IHYA' MALAM ARAFAH

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 3 ต.ค. 2024
  • 𝗜𝗛𝗬𝗔' 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗔𝗥𝗔𝗙𝗔𝗛
    27 Jun - Majlis Ihya’ Malam Arafah telah berlangsung di Darul Quran wal Hadith As Sofa Al Ahmadiah, Ampang bersama Dato’ Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin.
    Majlis bermula seawal jam 6.30 petang dengan periwayatan Mukhtasar Sohih Al Bukhari yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Amir Naqiuddin bin Amir Zuhairi al Hafiz, Mudir Aliran Tahfiz Institut Imam Ahmad ibn Idris.
    Periwayatan hadith disambung pada hadith ke-2118, bab Kitab Al Iman Wa Al Nuzur diikuti dengan Solat Maghrib berjemaah dan Iftar bagi puasa sunat Hari Tarwiah.
    Majlis kemudiannya diteruskan dengan khatam Al Quran mengikut kaedah Fami Bisyauq yang dikhatamkan dalam 10 Hari Terawal Bulan Zulhijjah tahun ini yang dipimpin oleh Ustaz Md Farid bin Samad Al Hafiz bersama tetamu kehormat Dr. Sayyid Muhammad Al Mujaddidi Al Al Idrisi, Naib Syeikh Tarekat Ahmadiah Muhammadiah dan Anakanda beliau Dr. Sayyid Muhammad Al Hasan Al Idrisi.
    Periwayatan hadith disambung lagi setelah itu sehingga ke akhir hadith yang terdapat dalam Kitab Mukhatasar Sohih Al Bukhari, bacaan doa khatam Sayyid Ahmad Zaini Dahlan RA diikuti Syair Tawassul Ahli Hadith nukilan Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi Al Maliki RA.
    Majlis diteruskan lagi dengan pembacaan Maulid Barzanji yang dipimpin oleh Ustaz Md Farid Al Hafiz.
    Dr. Sayyid Muhammad Al Hasan Al Idrisi kemudiannya memberikan ucapan dengan menyatakan rasa syukur beliau kerana dapat bersama Ikhwan Tarekat Ahmadiah Muhammadiah yang mengkhatamkan bacaan Mukhtasar Sohih Al Bukhari dengan himmah yang tinggi.
    Beliau juga menyatakan himmah ini adalah sebuah senjata atau kenderaan bagi orang-orang yang salik dalam menuju kepada Allah dengan berusaha menjadi insan yang suci daripada dosa dan noda.
    Majlis kemudiannya disambung dengan doa daripada Dr. Sayyid Muhammad Al Mujaddidi Al Idrisi.
    Majlis setelah itu berhenti seketika untuk Solat Isya’ berjemaah dan disambung dengan tausiah khas daripada Dato’ Haji Muhammad Fuad bin Kamaludin.
    Beliau menyatakan keistimewaan bulan Zulhijjah pada tahun ini bagi Ikhwan Tarekat Ahmadiah Muhammadiah adalah dapat meraikan hari-hari kebesaran dalam bulan mulia ini bersama zuriat Imam Ahmad ibn Idris RA iaitu Dr. Sayyid Muhammad Al Mujaddidi Al Idrisi dan Dr. Sayyid Muhammad Al Hasan Al Idrisi.
    Majlis berakhir pada jam 10.30 malam dengan bacaan doa oleh Dato’ Haji Muhammad Fuad.

ความคิดเห็น • 1