PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI BULAN JULAI

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 13 ก.ย. 2024
  • PERHIMPUNAN BULANAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI
    PUTRAJAYA, 23 Julai 2024 - Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri yang berlangsung di Auditorium, Setia Perkasa 8, Kompleks Setia Perkasa.
    Majlis dimulakan dengan persembahan tarian dan seterusnya pertandingan Akhir Ikon Belia KDN 2024 sebelum disusuli ucapan alu-aluan YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha KDN dan ucapan YB Menteri Dalam Negeri.
    Usai ucapan YB Menteri Dalam Negeri, majlis diteruskan dengan Sesi Penyerahan Sijil Penghargaan kepada Persatuan/Agensi oleh YB Menteri Dalam Negeri sebelum diteruskan dengan penyampaian Anugerah Ikon Belia KDN 2024 serta Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang KDN.
    Turut hadir, YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha KDN, Dato' Haji Abdul Halim bin haji Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) KDN, Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, ketua-ketua pengarah agensi/jabatan bawah KDN serta warga kerja KDN dan agensinya.
    #KeselamatanTanggungjawabBersama
    #KDN_TogetherWeAreOne
    #MalaysiaMADANI

ความคิดเห็น •