Salam Takziah - Allahyarham Azman Idris

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 4 ก.ค. 2021
  • Al Fatihah...
    Moga roh mu dicucuri Rahmat.
    Kuala Lumpur: Penyanyi era 1980-an, Azman Idris, 61, yang menghidap barah prostat tahap empat sejak 2017 dan penyakit buah pinggang kronik, disahkan meninggal dunia di rumahnya di sini, pada jam 2.15 pagi, hari ini.
    Perkara itu disahkan oleh penyanyi Afee U-topia dan adik Allahyarham, Shah Amirudin Idris serta beberapa penggiat seni lain menerusi Facebook.
    Kesihatan penyanyi lagu Zuraidah ini mula merosot selepas menjalani pembedahan kecil memasang semula tiub di bahagian pinggangnya yang tertanggal di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 21 Jun lalu.
    Isterinya, Madinah Abu Bakar berkata, keadaan Allahyarham Azman terlalu lemah sehingga sukar bercakap dan tidak mampu menelan makanan dan minuman yang disuap.
    Ia berbeza ketika dimasukkan ke HKL pada 17 Jun di mana Allahyarham suaminya masih bertenaga, mampu makan dan bercakap seperti biasa.
    Terdahulu Harian Metro pada 2017 melaporkan Azman disahkan menghidap kanser prostat tahap empat.
    Kesihatannya semakin merosot sejak lima bulan lalu menyebabkan dia hanya terbaring sekal igus menyebabkan proses kimoterapi dan dialisis tidak dapat dijalankan untuk merawat kedua-dua penyakitnya itu.
    Sebaliknya, doktor hanya memberi ubat penahan sakit serta ubat-ubatan lain di samping menjalani pemantauan dari rumah dengan bantuan sebuah NGO, Kasih Hospice Care.
    Hasil perkahwinan dengan Madinah, Azman dikurniakan enam anak. Allahyarham juga mempunyai seorang anak daripada perkahwinan terdahulu.
    Sepanjang kariernya, Azman menghasilkan tiga album solo iaitu Zuraidah, Dilamun Rindu dan Kembali serta album Akan Ku Bahagiakan Hidupmu bersama Kumpulan Angka (Digital).
    Bagaimanapun satu-satunya lagu menjulang nama Azman adalah Zuraidah yang pernah bersaing dengan lagu Rindu Bayangan (Carefree) mengungguli rancangan carta lagu popular di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
    Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sri Bangkong, Jalan Kuching

ความคิดเห็น • 22

  • @mesyamsul
    @mesyamsul 29 วันที่ผ่านมา +2

    innalillah.. lagu arwah berkumandang lagi tahun 2024 ni

  • @ihsanmuslim1118
    @ihsanmuslim1118 14 วันที่ผ่านมา

    salam takziah alfatihah

  • @noraishabtearshad4755
    @noraishabtearshad4755 17 วันที่ผ่านมา

    innalillahi wainna ilaihirojiun.... al fatihah semoga roh nya Di tempat kan bersama orang orang yang beriman Dan Di surga ferdaus Aamiin....waktu itu saya baru berumur 11 tahun.. Saya sungguh minat sekali lagu lagu nya.... 😭😭

  • @kksp6160
    @kksp6160 2 หลายเดือนก่อน +1

    Alfatihah utk arwah azman idris wpn dia telah kembalik ke rahmatullah sy tetap igt smpai bila2 lagunya zuraida tetap dlm igatan sy smasa sy kcil hingga sy dh berumur terliang-liang di telingaku.lagu tu teringat sy kecil smasa blik kampung bersama arwah dn arwah mak sy😢.
    Alfatiah 3org otg telah kembali😭

  • @ArtJai-kk9kc
    @ArtJai-kk9kc 2 หลายเดือนก่อน +1

    Selamat jalan kepada duhai penyanyi kegemaran ku doakan yang baik-baik sahaja dan tempatkan bersama orang-orang yang beriman Aamiin 💐

  • @Kay_Nizam
    @Kay_Nizam 3 ปีที่แล้ว +5

    Innalillah hiwainna ilaihiraji'un.
    Tanggal 5/7/2021 kira2 jam 2.30pg penyanyi kesayangan sy ini telah kembali ke Rahmatullah.
    Ya Allah ya Tuhanku, ampunilah dosa2nya. Terimalah segala amal & ibadahnya. Luaskanlah kuburnya. Berikanlah rahmatMu ke atas rohnya. Letakkanlah roh Allahyarham Azman Idris ini bersama org2 yg beriman.
    Amiinn Ya Rabbal Alamiinn.
    Alfatihah (dibaca).

    • @MaelPenang
      @MaelPenang  3 ปีที่แล้ว +1

      Aminnn

    • @ZuluAlphaMike
      @ZuluAlphaMike 3 ปีที่แล้ว +1

      moga dicucuri rahmat ke atas allahyarham. minat dgn lagu nyanyian beliau di awal 80an.

    • @andamamat6544
      @andamamat6544 ปีที่แล้ว

      Dauiopa.. dauiopa..
      Tauiopa.. 5/7/402

    • @user-gf1bj2en1x
      @user-gf1bj2en1x หลายเดือนก่อน

      amin..aminn...baru tahu beliau telah almahum, semoga aruah dicucuri rahmat Allaah keatas rohnya...

  • @Czelzinske
    @Czelzinske 2 ปีที่แล้ว +2

    🌹SALAMUALAIKOM.🌹 🌹🙋‍♂️Salam TAKZIAH KHAS untuk. Armahun AZMAN. IDRIS...ADALAH..ICON.. saya WAKTU zaman skolah saya lagu3X.
    AMAT SEDAP. . lirik nya SUNGGUH...INDAH.tau. Beruntung lah.. Bersinar.. 🌟👍Sapa wanita yg bernama zuraida tu. Saya AMAT. sedih🙇‍♂️ BILA.. MENDENGAR. armahum telah meninggal itu saya😭 sedih 😭.. Penyanyi.. Tu.. ADALAH. 🙇‍♂️ peminat saya pada tahun. 1984..🙇‍♂️ Hadir support dari singapura🇸🇬. Saudara isnin umur 54 thn. (alfatihah 🤲🤲untuk armahum AZMAN. IDRIS. SEMOGA.. IA.. NYA DI MASUK. KAN.. BERSAMA2X.. INSAN.. YG.. BERIMAN.🤲. DI.. SYUGA. YE.🌹. AMIN🤲🤲..SEKIAN:🌹🌷🌸💮. Wassslam. 💐🌹🌹🌷. SALAMUALAIKOM. 🌹. Singapura🇸🇬🙇‍♂️

    • @andamamat6544
      @andamamat6544 ปีที่แล้ว

      Dauiopa.. dauiopa..
      Dauiopa.. Dauiopa...

  • @aqrda
    @aqrda ปีที่แล้ว

    Alfatihah untuk arwah Azman Idris dan juga pada semua muslimin dan muslimat yg terdahulu meninggalkan kita menemui maha pencipta...Alfatihah dibaca..

  • @mramy1001
    @mramy1001 3 ปีที่แล้ว

    Alfatihah...(dibaca Dan NIAT ku pada roh arwah).....
    Semoga ALLAH LINDUNGI..roh
    Nya serta ampun kan lah apa jua kesilapan yang pernah beliau lakukan ketika hayat nya..
    Amin YA RABBAL ALAMIN...🌺🌺🌺😭😭😭....LAGU..NYANYIAN beliau...akan menjadi kenangan ku...ketika TU...
    Saya...MASIH bersekolah rendah.....

  • @maznahdani5210
    @maznahdani5210 10 หลายเดือนก่อน +1

    Salam takziah buat arwah azman idris....Al-Fatihah dibaca buat arwah azman idris...

  • @binlatifmohdkhair7631
    @binlatifmohdkhair7631 3 ปีที่แล้ว +1

    Salam takziah buat seisi keluarga almarhum. Al-Fatihah.

  • @abdulazizharoon8561
    @abdulazizharoon8561 3 ปีที่แล้ว

    Daripada ALLAH kita dtg.. Dan kepada ALLAH jua sebaik baik tempat kembali.. Somaga di permudahkan urusan arwah di alam barzah.. Dan di masok ke dlm JANNAH ALLAH tampa di hisab AMEEN.. AL FATIHAH.

  • @user-ki7er8kz3r
    @user-ki7er8kz3r 2 หลายเดือนก่อน

    Al fatihah

  • @dongonggo4978
    @dongonggo4978 ปีที่แล้ว

    alfatihah.....🤲 amin semoge roh nye ditempatkn dikalangan orang yg beriman

  • @alquranaday6912
    @alquranaday6912 2 ปีที่แล้ว

    Innalillahi wainnailaihirojiun. Ya Allah cucurilah rahmat ke atas roh arwah dan tempatkanlah arwah di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Aamin ya Rabbal Alamin

  • @RushdiBaharum
    @RushdiBaharum 3 ปีที่แล้ว

    Salam takziah. Semoga roh arwah di tempat kan bersama roh mereka yg beriman dan beramal soleh. Aamiinn..