DVSS | MYGAP CERTIFICATION FOR VETERINARY
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 6 ม.ค. 2025
- Malaysian Good Agricultural Practices (myGAP) adalah satu daripada pensijilan yang terdapat di bawah Pensijilan Veterinar. Pensijilan myGAP ini berlandaskan kepada konsep ternakan yang sihat dan diurus dengan amalan yang baik. Kriteria untuk mendapatkan pengiktirafan myGAP adalah berdasarkan kepada Good Animal Husbandry Practices (GAHP) dimana merangkumi program pengurusan kesihatan ternakan, program biosekuriti, program sanitari dan fitosanitari, program pengurusan sisa ladang dan pencemaran, program penyelenggaraan premis dan infrastruktur, program kawalan makhluk perosak, program kawalan penggunaan ubatan, vaksin dan bahan kimia, program pengurusan sumber dan input ladang, program pengurusan rekod ladang serta program kebajikan haiwan.
“FAEDAH-FAEDAH PENSIJILAN MYGAP
Faedah kepada penternak:-
1. Khidmat nasihat dan kawal selia berterusan daripada DVS
2. Petunjuk kepada pengamalan tahap pengurusan dan sistem penternakan berkualiti
3. Hasilan ternakan diperakui selamat, berkualiti, bebas penyakit serta diiktiraf
4. Daya saing yang lebih tinggi daripada segi pemasaran dan peluang pasaran
5. Proses permohonan dan kelulusan dokumen eksport adalah lebih mudah dan cepat.
Faedah kepada masyarakat:-
1. Negara bebas daripada penyakit ternakan berjangkit dan zoonotik
2. Pengamalan sistem penternakan yang baik membantu pengawalan pencemaran
3. Hasilan ladang yang dikeluarkan selamat, bersih dan bermutu
4. Peningkatan kesedaran terhadap kesihatan awam.
SYARAT-SYARAT PENSIJILAN MYGAP
1.Secara sukarela dan terbuka kepada ladang ternakan dan premis walit
2.Wajib kepada semua ladang ternakan dan premis walit yang mengeksport keluar negara
3.Membangunkan dan menyediakan dokumen bertulis Amalan Penternakan Yang Baik (GAHP) dan melaksanakannya sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum membuat permohonan menyertai skim pensijilan
4.Ladang ternakan mempunyai sekurang-kurangnya seorang Doktor Veterinar yang berdaftar dan mempunyai Sijil Amalan Tahunan Doktor Veterinar Ladang yang sah
5.Memperolehi sumber ternakan daripada ladang yang mempunyai sijil Malaysian Good Agricultural Practices (myGAP) atau mengamalkan Good Animal Husbandry Practices (GAHP)
6.Mempunyai Lesen Penternakan
7.Mempunyai surat sokongan permohonan myGAP dari DVS Negeri bagi mengesahkan ladang ternakan yang dipohon adalah bebas penyakit, mengamalkan GAHP dan disokong untuk dipersijilkan.
SKOP DAN KRITERIA AUDIT MYGAP
1. Dokumentasi - Good Animal Husbandry Practices (GAHP); dan Dokumen-dokumen berkaitan.
2. Premis - Tapak lokasi; dan Bangunan.
3. Pemeriksaan dokumen dan premis meliputi kriteria berikut:-
a. Program biosekuriti;
b. Premis dan infrastruktur;
c. Pengurusan sumber dan input ladang;
d. Program kesihatan ternakan;
e. Penggunaan ubatan, vaksin dan bahan kimia yang dibenarkan;
f. Program sanitasi;
g. Program pengurusan sisa ladang dan pencemaran;
h. Program kawalan makhluk perosak;
i. Pengurusan rekod; dan
j. Kebajikan ternakan.
Langkah-langkah will usually include Skop Audit, Kategori Ketidakakuran, Audit Dokumen, Audit Keakuran, Audit Pemantauan, Audit Pemeriksaan Semula.
Jawatankuasa Skim Pensijilan DVS ialah badan yang mengawasi pelaksanaan dan kepatuhan skim pensijilan MYGAP di bawah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).”
a)Laporan audit pemeriksaan keakuran dikemukakan oleh Auditor Veterinar Dilantik (AVD) kepada urus setia pensijilan veterinar.
b)Laporan dibentangkan oleh AVD kepada Jawatankuasa Teknikal Pensijilan Veterinar (JTPVet) untuk pertimbangan.
c)JTPVet menilai dan mengesyorkan kepada Jawatankuasa Penganugerahan Pensijilan Veterinar (JPPVet) yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar Malaysia untuk pertimbangan.
d)JPPVet memberikan pertimbangan dan keputusan setelah menerima dan menilai laporan dari JTPVet.
Jawatankuasa berhak menolak atau meluluskan mana-mana permohonan yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan
Tempoh sah sijil ditetapkan dua (2) tahun sahaja.
Audit pemeriksaan semula (review audit) akan dijalankan sebelum tamat tempoh bagi membuat penilaian sama ada ladang dan premis walit tersebut masih akur dengan syarat-syarat minima Malaysian Good Agricultural Practices (myGAP) yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.