ไม่สามารถเล่นวิดีโอนี้
ขออภัยในความไม่สะดวก

Cabaran Mahasiswa Menghadapi Pandemik COVID19 | Podcast | UniMAP | UITM REMBAU | UITM MACHANG

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 18 มิ.ย. 2021
  • Sejak penularan wabak pandemik Covid-19, dunia menyaksikan peralihan norma baharu yang sangat drastik, termasuklah dalam aspek pendidikan. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) adalah norma baharu yang perlu dihadapi oleh warga pendidikan. Penglibatan pelajar yang masih muda di dalam kelompok yang ramai, malah ditambah dengan kondisi sesetengah pusat pendidikan yang kurang kondusif meningkatkan lagi risiko jangkitan.
    Namun mahu tidak mahu, masyarakat dunia khususnya di Malaysia perlu belajar untuk mengadaptasi kepada norma baharu PdPR ini. Menurut laporan khas dari Gulf News, virus ini berkemungkinan besar tidak akan hilang daripada manusia dan dijangka akan terus kekal untuk satu tempoh yang tidak diketahui. Jika kita tidak bersedia sekarang, kita akan terus merisikokan pendidikan kanak-kanak dan remaja di Malaysia yang secara asasnya memerlukan pendidikan yang terbaik ketika di usia mereka. UNICEF juga telah mengeluarkan laporan bahawa kanak-kanak di waktu pandemik ini diklasifikasikan sebagai Generasi Tercicir (Lost Generation) disebabkan faktor pendidikan yang terbantut dan statistiknya membimbangkan.
    Sudah tentu peralihan drastik ini tidak mudah dan pasti menelan belanja dan kos yang bukan murah. Di atas kertas, PdPR mungkin dilihat satu jalan efektif bagi menggantikan kaedah pengajaran konservatif. Pelajar, guru atau pensyarah perlu menghadap komputer riba dan proses ini berlaku seperti biasa. Namun hakikatnya, ia tidak semudah sedemikian. Menurut laporan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seramai 70 peratus pelajar meliputi setiap lapisan (daripada pra-sekolah hingga institusi pengajian tinggi) tidak mempunyai kemudahan komputer riba.
    PdPR juga menuntut pelajarnya mempunyai capaian Internet yang kuat dan stabil. Pelbagai tuntutan dibuat oleh organisasi awam dan swasta terhadap kerajaan, setidaknya meluaskan capaian Internet khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Usaha itu sudah dapat dilihat daripada pengagihan belanjawan serta fokus kerajaan untuk meningkatkan capaian Internet dalam lima tahun mendatang. Namun sejauh mana pelaksanaannya? Cukup atau tidak untuk menampung pelajar-pelajar di pedalaman ini? Bagi pelajar yang datang dari keluarga B40, bilik peribadi yang selesa dan kondusif pasti sukar untuk diperoleh sekali gus merencatkan fokus dan konsentrasi mereka ketika PdPR.
    Oleh: Saudara Moderator
    MUHAMMAD HANIF BIN SABRI
    Pelajar Tahun 2 Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (Pembinaan)
    Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
    Saudari Panel 1,
    ATHIRAH RUDAINI
    Pelajar
    Universiti Teknologi Malaysia UITM REMBAU
    Saudari Panel 2,
    HANUSAH SAKRI
    Pelajar
    Universiti Teknologi Malaysia UITM MACHANG

ความคิดเห็น •