KERIS TAJONG RAMAN proses membuat Sampir Kayu Kenaung

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 6 ก.พ. 2025
  • TAK BAI - RAMAN - YALA
    #HUNTING_DOWN_TAJONG_HISTORIES
    TAJONG - "Di Sebalik Ukiran Ada Falsafah Seni Yang Tidak Ternilai"
    "Pastikan ORI baru kongsi"
    PART 01 :
    Proses penghasilan Sampir dan Serunai untuk bilah Charita 17.5 inci yang saya bawa dari Malaysia.
    Khairil Keris Kota Bharu sememangnya terkenal dengan penghasilan bilah bilah keris yang sangat cantik dan kemas buatannya.
    Jadi saya menempah sebilah mata keris dari jenis Charita. Bagi saya untuk padanan bersama Hulu Tajong, Sampir dan Serunai, saya lebih menyukai bilah lurus seperti Charita ataupun Pandai Saras. Bilah bilah lurus ini membuatkan Tajong kelihatan lebih "gagah perkasa" bagi pandangan mata saya.
    Saya secara peribadinya tidak berapa menggemari bilah berlok untuk padanan Tajong ini.
    Begitu juga dengan ukuran panjang bilah. Saya kurang gemar bilah untuk Tajong yang berukuran 15 inci ke bawah. Saya lebih menggemari bilah bilah panjang sekurang kurangnya 17 inci.
    Bilah Charita yang saya tempah dari Khairil Keris Kota Bharu ini berukuran 17.5 inci. Buatan besi hitam sebatang yang terasa beratnya. Kombinasi panjang dan berat yang cukup sempurna bagi saya.
    Bilah Charita idaman sudah saya dapat dari Khairil. Sekarang ini sarungnya pula (Sampir dan Serunai) saya belum ada untuk pakaian bilah Charita yang kelihatan tegap, gagah dan kuat ini.
    Saya inginkan set serba hitam untuk Charita 17.5 ini. Hulu Tajong hitam legam Kayu Kenaung buatan Cikgu Yaa, Raman saya sudah sedia ada untuk padanannya.
    Kini nak kena cari Kayu Kenaung untuk pakaiannya pula. Saya tanya Khairil dan dia kata memang tak ada stok kayu yang susah nak dapat dari Thailand ini
    Rupanya bila saya sedang berbual bual dengan Khairil inilah baru saya tahu kenapa kayu Kenaung sukar diperolehi daripada tukang tukang tempatan kita.
    Sekarang baru saya tahu rupa rupanya Kayu Kenaung ini spesies sumber hutan yang DILARANG bawak keluar dari Thailand. Ia menjadi kayu yang dilindungi undang undang dari dibawa keluar daripada Negara Gajah Putih ini.
    Ooohhhh macam gitu.... patutlah susah nak dapat dengan tukang local kita. Pernah saya tengok ity hari sekali dalam FB, ada local seller jual dengan harga Yahudi pun akan takut nak beli.
    Fikir fikir... jadi saya teringat di Raman masa saya nak balik dari kunjungan pertama tempoh hari, saya ada lihat Ale sedang mengupah orang untuk mengergaji blok kayu Kenaung.
    Jadi saya menghubungi beliau bertanyakan jika ada lagi stok Kenaung untuk dia buatkan saya Sampir dan Serunai kayu hitam yang cantik ini.
    Katanya ada tapi ngam ngam ada cukup untuk saya buat Sampir dan Serunai untuk sebilah keris sahaja. OK... cun kalau macam itu. Saya akan ke sana dengan kadar segera kata saya pada Ale. Memang tak boleh tunggu lama. Kena cepat bertindak untuk benda benda susah dapat macam ni.
    Jadi keesokan harinya saya terus ke Thailand. kali ini saya pergi ke Raman melalui Tak Bai dengan membawa bilah Charita 17.5 inci tersebut.
    Sesampai di Raman, saya awal awal dah cakap dengan Ale kali ini saya nak minta dia buatkan Sampir dan Serunai ikut spec sarung lama Raman.
    Saya juga kata yang saya ingin record @ rakam proses penghasilan Sampir dan Serunai Tajong ini bermula dari scratch. Maknanya dari draft bentuk Sampir pada blok Kayu Kenanung, cara ia dipotong, diukir, dicanai, digilap sehinggalah pakaian Tajong ini siap sepenuhnya.
    Jadi untuk video yang panjang dengan Raw Footage hampir 10GB ini, saya terpaksa pecahkan ia kepada beberapa PARTS disebabkan ianya terlalu panjang untuk dijadikan hanya 1 video.
    Saya juga perlu ambik masa untuk convert Raw video bersaiz besar ini menjadi saiz yang sesuai untuk memudahkan saya edit.
    Jangan lupa saksikan full video penghasilan Sampir dan Serunai Tajong dari Kayu Kenaung ini. Kerana saya belum pernah jumpa mana mana video dalam TH-cam perihal penghasian pakaian cantik serba hitam ini secara details.
    Setelah proses penghasilannya siap saya akui sangat berpuas hati. Memang cantik Sampir Kayu Kenaung hasil nae chang muda Raman ini.
    Saya minta dia buatkan Sampir gaya lama Raman. Sampir Kenaung ini saya minta dia ukirkan PENDING (Belt Buckle).
    Jarang jarang jumpa pada Sampir Tajong buatan terbaru sekarang ini yang ada Pending, Tulang Daun dan Matahati @ 3rd Eye of Siva @ Unalome.
    Kali ini bila saya bertandang sendiri ke rumah beliau dan tinggal di sana selama 8 hari, saya meminta agar kesemua ciri-ciri yang ada pada Sampir lama Raman ini ada pada Sampir Kenaung tempahan saya ini.
    ♦️PENDING (Belt Buckle)
    ♦️CAPING (Downward Point)
    ♦️TULANG DAUN (Spine of Leaf)
    ♦️MATAHATI / MATA KE-3 SIVA @
    UNALOME (3rd Eye of Siva)
    ♦️DAUN BUDI (Shape of Tree of Life)
    TAJONG : MANIFESTASI kejayaan agama dan bangsa bersatu
    👍🇹🇭👍🇹🇭👍🇹🇭👍🇹🇭👍🇹🇭👍🇹🇭👍

ความคิดเห็น • 1

  • @ikhwanazizchannel
    @ikhwanazizchannel 5 หลายเดือนก่อน

    Berapa modal siap semua bang?