Masjid Jin di Sabak Bernam

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 25 ส.ค. 2024
  • Misteri 'masjid jin' Panchang Bedena
    SABAK BERNAM: Masjid Lama Panchang Bedena menyimpan misteri tersendiri kerana bukan setakat dikunjungi penduduk setempat, tetapi dipercayai turut diimarahkan "makhluk" lain iaitu Jin.
    pelbagai perkara aneh berlaku di masjid yang dibina sejak tahun 1905 itu menyebkan masjid ini diggelar sebagai 'masjid jin'.
    Kejadian jemaah yang tertidur dalam masjid khususnya di hadapan mimbar, diangkat atau dialihkan ke tempat lain didakwa perkara biasa berlaku di situ.
    Malah, ada penduduk mendakwa pernah bertembung makhluk ghaib yang dipercayai jin ketika beribadat di situ.
    Pengerusi Jawatankuasa Masjid Lama Panchang Bedena, Shamsul Kamar Samad, 43, berkata gelaran Masjid Jin bermula apabila penduduk mendakwa ketika awal pembukaannya, kawasan itu sentiasa kelihatan terang pada waktu malam, seolah-olah ada orang yang sedang menggunakannya.
    Beliau berkata, ketika itu suara orang berzikir dan alunan bacaan al-Quran juga dikatakan sering kedengaran pada waktu malam dan subuh, sedangkan tiada penduduk kampung yang berada di masjid berkenaan.
    Masjid ini digelar masjid jin kerana penduduk kampung pada zaman dahulu percaya, ada makhluk ghaib yang menghuni kawasan ini turut menjadikannya sebagai tempat untuk beribadah.
    Beberapa penduduk dan orang luar yang singgah untuk solat di masjid ini juga berkongsi pengalaman 'berjemaah' dengan jin apabila mendengar bacaan aamiin yang bergema, ketika imam abis membaca al fatihah dan zikir yang berkumpulan, namun eroniknya apabila ditoleh ke belakang, tak ada orang pun.
    banyak perkara pelik berlaku di sini anraranya, pada tahun 2007 ketika masjid ini sedang menjalani proses baik pulih, ada pekerja kontraktor yang terbabit dalam urusan berkenaan, memberitahu dia dialihkan ketika tidur di hadapan mimbar.
    Pekerja itu mendakwa menumpang tidur kerana kepenatan tetapi apabila tersedar dia berada di bawah tangga masjid, sedangkan sebelum itu berbaring di hadapan mimbar.
    Penduduk, Jamil Kudu, 73, turut berkongsi kisah arwah abangnya yang pernah menempuh pengalaman misteri ketika berada di masjid berkenaan apabila dikejutkan suara kumpulan yang berzikir.
    "Arwah bangun untuk pergi ke arah suara itu yang datang dari dalam ruang solat namun terkejut apabila sebaik membuka pintu tiada sesiapa di dalam," katanya.
    Penduduk dan ahli jawatankuasa masjid mempercayai situasi itu mampu berlaku kerana al-Quran menerusi ayat 56 surah Az-Zariyat yang bermaksud "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
    Menyingkap tentang sejarah masjid ini, ia dibina tahun 1905, dibina bekas ketua kampung yang digelar Penghulu Orang Jawa. Ketika awal pembinaan, masjid terbabit dibina menggunakan batang pinang sebagai lantai dan dinding serta beratap rumbia.
    Namun, pada tahun 1979, masjid ini dibaik pulih menggantikan binaan asal yang rosak hasil kutipan derma orang kampung dan sumbangan masyarakat tempatan.
    Empat tiang seri yang menjadi tunjang utama masjid dikekalkan sehingga kini kerana masih kukuh walaupun sudah berusia lebih 100 tahun, asas binaan dari kayu, penyambungan menggunakan teknik tangam dan pasak, tidak menggunakan paku.
    Pada tahun 2007, masjid ini sekali lagi berubah wajah dan dibesarkan dengan menggantikan dinding dan bumbung dengan kayu cengal yang dibawa khas dari Terengganu dengan bantuan Muzium Negeri (JMM).
    Masih mengekalkan ciri unik selain memaparkan konsep tradisional Melayu terutama struktur binaan dindingnya yang tidak menggunakan paku, Masjid Lama Panchang Bedena ini tutut menampilkan bumbung bertingkat atau berumpang dua, menyerupai piramid. masjid lama ini kini diwarrakan sebagai warisan negara.
    Selain pengalaman serta kejadian mistik yang berlaku di masjid jin, kolam yang digali sebagai kemudahan jemaah mengambil wuduk juga dikatakan tidak pernah kering walaupun sudah berusia lebih 100 tahun. kedudukannya kekal di tempat asal hingga kini seperti pada awal penubuhannya. difahmkan kolam yang terletak berhadapan serambi masjid itu juga sering dijadikan bekalan air oleh penduduk kampung terutama pada musim kemarau. Namun, kolam itu tidak lagi digunakan sejak masjid ini disalurkan dengan bekalan air paip.
    Masa sama, masjid itu kini semakin kurang digunakan terutama sejak masjid baharu kampung itu dibina pada 2007, terletak kira-kira tiga kilometer dari situ.
    Pun begitu masjid terbabit masih digunakan untuk jemaah yang datang beziarah selain dijadikan tempat pengajian agama oleh kaum wanita kampung, selain tutut diadakan solat tarawih dan solat sunat Aidilfitri, memandangkan ramai anak kampung pulang dari perantauan.
    Walaupun jarang digunakan, masjid ini tetap dijaga dengan baik. Sesekali, penuntut institusi pengajian tinggi datang menjalankan kajian berkaitan kayu yang digunakan bagi pembinaan masjid ini.
    #masjid #misteri #jejakpetualang #masjidjin

ความคิดเห็น • 37

  • @thmchannel4314
    @thmchannel4314 ปีที่แล้ว +1

    Menarik...

    • @zddin6962
      @zddin6962  ปีที่แล้ว

      TQ 👍✌️😉

  • @izzaniielachannel
    @izzaniielachannel ปีที่แล้ว +1

    Terima kasih tuan atas perkongsian

    • @zddin6962
      @zddin6962  ปีที่แล้ว

      Sama2... Terima kasih kembali ✌️👍😉

  • @sakurachinta9137
    @sakurachinta9137 ปีที่แล้ว +1

    Masyaallah cantiknya unik setiap ukiran pasti ada makna tersendiri...terima ksih sahabat .

    • @zddin6962
      @zddin6962  ปีที่แล้ว

      sama2 sahabat... moga kekal berdiri di tempat asalnya

    • @sakurachinta9137
      @sakurachinta9137 ปีที่แล้ว

      @@zddin6962 amin..

  • @StarVideo2000
    @StarVideo2000 ปีที่แล้ว +2

    Like 23 👍👍buona serata 💚🍀💖

    • @zddin6962
      @zddin6962  ปีที่แล้ว

      thank my friend

  • @wsiblingchannel68
    @wsiblingchannel68 ปีที่แล้ว +1

    cantik masjid nya..

    • @zddin6962
      @zddin6962  ปีที่แล้ว

      Kan.. hasil Seni bina orang dulu

  • @abdrazakjamil
    @abdrazakjamil ปีที่แล้ว +1

    Terus kn usaha bang din dlm mncari bahan2 yg menarik.. Terbaikkk

    • @zddin6962
      @zddin6962  ปีที่แล้ว

      Insyallah... Terima kasih 👍✌️😉

    • @abdrazakjamil
      @abdrazakjamil ปีที่แล้ว

      Sama2 bang

  • @fadzilyaacob2202
    @fadzilyaacob2202 ปีที่แล้ว +1

    Menarik bang din

    • @zddin6962
      @zddin6962  ปีที่แล้ว

      Terima kasih 👍✌️😄

  • @justmytravel
    @justmytravel ปีที่แล้ว +1

    Nice one here my friend 👌👏

    • @zddin6962
      @zddin6962  ปีที่แล้ว

      Thank you my friend 👍✌️😊

  • @chintarisa
    @chintarisa 8 หลายเดือนก่อน +2

    Tentu mengenai jin yang suka solat di masjid tersebut mungkin.

    • @zddin6962
      @zddin6962  8 หลายเดือนก่อน

      Betul tu.. orang kg cakap ada perkampungan Jin @ bunian x jauh dari masjid tu

  • @shaisyazsupercutechannel6165
    @shaisyazsupercutechannel6165 ปีที่แล้ว +1

    Cantik ukiran2 di masjid....

    • @zddin6962
      @zddin6962  ปีที่แล้ว

      Alhamdulillah, Warisan yang telah berusia 100 lebih

  • @nasirdroidbox8719
    @nasirdroidbox8719 ปีที่แล้ว +1

    pengalaman kisah misteri..masjid Jin Panchang Bedena...seram jugak tu...kalau saya memang dah cabut terus ..hehhee

    • @zddin6962
      @zddin6962  ปีที่แล้ว

      Kan... Hahaha. Penjaga masjid ni banyan cerita, simbang panjang juga hari tu. Ada yang datang satu keta.. turun sembayang. Ada sorang x turun. Kena tegur x sembayang ke 😢😅 bila ke sabak singah la, x jauh dari pekan sungai besar aje

  • @TheBatwan
    @TheBatwan ปีที่แล้ว +1

    Sistem pengudaraan yg patut dipraktik pada rumah dan bangunan diiklim tropika seperti Malaysia walaupun era penggunaan bahan alam semulajadi makin berkurangan.

    • @zddin6962
      @zddin6962  ปีที่แล้ว

      Setuju... Kiblat Seni Bina tempatan sekarang banyak berkiblatkan ke barat dan eropah. Seakan... di lupa kita berada di jalur khatulitiwa, menerima hujan dan panas sepanjang tahun

  • @walkwithmary5826
    @walkwithmary5826 ปีที่แล้ว +1

    Nice ❤❤❤Nice ❤❤❤❤Like 25 ❤️❤️❤️❤️❤️❤️😊😊😊😊😊🌸🌸🌸🌸

    • @zddin6962
      @zddin6962  ปีที่แล้ว

      Thanks my dear friend 🫰🥰

  • @merantihijau
    @merantihijau ปีที่แล้ว +1

    Tamadun Melayu..Melayu nusantara adalah bangsa yang ada budayanya sendiri..

    • @zddin6962
      @zddin6962  ปีที่แล้ว

      Bangsa tua menyimpan tamadun agung... memberi nafas kepada tamadun lain. Banyak lagi belum terungkai, serpihan jigsaw puzzlel yang ditemui sedikit sebanyak menjadi clue kepada asas awal peradaban hebat

  • @lazir2020
    @lazir2020 ปีที่แล้ว +1

    Tak ada sambungan ke abg din 😅

    • @zddin6962
      @zddin6962  ปีที่แล้ว

      Insyallah... Tunggu 🙂🙂🙂

  • @huongtoituonglai24
    @huongtoituonglai24 ปีที่แล้ว +1

    Hi. Nice video thumbs up 💝🍑🍑

    • @zddin6962
      @zddin6962  ปีที่แล้ว

      Thank you 🤗

  • @riyandaidilchannel.
    @riyandaidilchannel. ปีที่แล้ว +1

    Masjid jin pulak.. pasai ape ye namanya masjid jin... heheee

    • @zddin6962
      @zddin6962  ปีที่แล้ว +1

      Memang yang sembayang situ jin 👍✌☺

    • @riyandaidilchannel.
      @riyandaidilchannel. ปีที่แล้ว

      @@zddin6962 ... heheheee..