Cara Untuk Terminate Dari Telco Semasa

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 26 ส.ค. 2024
  • SUPPORT ABANG TELCO
    Support, Like, Share & Comment Channel Abang Teclo
    Subsribe ► / @abangtelco
    ================================================
    KHIDMAT PELANGGAN REDONE CELCOM 5G
    Hubungi Kami ► whatsform.com/...
    1️⃣ General Enquiry
    2️⃣ Sign Up redONE Postpaid
    3️⃣ Upgrade / Downgrade
    4️⃣ Terminate Line
    5️⃣ Bills Payment / Unbar Line
    6️⃣ Check Current Bills
    7️⃣ Change Account Ownership
    8️⃣ Upgrade Subline to Master Line
    9️⃣ Register as redONE Agent
    Produk-produk ► redONE abangtelco.com...
    AGEN REDONE DIPERLUKAN. Pasif income 10% setiap bulan
    ===============================================
    STATUS NETWORK REDONE
    Laman Daftar Masuk Selfcare (Pembayaran bil dalam talian)
    ► login.redone.c...
    Semak status liputan redONE di kawasan anda:
    ► www.celcom.com...
    ===============================================
    SUBSCRIBE & FOLLOW
    • TH-cam ► / @abangtelco
    • Instagram ► / abangtelco
    • Facebook ► / abangtelco
    • Tiktok ► / abangtelco
    ===============================================
    ADUAN SKMM
    • Segala masalah yang berkaitan dengan pelan postpaid prepaid, sama ada internet perlahan, pengiklanan yang tak jelas dan terma & syarat tersembunyi.
    • Sama-sama kita sepakat untuk membuat aduan ke SKMM:
    ► aduan.skmm.gov...
    ===============================================
    KREDIT LAGU
    Track: Mood: 1 Hour Upbeat Background Music (Best MBB Music Collection) Free Download, No Copyright
    Music provided by Music & Gene
    Watch: • 1 Hour Upbeat Backgrou...
    ===============================================
    TEKS DAN NOTA
    Untuk proses terminate prepaid, ini paling senang. Anda jangan top up sampailah telco anda hantar mesej tarikh luput. Buat tak tahu sahaja, lama-lama line akan mati dengan sendirinya.
    Jadi, ini adalah langkah yang betul untuk mematikan nombor postpaid. Pertama sekali, anda perlu bayar habis bil tertunggak anda. Kemudian, langkah ke dua, anda perlu pergi ke kiosk, kedai atau ejen telco yang terdekat dan kata yang anda ingin terminate nombor semasa anda. Anda kena serahkan salinan kad pengenalan anda, nombor telefon, maklumat asas anda untuk proses pemberhentian. Kebiasaannya, nak berhenti dari telco semasa ni adalah Percuma. Tapi, Abang Telco ada saja jumpa pelanggan kena bayar sampai RM50, RM100. Memang tak masuk akal lah.
    Kalau nak terminate pelan redOne, boleh isi borang pertanyaan di bawah, Abang Telco boleh buat dengan percuma.
    Selepas itu, anda perlu tunggu SMS Pengesahan Berhenti daripada telco semasa. Kebiasaannya dalam 20 hingga 30 minit selepas proses selesai.
    Langkah keempat, balas mesej tersebut mengikut arahan dalam SMS tersebut. Contohnya, YES. “Y”, “E”, “S” semua dalam huruf besar. Jangan pula ada huruf besar, kemudian huruf kecil. Jangan letak titik. Jangan letak “terima kasih”. Kalau tersilap, proses pemberhentian akan gagal. Jadi, kena baca betul-betul SMS tersebut. Fahamkan dahulu, baru balas. Dan, jangan pula lambat untuk membalas, kerana SMS tersebut ada waktu luput dalam 2 hingga 3 jam. Kalau terlepas atau tersilap, minta ejen telco untuk resubmit permohonan anda. Perlu start dari mula semula.
    Langkah ke lima pula, selepas dah balas mesej tersebut, anda perlu tunggu sehingga line sim kad mati barulah proses termination tu berjaya. Sekiranya sim kad anda masih lagi hidup, minta ejen telco untuk resubmit permohonan anda semula.

ความคิดเห็น • 66

  • @user-pq6ho1rx5m
    @user-pq6ho1rx5m 3 หลายเดือนก่อน +2

    Info- klu spe² yg ddk kedah sp yg pkai postpaid nk terminate number phone xbole kt Center square (ktenye problem) klu dia sruh pergi lotus sp utara hnya boleh terminate contract shja, kalau di aman jaya mall sp xsure sbb penat dh nk jln sne klu nk port out bole buat di kwsn brdktan lotus utara ade celcom blue cube di situ😅

    • @nazrinsobri5494
      @nazrinsobri5494 3 หลายเดือนก่อน

      kalau nak terminate xox dkt mna bang

  • @aqil_harith
    @aqil_harith 2 หลายเดือนก่อน +3

    Assalamualaikum bang saya pakai postpaid tapi bukan nak pihak maxis yang offer ingat bagi offer internet prepaid rupanya postpaid nak tukar ke prepaid macam mane maxis mata saya tak ada kontrak tapi maxis kata kena tunggu 6 bulan betul ke😢 saya baru pakai berapa hari tapi macam Tk selesa pakai nak tukar balik ke prepaid Hotlink 😢

    • @syaifulnizam408
      @syaifulnizam408 9 วันที่ผ่านมา

      Dula prnah kena mcm ni..mmg kena tggu 6 bulan baru bolh ke prepaid..tpi ada 1 cara..bayar bill bulan ni lepas tu tukar ke telco yg lain pakai number yg sama..jnji bill bayar sebelum masuk bulan yg baru..ni atas pengalaman saya😊

  • @ridzuanmukhtar3097
    @ridzuanmukhtar3097 19 วันที่ผ่านมา +1

    Assalamualaikum bos,sy pakai prepaid sbelum ni,tapi dpat offfer dri celcom,lpas tu ambil kontrak postpaid yang dapat handphone tu,tapi jadi cas mahal,sy pun xtahu psl apa jdi mcm tu,jadi boleh ker sy nk terminate kontrak dgn celcom?

    • @abangtelco
      @abangtelco  18 วันที่ผ่านมา

      @@ridzuanmukhtar3097 Salam. Untuk kontrak, lepas sign kita tak boleh keluar tanpa bayar full amount. Contoh dalam kontrak ada baki lagi 6 bulan, kita kena bayar 6 bulan baki bill then baru kita boleh keluar. Cuba check semula dalam contrat kalau ada sebarang clause / klausa yang benarkan keluar, dan atas sebab² apa. Sebab setiap promosi, kontrak telco akan berubah². Susah sikit nak bagi jawaoan tepat.

  • @elsiemrrs5597
    @elsiemrrs5597 6 หลายเดือนก่อน +1

    so lepas dh bayar pospaid celcom habis, kena tukar prgi telco lain dlu sblm masuk balik telco asal

    • @abangtelco
      @abangtelco  6 หลายเดือนก่อน

      Ya betul.
      Jangan lupa like, subsribe dan share :)

  • @engelbertprimus6616
    @engelbertprimus6616 26 วันที่ผ่านมา +1

    selamat ptg tuan,saya guna postpaid
    umboile,saya baru bayar tepi ia bertambah kemudian bagaimana pula saya nak tukar ke prepaid

    • @abangtelco
      @abangtelco  25 วันที่ผ่านมา +1

      Hi,
      Boleh ubah, tapi kena pergi jumpa sendiri agen Umobile di Umobile centre. Mereka akan buat pertukaran proses.
      www.u.com.my/en/personal/support/store-finder
      Boleh guna link ini untuk semak mana terdekat.
      Jangan lupa like, share dan subscribe ke channel Abang Telco.
      Terima kasih

  • @halimmat7915
    @halimmat7915 2 หลายเดือนก่อน +1

    Bang nak tanya sy ade langgan celcom home wireless wifi..dah lebih 2 tahun dah abis kontrak..nak terminate kene g center ke camne..sekarang masih pakai.. nak terminate sebab bil mahal.cmne bang..

    • @abangtelco
      @abangtelco  2 หลายเดือนก่อน +2

      Untuk termination, better le Centre terus. Mereka akan selesaikan termination 👍 Jangan lupa bawa device sekali.
      Jangan lupa untuk like, share dan subscribe channel AbangTelco.
      Terima kasih

  • @amin3878
    @amin3878 2 หลายเดือนก่อน +1

    Asskum nak tanya..no celcom saya dah terminated 2tahun lebih rasanya..boleh ke saya nak dapatkan balik no celcom tu.sbb ada bende penting dalam no tu...harap balas msg saya cik

    • @abangtelco
      @abangtelco  2 หลายเดือนก่อน

      Salam
      Kalau dah terminate, normally nombor tu dah mati dan diilupuskan oleh telco. Kebiasaannya memang dah tak boleh buat apa. Kalau nak retrieve benda, perlu khidmat dari HQ celcom sebab ini request luar dari kebiasaan. Boleh hubungi 0196011111 (Celcom HQ)
      Mohon share, like dab subscribe.
      Terima kasih dan harap membantu

  • @norisyatiy8260
    @norisyatiy8260 2 หลายเดือนก่อน +1

    Sebelum ni sy guna celcom prepaid tp sy dah tukar telco ke digi guna no yg sama...tp bila sy hantar PortOut utk terminate no tu tak boleh,kenapa ye?

    • @abangtelco
      @abangtelco  2 หลายเดือนก่อน

      Puan,
      Port out = permohonan untuk bertukar ke telco lain.
      Terminate = Matikan terus nombor.
      Kalau Puan rancang untuk terminate, sepatutnya boleh. Puan tanya dekat kedai digi ke Puan?
      Jangan lupa untuk like, share dan subscribe
      Terima kasih

  • @SiahAmad
    @SiahAmad 2 หลายเดือนก่อน +1

    Assalamualaikum....tumpang tanya.....kalau sudah 3 bulan tak bayar bil.....bulan seterusnya bil akan bertambah ke atau tetap dgn harva yg dulu????????.masa daftar seller ckp prepaid...sampai bulan...baru tahu pospaid..tiu pun anak bgtahuuu

    • @abangtelco
      @abangtelco  2 หลายเดือนก่อน

      Salam,
      Bil akan tetap bertambah. Ikut telco, ada yang 2 bulan block, ada 3 bulan baru block. Tuan guna line apa ya? Yang pasti, Tuan kena bayar atau boleh buat report pada HQ telco tersebut untuk lihat apa yang boleh diselesaikan.

    • @abangtelco
      @abangtelco  2 หลายเดือนก่อน

      Saya jemput Tuan untuk like, share dan subscribe channel saya.
      Terima kasih

  • @Ezan00-oc3jb
    @Ezan00-oc3jb 4 หลายเดือนก่อน +1

    Assalamualaikum bang... kontrak fhone saya dengan digi dah habis 12 bulan..mcm mana nak terminate sim digi tu??

    • @abangtelco
      @abangtelco  4 หลายเดือนก่อน

      Salam,
      Untuk ini, memang kena ke kiosk/kedai digi untuk mereka sediakan borang termination. Nak terminate nombor atau nak tukar ke telco yang lain?
      Jangan lupa like, subsribe dan share :)

  • @user-hu5nu1wg5j
    @user-hu5nu1wg5j 5 หลายเดือนก่อน +1

    Assalamualaikum saya harap pertanyaan saya di jawab. Bulan lepas no maxis saya dah diterminate sebab tak topup, lepastu saya nak aktif kan balik orang maxis tu suruh saya guna pospaid baru boleh aktif kan dan dia kata selama 2 bulan baru blh tukar prepaid dan lepastu minggu leps sim baru, baru je sampai .. saya call orangnya lagi tiba tiba dia kata kena pakai 6 bulan baru bleh tukar 😭 ada tak harapan untuk saya batalkan balik pospaid saya

    • @abangtelco
      @abangtelco  4 หลายเดือนก่อน

      Salam,
      Sorry Abang Telco tak perasan komen ini. Takut² ada isu "salah terang" daripada agen Maxis. Kena contact 1-800-82-1123 (maxis call centre) untuk buat report kalau perlu. Kalau dapat terang betul², mungkin HQ Maxis boleh bantu untuk batalkan.

  • @AbeWeaOfficial_
    @AbeWeaOfficial_ 10 หลายเดือนก่อน

    Betul bang, saya dah kena scam dengan postpaid hotlink/maxis, dia cakap sebulan peratama free dan masuk bulan kedua baru buat bayaran bulanan, pastu bila nak pergi terminate kena harga lebih dari apa yang kita gunaa, memang kaki scam la telco maxis ni

    • @abangtelco
      @abangtelco  10 หลายเดือนก่อน +1

      Memang kena tanya telco-telco ni sebelum daftar sebab selalu ada klausa yang tak di kongsi. Kita sendiri kena buat research.
      Tak apa, ada banyak lagi pelan² yang boleh cuba di luar sana

    • @tanmeilintan
      @tanmeilintan 7 หลายเดือนก่อน +1

      Sy pun Ada masalah ni juga,hp anak hilang sekali dgn no postpaid...maxis dah balik2 call...boleh abg telco tolong terminate...dulu Guna ingat selepas setahun bleh claim hp seringgit....tapi maxis centre Kata sy pengguna hotlink postpaid bukan maxis postpaid so xdpt claim hp seringgit...dah Tu hp anak plk bilang 😢😢

    • @abangtelco
      @abangtelco  7 หลายเดือนก่อน

      @@tanmeilintan Sorry, saya tak perasan message. Untuk perkara ni, memang kena pergi centre sebab isu agak delicate

  • @KimSyafiq
    @KimSyafiq 6 หลายเดือนก่อน +2

    Bang nk tnya saya tk tahu saya tekan apa tpi tetiba acc Internet umobile saya tertukar jadi bil..cmne nk tukar balik ni 😭 dh tnya mak ..mak pun tk tahu... Selalu nya topup tetiba tertukar jadi bil 😭 dia hutang ke?ada hukuman ke?

    • @abangtelco
      @abangtelco  6 หลายเดือนก่อน

      Setahu saya ada 3 cara prepaid boleh bertukar kepada Postpaid
      1. Reply notifikasi deari Umobile
      2. Walk in dan buat permohonan sendiri di kedai Umobile
      3. Daftar secara online.
      Ada buat mana² di atas?
      Kalau tak kena hubungi Umobile takut ada sebarang isu. Boleh call : 018 388 1318 (Customer Service Umobile)

    • @iboyhehe4394
      @iboyhehe4394 2 หลายเดือนก่อน +1

      @@abangtelcobang saya pakai Celcom pastu agen call saya dia kata kena tukar Celcom Digi pastu dia cakap kena suruh tukar pastage dah tetukar dan kena lock mcam mana nak tukar kembali pegi pripad ni😭kena scam bang

  • @bujangbusker6164
    @bujangbusker6164 5 หลายเดือนก่อน +1

    Bang..kalau baru dua bulan guna..tapi dah tanak guna postpaid sebab isu pembayaran..kena bayar berpa bang...contohnya saya sebulan rm79..tu saja ke yang kena bayar kalau terminate

    • @abangtelco
      @abangtelco  5 หลายเดือนก่อน

      1. Kena check telco mana. Pakai telco apa ya?
      2. Setiap telco ada polisi pembayaran yang lain.
      3. Pelan ada kontrak?

  • @reddoom2800
    @reddoom2800 5 หลายเดือนก่อน +1

    Kalau terminate celcom postpaid ni kad sim tu dh xdpt guna lagi lah yee

    • @abangtelco
      @abangtelco  5 หลายเดือนก่อน +3

      Ya, kalau kita terminate satu² line, memang lepas tu simkad tu kita boleh buang sebab memang tak boleh guna dah.
      Jangan lupa untuk like, subsribe dan share :)

  • @amirharith9477
    @amirharith9477 5 หลายเดือนก่อน +1

    Saya baru sebulan pakai tapi nak stop , kontrak 6 bulan. Still boleh ke saya nak terminate?

    • @abangtelco
      @abangtelco  5 หลายเดือนก่อน +1

      Kalau kontrak 6 bulan, memang Abang Telco tak cadangkan untuk terminate. Perlu tunggu lagi 5 bulan kalau tak mahu kena sebarang penalti.
      Boleh semak pelbagai lagi produk-produk telco di sini : abangtelco.com/redone/
      Jemput untuk subscribe, like dan share channel ini : www.youtube.com/@abangtelco?sub_confirmation=1
      Terima kasih

  • @user-yj2yh4gb9n
    @user-yj2yh4gb9n 5 หลายเดือนก่อน +1

    bang nak tanya saya tak tahu saya tekan apa tiba2 acc celcom saya bertukar jadi bil...cmne nak tukar balik?

    • @abangtelco
      @abangtelco  5 หลายเดือนก่อน

      1. Boleh tahu telco mana?
      2. Kalau ada isu ni, memang kena pergi kedai.

  • @hanisezzaty31
    @hanisezzaty31 5 หลายเดือนก่อน +1

    Asllmualaikum..Bang kalu kita tukar no macam mana ya?.. Sbb sy pn tertukar ng postpaid u mobile ni.. Klu sya tukar no adakah saya kena caj bill juga untuk no yg lama?.. Baru hari ni kena tular bill😢..

    • @abangtelco
      @abangtelco  5 หลายเดือนก่อน

      Salam,
      Saya kurang faham teks. Boleh terangkan dengan lebih jelas?

    • @hanisezzaty31
      @hanisezzaty31 5 หลายเดือนก่อน +1

      @@abangtelco kad sim umobilr saya tertukar ke pospaid dari prepaid.. Macam mana saya buat balik jadi ke prepaid..

    • @abangtelco
      @abangtelco  5 หลายเดือนก่อน +1

      @@hanisezzaty31 Setahu Abang, kalau dari Prepaid ke Postpaid, memang boleh buat. Dari Postpaid ke Prepaid, rasanya macam tak boleh sebab bagi Telco, mereka mcm rugi. Telco akan cuba nak elak benda ni.
      Sebab Abang tengok telco² lain buat macam tu juga. Mereka akan minta tukar ke telco lain dahulu, then masuk balik Umobile prepaid.
      Yang ini, Abang check dalam internet pun, macam tak berapa jumpa untuk UMobile.
      Pernah terfikir tentang Tuntalk Prepaid?

    • @hanisezzaty31
      @hanisezzaty31 5 หลายเดือนก่อน +1

      @@abangtelco tula pasal, terima kasih min..

    • @abangtelco
      @abangtelco  5 หลายเดือนก่อน +1

      @@hanisezzaty31 Jangan lupa like, subscribe dan share channel Abang Telco
      www.youtube.com/@abangtelco?sub_confirmation=1

  • @KhalidRIDER5
    @KhalidRIDER5 5 หลายเดือนก่อน +1

    saya mak terminate redone .. boleh tolong tak boss ?

    • @abangtelco
      @abangtelco  5 หลายเดือนก่อน

      Boleh hantar permohonan dekat sini : whatsform.com/dbuq05
      Untuk maklumat lanjut boleh ke www.abangtelcom.com/redone

  • @ganir904
    @ganir904 7 หลายเดือนก่อน +1

    Atau kalau nak tukar line digi atau xox prepaid boleh ke bang

    • @abangtelco
      @abangtelco  7 หลายเดือนก่อน +1

      Boleh sahaja. Nak guna telco apa ya?

  • @ganir904
    @ganir904 7 หลายเดือนก่อน +1

    Macam mana cara nak terminate Celcom pospad yg Tampa kontrak nak tukar ke prepaid

    • @abangtelco
      @abangtelco  7 หลายเดือนก่อน

      Kena pergi ke kedai Celcom. Mereka akan buatkan proses

    • @WardaWardasufia
      @WardaWardasufia 7 หลายเดือนก่อน

      Hai dah terminate celcom postpaid ke prepaid ke?

    • @asyraffaziztanmuhammad7071
      @asyraffaziztanmuhammad7071 7 หลายเดือนก่อน +1

      ​@@abangtelcosy pun sama kes... Nk tukar balik dari postpaid ke prepaid, dah pergi celcom tp kata nya tak blh, tak ade prosedur tukar plas ke prepaid katanya... Btl ke mcm tu terpaksa lah terminate no tu

    • @abangtelco
      @abangtelco  6 หลายเดือนก่อน

      Ini agak common. Banyak telco tak bagi kita turun dari Postpaid ke Prepaid (dalam line yang sama). Boleh tukar ke prepaid telco main dahulu, then dari prepaid telco lain, boleh applu masuk prepaid celcom. Dia kena keluar dahulu, dan masuk balik semula

  • @sabimora
    @sabimora 4 หลายเดือนก่อน +1

    klau terminate postpaid, bleh ke tukar ke prepaid guna no sama?

    • @abangtelco
      @abangtelco  4 หลายเดือนก่อน

      Hi,
      Kalau dah terminate postpaid, memang tak boleh buat apa² dah. Kalau nak still guna no yang sama, boleh tapi perlu port out (keluar) ke telco lain punya prepaid.

    • @sabimora
      @sabimora 4 หลายเดือนก่อน +2

      @@abangtelco mknanya no yg sedia ada tu da tk bleh guna ke lpas terminate?

    • @shahrezashahrir
      @shahrezashahrir 4 หลายเดือนก่อน

      ​@@sabimoraYa, lepas terminate, memang nombor akan dilupuskan

    • @abangtelco
      @abangtelco  4 หลายเดือนก่อน

      @@sabimora Ya betul. Kalau nak maintain, kena port out (tukar ke telco lain) dan bukan terminate

    • @sabimora
      @sabimora 4 หลายเดือนก่อน +1

      nk tnye, no dh terminate , tp staff ckp bulan strusnya kne byr bill skli lg ..tp mcm mne nk byr ye ? kn no tuu da terminate ..kn dy hntr otp no ..

  • @kingclip716
    @kingclip716 7 หลายเดือนก่อน +1

    Bang klau kita terminate fon mereka akan tarik blik ke

    • @abangtelco
      @abangtelco  7 หลายเดือนก่อน

      Tak. Mereka tak akan minta phone semula. Mereka akan minta bayar baki tertinggak dari kontrak pelan.