owner give me a CONSIDERATION to using it. I do not own the rights to this video contact me by email alibabibu3@gmail.com if want me to remove.
    Source Clip on this Video, Channel, Production Company and Title
    Give fully Credit for this:-
    1.Show Brothers / Merdeka Film Studio
    - Masam masam manis
    2. Malay Film Production
    - Pendekar Bujang Lapok
    3. Malay Film Production
    - Nasib Do Re Mi
    4. Cathay Keris Film Production
    - Jula Juli Bintang Tiga
    5. Malay Film Production
    - Do Re Mi
    6. Grand Brilliance Sdn Bhd & Paradigm Film Sdn Bhd
    -Senario The Movie
    7. Indra Film Sdn Bhd
    - Prebet Lapok
    8. Malay Film Production
    - Laksamana Do Re Mi
    Copyright Disclaimer under section 107 of the Copyright Act 1976, allowance is made for “fair use” for purposes such as criticism, comment, news reporting, teaching, scholarship, education and research. Fair use is a use permitted by copyright statute that might otherwise be infringing.
    What is Fair Use Copyright on TH-cam?
    1.bit.ly/2Yxkjt6
    2.bit.ly/3fmpnqS
    3.bit.ly/2UZLOur
    4.bit.ly/2Y3UBgO
    ------------------------------------------------------------------------

ความคิดเห็น • 232

  • @bangautube3681
    @bangautube3681  2 ปีที่แล้ว +23

    Ralat minit 5.00 yg memegang watak herculis bukan seniman Nor Kk, tetapi ia dipegang oleh pelakon Noor Jin.. boleh rujuk link ni ye th-cam.com/video/4RxjHCzDV00/w-d-xo.html
    (mohon maaf atas kesilapannya (

  • @MrJalakLenteng1
    @MrJalakLenteng1 2 ปีที่แล้ว +233

    Siapa Hadir Selepas Tengok Thr Gegar Begitu Begini Dj Nazz.. Yassin Artis Jemputan.. 👍🏼

    • @ikanganas
      @ikanganas 2 ปีที่แล้ว +3

      Yup..keturunan darah seni jugak Yasin ni

    • @dannysoprano727
      @dannysoprano727 2 ปีที่แล้ว +3

      Samalah, arwah Atuk dikenalinya rupanya

    • @kakimu00
      @kakimu00 2 ปีที่แล้ว

      Hadir! Terus keluar kt feed lepas tgk begitu begini

    • @MrBalancelight
      @MrBalancelight 2 ปีที่แล้ว

      Tepatt sekali geng! Hehe

    • @rambongsiawang4662
      @rambongsiawang4662 2 ปีที่แล้ว +1

      sama la 😅

  • @RosmawatiRose
    @RosmawatiRose 4 ปีที่แล้ว +44

    Kelahiran semula Nor KK..Yasin senario lawak yg semulajadi..semoga Allah menempatkan arwah beliau dikalangan orang yg beriman.

    • @bangautube3681
      @bangautube3681  4 ปีที่แล้ว +1

      amin... al Fatihah

    • @kryismail4532
      @kryismail4532 4 ปีที่แล้ว +1

      amin...al fatihah

    • @fairuz305
      @fairuz305 2 ปีที่แล้ว +1

      Baru tahu dia atok Yassin

    • @haniefdanial4770
      @haniefdanial4770 2 ปีที่แล้ว +1

      @@fairuz305 mesti tngok begitu begini dj nazz kan

  • @azidinzidin9234
    @azidinzidin9234 4 ปีที่แล้ว +16

    X sngka pelawak Yassin mwarisi arwah datuknya...syukur ade pgnti . Smoga rohnya dcucuri rhmat aamiin

  • @dirarahmahsaad2765
    @dirarahmahsaad2765 4 ปีที่แล้ว +51

    Tak sangka pula Yassin cucu Noor KK 🤔ALFatihah buat pelakon yg telah pergi

    • @mdhafidzhabib87
      @mdhafidzhabib87 4 ปีที่แล้ว +1

      yassin dengan tagline dia sampai sekarang orang ingat........macam pernah jumpa tapi di mana ya

    • @mdpisol2299
      @mdpisol2299 4 ปีที่แล้ว

      @@mdhafidzhabib87 ppppppp

    • @mdpisol2299
      @mdpisol2299 4 ปีที่แล้ว

      P

    • @mdpisol2299
      @mdpisol2299 4 ปีที่แล้ว

      P

  • @Bustamamgendut
    @Bustamamgendut 4 ปีที่แล้ว +19

    Sekarang sutradara Mamat Khalid yang giat naikkan identiti negeri Perak. Daripada dialah kita dapat dengar dialek Perak sampai sekarang.

  • @fuad82channel
    @fuad82channel 2 ปีที่แล้ว +3

    Terbaik2,semoga dirahmati seniman2 kita ini adik-beradik tok moyang saya arwah nor k.k.....

  • @ReefearEapear
    @ReefearEapear 2 ปีที่แล้ว +4

    Datang dri channel Begitu BeginiBersama DJ Nazz edisi Yassin Senario... Noor KK ni adalah Atuk/Datuk kepada Yassin Senario...

    • @shahrulamar5358
      @shahrulamar5358 2 ปีที่แล้ว

      Yasin baru 2 tahun masa arwah meninggal. Mungkin dia tak ingat.

  • @tokjanggut5364
    @tokjanggut5364 4 ปีที่แล้ว +25

    Saye lari kat orang tu he.. dia nak makan kuih free. Dia nak pekene ke saye. Sebelum dia pekene ke saye, saye pekene ke dia dulu. Padan muka dia, ha mampuih he.. duduk sampai pagi esok. Tingge le he...

  • @yobdesouzapuncaktitiwangsa7143
    @yobdesouzapuncaktitiwangsa7143 4 ปีที่แล้ว +10

    Alfatihah bt allahyarham Noor kk,jika Ada usia beliau sekarang udah 101tahun

    • @haniefdanial4770
      @haniefdanial4770 2 ปีที่แล้ว +1

      Dia datuk kpd yassin senario

    • @shahrulamar5358
      @shahrulamar5358 2 ปีที่แล้ว

      Kalau Dato Mahmud June masih ada pun umur sama juga.

  • @MrAshraef
    @MrAshraef 2 ปีที่แล้ว +2

    Datang sini sebab Rancangan Begitu Begini feat Yasin Senario.

  • @hariees5067
    @hariees5067 2 ปีที่แล้ว +3

    Begitu begini versi yassin yg membuat aq singgah dsini

  • @xmxxmx4721
    @xmxxmx4721 4 ปีที่แล้ว +11

    SubhanaAllah..Alhamdulillah.. Allah Hu Akbar..

    • @bangautube3681
      @bangautube3681  4 ปีที่แล้ว +1

      Allahu.. moga rohnya ditempatkn dikalangan org yg beriman dan beramal soleh

  • @fnfchannel92
    @fnfchannel92 2 ปีที่แล้ว +1

    Sapa dtg sni lps tgk begitu begini yassin

  • @naimsobrifishing6098
    @naimsobrifishing6098 2 ปีที่แล้ว +2

    datang sini selepas tgk begitu begini djnazz

  • @alimwirahadi4948
    @alimwirahadi4948 2 ปีที่แล้ว +1

    Sape yg dtg sini lepas tgok begitu begini dj nas

  • @tazoooo
    @tazoooo 2 ปีที่แล้ว +5

    Datang sini sebab rancangan begitu begini dj naz. Artis undangan Yasin Senario 👍

  • @azlanmohd204
    @azlanmohd204 4 ปีที่แล้ว +9

    Moga Allah merahmati ruh seniman2 dan seniwati2 yg telah tiada...

    • @bangautube3681
      @bangautube3681  4 ปีที่แล้ว +1

      amin.. semoga rohnya ditempatkn dikalangan org yg beriman dan beramal soleh

  • @suarimi590
    @suarimi590 3 ปีที่แล้ว +5

    Salam
    Al fatihah buat arwah AMEEN ya rabbbal alamin dipermudahkan segala nya
    Terbaik untuk semua

  • @suarimi590
    @suarimi590 4 ปีที่แล้ว +19

    Al fatihah buat semua arwah yang pergi buat selamanya AMEEN ya rabbbal alamin dipermudahkan segala nya terbaik teruskan berkarya semoga sukses terus

    • @bangautube3681
      @bangautube3681  4 ปีที่แล้ว +1

      Amin.. semoga rohnya ditempatkn dikalangan org yg beriman dan beramal soleh

  • @airulazlan1275
    @airulazlan1275 4 ปีที่แล้ว +5

    Kalau dia lahir thn 1919, then dia meninggal thn 1980, maknanya umur dia masa meninggal 61 thn, bkn 59 thn.

  • @fs6086
    @fs6086 2 ปีที่แล้ว +1

    Oh sebab tu lah muka Yassin senario ada iras iras muka arwah Noor kk. Rupanya cucu dia.. Masyaallah

  • @ahmad.8475
    @ahmad.8475 4 ปีที่แล้ว +11

    Betul ke Ibrahim pendek yg berasal dari Taiping Perak merupakan anak melayu pertama yg berlakon dlm filem Hollywood?

    • @bangautube3681
      @bangautube3681  4 ปีที่แล้ว +1

      benar sahabat..

    • @hairulhazri921201
      @hairulhazri921201 4 ปีที่แล้ว +2

      benar dia orang sungai mati matang taiping

    • @afiqahabdull9108
      @afiqahabdull9108 2 ปีที่แล้ว

      boleh saya tahu filem apa?

    • @abangudin5396
      @abangudin5396 2 ปีที่แล้ว +1

      @@afiqahabdull9108 Filem The Spiral Road

    • @shahrulamar5358
      @shahrulamar5358 2 ปีที่แล้ว +1

      @@abangudin5396 Bersama mendiang Rock Hudson yg meninggal dunia pada 1985 akibat HIV.

  • @mohamadnazarudin9059
    @mohamadnazarudin9059 2 ปีที่แล้ว +1

    hadir lepas tengok begitu begini dengan abang yasin

  • @hafizyaakob5753
    @hafizyaakob5753 4 ปีที่แล้ว +7

    Ow rupanya dia ni atuk kepada Yassin Senario rupanya, patutlah, Al-Fatihah kepada Allahyarham Noor K.K 🤲

    • @bangautube3681
      @bangautube3681  4 ปีที่แล้ว +1

      Al fatihah
      . moga rohnya ditempatkn dikalangan org yg beriman dan beramal soleh

    • @hafizyaakob5753
      @hafizyaakob5753 4 ปีที่แล้ว +1

      @@bangautube3681 Aamiin

    • @mizanalfiraqi2578
      @mizanalfiraqi2578 4 ปีที่แล้ว +2

      datuk yassin orang asal perak ke

    • @hafizyaakob5753
      @hafizyaakob5753 4 ปีที่แล้ว +1

      @@mizanalfiraqi2578 ye

    • @shahrulamar5358
      @shahrulamar5358 2 ปีที่แล้ว

      Yassin baru 2 tahun masa arwah meninggal. Mungkin dia tak ingat.

  • @bossleallan
    @bossleallan 4 ปีที่แล้ว +5

    Suke bebenor teman nengok lakonan Allahyarham, pior benor....

  • @budakjohor4996
    @budakjohor4996 4 ปีที่แล้ว +6

    datok yasin senario..

  • @brotdm6441
    @brotdm6441 4 ปีที่แล้ว +7

    Terbaik min walaupon penjelasan min x mcm dlu😔😔😔

  • @naazerynoor5399
    @naazerynoor5399 4 ปีที่แล้ว +7

    haha best giler citer TSPR semua pelakon nye hebat2 dan ckup bkesan lakonan mereka, Al'fatihah utk semua pelakon yg telah bpulang kerahmatuallah 🕋🕌🕌

    • @bangautube3681
      @bangautube3681  4 ปีที่แล้ว +1

      benar.. al fatihah.. moga rohnya ditempatkn dikalangan org yg beriman dan beramal soleh amin

    • @muhamadfazliebaseri4898
      @muhamadfazliebaseri4898 4 ปีที่แล้ว +1

      Alfatihah utk arwah noor k.k..

  • @emirimtiyaz4752
    @emirimtiyaz4752 4 ปีที่แล้ว +8

    Mantap!

  • @ismairfan16
    @ismairfan16 2 ปีที่แล้ว +1

    Hadir selepas tgk begitu begini

  • @mohamadsyazwan8930
    @mohamadsyazwan8930 4 ปีที่แล้ว +13

    Saya ni tok Bilal, dengarnya dirumah ni ada orang mati,

    • @sanghitam5937
      @sanghitam5937 4 ปีที่แล้ว +2

      Tapi dah hidop balik

    • @zackshiddiq3453
      @zackshiddiq3453 4 ปีที่แล้ว +1

      😅👍👌

    • @azfik
      @azfik 3 ปีที่แล้ว +2

      Laju tok bilal lari

  • @jelokimpian1139
    @jelokimpian1139 4 ปีที่แล้ว +2

    Al fatihah

  • @Mr.Apapuntakbleh
    @Mr.Apapuntakbleh 4 ปีที่แล้ว +8

    Semanggoi😁

  • @femirates2538
    @femirates2538 4 ปีที่แล้ว +2

    sy masih mencari 1 filem melayu dlu yg ada 1 scene ter dgr bacaan ayat suci al quran dari bacaan wanita. adegan tu swaktu 2 lelaki bru naik dari laut dan msuk ke kampung tiba2 trdgr alunan bacaan quran yg bergema. tlong bantu filem apa itu yaa..

  • @AbdulHalim-ou7ze
    @AbdulHalim-ou7ze 4 ปีที่แล้ว +4

    Noor kk arhh...itulah bapak tiri laki mak saya🤣

  • @karlzainal7935
    @karlzainal7935 2 ปีที่แล้ว

    Al fatihah.. Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat dan Ditempatkan Bersama dgn Roh2 Org yg Beriman . . Aamiinn....

  • @faasoolaatiidoo
    @faasoolaatiidoo 2 ปีที่แล้ว

    Datang sini lepas interview DjNazz dgn Abg Yassin. Sapa geng?

  • @marzukikey8291
    @marzukikey8291 3 ปีที่แล้ว +2

    1980 memori umur 4 tahun ✌😷

    • @najibsalman5174
      @najibsalman5174 2 ปีที่แล้ว +2

      umur - 1 tahun (belum lahir)

    • @shahrulamar5358
      @shahrulamar5358 2 ปีที่แล้ว +1

      Saya baru darjah 1. Tengah minat lagu kumpulan Black Dog Bone masa tu. 😃😃

  • @Mahmud-il8hr
    @Mahmud-il8hr 4 ปีที่แล้ว +2

    Rasanya ungkapan loghat yang selalu di gunakan orang perak, biar papa asal bergaya, di ambil dari filem nasib DO RE MI kot.

  • @idrischedin8265
    @idrischedin8265 4 ปีที่แล้ว +1

    Alfatiha..Aamiiin

  • @damakamin157
    @damakamin157 4 ปีที่แล้ว +5

    Bukan sebarang orang..sebaris artis tersohor juga

  • @poksuwan511
    @poksuwan511 4 ปีที่แล้ว +6

    Semanggor

  • @qmrl2883
    @qmrl2883 4 ปีที่แล้ว +5

    Teman orang Kuala kangsar 😎

  • @bakrinbakri6604
    @bakrinbakri6604 3 ปีที่แล้ว +1

    Tak Sangka noor kk lawak nya d.ingati sehinga hari ini

    • @bakrinbakri6604
      @bakrinbakri6604 3 ปีที่แล้ว

      Kita Sedekah Al,fatihah Semoga d.brikan keampunan pda Semua

    • @sozo4574
      @sozo4574 2 ปีที่แล้ว

      Atok yassin senario

  • @elel5708
    @elel5708 2 ปีที่แล้ว

    Seblum die pekenee ke sayee,sayee pekenee ke diee dulu..mampoila hee....

  • @KhairurAhmedRashidi-cr3rk
    @KhairurAhmedRashidi-cr3rk 3 หลายเดือนก่อน

    Filem penarik beca pun ada berlakon jgk

  • @jevry4237
    @jevry4237 4 ปีที่แล้ว +1

    Nor KK

  • @azazelsamael6957
    @azazelsamael6957 4 ปีที่แล้ว +4

    Jula juli bintang tiga = twinkle2 little star😁

  • @mohdsyihan9945
    @mohdsyihan9945 3 ปีที่แล้ว +1

    oooo sy ingatkan "Dol Keke". Dengar ghope itu.

  • @east5008
    @east5008 3 ปีที่แล้ว +1

    Pasaraya kk.. Noor kk yg punya..

  • @Wallsaya
    @Wallsaya 4 ปีที่แล้ว +1

    Lidah panjang

  • @kamilazhari9515
    @kamilazhari9515 4 ปีที่แล้ว +2

    Masa Dia ckp pon lawak...Alfatihah

  • @MoonLight-gi1gj
    @MoonLight-gi1gj 2 ปีที่แล้ว

    Arwah bapa adlin berlakon dgn arwah atok Yassin senario....

  • @sakalputungsakti
    @sakalputungsakti 4 ปีที่แล้ว +1

    Ini pon Tak mengapei....

  • @tejasireh3614
    @tejasireh3614 4 ปีที่แล้ว +1

    Bujang lapok..1957..

  • @podolski-gc1sn
    @podolski-gc1sn 3 ปีที่แล้ว +1

    Lahir 1919

  • @arieyshaazreena3853
    @arieyshaazreena3853 2 ปีที่แล้ว

    Begitu begini nazz yassin

  • @kamilazhari9515
    @kamilazhari9515 4 ปีที่แล้ว +2

    Menaikan negeri perak

  • @PengesanLogam
    @PengesanLogam 4 ปีที่แล้ว +9

    Penghulu maxwell..

    • @bangautube3681
      @bangautube3681  4 ปีที่แล้ว +3

      pernah merasa ke sahahabt?

    • @PengesanLogam
      @PengesanLogam 4 ปีที่แล้ว +3

      @@bangautube3681 merasa bagaimana, kehilangan seseorang maksud anda?

    • @bangautube3681
      @bangautube3681  4 ปีที่แล้ว +2

      @@PengesanLogam maksud prnh merasa ke tinggk di kampung maxwell pada masa tersebut?

    • @PengesanLogam
      @PengesanLogam 4 ปีที่แล้ว +2

      @@bangautube3681 tidak pernah kak..

    • @bangautube3681
      @bangautube3681  4 ปีที่แล้ว +2

      @@PengesanLogam oh baik.. sy dah singgah channel sahabat.. sgt menarik perkongsian tu. moga berjaya..

  • @syednuh8732
    @syednuh8732 4 ปีที่แล้ว +1

    Tak dipelawe

  • @hafizunnaili7332
    @hafizunnaili7332 ปีที่แล้ว

    Datuk kepada Yassin senario

  • @abangudin5396
    @abangudin5396 2 ปีที่แล้ว

    Al-fatihah 🤲🏻

  • @shahrulhaidi3782
    @shahrulhaidi3782 4 ปีที่แล้ว +4

    Tak kan pak aji nak menipu

  • @epoizparadigma8986
    @epoizparadigma8986 3 ปีที่แล้ว

    Orang kuale rupenya

  • @adidaz299
    @adidaz299 4 ปีที่แล้ว +1

    Di mane kite berjumpe ni

  • @wanfaizal2105
    @wanfaizal2105 4 ปีที่แล้ว +1

    ini pon tak mengapey....

  • @zaidhashim7132
    @zaidhashim7132 2 ปีที่แล้ว

    Tak kemane teman baik haji Yob ate keme bedaah belake😂😂😂

  • @Lastweaponbuskersofficial
    @Lastweaponbuskersofficial 2 ปีที่แล้ว

    Dato yassin senario

  • @shahhafendy4064
    @shahhafendy4064 4 ปีที่แล้ว +1

    Admin cuba kisah kan pelakon idris hashim watak komeng

  • @Iman-iman-iman
    @Iman-iman-iman 2 ปีที่แล้ว

    nor KK adalah atuk yasin senario

  • @harzeeqmas6123
    @harzeeqmas6123 2 ปีที่แล้ว +1

    Noor kk atuk kepada yassin senario.

  • @kangrazzi116
    @kangrazzi116 4 ปีที่แล้ว +3

    Maaf bertanya. Off topic: Apa judul lagu instrumental lama yang jadi background video ini? Kalau ada link dalam TH-cam, sangat dihargai. Terima kasih didahulukan.

    • @bangautube3681
      @bangautube3681  4 ปีที่แล้ว +1

      th-cam.com/video/zpiDjgLd7PQ/w-d-xo.html
      sini sahabat..

  • @c.ybodyworkairbrush9854
    @c.ybodyworkairbrush9854 2 ปีที่แล้ว

    Atuk kepada yassin senario

  • @maulanaiklis4779
    @maulanaiklis4779 4 ปีที่แล้ว

    Mane org perak yop yong

  • @komandoarshad8086
    @komandoarshad8086 4 ปีที่แล้ว +3

    Salam, Min, harap next segmen boleh wat cover untuk seniman Abdullah Chik. Saya dah terlupa ada 1 filem dia yang dia berlakon dengan Mustafa Maarof. Dia jadi menantu dalam filem tu. Kalau Min dapat korek tajuk filem tu memang saya salute tabik hormatlah. Sebab tu filem rare tahap Naga Dragonball tu.

    • @bangautube3681
      @bangautube3681  4 ปีที่แล้ว +2

      walaikumsalam..wah saya kalau abdullah chik msti teringat cerita seledang delima.. hee..

    • @jimmy8387
      @jimmy8387 4 ปีที่แล้ว +2

      Saya tau tajuk citer tu..tajuk dia yatim mustapa..ade kat TH-cam

    • @komandoarshad8086
      @komandoarshad8086 4 ปีที่แล้ว

      @@jimmy8387 Sat aku usha.

    • @komandoarshad8086
      @komandoarshad8086 4 ปีที่แล้ว +3

      @@jimmy8387 Bukan dow...Filem tu bkn zaman purba mcm Yatim Mustapa. Filem moden zaman 50-60an der...

    • @jimmy8387
      @jimmy8387 4 ปีที่แล้ว +1

      @@komandoarshad8086 th-cam.com/video/yAqs8-aCUw8n/w-d-xo.htmlah link..tahun 1961

  • @jefrizain9672
    @jefrizain9672 4 ปีที่แล้ว +3

    Dato herculis pulak?

    • @bangautube3681
      @bangautube3681  4 ปีที่แล้ว +2

      ada next video

    • @jefrizain9672
      @jefrizain9672 4 ปีที่แล้ว +2

      @@bangautube3681, terima kasih admin. Dan terbaik

  • @sallehuddinabdulsamad7401
    @sallehuddinabdulsamad7401 4 ปีที่แล้ว +1

    Tahun 1965 dan 1966 mengarah 3 filem komedi berturut2??.... faktanya betul tapi filem nya salah tu bro. Filem Doremi dan seterusnya tahun 70an di Merdeka Studio kat KL dah masa tu..... Sabarudin tukang kasut P.Ramlee masih muda lg di studio Jalan Ampas Spore.

    • @bangautube3681
      @bangautube3681  4 ปีที่แล้ว +1

      maaf sahabat atas kesilapan saya..

  • @dotdotchannal9866
    @dotdotchannal9866 2 ปีที่แล้ว

    Atok kepada yasin senario

  • @adamgalaxy2627
    @adamgalaxy2627 4 ปีที่แล้ว +2

    Tu haaaaaaa.

  • @hamdanjantan399
    @hamdanjantan399 4 ปีที่แล้ว +5

    Bile nak makan nasi?
    Awal lagi.
    Ini pun tak mengape
    😂😂😂

    • @khaiophirgrad7717
      @khaiophirgrad7717 4 ปีที่แล้ว +1

      beza e sebelah perak "é", e sebelah terengganu pulak "è"....perbezaan menyatukan kita 😊❤✌

    • @putraputra4117
      @putraputra4117 4 ปีที่แล้ว

      Fareed 6085. Maksudnya cmne?

  • @joekidin3511
    @joekidin3511 2 ปีที่แล้ว

    Atok Yassin rupanya...

  • @mohamadshafihuddin5802
    @mohamadshafihuddin5802 3 ปีที่แล้ว

    Dia meninggal dunia akibat sakit apa

  • @Zulfadha21
    @Zulfadha21 4 ปีที่แล้ว +1

    Ape tajuk lagi 0:31 tu ye? Bunyi seruling

  • @pusakkunin7102
    @pusakkunin7102 2 ปีที่แล้ว

    Apa Nama muzik latar ?

  • @sirdope2575
    @sirdope2575 2 ปีที่แล้ว

    P.RAMLEE NAK BAGI TAHU "TAKKAN PAK LEBAI NAK MENIPU"

  • @zezuanyusop7675
    @zezuanyusop7675 2 ปีที่แล้ว

    Nor kk asal dri mne..

  • @zarularif5466
    @zarularif5466 2 ปีที่แล้ว

    Allahyarham Puteh Lawak pon tidak kurang hebat nya dgn filem yg pernah beliau berlakon..

  • @hooligantvmalaysia
    @hooligantvmalaysia 4 ปีที่แล้ว +1

    Bintang 3 ke bintang 7?

  • @oneyqalqal4472
    @oneyqalqal4472 4 ปีที่แล้ว +2

    Tak kan tok lebai nk nipu nye haha...

  • @azlantaupek939
    @azlantaupek939 4 ปีที่แล้ว +4

    Admin lama hilang ingat chanel dah kena block

    • @bangautube3681
      @bangautube3681  4 ปีที่แล้ว +2

      da strt keja sibuk skt sahabat.. InsyaAllah kita akn upload lg vid..

    • @azlantaupek939
      @azlantaupek939 4 ปีที่แล้ว +2

      Bangau Tube share seniman a k jailani dia watak skit tapi dingati

    • @bangautube3681
      @bangautube3681  4 ปีที่แล้ว +2

      @@azlantaupek939 insyaAllah sahabat...dalam pembikinan

  • @tokubanchannel2009
    @tokubanchannel2009 2 ปีที่แล้ว

    dj naz n yassin bring me here

  • @norainmahat4439
    @norainmahat4439 3 ปีที่แล้ว +1

    Coffin dance😂

  • @muhdzulaidi4963
    @muhdzulaidi4963 3 ปีที่แล้ว

    Naik haji

  • @puteradanyshdanny5527
    @puteradanyshdanny5527 3 ปีที่แล้ว

    Apa pulak ada betina sdg tik tok pulak mula2 nk mula td?apa masalah betina tu???

  • @nazripake6581
    @nazripake6581 4 ปีที่แล้ว +1

    amended KK tu .. aper maknenye tu

  • @sirrius687
    @sirrius687 4 ปีที่แล้ว +3

    Edegen ke ADEGAN? Sebutan biar betul admin.. beribu org tengok ni..

    • @bangautube3681
      @bangautube3681  4 ปีที่แล้ว +1

      maaf sahaabt.. sebutan sy xberapa sempurna..

  • @shaidali5747
    @shaidali5747 4 ปีที่แล้ว

    Pelajar

  • @guloleyproduction
    @guloleyproduction 2 ปีที่แล้ว

    Hadir selepas tengok begitu begini