Biografi Imam al-Bukhari - Maulana Asri

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 5 ก.ย. 2024
  • darulkautsar.w...
    Biografi Imam Al-Bukhari
    Maulana Asri Yusoff
    Kota Bharu
    ARTIKEL ASAL - onlinehadits.w...
    RIWAYAT HIDUP IMAM AL-BUKHARI
    KELAHIRAN DAN MASA KECIL IMAM AL-BUKHARI
    Imam al-Bukhari (semoga Allah merahmatinya) lahir di Bukhara, Uzbekistan, Asia Tengah. Nama lengkapnya adalah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Mughirah bin Badrdizbah Al-Ju’fi Al-Bukhari. Beliau lahir pada hari Jumaat, pada 13 Syawal 194H (21 Julai 810M). Datuknya bernama Bardizbeh, berketurunan Parsi yang beragama Zoroaster. Tapi ibu bapanya, Mughirah, telah memeluk Islam di bawah asuhan al-Yaman el-Ja’fiy. Masa kanak-kanak Imam al-Bukhari penuh dengan keperitan; di samping menjadi anak yatim, beliau juga tidak dapat melihat kerana buta. Ibunya sentiasa berusaha dan berdoa untuk kesembuhan beliau. Alhamdulillah, dengan izin dan kurnia Allah, menjelang umurnya 10 tahun, matanya sembuh sepenuhnya.
    Imam al-Bukhari adalah ahli hadith yang termasyhur di antara para ahli hadith sejak dulu hingga kini bersama dengan Imam Ahmad, Imam Muslim, Imam Abu Daud, Imam Tirmizi, Imam An-Nasa’ie dan Ibnu Majjah. Bahkan dalam kitab-kitab fiqh dan hadith, hadith-hadith beliau memiliki darjat yang tinggi. Sebahagian menggelarkannya dengan gelaran Amirul Mukminin Fil Hadith (Pemimpin kaum Mukmin dalam perkara ilmu hadith). Dalam bidang ini, hampir semua ulama’ di dunia merujuk kepadanya.
    Tempat beliau lahir kini termasuk dalam wilayah Rusia, yang waktu itu memang menjadi pusat ilmu pengetahuan Islam sesudah Madinah, Damsyik dan Baghdad. Daerah itu juga yang telah melahirkan ahli-ahli falsafah besar seperti Al-Farabi dan Ibnu Sina. Bahkan ulama’-ulama’ besar seperti Imam Zamakhsari, Imam Al-Jurdjani, Imam Al-Bairuni dan lain-lain dilahirkan di Asia Tengah. Walaupun daerah tersebut telah jatuh di bawah kekuasaan Kesatuan Soviet (Rusia), menurut Alexandre Benningsen dan Chantal Lemercier Quelquejay dalam bukunya “Islam in Soviet Union” (New York, 1967), pemeluk Islamnya masih berjumlah 30 juta, menjadikannnya daerah yang penganut Islamnya kelima terbesar di dunia setelah Indonesia, Pakistan, India dan China.
    KELUARGA IMAM AL-BUKHARI
    Imam al-Bukhari dididik dalam keluarga ulama’ yang taat beragama. Dalam kitab As-Siqat, Ibnu Hibban menulis bahawa ayahnya dikenali sebagai orang yang warak dalam erti berhati-hati terhadap perkara-perkara yang hukumnya bersifat syubhat (ragu-ragu atau was-was), apalagi terhadap perkara-perkara yang sifatnya haram. Ayahnya adalah seorang ulama’ bermazhab Maliki dan merupakan pemimpin kepada Mazhab Imam Malik, seorang ulama’ besar dan fiqh. Ayahnya meninggal dunia ketika Imam al-Bukhari masih kecil.
    Perhatiannya kepada ilmu hadith yang sukar dan rumit itu sudah bercambah sejak berumur 10 tahun, sehinggakan dalam usia muda 16 tahun beliau sudah hafal dan menguasai buku-buku seperti “Al-Mubarak” dan “Al-Waki”. al-Bukhari berguru kepada Syeikh Ad-Dakhili, ulama’ ahli hadith yang masyhur di Bukhara. Pada usia 16 tahun bersama keluarganya, beliau mengunjungi kota suci Makkah dan Madinah, di mana di kedua kota suci itu beliau mengikuti kuliah para guru-guru ahli hadith yang ternama. Pada usia 18 tahun beliau menerbitkan kitab pertamanya, “Qudhaya As-Sahabah Wat Tabi’ien”. (Peristiwa-peristiwa Hukum di zaman Sahabat dan tabi’in).
    KEBIJAKSANAAN IMAM AL-BUKHARI
    Imam al-Bukhari diakui memiliki daya hafalan yang tinggi, yang disahkan oleh abangnya Rasyid bin Ismail. Abangnya menyatakan bahawa, pernah Bukhari ketika mudanya dan beberapa murid lainnya mengikuti kuliah dan ceramah cendiakawan Balkh. Tidak seperti murid yang lain, al-Bukhari tidak pernah membuat catatan kuliah. Beliau sering diejek kerana membuang masa kerana tidak mencatat, namun al-Bukhari diam tidak menjawab. Suatu hari, kerana merasa kesal terhadap ejekkan itu, Bukhari meminta kawan-kawannya membawa catatan mereka, kemudian beliau membacakan secara tepat apa yang pernah disampaikan selama dalam kuliah dan ceramah tersebut. Tercenganglah mereka semua, lantaran al-Bukhari ternyata telah menghafal 15,000 hadith, lengkap dengan keterangan yang tidak sempat mereka catatkan.
    Ketika sedang berada di Baghdad, Imam al-Bukhari pernah didatangi oleh 10 orang ahli hadith yang ingin menguji ketinggian ilmu beliau. Dalam pertemuan itu, 10 ulama’ tersebut mengajukan 100 buah hadith yang sengaja “diputar-balikkan” untuk menguji hafalan Imam al-Bukhari. Ternyata hasilnya amat mengkagumkan. Imam al-Bukhari mengulang kembali secara tepat hadith-hadith yang “diputar-balikkan” itu lalu membetulkan kesalahannya, kemudian membaca hadith yang sebenarnya. Beliau menyebutkan seluruh hadith yang salah tersebut secara hafalan, secara berurutan, sesuai dengan urutan penanya dan urutan hadith yang ditanyakan, kemudian membetulkannya. Inilah yang sangat luar biasa daripada Sang Imam, kerana beliau mampu menghafal hanya dengan satu kali dengar.
    (SAMBUNGAN ARTIKEL DI RUANGAN KOMEN TH-cam)

ความคิดเห็น • 6

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328  3 ปีที่แล้ว +1

    (SAMBUNGAN ARTIKEL DARI RUANGAN DESCRIPTION TH-cam - 1 DARI 2)
    Selain terkenal sebagai seorang ahli hadith, Imam al-Bukhari ternyata tidak melupakan kegiatan lain, iaitu bersukan dan rekreasi. Beliau misalnya sering belajar memanah sampai mahir, sehingga dikatakan sepanjang hidupnya, sang Imam tidak pernah terlepas dalam memanah kecuali dua kali. Keadaan itu timbul sebagai pengamalan sunnah Rasulullah s.a.w yang mendorong dan menganjurkan kaum Muslimin belajar menggunakan anak panah dan alat-alat perang lainnya.
    KARYA-KARYA IMAM AL-BUKHARI
    Karyanya yang pertama berjudul, “Qudhaya As Sahabah Wat Tabi’in” (Peristiwa-Peristiwa Hukum Di Zaman Sahabat dan Tabi’in). Kitab ini ditulisnya ketika masih berusia 18 tahun. Ketika menginjak usia 22 tahun, Imam al-Bukhari menunaikan ibadah Haji ke Tanah Suci Makkah bersama-sama dengan ibu dan abangnya yang bernama Ahmad. Di sanalah beliau menulis kitab “At-Tarikh” (Sejarah) yang terkenal itu. Beliau pernah berkata, “Saya menulis buku “At-Tarikh” di atas makam Nabi Muhammad s.a.w di waktu malam bulan purnama.”
    Karya Imam al-Bukhari yang lain antaranya adalah kitab Al-Jami’ as-Sahih, Al Adab al-Mufrad, At-Tarikh as-Saghir, At-Tarikh al-Awsat, At-Tarikh Al-Kabir, At-Tafsir Al-Kabir, al-Musnad Al-Kabir, Kitab al ‘Illal, Raf’ul Yadain fis Salah, Birrul Walidain, Kitab Ad-Du’afa, Asami As-Sahabah dan Al-Hibah. Antara semua karyanya tersebut, yang paling agung adalah kitab Al-Jami’ as-Sahih yang lebih dikenal dengan nama Sahih al-Bukhari.
    Dalam menghimpun hadith-hadith sahih dalam kitab Al-Jami’ As-Sahih, Imam al-Bukhari menggunakan kaedah-kaedah penelitian secara ilmiah dan sah yang menyebabkan kesahihan hadith-hadithnya dapat dipertanggungjawabkan. Beliau berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk meneliti dan menyelidiki keadaan para perawi, serta memperoleh secara pasti kesahihan hadith-hadith yang diriwayatkannya.
    Imam al-Bukhari sentiasa membandingkan hadith-hadith yang diriwayatkan, satu dengan lainnya, menyaring dan memilih mana yang menurutnya paling sahih. Sehingga kitabnya merupakan penyaring bagi hadith-hadith tersebut. Perkara ini tercermin daripada kenyataannya : “Aku susun kitab Al-Jami’ ini yang dipilih daripada 600,000 hadith selama 16 tahun”.
    Ramai para ahli hadith yang berguru dengannya. Antaranya adalah Syeikh Abu Zahrah, Abu Hatim Tirmizi, Muhammad Ibn Nasr dan Imam Muslim bin Al-Hajjaj (pengarang kitab Sahih Muslim). Imam Muslim menceritakan : “Ketika Muhammad bin Ismail (Imam Al-Bukhari) datang ke Naisabur, aku tidak pernah melihat seorang ketua daerah, para ulama’ dan penduduk Naisabur yang memberikan sambutan seperti apa yang mereka berikan kepadanya. “Mereka menyambut kedatangannya dari luar kota sejauh dua atau tiga marhalah (100km), sampaikan Muhammad bin Yahya Az-Zihli (Guru Imam al-Bukhari) berkata : “Barangsiapa hendak menyambut kedatangan Muhammad bin Ismail esok pagi, lakukanlah, sebab aku sendiri akan ikut menyambutnya.”
    PENELITIAN HADITH
    Untuk mengumpulkan dan memilih hadith sahih, Imam al-Bukhari menghabiskan tempoh masa selama 16 tahun untuk mengunjungi berbagai kota semata-mata untuk menemui para perawi hadith, mengumpulkan dan memilih hadithnya. Antara kota-kota yang disinggahinya ialah Basrah, Mesir, Hijjaz (Makkah & Madinah), Kufah, Baghdad sampai ke seluruh Asia Barat. Di Baghdad, al-Bukhari sering bertemu dan berdiskusi dengan ulama’ besar Imam Ahmad bin Hambal. Dari kota-kota itu, beliau bertemu dengan 800,00 perawi. Daripada merekalah beliau mengumpulkan dan menghafal satu juta hadith.
    Namun tidak semua hadith yang beliau hafal kemudian diriwayatkan, melainkan terlebih dahulu ditapis dengan tapisan yang ketat, di antaranya apakah sanad (riwayat) dari hadith tersebut dan apakah perawi (periwayat/pembawa) hadith itu dipercayai dan tsiqah (kuat). Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani akhirnya al-Bukhari menulis sebanyak 9,082 hadith dalam karya agungnya Al-Jami’ As-Sahih yang dikenali sebagai Sahih al-Bukhari.
    Dalam meneliti dan memilih hadith dan diskusi dengan para perawi tersebut, Imam al-Bukhari sangat sopan. Kritikan-kritikan yang beliau lontarkan kepada para perawi cukup halus namun tajam. Kepada para perawi yang sudah jelas kebohongannya beliau berkata, “Perlu dipertimbangkan, para ulama’ meninggalkannya atau para ulama’ berdiam diri dari perkara itu”. Sementara kepada para perawi yang hadithnya tidak jelas beliau menyatakan “Hadithnya diingkari”. Bahkan banyak meninggalkan perawi yang diragukan kejujurannya. Beliau berkata: “Saya meninggalkan 10,000 hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang perlu dipertimbangkan dan meninggalkan hadith-hadith dengan jumlah yang sama atau lebih, yang diriwayatkan oleh perawi yang dalam pandanganku perlu dipertimbangkan”.
    Ramai para ulama’ atau perawi yang ditemui sehingga al-Bukhari mampu mencatat personaliti dan sikap mereka dengan teliti dan tepat. Untuk mendapatkan keterangan yang lengkap mengenai sebuah hadith, menyemak ketepatan sebuah hadith, beliau berkali-kali mendatangi ulama atau perawi meskipun berada di kota-kota atau negeri yang jauh seperti Baghdad, Kufah, Mesir, Syam, Hijaz seperti yang dikatakan beliau, “Saya telah mengunjungi Syam, Mesir dan Jazirah masing-masing dua kali, Basrah empat kali, menetap di Hijjaz selama enam tahun dan tidak dapat dihitung berapa kali saya mengunjungi Kufah dan Baghdad untuk menemui ulama-ulama ahli hadith.”
    KAEDAH IMAM AL-BUKHARI DALAM MENULIS KITAB HADITH
    Sebagai intelektual Muslim yang berdisiplin tinggi, Imam al-Bukhari dikenali sebagai pengarang kitab yang produktif. Karya-karyanya tidak hanya dalam disiplin ilmu hadith, tetapi juga dalam ilmu-ilmu yang lain seperti tafsir, fiqh dan tarikh (sejarah). Fatwa-fatwanya selalu menjadi pegangan sehingga beliau menduduki darjat sebagai mujtahid mustaqil (ulama yang ijtihadnya bebas), tidak terikat pada mazhab tertentu sehingga mempunyai autoriti tersendiri dalam berpendapat dalam perkara hukum.
    Pendapat-pendapatnya kadangkala seiring dengan Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi, pengasas Mazhab Hanafi), tetapi kadangkala boleh berbeza dengan beliau. Sebagai pemikir bebas yang menguasai ribuan hadith sahih, suatu ketika beliau boleh seiring dengan Ibnu Abbas, Imam Atha’ ataupun Mujahid dan boleh juga berbeza pendapat dengan mereka.
    Ada kisah unik tentang penyusunan kitab Al-Jami’ As-Sahih, yang lebih popular dengan panggilan Sahih Al-Bukhari. Suatu malam Imam al-Bukhari bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad s.a.w seolah-olah Nabi s.a.w berdiri di hadapannya. Imam al-Bukhari menanyakan makna mimpi itu kepada ahli mimpi. Jawapannya adalah beliau (Imam Al-Bukhari) akan menghancurkan dan mengikis habis kebohongan yang disertakan orang dalam sejumlah hadith Rasulullah s.a.w. Mimpi inilah yang mendorong beliau menulis kitab Al-Jami’ As-Sahih.
    Dalam menyusun kitab tersebut, Imam al-Bukhari sangat berhati-hati. Menurut al-Firbari, salah seorang muridnya, dia mendengar Imam al-Bukhari berkata : “Saya susun kitab Al-Jami’ As Sahih ini di Masjidil Haram, Makkah dan saya tidak memasukkan sebuah hadith pun kecuali sesudah solat istikarah dua rakaat dan meminta pertolongan Allah, dan sesudah meyakini betul bahawa hadith itu benar-benar sahih”. Di Masjidil Haramlah beliau menyusun dasar pemikiran dan bab-babnya secara sistematik.
    Selepas itu beliau menulis mukadimah dan pokok-pokok perbahasannya di Raudhah al-Jannah, satu tempat antara makam Rasulullah s.a.w dan mimbar di Masjid Nabawi di Madinah. Kemudian barulah beliau mengumpulkan sejumlah hadith dan menempatkannya dalam bab-bab yang sesuai. Proses penyusunan kitab ini dilakukan di dua kota suci tersebut dengan cermat dan tekun selama 16 tahun. Beliau menggunakan kaedah penelitian secara ilmiah dan cukup moden sehingga hadith-hadisnya dapat dipertanggugjawabkan.
    Dengan bersungguh-sungguh beliau meneliti dan menyelidiki kredibiliti para perawi sehingga benar-benar memperoleh kepastian akan kesahihan hadith yang diriwayatkan. Beliau juga sering membandingkan sesuatu hadith dengan yang lainnya, memilih dan menyaring mana yang menurut pertimbangannya paling sahih. Dengan demikian, kitab hadith susunan Imam al-Bukhari benar-benar menjadi penyaring bagi sejumlah hadith lainnya. “Saya tidak memuatkan sebuah hadith pun dalam kitab ini kecuali hadith-hadith sahih”, katanya suatu ketika.
    Para ulama’ hadith menyatakan, dalam menyusun kitab Al-Jami’ As-Sahih, Imam al-Bukhari selalu berpegang teguh pada tahap kesahihan paling tinggi dan tidak akan turun dari tahap tersebut. Kecuali terhadap beberapa hadith yang bukan merupakan pokok utama daripada sebuah bab.
    Menurut Ibnu Salah, dalam kitab Muqadimah, kitab Sahih al-Bukhari memuatkan 7,275 hadith. Ada hadith-hadith yang ditulis secara berulang dan ada 4,000 hadis yang ditulis tanpa pengulangan. Kiraan juga dilakukan oleh Syeikh Muhyiddin An-Nawawi dalam kitab At-Taqrib. Dalam perkara itu, Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kata pendahuluannya untuk kitab Fathul Bari (yakni syarah atau penjelasan atas kitab Sahih al-Bukhari) berkata semua hadith sahih yang dimuat dalam sahih Al-Bukhari (setelah ditolak hadith yang dimuat secara berulang) adalah sebanyak 2,602 hadith. Manakala hadith yang Mu’allaq (ada kaitan satu dengan yang lain, bersambung) namun marfu’ ada 159 buah. Adapun jumlah kesemua hadith sahih termasuk yang ditulis berulangan adalah sebanyak 7,397 buah. Jumlah yang berbeza di antara ahli hadith tersebut dalam adalah kerana perbezaan pendapat dalam ilmu hadith.
    ( KE SAMBUNGAN ARTIKEL KE DUA )

  • @MrHamdan50
    @MrHamdan50 6 หลายเดือนก่อน

    جزاكم الله خيرا

  • @nenassusu9333
    @nenassusu9333 7 ปีที่แล้ว +4

    Jazzakallah sheikh maulana

  • @abror313
    @abror313 ปีที่แล้ว +1

    11/08/23

  • @arharamain6367
    @arharamain6367 8 ปีที่แล้ว +3

    رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
    ­­­­­­
    Robbaana Laa Tuzigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Min-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab
    ­­­­­­
    “ Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. ”
    ­­­­­
    (QS. Ali Imran: 8)
    ­­­
    Amin....

  • @komunitidarulkautsar9328
    @komunitidarulkautsar9328  3 ปีที่แล้ว +1

    (SAMBUNGAN ARTIKEL DARI RUANGAN DESCRIPTION TH-cam - 2 DARI 2)
    TERJADINYA FITNAH
    Muhammad bin Yahya Az-Zihli berpesan kepada para penduduk agar menghadiri dan mengikuti pengajian yang diberikan oleh Imam al-Bukhari. Beliau berkata : “Pergilah kamu kepada orang alim dan soleh itu, ikuti dan dengarkan pengajiannya”. Namun tidak lama kemudian beliau mendapat fitnah daripada orang yang dengki. Mereka menuduh Imam al-Bukhari sebagai orang yang berpandangan bahawa Al-Quran adalah makhluk.
    Perkara inilah yang menimbulkan kebencian dan kemarahan gurunya, Az-Zihli kepada beliau. Az-Zihli berkata, “Barangsiapa berpendapat bahawa lafaz-lafaz Al-Quran adalah makhluk, maka dia adalah ahli bid’ah. Dia tidak boleh diajak bicara dan majlisnya tidak boleh didatangi. Dan barangsiapa masih mengunjungi majlisnya (Kelas Pengajian Imam al-Bukhari), curigailah dia”. Setelah adanya peringatan tersebut, orang ramai mulai menjauhinya.
    Sebenarnya, Imam al-Bukhari terlepas daripada fitnah yang dituduhkan kepadanya itu. Diceritakan, seseorang berdiri mengajukan pertanyaan kepadanya: “Bagaimana pendapat tuan tentang lafaz-lafaz Al-Quran, makhluk atau bukan?”. Imam Al-Bukhari berpaling dari orang itu dan tidak mahu menjawab walaupun pertanyaan itu diajukan sampai tiga kali.
    Tetapi orang itu terus mendesak. Beliau pun menjawab : “Al-Quran adalah kalam Allah, bukan makhluk, sedangkan perbuatan manusia adalah makhluk dan fitnah merupakan bid’ah”. Pendapat yang dikemukakan Imam al-Bukhari ini, yakni dengan membezakan antara yang dibaca dengan bacaan, adalah pendapat yang menjadi pegangan para ulama’ tahqiq dan ulama salaf. Tetapi dengki dan iri hati adalah buta dan tuli. Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Imam al-Bukhari pernah berkata: Iman adalah perkataan dan perbuatan, boleh bertambah dan berkurang. Al-Quran adalah kalam Allah bukan makhluk. Sahabat Rasulullah s.a.w. yang paling utama adalah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Dengan berpegang pada keimanan inilah aku hidup, aku mati dan dibangkitkan di akhirat kelak, InsyAllah”. Di lain kesempatan, beliau berkata: “Barang siapa menuduhku berpendapat bahawa lafaz-lafaz Al-Quran adalah makhluk, dia adalah pendusta”.
    WAFATNYA IMAM AL-BUKHARI
    Suatu ketika penduduk Samarkand mengirim surat kepada Imam al-Bukhari. Isinya meminta beliau agar menetap di negeri itu (Samarkand). Beliau pun pergi memenuhi permohonan mereka. Ketika perjalanannya sampai di Khartand, sebuah desa kecil terletak di dua farsakh (sekitar 10 km) sebelum Samarkand, beliau singgah terlebih dahulu untuk mengunjungi beberapa ahli keluarganya. Namun di sana beliau jatuh sakit selama beberapa hari. Dan akhirnya beliau meninggal dunia pada tanggal 1 Syawal 256H pada malam Aidilfitri dalam usia 62 tahun kurang 13 hari. Beliau dimakamkan selepas solat Zuhur pada hari Aidilfitri. Sebelum meninggal dunia, beliau berpesan bahawa jika beliau meninggal dunia nanti jenazahnya dikafankan dengan tiga helai kain, tanpa baju dalam dan tidak memakai serban. Pesanannya itu dilaksanakan dengan baik oleh masyarakat setempat. Beliau meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang zuriat.
    Sumber Asal : Sahih Al-Lu’lu Wal Marjan Karya Muhammad Fuad Abdul Baqi’