Terima kasih atas perkongsian tuan..sy baru alami masalah wayar oxygen sensor putus baru2 ni, memang betul penggunaan petrol meningkat secara tiba2 dan ekzos mengeluarkan asap hitam yg byk
Selepas tuan baiki wayar putus tu,,kereta tuan ok dh,,kereta sy skrng ne asap hitam kuat,,enjin gegar tp enjector sudh check masih ok..mungkin kah oksigen sensor !!
@ErsanNasri-jn3rz kemungkinan bukan masalah dari 02 sensor, kalau enjin bergegar , mungkin masalah dari MAF Sensor ( Mas Air Flow Sensor ) udara tak cukup bercampur dengan minyak menyebabkan enjin bergegar, kedua mungkin juga Trottle body Sensor kotor atau jem... Ini pendapat sayalah
1. Oxygen sensor 2. Penutup minyak longgar 3. Catalytic converter 4. Spark plug 5. Ignition coil 6. Mass air flow/sensor saluran udara rosak 7. Hos vaccum bocor 8. Injap EGR/injap agihan gas ekzos tersumbat 9. Batery akan kong
Terima kasih. Ilmu yang sangat bermanfaat untuk di guna pakai. Oxygen sensor kereta saya bermasalah jadi, itu lah sebab nya minyak petrol sangat cepat berkurangan.start engine kereta, Timing turun, naik.
Selamat petang. Terima kasih hos berkongsi tips dan nasihat berkenaan penjagaan kereta / kenderaan. Iya betul tu walau bekerja di bengkel motosikal dulu anda ada asas kepada engin. Kebanyakan selangara umum pun hos buat sendiri. Semoga video ini memberi satu impak kesedaran ilmu penting kepada pengguna kenderaan. Baru kerita bisi Lajak 🎉😂❤
😂😂😂 Tqvm bro...... Ada bagus pengalaman bekerja dulu, utk digunakan utk diri sendiri.... Ada save sikit bajet, hanya beli peralatan dan alatganti sahaja... Tiada caj baiki dan pemasangan... Tak perlu tahu semua, asas sahaja cukup.
saya baru kena hari ini,,,jadi saya cuba akan perbetulkan,,,,,jika betul itulah puncanya saya akan update dalam ruangan ini,,,, apa-apapun terima kasih banyak diatas perkongsian ilmu, dan satu ilmu yang saya dpt dari video tuan ini,,,,
Terima kasih bos. Tadi aku kreta keluar check enjin. Kenapa aku dah panik. Sekali cek oxigen sensor. Tercabut. Mcm mana boleh tercabut pun aku tak tahu. Padahal masa aku blk kpg ok jak. Atau pun masa mereka mekenik buka cek lupa pasang kuat. Tapi nasib aku tgk video bos buka kreta tgk rupa tak pasang balek sekali pasang ok sdh lampu tak enjin tak keluar sdh. Tq bos kongsian yg bermafaat.
Nasihat saya , adalah lebih baik buat diagnosis di bengkel, sebab sebuah kenderaan ada banyak sensor dan setiap simtom berbeza. Lagipun kereta anda model kereta import, jadi tidak sama masalahnya
Terima kasih ilmu yan di beri.terjadi pada kereta saya,naik check injin,terus hilang pawer,injin hidup terus parking,matikn injin,setet balik tak mahu hidup, Anta benkel dia kata masalah pedal minyak tuan,tukar baru,masih tak hidup,kemudian pomen cakap injin rosak perlu avahall, Sedangkan fius,sensar belum di chek. Mohon pencerahan tuan. Berlaku 12.06.2024,hingga hari ini belum jumpa masalah nya.
Ini memang kerosakan serius..... Pengalaman saya belum pernah saya terkena keadaan begini. Biasa nya lampu check enjin menyala, kenderaan masih lagi boleh berjalan.... Tapi ini, baru keluar lambang terus enjin tak dapat hidup.... Puas saya cari dan fikir apa sebabnya.... Tapi tak dapat juga jawapan, maaf
Tuan masalah kereta Exora CPS sy tidak hidup engine, lambang engine tidak timbul d meter masa start,mekanik ckp ada masalah wayering/Electrical,blh minta pendapat
@@ed_zombieskiller2841Tidak juga ada beza sekiranya part berkenaan memang khas utk kenderaan tersebut, lagipun kalau beli kat kedai spare part mrk tahu dan beri no part berbeza, asalkan kita terangkan model , jenis kereta kita... Bagi saya tiada masalah
Salam Sejahtera, catalytic converter ni fungsi nya menapis karbon monoxide yang keluar dari hasil pembakaran enjin, korbon monoxide ini tidak baik utk kesihatan dan alam. Ianya juga membantu dlm kawalan penggunaan minyak dimana sensor O2 yg terletak dekat dgn Catalytic converter, asap yg berputar dlm catalytic converter ini dapat ditangkap oleh O2 sensor, sekiranya tiada catalytic converter ini , asap terus dilepas keluar dan O2 sensor tidak dapat bacaan yg betul dan akhirnya penggunaan minyak akan tinggi. Kenderaan moden sekarang memang banyak sensor terutama O2 sensor, jadi catalytic converter ini diperlu ada. Kecuali kenderaan lama yg guna kaburator memang tak ada sensor dan tak guna catalytic converter pun.
Kereta saya (axia gxtra 2022) menyala lampu cek enjin ni, dah bawa ke pusat servis perodua & scan, SA kata puncanya o2 sensor mungkin terkena air. SA reset & hilang simbol tu. Tapi selepas beberapa hari nyala semula mungkin sebab saya lalu kawasan air bertakung & parking tempat tidak berbumbung dan hujan lebat ketika tu. Bila saya parking di tempat berbumbung & dah tak hujan, okey pula kereta😅 Sekarang ni timbul semula o2 sensor, dah hampir seminggu walaupun kereta dah tak kena hujan. Macam mana ya? Memang rosak ke O2 sensor kalau masalah saya ni? Tq.
Cuba buka sambungan soket O2 sensor, bersihkan air dengan meniup pada kedua dua belah soket. Pasangkan balik, cuba balut denga salotep yang biasa diguna utk balut wire elaktrik. Kemudian cabut panel negatif bateri, biarkan dlm 1 minit, dan pasang semula ( bertujuan utk reset ecu/ lampu lambang enjin) Sekiranya masih lagi menyala walaupun tak kena air... Kemungkinan O2 sensor telah rosak.
Tuan.. sensor exzos klau tukar mmg ada respon yg baik ke??.. sbb Sy wira vdo.. sensor exzos 10 tahun xpernah tukar.. skrg kreta rasa berat da asap exzos tak tntu.. minyak kuat .. patut ke Sy tukar sensor exzos
@@NazRiee-u6y Kalau sensor tak rosak, cuba cuci.... Kalau tak dah cuci, tapi masih juga masalah, maknanya bukan masalah pada sensor, kemungkinan sistem exzos dah kotor menyebabkan tekanan berat utk kenderaan jadi sama ada anda cuci exzos atau tukar exzos
Salam perkenalan sdra Admin... Saya mengalami masalah ini.. Mass air floor. Apa kesan jikalau ini tdk digantikan dgn baru... Mohon pandangan sdra. Tkasih.
Salam Sejahtera saudara, pendapat saya mengikut pengalaman saya sendiri dengan kereta saya, MAF Sensor berfungsi sebagai pemberi isyarat kepada ECU berkenaan jumlah kuantiti udara yg diperlukan dan ECU memberi isyarat kepada Trottle body Sensor ( Idle Sonsor) melaraskan bukaan fin pada Trottle body bagi mengurangkan udara atau menambah udara. Sesetangah MAF dilengkapi IAT Sensor ( Intake Air Temperature Sensor) ada juga terpisah seperti kenderaan perodua alza saya. Pada dasar nya, MAF Sensor amat diperlukan bagi memberi isyarat kepada ECU berhubung jumlah udara utk di perlukan utk dicampurkan dengan minyak. Kesan sikiranya tidak menukar MAF Sensor: 1. Idle enjin tidak stabil/ bergegar atas sebab campuran minyak dan udara tidak sama atau tidak tepat. Boleh menyebabkan prestasi enjin semput atau tak berapa power terutamanya masa nak memecut. 2. Penggunaan minyak akan berlebihan. 3. Enjin akan sukar dihidupkan, kalau keadaan MAF Sensor rosak teruk , enjin langsung tidak dapat hidup. Sebelum menukar MAF Sensor, cuba check hos udara yang berada pada bawah MAF Sensor bersambung , mungkin longgar, tersumbat atau bocor. Check juga soket, mungkin longgar atau ada wayar terputus.
hello tuan tolong beri pandangan kereta saya axia bila saya tekan pedal rem tiada respon lambang check enjin menyala tapi kereta saya hidup macam biasa apa masalah ya?
Kalau tak silap saya, Axia menggunakan electronic throttle body, kebiasaan kereta menggunakan kabel utk rem minyak... Tetapi kereta yg menggunakan electronic throttle body, ia menggunakan sistem electronic apabila kita tekan minyak.....
1. Kalau asap keluar sekejap sahaja, kemungkinan cecair yang digunakan mencuci O2 sensor masih basah, apabila enjin panas ianya tersejat. Tiada masalah kalau begini selepas kering ianya tak berasap lagi. 2. Kalau masih berterusan, buka balik O2 sensor, pastikan washer O2 masih ada dan dlm keadaan baik, pasang balik dan ketatkan. Sekiranya washer tiada atau bengkok akan menyebabkan kebocoran atau O2 sensor tidak dikunci ketat atau rapat.
Kemungkinan ada sambungan wayar ke bahagian sensor ada soket longgar atau hampir putus. Cuba cabut dan sambung semula sambungan soket yang menyambungkan ke sonsor...
Smalam sy sudah hantar pegi bengkel. Pomen tu ckp rear sensor kereta tak function. Jd kena tukar sensor tu. Sebelom ni kerap check engine tu menyala bila hujan lebat. Adakah sensor sy tu bermasalah? Tq bossku
@@mohdsidek9643 rear sensor, lokasi bawah enjin, ada kereta menpunyai 2 02 sensor... Oleh kerana Rear sensor tu kat bawah enjin jadi mudah terdedah atau terkena air terutama pada bahagian soket, mungkin mudah di masuki air, itu menyebabkan ada litar pintas.... Pendapat saya , tukar soket atau balut dengan kemas supaya tidak terkena air, O2 sensor tersebut tak perlu tukar cuma cuci sahaja..... Kalau masih juga bermasalah barulah tukar O2 Sensor baru.......
Salam sejahtera, bagi pendapat saya , sebaiknya buka panel bateri kereta kalau tak dihidupkan selama 2 minggu. Saya pernah kena psl jumpstart ini kalau jumpstart dengan kereta lain, ECU akan bermasalah boleh kena overload semasa jumpstart , coil plug cap hangus/rosak. Kalau tak mengalami masalah, enjin stabil. Cuba buka panel negatif bateri , biarkan dalam 1 ke 2 minit dan pasang balik ( utk reset ECU). Kalau tak padam lambang enjin atau menyala semula selepas digunakan cuba bawa kekedai utk scan menggunakan scan tool.... Kos utk servis scan tool dlm RM 50 ke RM 100
Selamat pagi bang..nk tnya kereta saya myvi lagi best 1.3 lepas langgar lopak air @ banjir lepas tu ada masalah engine mati bila nak masuk gear P dan gear R. Lampu amaran engine pun kadang2 ada kadang2 xde..kenapa ya bang?
@@hishamhashim633 Bagi yang tidak ada basic automatif dan tidak mengetahui simtom2 yg berlaku boleh lah hantar utk guna scan tool di kedai. Tapi bagi saya yang mengguna kenderaan lebih dari 20tahun, pastinya kita tahu apa yang pelik berlaku sekiranya kereta ada masalah dan faham perjalanan sistem enjin kita boleh tahu bahagian mana yang bermasalah. Lagipun kalau hantar utk Scan Tool, kita akan kena 2x lipat harga yg dibayar, kenapa ? 1. Bayaran servis Scan Tool RM 50 ke RM 100 2. Harga Alatganti 3. Bayaran pemasangan. Bagi saya , saya lebih suka beli Alatganti sahaja dan sendiri pasang. Sekiranya saya tidak dapat kesan apa punca lampu enjin menyala, saya akan guna cara membaca flash code pada kerlipan lampu lambang enjin dengan membuat jumper pada soket OBD, Lagipun saya tak suka hantar kereta ke kedai, kadang mekanik ni suka scam pelanggan, puas dah kena dulu. Tidak pernah jumpa kedai yg jujur. Walaupun guna scan tool , mcm2 Alatganti yg dia kata harus ditukar, sedangkan satu barang sahaja perlu ditukar kereta dah kembali pulih. Belum lagi ke servis cas. Saya hanya berkongsikan pengalaman saya dan pengetahuan sebagai pemilik kenderaan.
@@DickyBeliki-dp6op Ini bukan masalah O2 sensor.... Maybe knock sensor... Tapi kalau nak tahu betul, bagus buat diagnosis dengan scan tool atau check pakai komputer..... Sebab simton tak sama dengan masalah 02 Sensor
Izin tanya pak pas saya scaner ada kode sensor 02 heater 1 bank 1 udah saya ganti sensor depan tapi tetep masih ada kode ini pak udah pusing saya dah bolak balik scaner tetep nyala biar dah saya reset
@@donyjosnawi terima kasih info nya... jadi sy cuma perlu buka n cuci guna air biasa sj ka atau guna bahan lain.mau tya pomen malas sda selalu kena tipu lebi2 lg perempuan mcm sy ni bagus belajar sendiri haha
@@Nanavsangela82 utk Cuci O2 sensor, sebaiknya guna wd40 atau Trottle body cleaner dan berus, pastikan wire dan soket tidak basah. Guna air tidak dapat melepaskan karbon yg melekat pada O2 sensor
@@donyjosnawi semua brang berkenaan sudah tukar. termasuk distributior coil plug 2 biji dah tukar dan cable plug. termasuk power TR pun sudah tuka. tpi masih sama.
@@nadiahhalim5856 ada kenderaan mempunyai dua O2 sensor, satu dekat manifold dah satu lagi kat ekzos bawah Klu tak ada warning enjin , ada beberapa kemungkinan menyebabkan enjin terlompat lompat semput atau timing naik turun, 1. throttle body kotor, perlu cuci 2. Sambungan hos pada maps sensor longgar atau bocor 3. Spark plug ada rosak Itu yang saya fikirkan.
Hi admin, kereta saya myvi tahun 2011,dh lebih 10tahtun..xprnh naik lg lambang enjin tp kalau saya nk tukar oxgen sensor nie blh ke?, sbb penggunaan minyak agak tinggi,kompenan2 lain saya dh tukar, cuma oxgen sensor je blm lg
@@todayis_saz89 Cuba Cuci kedua dua Oksigen Sensor pada bahagian exzos manifold dan bahagian bawah dengan WD40 atau anti rush serta berus gigi terpakai utk gosok. Pasang kedua dua Oksigen Sensor kemudian Cabut penel Negatif biarkan dlm 1 minute dan pasang balik. Cuba lihat penggunaan minyak dlm 1 minggu, kalau tiada perubahan , baru anda tukar....
@@todayis_saz89 enjin myvi lebih kurang sama dengan Alza lama mcm saya. Satu lagi Oksigen sensor berada pada ekzos bawah, beza antara kedua dua Oksigen Sensor ni dari segi soket, yg kat Ekzos Manifold 4 pin, yg bawah 2 pin...... Saya pernah rosak Oksigen Sensor bahagian bawah ni..... Ingatkan yang dekat Ekzos Manifold tu rosak, ditukar , masih lagi Check Engine menyala walaupun dah reset.... Tak puas hati saya bawa kebengkel yang ada scan tool... Bagitahu Rear O2 Sensor ( Pada bahagian bawah enjin )
@@todayis_saz89 ya memang banyak pomen tunjukan pada bahagian atas sahaja, sebab O2 sensor bahagian bawah ni kena menyorok bawah enjin, itu sebab jarang nak tunjukan
Ada tak cuba reset guna scan tool ? Kalau ada dan masih lagi menyala, cuba buka bahagian meter, check lampu atau tukar lampu, khuatir ada litar pintas pada board meter. Kejadian ni cukup jarang jarang berlaku.
bang..persona sy buat ekzos sistem..lps pde tu lampu enjin nyale..tye membe die ckp sb sy dh buat ekzos sistem..sb tu cek enjin nyale..btl ke bang??jike btl..ade efek ape2 xenjim nt..mohon info bang
@@miy0o_90 Sekiranya anda menukar exzos sistem , bahagian exzos manifold dan catalytic converter tu kalau boleh pastikan Oksigen Sensor nya tidak diganggu atau pastikan dipasang. Ada sesetenggah kenderaan mempunyai 2 oksigen sensor dan sensor kedua tersebut berada selepas catalytic converter ke muffler iaitu exzos pipe. Tapi sekiranya anda hanya menukar muffler unit , itu tidak bermasalah. Tapi kalau nak kepastian lagi, dinasihat anda hantar utk buat diagnosis dengan menggunakan scan tool atau check komputer
Boss, kereta alza model lama sy, bila start kluar simbol engin, dlm masa yg sama bila on aircond, kipas radiator tidak pusing, tapi bila tekan pedal minyak barulah kipas radiator pusing. Apa agaknya problem. Bila berenti kipas pun berenti, bila jln atau rem pedal minyak kipas pusing.
Rumit juga masalah ini, pada pendapat saya cuba anda bawa ke kedai utk yang ada scan tool utk mengetahui masalah atau sekiranya anda nak buat atau kesan sendiri , saya ada video berkenaan membaca flash kod pada lambang enjin , kod ada pada bahagian discription video tersebut. Berikut adalah link video tersebut th-cam.com/video/x2I5XJ4Qr5E/w-d-xo.html
@@Bezz-no6uq kalau semua sambungan dlm keadaan baik, cuba reset ECU dulu dengan cabut panel negatif bateri biarkan 30 saat atau 1 minit. Pasang balik kemudian start enjin cuba bawa jalan, kalau masih lagi masalah timbul dan lampu enjin masih menyala, saya nasihat kan utk scan tool atau baca flash kod utk mengenal pasti bahagian sensor yg mana bermasalah.
@@jojochannel4527 Satria Neo , kalau tak silap saya guna sistem ECU, jadi menggunakan Trottle Body, mungkin : 1. Trottle Body kotor perlu cuci. 2. Kalau Trottle Body tak kotor Idle Air Control Vavle(IAC Vavle ) Rosak/kotor. 3. Kalau Trottle Body tak kotor dan IAC Vavle tak rosak , kemungkinan FICD Vavle rosak 4. Cuba check hos FICD yang menyambungkan FICD ke Trottle Body dan Air Temperature Sensor, serta MAF Sensor mungkin bocor, sebab hos getah dah lama jadi keras dan bocor.
Terima Kasih, Ini cuma andaian saya. 1. Masalah pada Fuel Pump atau Fuel Filter Kotor/tersumbat , supply minyak ke injector terputus. Cara periksa Fuel Pump berfungsi, on kunci anda akan dengar bunyi mengepam , kalau tiada bunyi fuel pump rosak 2. Masalah pada Alternator atau beteri , tidak dapat supply terputus putus electric kepada Bateri atau coil plug.periksa sambungan wire bateri, coil plug atau panel beteri pastikan diikat ketat. 3. Enjin hampir Overhead, ecu pada kereta akan cutoff sistem apabila hampir enjin overhead, bila suhu turun enjin dapat hudup semula. Periksa Air Radiator dan sambungan hos radiator. Kalau tangkit spare radiator penuh, menandakan head enjin bengkok dan tekanan pada block enjin menolak air ke tangki spare. Ini pendapat saya
salam tuan, kereta saya lampu check engine menyala apabila langgar lopak air, haritu hujan lebat dan saya langgar lopak air sampai sekarang engine light tidak padam. adakah punca engine light ni dari oxygen sensor yang rosak?
Lambang Check enjin bukan hanya menunjukan 02 sensor yg bermasalah apatah lagi tanda2 tidak sama dgn kerosakan O2 sensor. Ada beberapa sensor yg terdapat pada enjin. Cuma buat diagnosis dulu iaitu : 1. Reset ECU dengan mencabut panel negatif , biarkan dlm 1 minit, kemudian pasang dan cuba hidupkan enjin biarkan seketika atau bawa berjalan. Sekiranya masih lagi lampu check engin menyala, buat pekara kedua. 2. Untuk memastikan apa sebenarnya masalah yg dimaksudkan , cuba bawa ke kedai untuk guna scan tool atau nak buat sendiri utk kesan saya ada buat video berkenaan mengesan / mengetahui sensor mana yang bermasalah dengan membaca flash kod pada check enjin ( pastikan model enjin atau kenderaan sama dgn video saya ) link video spt berikut th-cam.com/video/x2I5XJ4Qr5E/w-d-xo.htmlsi=BV4fQMcCR9fSupiM
Kalau kenderaan distart susah nak hidup , bagi pengalaman saya, biasanya berlaku pada kenderaan yang manggunakan kaburator ( kenderaan Lama ), masalahnya pada kaburator lambat menghantar campuran minyak untuk dibakar ke dalam block enjin, mungkin kaburator kosong takungan minyak dan menunggu feul pump menghantar minyak secara manual dengan pusingan enjin. Kedua , spark plug basah atau distributor bermasalah utk menghantar eleltrik ke spark plug. Kalau kenderaan terbaru sekarang yang menggunakan throttle body. Bagi saya tiada masalah sebab campuran minyak dan udara adalah dari isyarat ECU termasuk spark pada spark plug. Kemungkinan bateri lemah. Maaf kalau penjelasan ini tidak dapat membantu anda.
Penerangan yg jelas semoga Allah permudah segala urusan aamiin
Tqvm
Terima kasih atas perkongsian tuan..sy baru alami masalah wayar oxygen sensor putus baru2 ni, memang betul penggunaan petrol meningkat secara tiba2 dan ekzos mengeluarkan asap hitam yg byk
Tqvm boss
Selepas tuan baiki wayar putus tu,,kereta tuan ok dh,,kereta sy skrng ne asap hitam kuat,,enjin gegar tp enjector sudh check masih ok..mungkin kah oksigen sensor !!
@ErsanNasri-jn3rz kemungkinan bukan masalah dari 02 sensor, kalau enjin bergegar , mungkin masalah dari MAF Sensor ( Mas Air Flow Sensor ) udara tak cukup bercampur dengan minyak menyebabkan enjin bergegar, kedua mungkin juga Trottle body Sensor kotor atau jem... Ini pendapat sayalah
1. Oxygen sensor
2. Penutup minyak longgar
3. Catalytic converter
4. Spark plug
5. Ignition coil
6. Mass air flow/sensor saluran udara rosak
7. Hos vaccum bocor
8. Injap EGR/injap agihan gas ekzos tersumbat
9. Batery akan kong
Jika lmpu check enjin menyala smasa drive rpm maintain lbh 3k adakah mslh oxygen sensor,kereta pun rasa krg pickup bila daki bukit
kalau lori macam mana pulak bro
Skill terbaik satu ilmu
Tqvm boss
Terbaik ilmu nya bossku....hadir support
Tqvm
Terima kasih. Ilmu yang sangat bermanfaat untuk di guna pakai. Oxygen sensor kereta saya bermasalah jadi, itu lah sebab nya minyak petrol sangat cepat berkurangan.start engine kereta, Timing turun, naik.
Terima Kasih
terima kasih..info bagus
Terbaik penerangan tuan..teruskan memberi ilmu di masa hadapan.terima kasih
@@KuazharKucheek terima kasih
Tksh Tuan di atas info. Very clear explanation. Keep it up your good works.
Terima Kasih
Selamat petang. Terima kasih hos berkongsi tips dan nasihat berkenaan penjagaan kereta / kenderaan. Iya betul tu walau bekerja di bengkel motosikal dulu anda ada asas kepada engin. Kebanyakan selangara umum pun hos buat sendiri. Semoga video ini memberi satu impak kesedaran ilmu penting kepada pengguna kenderaan. Baru kerita bisi Lajak 🎉😂❤
😂😂😂 Tqvm bro...... Ada bagus pengalaman bekerja dulu, utk digunakan utk diri sendiri.... Ada save sikit bajet, hanya beli peralatan dan alatganti sahaja... Tiada caj baiki dan pemasangan... Tak perlu tahu semua, asas sahaja cukup.
Terima kasih tuan teramat jelas penjelasan tuan ini baru betul kongsi ilmu.... Okey tuan DONE SUBSCRIBER 👍👍💪💪💪
Tqvm
Terbaik tuan sangat2 membantu penjelasan tuan, terima kasih 👍👍👍
Terima Kasih
terima kasih di atas video dan penerangan penyampaian yang menarik dan bagus beserta info grafik. sangat bagus.
😊
Tqvm
TERIMA KASIH banyak tuan..perkongsian yang sangat bermanfaat
Tqvm
Terima kasih tuan dah berkongsi pengalaman tuan pada kami
Terima kasih
Perkongsian tebaik bro.. T. Ksh
Terima Kasih
manah penemu tu..terang sereta nyamai faham... slm ari betong sarawak😅
Terima Kasih
Terima kasih tuan, info yang sangat baik semoga mendapat keberkatan atas ilmu yg dikongsikan.
good tuturial. tq sir
Tqvm bos
Sharing knowledge yg sgt bagus
Tqvm boss
Tq boss , kete viva makcik pun kene penyakit sama
Tqvm boss
Dapat satu ilmu terima kasih bos
Tqvm boss
saya baru kena hari ini,,,jadi saya cuba akan perbetulkan,,,,,jika betul itulah puncanya saya akan update dalam ruangan ini,,,, apa-apapun terima kasih banyak diatas perkongsian ilmu, dan satu ilmu yang saya dpt dari video tuan ini,,,,
Terima Kasih, diharap serba sedikit dapat membantu anda.
Sy br kena harini dkt viva sy ,,tp xbuat apa lg
saya baru kna ni..risau
Info yg jelas
Terima Kasih
Mantap perkongsiannya madik, baka tutorial pan bisi.
Tq bro
Tqvm mr
Tq
Terima kasih banyak tuan 🎉
Tq
Good info
Tqvm
mantap.🙏
Tqvm
Terima kasih bos. Tadi aku kreta keluar check enjin. Kenapa aku dah panik. Sekali cek oxigen sensor. Tercabut. Mcm mana boleh tercabut pun aku tak tahu. Padahal masa aku blk kpg ok jak. Atau pun masa mereka mekenik buka cek lupa pasang kuat. Tapi nasib aku tgk video bos buka kreta tgk rupa tak pasang balek sekali pasang ok sdh lampu tak enjin tak keluar sdh. Tq bos kongsian yg bermafaat.
Terima kasih, nasib longgar sahaja dan anda check sendiri....
terbaik tq
Terima kasih
dari kota jambi indonesia pak cik salam kenal.tks infonya........................
Tqvm
Tuan good information. Lampu Christmas 😂
Tqvm boss
TQvm 😊
Tqvm
Ok terima kaseh
Tq bos
terbaik
Tqvm
tq info..
Tqvm
Hai bos...semoga terus sihat..nak tya kereta cerry eastar saya lampu engin menyala knpa ye...tq
Nasihat saya , adalah lebih baik buat diagnosis di bengkel, sebab sebuah kenderaan ada banyak sensor dan setiap simtom berbeza. Lagipun kereta anda model kereta import, jadi tidak sama masalahnya
Terima kasih ilmu yan di beri.terjadi pada kereta saya,naik check injin,terus hilang pawer,injin hidup terus parking,matikn injin,setet balik tak mahu hidup,
Anta benkel dia kata masalah pedal minyak tuan,tukar baru,masih tak hidup,kemudian pomen cakap injin rosak perlu avahall,
Sedangkan fius,sensar belum di chek.
Mohon pencerahan tuan.
Berlaku 12.06.2024,hingga hari ini belum jumpa masalah nya.
Ini memang kerosakan serius..... Pengalaman saya belum pernah saya terkena keadaan begini. Biasa nya lampu check enjin menyala, kenderaan masih lagi boleh berjalan.... Tapi ini, baru keluar lambang terus enjin tak dapat hidup.... Puas saya cari dan fikir apa sebabnya.... Tapi tak dapat juga jawapan, maaf
Cam atau crank sensor yg rosak.
Tuan masalah kereta Exora CPS sy tidak hidup engine, lambang engine tidak timbul d meter masa start,mekanik ckp ada masalah wayering/Electrical,blh minta pendapat
Cuba buka meter dan test dengan lampu LED lain, kalau tak menyala maybe wiring ada problem
Mantap boh..👍👍
Tqvm bos
Kalau guna bahasa iban best ni..
Tqvm
Terbaikkk 👍👍👍
Tqvm bos
Bang kalau nk tukar exygen sensor tu,kena no serial yg sama ka dgn yg lama punya ,yg lama punya BZ030 ,yg baru BZ040 …
@@ed_zombieskiller2841Tidak juga ada beza sekiranya part berkenaan memang khas utk kenderaan tersebut, lagipun kalau beli kat kedai spare part mrk tahu dan beri no part berbeza, asalkan kita terangkan model , jenis kereta kita... Bagi saya tiada masalah
tq boss
Tqvm
cikgu,kalau catalytic tu sy buang terus....ada effect ke pd kereta?
Salam Sejahtera, catalytic converter ni fungsi nya menapis karbon monoxide yang keluar dari hasil pembakaran enjin, korbon monoxide ini tidak baik utk kesihatan dan alam. Ianya juga membantu dlm kawalan penggunaan minyak dimana sensor O2 yg terletak dekat dgn Catalytic converter, asap yg berputar dlm catalytic converter ini dapat ditangkap oleh O2 sensor, sekiranya tiada catalytic converter ini , asap terus dilepas keluar dan O2 sensor tidak dapat bacaan yg betul dan akhirnya penggunaan minyak akan tinggi.
Kenderaan moden sekarang memang banyak sensor terutama O2 sensor, jadi catalytic converter ini diperlu ada. Kecuali kenderaan lama yg guna kaburator memang tak ada sensor dan tak guna catalytic converter pun.
Masa hujan logo enjin menyala pda kereta axia ...apa masalah yaa ? Semua peralatan brfgsi dgn baik .. cuma logo enjin shja mnyala
Mungkin ada bahagian terkena air dan menyebabkan litar pintas, sekiranya apabila tiada hujan dan keadaan bahagian enjin kering , lampu tak menyala
Kereta saya (axia gxtra 2022) menyala lampu cek enjin ni, dah bawa ke pusat servis perodua & scan, SA kata puncanya o2 sensor mungkin terkena air. SA reset & hilang simbol tu. Tapi selepas beberapa hari nyala semula mungkin sebab saya lalu kawasan air bertakung & parking tempat tidak berbumbung dan hujan lebat ketika tu. Bila saya parking di tempat berbumbung & dah tak hujan, okey pula kereta😅 Sekarang ni timbul semula o2 sensor, dah hampir seminggu walaupun kereta dah tak kena hujan. Macam mana ya? Memang rosak ke O2 sensor kalau masalah saya ni? Tq.
Cuba buka sambungan soket O2 sensor, bersihkan air dengan meniup pada kedua dua belah soket.
Pasangkan balik, cuba balut denga salotep yang biasa diguna utk balut wire elaktrik. Kemudian cabut panel negatif bateri, biarkan dlm 1 minit, dan pasang semula ( bertujuan utk reset ecu/ lampu lambang enjin)
Sekiranya masih lagi menyala walaupun tak kena air... Kemungkinan O2 sensor telah rosak.
@@donyjosnawi Baik, terima kasih tuan☺️
Tuan.. sensor exzos klau tukar mmg ada respon yg baik ke??.. sbb Sy wira vdo.. sensor exzos 10 tahun xpernah tukar.. skrg kreta rasa berat da asap exzos tak tntu.. minyak kuat .. patut ke Sy tukar sensor exzos
@@NazRiee-u6y Kalau sensor tak rosak, cuba cuci.... Kalau tak dah cuci, tapi masih juga masalah, maknanya bukan masalah pada sensor, kemungkinan sistem exzos dah kotor menyebabkan tekanan berat utk kenderaan jadi sama ada anda cuci exzos atau tukar exzos
Salam perkenalan sdra Admin... Saya mengalami masalah ini.. Mass air floor. Apa kesan jikalau ini tdk digantikan dgn baru... Mohon pandangan sdra. Tkasih.
Salam Sejahtera saudara, pendapat saya mengikut pengalaman saya sendiri dengan kereta saya,
MAF Sensor berfungsi sebagai pemberi isyarat kepada ECU berkenaan jumlah kuantiti udara yg diperlukan dan ECU memberi isyarat kepada Trottle body Sensor ( Idle Sonsor) melaraskan bukaan fin pada Trottle body bagi mengurangkan udara atau menambah udara.
Sesetangah MAF dilengkapi IAT Sensor ( Intake Air Temperature Sensor) ada juga terpisah seperti kenderaan perodua alza saya.
Pada dasar nya, MAF Sensor amat diperlukan bagi memberi isyarat kepada ECU berhubung jumlah udara utk di perlukan utk dicampurkan dengan minyak.
Kesan sikiranya tidak menukar MAF Sensor:
1. Idle enjin tidak stabil/ bergegar atas sebab campuran minyak dan udara tidak sama atau tidak tepat. Boleh menyebabkan prestasi enjin semput atau tak berapa power terutamanya masa nak memecut.
2. Penggunaan minyak akan berlebihan.
3. Enjin akan sukar dihidupkan, kalau keadaan MAF Sensor rosak teruk , enjin langsung tidak dapat hidup.
Sebelum menukar MAF Sensor, cuba check hos udara yang berada pada bawah MAF Sensor bersambung , mungkin longgar, tersumbat atau bocor. Check juga soket, mungkin longgar atau ada wayar terputus.
hello tuan tolong beri pandangan kereta saya axia bila saya tekan pedal rem tiada respon lambang check enjin menyala tapi kereta saya hidup macam biasa apa masalah ya?
Kalau tak silap saya, Axia menggunakan electronic throttle body, kebiasaan kereta menggunakan kabel utk rem minyak... Tetapi kereta yg menggunakan electronic throttle body, ia menggunakan sistem electronic apabila kita tekan minyak.....
Mau tanyak encik, lepas i service dan cuci oxygen sensor upstream, lalu i start kereta, keluar asap dari oxygen sensor tersebut. Apakah sebab nya?
TQ
1. Kalau asap keluar sekejap sahaja, kemungkinan cecair yang digunakan mencuci O2 sensor masih basah, apabila enjin panas ianya tersejat. Tiada masalah kalau begini selepas kering ianya tak berasap lagi.
2. Kalau masih berterusan, buka balik O2 sensor, pastikan washer O2 masih ada dan dlm keadaan baik, pasang balik dan ketatkan. Sekiranya washer tiada atau bengkok akan menyebabkan kebocoran atau O2 sensor tidak dikunci ketat atau rapat.
@@donyjosnawi
Terima kasih mas.
selamat petang pak cik,saya nak tanya,saya punya kereta lampu chek light kadang2 keluar,kadang2 tidak,adakah masalah oxygen sensor juga..
Kemungkinan ada sambungan wayar ke bahagian sensor ada soket longgar atau hampir putus. Cuba cabut dan sambung semula sambungan soket yang menyambungkan ke sonsor...
Smalam sy sudah hantar pegi bengkel. Pomen tu ckp rear sensor kereta tak function. Jd kena tukar sensor tu. Sebelom ni kerap check engine tu menyala bila hujan lebat. Adakah sensor sy tu bermasalah? Tq bossku
@@mohdsidek9643 rear sensor, lokasi bawah enjin, ada kereta menpunyai 2 02 sensor... Oleh kerana Rear sensor tu kat bawah enjin jadi mudah terdedah atau terkena air terutama pada bahagian soket, mungkin mudah di masuki air, itu menyebabkan ada litar pintas.... Pendapat saya , tukar soket atau balut dengan kemas supaya tidak terkena air, O2 sensor tersebut tak perlu tukar cuma cuci sahaja..... Kalau masih juga bermasalah barulah tukar O2 Sensor baru.......
salam tuan..kereta sy bru kena kluar lambang check enjin menyala selepas jumperstart d sbbkan 2minggu tak start enjin..apa masalah ye boss?
Salam sejahtera, bagi pendapat saya , sebaiknya buka panel bateri kereta kalau tak dihidupkan selama 2 minggu. Saya pernah kena psl jumpstart ini kalau jumpstart dengan kereta lain, ECU akan bermasalah boleh kena overload semasa jumpstart , coil plug cap hangus/rosak.
Kalau tak mengalami masalah, enjin stabil. Cuba buka panel negatif bateri , biarkan dalam 1 ke 2 minit dan pasang balik ( utk reset ECU). Kalau tak padam lambang enjin atau menyala semula selepas digunakan cuba bawa kekedai utk scan menggunakan scan tool.... Kos utk servis scan tool dlm RM 50 ke RM 100
saya nk mntak pndapat tuan..check engin keta sya nyala..dan keta saya xbleh tekan minyak ..stakat 40kmh je ..klu tekan lagi keta akan sengut².
@@wakdoyok-s1n seperti fuel filter tersumbat, minyak tak cukup masuk
Atau air flow sensor, udara tak cukup masuk utk dicampur dengan minyak.
mungkin knock sensor..mcm saya
Selamat pagi bang..nk tnya kereta saya myvi lagi best 1.3 lepas langgar lopak air @ banjir lepas tu ada masalah engine mati bila nak masuk gear P dan gear R. Lampu amaran engine pun kadang2 ada kadang2 xde..kenapa ya bang?
Tidak pasti juga saya dengan masalah ini, kemungkinan alternator atau sistem pendawaian pada bahagian enjin ada berlaku litar pintas akibat basah....
Klu check engine nyala bkn kena check computer ke bos? Main teka² ni byk keje rsnye..buatnye salah tukar brg, membazir lg..
@@hishamhashim633 Bagi yang tidak ada basic automatif dan tidak mengetahui simtom2 yg berlaku boleh lah hantar utk guna scan tool di kedai. Tapi bagi saya yang mengguna kenderaan lebih dari 20tahun, pastinya kita tahu apa yang pelik berlaku sekiranya kereta ada masalah dan faham perjalanan sistem enjin kita boleh tahu bahagian mana yang bermasalah.
Lagipun kalau hantar utk Scan Tool, kita akan kena 2x lipat harga yg dibayar, kenapa ?
1. Bayaran servis Scan Tool RM 50 ke RM 100
2. Harga Alatganti
3. Bayaran pemasangan.
Bagi saya , saya lebih suka beli Alatganti sahaja dan sendiri pasang.
Sekiranya saya tidak dapat kesan apa punca lampu enjin menyala, saya akan guna cara membaca flash code pada kerlipan lampu lambang enjin dengan membuat jumper pada soket OBD,
Lagipun saya tak suka hantar kereta ke kedai, kadang mekanik ni suka scam pelanggan, puas dah kena dulu. Tidak pernah jumpa kedai yg jujur. Walaupun guna scan tool , mcm2 Alatganti yg dia kata harus ditukar, sedangkan satu barang sahaja perlu ditukar kereta dah kembali pulih. Belum lagi ke servis cas.
Saya hanya berkongsikan pengalaman saya dan pengetahuan sebagai pemilik kenderaan.
Kereta baru kena check enjin menyala, keta bole hidup dan jalan mcm biasa, tapi check enjin maseh nyala..minta pendapat tuan
Kalau masih dalam warranty, baik hantar ke pusat servis sebab part masih baru , cuba check sambungan sambungan soket sensor mungkin ada yang longgar
Mcm kalau lampu check enjin menyala tp tiba tiba enjin mati..lepastu beberapa saat kemudian hidup balik secara auto..apa masalah tuan??
@@DickyBeliki-dp6op Ini bukan masalah O2 sensor.... Maybe knock sensor... Tapi kalau nak tahu betul, bagus buat diagnosis dengan scan tool atau check pakai komputer..... Sebab simton tak sama dengan masalah 02 Sensor
Izin tanya pak pas saya scaner ada kode sensor 02 heater 1 bank 1 udah saya ganti sensor depan tapi tetep masih ada kode ini pak udah pusing saya dah bolak balik scaner tetep nyala biar dah saya reset
Kalo saya cek pengapian yang kabel warna biru kluar api tapi yang kabel yang satu lagi gak kluar api
Jadi kalo pengapian yang mati dari ecu saranya gmn apa ada sekring yang bersankutan
Hi,sye nak tanye klau cuci sensor tu boleh ke... Dan berapa lama akan bertahan...
Tengok juga.... Kalau betul masalah kotor, lama juga agak² dlm 6 bulan.... Tapi klu dah memang sensor tu rosak alamatnya rosak lah tu
bole ka o2 sensored d bersihkn
Yup boleh, cuba bersihkan dahulu, sekiranya masih juga timbul masalah yang sama , barulah buat penukaran.
@@donyjosnawi terima kasih info nya... jadi sy cuma perlu buka n cuci guna air biasa sj ka atau guna bahan lain.mau tya pomen malas sda selalu kena tipu lebi2 lg perempuan mcm sy ni bagus belajar sendiri haha
@@Nanavsangela82 utk Cuci O2 sensor, sebaiknya guna wd40 atau Trottle body cleaner dan berus, pastikan wire dan soket tidak basah. Guna air tidak dapat melepaskan karbon yg melekat pada O2 sensor
kalau wira 1.8 hanya 2 spark plug fungsi dan 2 lagi spark plug takda spark agak ii apa problem dia boss. mohom dibalas
Pertama Spark Plug 2 lagi tu dah rosak.... Kalau baru, mungkin kabel dari distributior atau plug cap rosak......
coil plag rosak tu,1 coil guna 2 plag
@@donyjosnawi semua brang berkenaan sudah tukar. termasuk distributior coil plug 2 biji dah tukar dan cable plug. termasuk power TR pun sudah tuka. tpi masih sama.
Jika dh tukar oksigen sensor diy sendiri adakah kena reset balik ka,, hrap dpt jwapan dr bos
Kena reset ecu dengan Cara cabut terminal positive bateri dlm 10 saat, Macam tu
@@donyjosnawiselepas tukar baru cabut ke boss? Itu shja?
Kereta saya bunyi enjin nya mcm lompat².. semput2.. mechanic kata o2 sensor kena tukar 2 biji.. betul ke
@@nadiahhalim5856 ada kenderaan mempunyai dua O2 sensor, satu dekat manifold dah satu lagi kat ekzos bawah
Klu tak ada warning enjin , ada beberapa kemungkinan menyebabkan enjin terlompat lompat semput atau timing naik turun,
1. throttle body kotor, perlu cuci
2. Sambungan hos pada maps sensor longgar atau bocor
3. Spark plug ada rosak
Itu yang saya fikirkan.
Hi admin, kereta saya myvi tahun 2011,dh lebih 10tahtun..xprnh naik lg lambang enjin tp kalau saya nk tukar oxgen sensor nie blh ke?, sbb penggunaan minyak agak tinggi,kompenan2 lain saya dh tukar, cuma oxgen sensor je blm lg
@@todayis_saz89 Cuba Cuci kedua dua Oksigen Sensor pada bahagian exzos manifold dan bahagian bawah dengan WD40 atau anti rush serta berus gigi terpakai utk gosok. Pasang kedua dua Oksigen Sensor kemudian Cabut penel Negatif biarkan dlm 1 minute dan pasang balik.
Cuba lihat penggunaan minyak dlm 1 minggu, kalau tiada perubahan , baru anda tukar....
@@donyjosnawi myvi ade 2 ke oksigen sensor tuan, sbb tgk dlm youtube pomen tunjuk 1 je oksigen sensor
@@todayis_saz89 enjin myvi lebih kurang sama dengan Alza lama mcm saya. Satu lagi Oksigen sensor berada pada ekzos bawah, beza antara kedua dua Oksigen Sensor ni dari segi soket, yg kat Ekzos Manifold 4 pin, yg bawah 2 pin......
Saya pernah rosak Oksigen Sensor bahagian bawah ni..... Ingatkan yang dekat Ekzos Manifold tu rosak, ditukar , masih lagi Check Engine menyala walaupun dah reset.... Tak puas hati saya bawa kebengkel yang ada scan tool... Bagitahu Rear O2 Sensor ( Pada bahagian bawah enjin )
@@todayis_saz89 ya memang banyak pomen tunjukan pada bahagian atas sahaja, sebab O2 sensor bahagian bawah ni kena menyorok bawah enjin, itu sebab jarang nak tunjukan
Salam tuan Admin..saya nak tanya klu nak tukar oxigen sensor tu kabel bateri perlu cabut ke?
Tak perlu cabut wayar beteri, hanya selepas oksigen sensor dipasang baru cabut dlm 1 minit untuk reset ECU
@@donyjosnawi tima kasih byk tuan atas perkongsian ilmu..🙏😊
Boss klau tukar sensor tu sendiri, kena ejas apa2 ke lpas tu?? Xgngu ecu?
Hanya cabut panel + bateri , biarkan dlm 1 minit , kemudian pasangkan. Tujuan untuk reset / padamkan lambang check engine
@@donyjosnawi trima kasih atas pencerahan boss
Hello encik Saya dah tukar exhaust sensor tpi check engine Masih menyala .... bole kah tau apakah masalah sebenarnya
Ada sesetengah kereta ada mempunyai dua O2 sensor, satu atas dan satu lagi dibawah enjin. Maybe bahagian bawah tu rosak
Kalau engine mnyala g bengkal dah scan ecu semua.. Xda prob tapi still menyala lampu engine.. Cmne yer.. Kereta jalan cm biasa ok jer xda masalah
Ada tak cuba reset guna scan tool ? Kalau ada dan masih lagi menyala, cuba buka bahagian meter, check lampu atau tukar lampu, khuatir ada litar pintas pada board meter. Kejadian ni cukup jarang jarang berlaku.
@@donyjosnawi dah reset dah nyala balik selang 2 3 hari padam pastu nyala balik nape ea?
@@donyjosnawi lampu blkng pon dah tukar ritu terbakar pastu nyala jugk bwak ok jr kereta xda semput2
@@saifulltigers6671 Mungkin ada masalah wiring , kalau begini cukup rumit nak kesan sebab nak check wiring satu persatu
bang..persona sy buat ekzos sistem..lps pde tu lampu enjin nyale..tye membe die ckp sb sy dh buat ekzos sistem..sb tu cek enjin nyale..btl ke bang??jike btl..ade efek ape2 xenjim nt..mohon info bang
@@miy0o_90 Sekiranya anda menukar exzos sistem , bahagian exzos manifold dan catalytic converter tu kalau boleh pastikan Oksigen Sensor nya tidak diganggu atau pastikan dipasang. Ada sesetenggah kenderaan mempunyai 2 oksigen sensor dan sensor kedua tersebut berada selepas catalytic converter ke muffler iaitu exzos pipe. Tapi sekiranya anda hanya menukar muffler unit , itu tidak bermasalah.
Tapi kalau nak kepastian lagi, dinasihat anda hantar utk buat diagnosis dengan menggunakan scan tool atau check komputer
@donyjosnawi sy tukar mufler blakang dgn tabung tengah...
Selamat lemai .. Nama masalah check engine keluar tiba² gear ngai betukar?
Aku rasa bc masalah ba gear nn, rasa aku nuan empu gear auto.... Enti gear manual nadai masalah.
Manah nn check ngena scan tool ba kedai , ngambi lebih nemu agik
Boss, kereta alza model lama sy, bila start kluar simbol engin, dlm masa yg sama bila on aircond, kipas radiator tidak pusing, tapi bila tekan pedal minyak barulah kipas radiator pusing. Apa agaknya problem. Bila berenti kipas pun berenti, bila jln atau rem pedal minyak kipas pusing.
Sebelum tu saya ada tukar gasket cover engin.
Rumit juga masalah ini, pada pendapat saya cuba anda bawa ke kedai utk yang ada scan tool utk mengetahui masalah atau sekiranya anda nak buat atau kesan sendiri , saya ada video berkenaan membaca flash kod pada lambang enjin , kod ada pada bahagian discription video tersebut. Berikut adalah link video tersebut
th-cam.com/video/x2I5XJ4Qr5E/w-d-xo.html
@@Bezz-no6uq cuba periksa sambungan vacuum hos atau soket pada MAF Sensor dan FICD sebab kedua sensor akan di cabut semasa buka Vavle Cover
@@Bezz-no6uq kalau semua sambungan dlm keadaan baik, cuba reset ECU dulu dengan cabut panel negatif bateri biarkan 30 saat atau 1 minit. Pasang balik kemudian start enjin cuba bawa jalan, kalau masih lagi masalah timbul dan lampu enjin masih menyala, saya nasihat kan utk scan tool atau baca flash kod utk mengenal pasti bahagian sensor yg mana bermasalah.
@@donyjosnawi sudah jumpa masalah, sensor oksigen longgar.
kereta satria neo saya klau buka aircond naik lambang enjin ..kenapa ya?
@@jojochannel4527 adakah RPM jadi rendah atau enjin bergegar semasa aircond ON ?
@@donyjosnawi btul..rosak apa ye?
@@donyjosnawi betul tuan..apa yang rosak yer?
@@jojochannel4527 Satria Neo , kalau tak silap saya guna sistem ECU, jadi menggunakan Trottle Body, mungkin :
1. Trottle Body kotor perlu cuci.
2. Kalau Trottle Body tak kotor Idle Air Control Vavle(IAC Vavle ) Rosak/kotor.
3. Kalau Trottle Body tak kotor dan IAC Vavle tak rosak , kemungkinan FICD Vavle rosak
4. Cuba check hos FICD yang menyambungkan FICD ke Trottle Body dan Air Temperature Sensor, serta MAF Sensor mungkin bocor, sebab hos getah dah lama jadi keras dan bocor.
Nk tanya, klu kereta on the road tiba2 mati n start ianya hidup semula then tiba2 mati semula, kemungkinan ada masalah apa ya boss?
Terima Kasih, Ini cuma andaian saya.
1. Masalah pada Fuel Pump atau Fuel Filter Kotor/tersumbat , supply minyak ke injector terputus. Cara periksa Fuel Pump berfungsi, on kunci anda akan dengar bunyi mengepam , kalau tiada bunyi fuel pump rosak
2. Masalah pada Alternator atau beteri , tidak dapat supply terputus putus electric kepada Bateri atau coil plug.periksa sambungan wire bateri, coil plug atau panel beteri pastikan diikat ketat.
3. Enjin hampir Overhead, ecu pada kereta akan cutoff sistem apabila hampir enjin overhead, bila suhu turun enjin dapat hudup semula. Periksa Air Radiator dan sambungan hos radiator. Kalau tangkit spare radiator penuh, menandakan head enjin bengkok dan tekanan pada block enjin menolak air ke tangki spare.
Ini pendapat saya
@@donyjosnawi Ok boss, saya cuba 1/1 diagnose masalah yg tuan katakan ini, kereta saya tu Toyota Camry 2.2 SXV10 (1st model) tahun 1994
Cek crank sensor & cam sensor
kalau sensor oksigen lori?
Maaf bos , tiada pengalaman dengan enjin disel bos....
Brpa harga satu set axigen sencor?
@@fredrickjukie1936 kalau ditempat saya beli kat kedai dalam RM100 lebih, kalau beli online ada yang kurang RM 100
salam tuan, kereta saya lampu check engine menyala apabila langgar lopak air, haritu hujan lebat dan saya langgar lopak air sampai sekarang engine light tidak padam. adakah punca engine light ni dari oxygen sensor yang rosak?
Lambang Check enjin bukan hanya menunjukan 02 sensor yg bermasalah apatah lagi tanda2 tidak sama dgn kerosakan O2 sensor. Ada beberapa sensor yg terdapat pada enjin. Cuma buat diagnosis dulu iaitu :
1. Reset ECU dengan mencabut panel negatif , biarkan dlm 1 minit, kemudian pasang dan cuba hidupkan enjin biarkan seketika atau bawa berjalan. Sekiranya masih lagi lampu check engin menyala, buat pekara kedua.
2. Untuk memastikan apa sebenarnya masalah yg dimaksudkan , cuba bawa ke kedai untuk guna scan tool atau nak buat sendiri utk kesan saya ada buat video berkenaan mengesan / mengetahui sensor mana yang bermasalah dengan membaca flash kod pada check enjin ( pastikan model enjin atau kenderaan sama dgn video saya ) link video spt berikut th-cam.com/video/x2I5XJ4Qr5E/w-d-xo.htmlsi=BV4fQMcCR9fSupiM
@@donyjosnawi kereta saya guna engine 1KR-VE, boleh ke guna kaedah kedua tu?
@@shahjehan8501 Itu yang lebih baik ... Dan dapat terus mengetahui masalah nya
saya dh tukar auto sensor tapi masih nyala,saya bawa p bengkel balik dia setting ok ,pas pakai ,soknyala balik
Maybe oksigen sensor bahagian bawah, sebab kereta alza dia ada 2 oksigen sensor, satu diatas dan satu dibahagian bawah
kalau kereta boleh start tapi lama hidup, kenapa tu boss?
Kalau kenderaan distart susah nak hidup , bagi pengalaman saya, biasanya berlaku pada kenderaan yang manggunakan kaburator ( kenderaan Lama ), masalahnya pada kaburator lambat menghantar campuran minyak untuk dibakar ke dalam block enjin, mungkin kaburator kosong takungan minyak dan menunggu feul pump menghantar minyak secara manual dengan pusingan enjin.
Kedua , spark plug basah atau distributor bermasalah utk menghantar eleltrik ke spark plug.
Kalau kenderaan terbaru sekarang yang menggunakan throttle body. Bagi saya tiada masalah sebab campuran minyak dan udara adalah dari isyarat ECU termasuk spark pada spark plug. Kemungkinan bateri lemah.
Maaf kalau penjelasan ini tidak dapat membantu anda.
TQ
Mcmn kalau lampu engin menyala dan kipas tak pusing
Tidak pasti juga apa kerosakan sebab saya tek pernah mengalami masalah demikian, mungkin ada masalah sistem electric kenderaan.