ISTIADAT KONVOKESYEN KHAS UM | TYT SHEIKH DR. MOHAMMAD BIN ABDULKARIM AL-ISSA

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 13 พ.ค. 2024
  • Universiti Malaya telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Politik kepada Tuan Yang Terutama Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa dalam Istiadat Konvokesyen Khas Universiti Malaya bagi menghargai sumbangan Dr. Al-Issa dalam Dunia Islam kontemporari.
    Pro-Canselor Universiti Malaya, Toh Puan Dato’ Seri Hajah Dr. Aishah Ong telah menyampaikan anugerah tersebut. Istiadat Konvokesyen Khas tersebut juga turut dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir.
    Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman dalam ucapan pidato penganugerahan berkata Universiti Malaya amat berbesar hati menamakan Tuan Yang Terutama Dr. Mohammad bin Abdulkarim Al-Issa sebagai penerima Ijazah Kehormat Doktor Sains Politik bagi menghargai sumbangan beliau sebagai seorang tokoh utama Dunia Islam yang sangat komited mempromosikan kesedaran intelektual dan nilai keagamaan dalam kalangan masyarakat minoriti Islam dan telah memberi sumbangan yang sangat besar untuk menyebarkan nilai-nilai keadilan, toleransi, dan keamanan dunia.
    #UniversitiMalaya
    #HomeoftheBright
    #LandoftheBrave

ความคิดเห็น •