🔴 [LIVE] BAYU SUMORIBAU SPM 2.0 SIRI 16: KIMIA OLEH CIKGU PETER CHIN, SMK DESA KENCANA, SABAH
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 14 ม.ค. 2025
- BAYU SUMORIBAU SPM 2.0 SIRI 16 : KIMIA
SUKARELAWAN : CIKGU PETER CHIN SIN KIONG,
GURU KIMIA
SMK DESA KENCANA,
LAHAD DATU, SABAH
1.0 TAJUK program
PROGRAM BASED ACTION TH-cam UTMOST (BAYU):
SUMORIBAU SPM 2.0
2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM
Inisiatif ini adalah dilaksanakan di bawah Program TaskForce(TF) Eduinfluncer yang bernaung di bawah Pelan Strategik Organisasi Sektor Pembelajaran PPD Kudat yang bermatlamat untuk meningkatkan prestasi kemenjadian murid dalam aspek akademik, terutamanya di peringkat SPM. Program ini juga mendapat sokongan padu daripada Pasukan PLC Pengetua daerah Kudat yang senantiasa proaktif dalam pembangunan kemejadian murid di sekolah. Selain itu turut menyokong sama inisiatif meningkatkan kemenjadian murid di peringkat SPM seperti program POSIK (Program Optimumkan SPM inisiatif TVET Kudat) dan i-CARE, yakni inisiatif bimbingan untuk sekolah focus DTP PPD Kudat melalui pendekatan digital. Inisiatif ini tercetus kerana adanya jaringan merekayasa program peningkatan akademik khususnya dalam SPM bersama Pegawai SISC+ dari PPD Kudat, PPD Beluran, PPD Kuala Penyu, PPD Tuaran dan PPD Ranau, Sabah sejak tahun 2022 dan kesinambungan kolaboratif antara 6 PPD melalui program serupa yakni BAYU HOTSPOT 2022 dan BAYU SUMORIBAU SPM 2023 yang telah mendapat sambutan dan permintaan yang amat tinggi daripada pelbagai pihak, khasnya warga pendidikan berdasarkan kajian impak yang telah dilaksanakan. Program ini juga akan ditadbir urus oleh Sektor Pembelajaran PPD Kudat, Sabah dengan bantuan jaringan 6 PPD yang bernaung di bawah JPN Sabah yakni PPD Beluran, PPD Kuala Penyu, PPD Tuaran, PPD Papar, PPD Ranau dan PPD Telupid/Tongod.
3.0 OBJEKTIF PROGRAM
1. BAYU (Based Action TH-cam Utmost) SUMORIBAU SPM 2.0 merupakan platfrom digital melalui TH-cam yang digunakan oleh guru sukarelawan (Guru Cemerlang dan guru pakar) untuk melaksanakan bimbingan secara online kepada calon SPM 2024 khususnya di PPD Kudat, amnya di seluruh negara.
2. Platform yang efektif, berkos rendah dan mudah dicapai menggunakan pelbagai alat komunikasi (telefon bimbit, komputer riba dan televisyen pintar) serta boleh dirujuk berulang kali melalui saluran TH-cam.
3. Pelantar perkongsian amalan terbaik, bimbingan dan latihan peningkatan profesionalisme keguruan yang menyokong pelaksanaan Perkembangan Profesionalime Berterusan (CPD) dan Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) khususnya dalam daerah Kudat dan amnya di seluruh Malaysia yang mudah diakses, jimat kos, tenaga dan masa perjalanan.
4.0 PELAKSANAAN PROGRAM
Tarikh : 17 Januari 2025 (Jumaat)
Masa : 2:00PM- 4:00PM
Lokasi : Tempat masing-masing.
Pelantar: TH-cam
Pendekatan : e-Coaching (Bimbingan Dalam Talian)
5.0 SASARAN PROGRAM
Semua calon SPM 2024, guru-guru dan warga pendidikan di daerah Kudat dan 6 PPD jaringan kolaboratif, Sabah dan secara amnya di seluruh Malaysia.
Sila rujuk jadual terkini di pautan link : www.cikgusobe.... - บันเทิง