Kemajuan terkini Lebuhraya Pan Borneo Sabah Pakej Kerja 4

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 25 มี.ค. 2024
  • PAKEJ KERJA 4 - MENAIKTARAF JALAN DARI BONGAWAN KE PAPAR (23.2km)
    Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi jajaran Pakej Kerja 4 ini melibatkan kerja-kerja menaiktaraf jalan dari Bongawan ke Papar kepada empat Lorong Dua Hala (Dual Carriagway) sepanjang 23.2km. Pembinaan bermula daripada Bulatan Bongawan dan berakhir berhampiran Benoni Interchange dan melibatkan pembinaan pembinaan 6 Jambatan ( Jambatan Nyaris - Nyaris, Jambatan Mandahan, Jambatan Benoni, Jambatan Bongawan , Jambatan Kelatuan dan Jambatan di Interchange Benoni ) dan 2 Interchanges ( Kimanis dan Benoni Interchange).
    Di samping itu sebanyak 18 perhentian bas dan 1 jejantas pejalan kaki akan di bina di sepanjang jajaran pakej kerja ini untuk kemudahan pengguna jalan raya di sekitarnya. Jajaran ini adalah salah satu Pakej Kerja bahagian barat daya Sabah yang di bina bertujuan untuk melancarkan pergerakan trafik bagi penduduk Sabah yang bergerak daripada Bongawan ke bandaraya kota Kinabalu Sabah.
    Pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati semasa memandu dan mematuhi peraturan lalu lintas semasa melalui kawasan pembinaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

ความคิดเห็น • 21

  • @sierase
    @sierase 3 หลายเดือนก่อน +8

    Mata orang kampung begini---- Projek Papar-Beaufort-Sipitang siap pembinaan pada tahun 2030, Kota Kinabalu-Berungis siap pada tahun 2026, Serusup-Peturu (2030), Peturu-Sarang (2026), Sarang-Kudat (2034). Tamparuli-Ranau (bermula pada tahun 2035)

  • @hafizyaakob5753
    @hafizyaakob5753 3 หลายเดือนก่อน +4

    Semoga Lebuhraya Pan-Borneo di pantai barat Sabah ni siap sepenuhnya, aku dari Kota Belud mau balik ke Sipitang berharap Lebuhraya Pan-Borneo ni siap 💯

  • @mdamirulmirasan8042
    @mdamirulmirasan8042 3 หลายเดือนก่อน +1

    Semoga cepat lah siap. Selesa perjalanan klau dari menumbok pergi ke KK walaupun highway start dari beaufort atau membakut.

  • @brvnqvnq4754
    @brvnqvnq4754 3 หลายเดือนก่อน +2

    PAN BORNEO kemudahan untuk semua RAKYAT

    • @brvnqvnq4754
      @brvnqvnq4754 3 หลายเดือนก่อน +2

      PAN BORNEO kemudahan untuk semua RAKYAT

    • @hafizyaakob5753
      @hafizyaakob5753 3 หลายเดือนก่อน +3

      Ya betul tu 🇲🇾👍

  • @inovismillers8343
    @inovismillers8343 3 หลายเดือนก่อน +1

    20 tahun lagi la baru siap........

  • @JunaidiNarajik
    @JunaidiNarajik 2 หลายเดือนก่อน +1

    JALAN SAKIT

  • @syukevo1840
    @syukevo1840 3 หลายเดือนก่อน +2

    Pakej Kerja 1,2,5 tak pernah admin upload

  • @keangwooichoo6138
    @keangwooichoo6138 3 หลายเดือนก่อน +1

    Jalanraya masuk ke sandakan penuh lubang.

  • @raisontidik8650
    @raisontidik8650 3 หลายเดือนก่อน +7

    Projek paling lambat dan banyak dipolitikkan

    • @hafizyaakob5753
      @hafizyaakob5753 3 หลายเดือนก่อน +4

      Ini semua salah Tun Mahathir dan kerajaan Warisan punya pasal lah, gara-gara Tun Mahathir dan Warisan punca lebuhraya Pan-Borneo di negeri kita Sabah ni lewat 😠

    • @hafizyaakob5753
      @hafizyaakob5753 3 หลายเดือนก่อน +2

      Saman karang Tun Mahathir dan Shafie Apdal tu baru tau

    • @hafizyaakob5753
      @hafizyaakob5753 3 หลายเดือนก่อน +1

      Kau tau lah orang politik ni banyak bah makan rasuah, Mahathir, Najib, Muhyiddin dan Bung Mokhtar ni makan rasuah 😠

    • @mekaitokyo4890
      @mekaitokyo4890 2 หลายเดือนก่อน

      ​​@@hafizyaakob5753kau jangan salah kan Bung dia bukan atasan kerajaan Malaysia😅 yang kau kena tanya atasan terus...macam kau lah...kau kuli dengan siapa kita mahu bersoal jawab dengan big bos kau lah bukannya kuli😅 lain lah kalau Bung itu perdana menteri Malaysia itu baru aku sokong kau...Bung pun di bawah juga...😅

    • @mekaitokyo4890
      @mekaitokyo4890 2 หลายเดือนก่อน

      ​​@@hafizyaakob5753kau ingat Bung Mokhtar itu menteri Malaysia kah😅 siapa atasannya cuba kau bagi tahu...😅

  • @Izzad-vn4ld
    @Izzad-vn4ld 3 หลายเดือนก่อน +2

    Masalah Pan Borneo ni ialah dorang naik taraf jalan sedia ada. Bukan buat sepenuhnya lebuh raya baru macam PLUS, SUKE tu. Antara faktor lambat pembayaran pampasan tanah. Apa lawak doh lebuhraya u-turn belah kanan. Biasa u-turn atau susur keluar belah kiri. Pastu tiba2 kiri kanan boleh masuk rumah orang pula. Ni macam jalan biasa yg dinaiktaraf ja bukan totally lebuh raya. Siapa2 yg biasa drive kat Semenanjung tu tau dah.

    • @muhammadfaizalsarudin1601
      @muhammadfaizalsarudin1601 3 หลายเดือนก่อน

      Pan Borneo Sabah masih taraf jalan persekutuan standard R5

    • @rafiqstarline
      @rafiqstarline 3 หลายเดือนก่อน +1

      Dorang naik taraf mungkin sebab lebuhraya ni bukan jalan tol.
      Jalan tol mesti jalan baru

    • @Lk-qh5zk
      @Lk-qh5zk 3 หลายเดือนก่อน +1

      Ada yg memang buka jajaran baru, tapi sebahagian besar masih guna jajaran lama, sbb tu agak slow n buat traffic jem. Next time pls terus buat jajaran baru n maintain je jajaran lama, byk jalan byk connectivity, byk manfaat pada aktiviti ekonomi n sosial
      (contoh jajaran baru- jalan coastal tuaran ke kudat jajaran baru 100%, tapi rugi dorang buat 1 lane je). sabah ni kan luas, patut x da masalah tanah sgt..

    • @mhs37777
      @mhs37777 3 หลายเดือนก่อน

      Ini projek kerajaan bos bukan swasta