Proton Wira - tukar hub bearing roda belakang

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 8 ก.ย. 2024
  • Assalamualaikum & salam sejahtera semua. Bertemu lagi kita kali ini di channel Matt Fuyver. Kali ini saya akan tunjukkan tutorial untuk tukar hub bearing belakang proton Wira yang gunakan brek drum.
    Ia sangat mudah. Hanya 4 minit sahaja.
    Hub bearing adalah sebuah komponen yang sangat penting bagi membolehkan roda berputar. Tanpanya roda tak akan berputar kerana padanya terdapatnya bearing.
    Bearing pada hub biasanya ada beberapa jenis antaranya jenis "needle bearing" atau jenis "ball bearing".
    Jenis-jenis ini bergantung pada model sesebuah kenderaan samada kenderaan untuk kegunaan ringan seperti model "hatchback " atau model sedan.
    Simptom-simptom bearing telah mengalami kerosakan ialah semasa anda putarkan roda, akan kedengaran bunyi kasar seakan bunyi 2 lapisan besi yang saling bergelinciran tetapi menggerutu.
    Selain itu, ada juga bunyi seperti besi bergesel. Simptom lain ialah roda bergoyang bila digoncangkan dan juga anda terasa seperti berpasir pada hub bearing bila ia diputarkan dengan tangan anda.
    Jika anda alami simptom-simptom di atas, jangan tunggu lama-lama. Sila gantikan hub bearing anda atau anda akan alami masalah roda "jammed" kerana bearing yang rosak akan menghasilkan haba yang tinggi.
    Jika video ini memberikan manfaat kepada anda, sila share video ini pada rakan-rakan anda dan follow channel ini ya.
    Sekian ikhlas daripada saya.
    Subscribe & follow:
    TH-cam : Matt Fuyver
    Tiktok : @chegufaiz85
    ~A mechanic & lecturer~

ความคิดเห็น •