Kisah HIdup S. SUDARMAJI | Kisah Seorang Lagenda - KeliBiru

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 15 ก.ย. 2024
  • Kalau nak tahu perjalanan Seni AYU, anak kepada Seniman S. Sudarmaji, Boleh ke CHANNEL Beliau. Link di bawah.. Boleh SUBSCRIBE Sekali..
    Sumber Rujukan: Channel Ayu 20 Sen
    / @ayu20sen78
    S. SUDARMAJI DALAM KENANGAN
    Allahyarham S. Sudarmaji atau dengan panggilan “Pak Maji” merupakan seorang seniman yang berbakat dan kreatif. Selain daripada berlakon, beliau juga merupakan seorang pengarah filem, penulis skrip, pengubah lagu dan penulis lirik terkenal. Beliau mempunyai hubungan yang rapat dengan Tan Sri P. Ramlee.
    Allahyarham S. Sudarmaji atau nama sebenar beliau, Syed Sudarmaji bin Syed Abdullah dilahirkan pada tanggal 19 Jun 1923 di Jogjakarta, Jawa Tengah, Indonesia. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Hajjah Kasini binti Kamijo dan dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Sri Rahayu atau lebih dikenali dengan watak Ayu, kanak-kanak yang sering meminta upah 20 sen daripada Sudin dalam filem Bujang Lapok
    S. Sudarmaji telah diserap ke dalam Angkatan Tentera Laut Jepun sebagai Juruteknik Setelah menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Kesusteraan di Taman Siswa Jogjakarta. . Kemudian beliau telah dihantar untuk berkursus di Shonan Training School Sailors. Ketika usia S. Sudarmaji 21 tahun, beliau telah memperolehi Diploma dalam bidang Injin pada tanggal 25 May 1945.
    S. Sudarmaji kemudiannya menyertai Kapal dagang Belanda sebagai jurumudi setelah menamatkan perkhidmatan dengan Tentera Laut Jepun. Apabila kapal dagang Belanda singgah di pelabuhan Singapura, S. Sudarmaji mengambil keputusan untuk meninggalkan Kapal dagang Belanda untuk melibatkan diri dalam bidang yang sangat diminatinya iaitu bidang seni.
    Kemudian S. Sudarmaji telah bertemu dengan dua orang pelakon filem melayu ketika itu iaitu Bachtiar Affendi dan jaafar Wiryo dan kemudiannya beliau dibawa ke studio Malay Filem Production (MFP) Jalan Ampas, Singapura. S. Sudarmaji memulakan karier di (MFP) sebagai pembantu pejabat dengan gaji sebanyak 30 ringgit sebulan. S. Sudarmaji menerima pekerjaan tersebut dengan penuh kesyukuran dan berharap ianya sebagai batu loncatan demi memenuhi impiannya.
    S. Sudarmaji dan Tan Sri P. Ramlee merupakan dua karyawan sealiran tetapi berlainan kepakaran telah mencorakkan lanskap seni budaya tanah air. Hampir 240 lirik lagu yang dicipta beliau untuk melodi emas gubahan lagu Tan Sri P. Ramlee. Selain itu S. Sudarmaji telah menulis skrip filem sebanyak 16 skrip yang lengkap dengan kata bual yang diarah oleh Tan Sri P. Ramlee.
    Antara lirik lagu sentuhan S. Sudarmaji yang popular ialah "Getaran Jiwa", "Putus Sudah Kasih Sayang", "Jeritan Batinku", "Bunga Melor", "Rukun Islam Lima Perkara" dan "Bahtera Merdeka".
    S. Sudarmaji dan Tan Sri P. Ramlee saling berkerjasama untuk menghasilkan karya filem. Pada tahun 1955, S. Sudarmaji telah menulis skrip filem pertamnya yang berjudul “Penarik Beca”.
    Karya Skrip Filem S. Sudarmaji
    1. Penarik Beca - 1955
    2. Panca Delima - 1957
    3. Bujang Lapok - 1957
    4. Sumpah Orang Minyak - 1958
    5. Pendekar Bujang Lapok - 1959
    6. Musang Berjanggut - 1959
    7. Nujum Pa’ Belalang - 1959
    8. Antara Dua Darjat - 1960
    9. Ali Baba Bujang Lapok - 1961
    10. Seniman Bujang Lapok - 1961
    11. Ibu Mertuaku - 1962
    12. Labu Labi - 1962
    13. Nasib Si Labu Labi - 1963
    14. Madu Tiga - 1964
    15. Tiga Abdul - 1964
    ANTARA FILEM LAKONAN
    1. 1959 - Pendekar Bujang Lapok - Pekerja Taukeh Sampan
    2. 1960 - Antara Dua Darjat - Pemain Biola / Marakas
    3. 1961 - Seniman Bujang Lapok - Penolong pengarah
    4. 1962 - Nasib Si Labu Labi - Cikgu Sudar
    S. Sudarmaji bukan sahaja teman seperjuangan Tan Sri P. Ramlee, tetapi berperanan sebagai sumber ilham penyediaan skrip filem, penasihat dan tempat P. Ramlee mencurahkan permasalahannya.
    Apabila Malay Filem Production melabuhkan tirainya pada tahun 1967, beliau meneruskan kerjayanya sebagai penulis skrip filem dan drama serta pentas untuk Syarikat Perfileman Perbadanan Penyiaran Singapura serta badan-badan Budaya.
    Pada tahun 1968, S. Sudarmaji Berjaya mengarahkan filem pertamanya yang berjudul “Ibulah Syurga” terbitan Gafico Film.
    Pada tahun 1970, S. Sudarmaji telah berhijrah ke Studio Merdeka Filem Production di ulu Klang, Kuala Lumpur, beliau diberi kepercayaan untuk menulis dan mengarah filem “Pedang Sakti” tahun 1971, filem “Belang Petanda” tahun 1971 dan filem “Cengkaman Maut” tahun 1972.
    Beliau juga pernah mengarahkan filem di bawah Sarimah Filem Production, seperti filem “Detik 12 Malam” tahun 1979, filem “Langit Tidak Selalu Cerah” tahun 1981, Filem “Perjanjian Syaitan” tahun 1981 dan filem “Kabus Tengah Hari” tahun 1982.
    Sumber Rujukan 1: Channel Ayu 20 Sen
    / @ayu20sen78
    Sumber Rujukan 2: Wikipedia
    Background music: instrumental lagu melayu -selara - • instrumental lagu mela...

ความคิดเห็น • 41

  • @venomrunsdeep7654
    @venomrunsdeep7654 4 ปีที่แล้ว +11

    Membuktikan dahulu malaysia-indonesia kuat persaudaraannya dan berkongsi ilmu bersama-sama maka lahirlah karya hebat utk tontonan generasi masa kini. Alfatihah kpd beliau...

  • @unseen24
    @unseen24 4 ปีที่แล้ว +17

    Kekuatan film P Ramlee hasil gabungan bakat rumpun Melayu se Asia Tenggara.
    P Ramlee dari P.Pinang, S.Sudarmaji (Yogya), Aziz Sattar (Bawean), S.Shamsudin (Singapura), Maria Menado (Sulawesi Utara), Wak Mustarjo (Purwokerto), Ar Tompel (Tanjung Balai Sumatera) dan ramai lagi.
    Singapura waktu itu adalah pusat ekonomi dan kesenian Melayu.

    • @phompylumbantoruan7494
      @phompylumbantoruan7494 4 ปีที่แล้ว

      Aziz sattar pekalongan indonesia,
      Ahmad nisfu (medan) sumatra utara indonesia

    • @millardfillmore8169
      @millardfillmore8169 4 ปีที่แล้ว

      @@phompylumbantoruan7494 ye

    • @tayoomoyo6073
      @tayoomoyo6073 2 ปีที่แล้ว +1

      @@phompylumbantoruan7494 iya ahmar nisfu berdarah indo tetapi dia berbesar di pulau pinang malaysia

  • @mohdnasranmohdtaib7383
    @mohdnasranmohdtaib7383 4 ปีที่แล้ว +6

    Beginilah orang seni yang betul2 menceburi bidang seni kerana bakat dan minat. Bukan untuk mencari populariti. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diberikan keampunan oleh Allah SWT.

  • @alasr11
    @alasr11 4 ปีที่แล้ว +7

    Dah ada Diploma zaman Jepun dulu, kalau hari ni, dia ni level Engineer rasanya. Terpelajar.

  • @abdulmajidzainalabidin9232
    @abdulmajidzainalabidin9232 4 ปีที่แล้ว +12

    Seorang pengiat seni yang hebat.kebanyakkan pelakun,karya seni filem melayu,Singapore dahulu orang Indonesia .

  • @suhaimidarus7834
    @suhaimidarus7834 4 ปีที่แล้ว +2

    Org hebat campak di mana pun akan tetap berjaya

  • @mdtarmizi6856
    @mdtarmizi6856 4 ปีที่แล้ว +5

    Semua filem dan lagu2 hebat p ramlee ada kaitan dgn s sudarmaji.

  • @IrOneMamadawchannel
    @IrOneMamadawchannel 4 ปีที่แล้ว +4

    😅.. Hang kebun..
    Cangkol pun ..... cangkol lah..
    😅😅😅😅.. lawak sngat2 .
    S. sudarmaji informatiaon yg sangt2 menarik utk di baca & di semak. & akhir nya wafat . Banyak orang indonesia yg tidak tau Biografi itu.. 🙏🙏🙏 terima ksih tman.

  • @aizenmoku8888
    @aizenmoku8888 4 ปีที่แล้ว +1

    Nice video . Senang nak baca

  • @mohdsalehin4719
    @mohdsalehin4719 4 ปีที่แล้ว +1

    Pelakon pelakon dahulu semuanya multi talented!!

  • @__lissa__1735
    @__lissa__1735 4 ปีที่แล้ว +4

    Aku suka menit ke 00:01-00:17 aku selalu ulang balik banyak kali pulak tu hahahhahahahhaha

  • @anugerahmn
    @anugerahmn 3 ปีที่แล้ว

    Sy pernah terbaca kisah akhir hidup Allahyarham dulu masa dia terlantar d hospital (entah hospital mna). Bil perubatan allahyarham, Ahmad Fauzi (pelakon kolej 56) yg byrkn. Tiada rakan artis yg melawat masa allahyarham tenat di hospital. Al fatihah.

  • @mustaphakamalsarwan4149
    @mustaphakamalsarwan4149 4 ปีที่แล้ว +1

    Alfatiha untuk arwah......

  • @marzukikey8291
    @marzukikey8291 3 ปีที่แล้ว

    kenangan yg terindah bagi mereka di era itu..semoga sihat sejahtera kepada mereka yg masih bernafas✌😷

  • @mohdomar1380
    @mohdomar1380 4 ปีที่แล้ว +1

    Memang best.... Pelakon2 lama...

  • @hattamimie
    @hattamimie 4 ปีที่แล้ว +1

    Pengarah filem langit tidak cerah pd 1981 dan kabus tengahari 1982

  • @ayulbenishaq1687
    @ayulbenishaq1687 4 ปีที่แล้ว

    bestnya lgu background
    Al fatihah buat allahyarham

  • @wakbreng6161
    @wakbreng6161 4 ปีที่แล้ว +2

    Ni ramai org yogjakarta tak tahu s sudamarji dr tanah jawa

  • @shahhafendy4064
    @shahhafendy4064 4 ปีที่แล้ว +1

    Admin minta kisahkan pelakon komeng idris hashim

  • @wyllupratap5961
    @wyllupratap5961 4 ปีที่แล้ว +2

    Sudin dri indonesia sudarmaji dri indonesia p ramli dri indonesia ahmad nisfu dri indonesia..dulu antara indonesia dan malaysia tak ada sempadan semua 1nusantara setelah mempunyai ngara masing masing timbullah rasa sombong di antara 1 sama lain.

    • @hattamimie
      @hattamimie 4 ปีที่แล้ว +3

      P.ramlee berdarah indonesia di acheh... tapi beliau lahir di pulau pinang

    • @abuabu9882
      @abuabu9882 4 ปีที่แล้ว

      Nusantara itu dipecah n diperintah oleh penjajah2(kafirin,barat)zaman lampau..n tiada yg bermaksud bersih kecuali utk mengaut hasil2 bumi jajahannya;dan menanamkan permusuhan sesama se Nusantara..yahh,sudah berakar umbi n sulit mahu dirungkai kecuali persefahaman tanpa adanya sifat2 PHD@Perangai Hasad Dengki...Wallahu'aklam...

    • @YeFansMalaysia
      @YeFansMalaysia ปีที่แล้ว +1

      Ya dulu nya Nusantara, kepulauan melayu (Malay Arcipelago)
      Perjanjian British Belanda pecahkan kepulauan Melayu ini menjadi Malaysia dan indonesia.

  • @pecintajadul8421
    @pecintajadul8421 2 ปีที่แล้ว

    Jaafar wiryo, s kadarisman, kuswadinata, s sudarmaji, teuku zakaria, daeng harris, daeng idris, osman gumanti. Walaupun berbeda2 kita tetap satu jua

  • @muhammadfaizalyunus8992
    @muhammadfaizalyunus8992 4 ปีที่แล้ว +2

    Gaji 30 ringgit sebulan bersamaan 3000 sen. Masa tu secawan kopi O 1 sen. Kalau bandingkan hari ni secawan kopi O katakan lah RM 1. maka gaji dia RM 3000.

  • @nikhassannikmat9102
    @nikhassannikmat9102 3 ปีที่แล้ว +2

    Saya nak suka s Sudarmaji cakap dia gagah makan lima pinggang Ahmad nifsu marah

  • @murshidsahat5728
    @murshidsahat5728 4 ปีที่แล้ว +2

    Dulu gaji 30 ringgit kira besar seh dulu kata bapak aku..

    • @mrr4979
      @mrr4979 4 ปีที่แล้ว

      Masa ni gula 3 sen sekati.

  • @glassmanorangjitra
    @glassmanorangjitra 2 ปีที่แล้ว

    Playback laju, tak sempat baca...

  • @Cerita_Horror_Nyata.
    @Cerita_Horror_Nyata. 3 ปีที่แล้ว

    Sy dr awal smpat bertanya dlm hati kok nama nya ber khas jawa. Ternyata mmng orang jawa.

  • @8211mat
    @8211mat 3 ปีที่แล้ว

    Syed

  • @Reformist101
    @Reformist101 4 ปีที่แล้ว

    lirik lirik dan dialog filem olahan s.sudarmaji memperkuatkan lagi karya p.ramlee

  • @crazysocial2187
    @crazysocial2187 3 ปีที่แล้ว +1

    lahir dia indonesia jawa barat... cakap bahasa malaysia fasih xder slang jawa pun...

    • @endasurya5799
      @endasurya5799 3 ปีที่แล้ว +1

      Pergaulan beliau bnyak diluar jawa dan dgn org bukan jawa