SPB AGONG RASMI WQ PARK BANDAR INDERA MAHKOTA KUANTAN

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 7 ต.ค. 2024
  • KUANTAN 2 OGOS 2023 - Pusat Pemulihan Kesihatan dan Rehabilitasi WQ PARK Bandar Indera Mahkota telah disempurnakan perasmian oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, hari ini.
    Berangkat sama, KDYMM Raja Permaisuri Agong, KDYMM Pemangku Raja Pahang dan paduka anakanda putra dan puteri.
    WQ Park Indera Mahkota merupakan cawangan kelima selain tiga di Lembah Klang, berada di Kelana Jaya, Bangi, Sentul serta Johor Bahru.
    Pengarah Urusan WQ Park, Datuk Seri Dr Zulkarnain Ismail berkata,
    Pembukaan WQ Park Kuantan adalah selari dengan misi syarikat dalam menyediakan perkhidmatan pemulihan yang komprehensif kepada semua golongan merentas diagnosis dari semua pringkat umur.
    ”Pusat Kesihatan dan Rehabilitasi WQ Park adalah satu-satunya pusat sehenti yang mempunyai pasukan yang mempunyai latar belakang dalam pelbagai disiplin di Malaysia untuk pemulihan fizikal mahupun bantuan dalam kesihatan mental,” katanya ketika berucap.
    Pada masa yang sama, Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah memperakui rawatan di WQ Park merupakan yang terbaik selepas baginda sendiri
    menjalani rawatan.
    "Anakanda saya juga mendapat rawatan pemulihan di sini", titah baginda sebelum menyempurnakan perasmian.
    Baginda turut menzahirkan perasaan bangga dan ucapan tahniah diatas pencapaian cemerlang WQ Park yang telah memberi rawatan kepada lebih 50,000 pesakit.
    Hadir pada majlis Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
    #spbagong #alsultanabdullah #sultanpahang #saas #rajapermaisuriagong #tunkuazizah #pemangkurajapahang #tengkumahkotapahang #tengkuhassal #this #rajarakyatberpisahtiada #rajaberjiwarakyat #rbonews #rbochannel #insankerdil #rakyatmarhaen #pacalyanghina

ความคิดเห็น • 1