Maratib Al-Nafs - Hadhrat Maulana Jalalluddin Ahmad Ar-Rowi Al-Amani Ar-Ruhani Al-Bazi Al-Naqsybandi

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 23 ก.ย. 2024
  • Maratib Al-Nafs
    Al-Syaikh Al-Arifbillah Al-Imam Muhammad Al-Nawawi Al-Bantani Al-Jawi Qaddasallahu Sirrahu menjelaskan
    قال الشيخ العارف بالله الإمام محمد نووي البنتني الجاوي قدس الله سره
    فالنفس سبعة مراتب :
    أمارة: ومحلها الصدر. وجنودها: البخل، والحرص، والحسد، والجهل، والكبر، والشهوة، والغضب.
    ثم لوامة: ومحلها القلب وهو تحت الثدي الأيسر بقدر إصبعين. وجودها: اللوم، والهوى، والمكر، والعجب، والغيبة، والرياء، والظلم، والكذب، والغفلة.
    ثم ملهمة: ومحلها الروح وهو تحت الثدي الأيمن بقدر إصبعين. وجنودها: السخاوة، والقناعة، والحلم، والتواضح، والتوبة، والصبر، والتحمل.
    ثم مطمئنة: ومحلها السر وهو في جانب الثدي الأيسر بقدر إصبعين إلى جهة الصدر. والجنودها: الجود، والتوكل، والعبادة، والشكر، والرضا، والخشية.
    ثم راضية: ومحلها سر السر. ولعل المراد بها القلب بالالف بعد القاف، وبفتح اللام وهو جميح الجسد. وجنودها: الكرم، والزهد، والإخلاص، والورع، والرضة، والوفاء.
    ثم مرضية: ومحلها الخفي وهو في جانب الثدي الإيمان بقدر إصبعين إلى أوسط الصدر. جنودها: حسن الخلق، وترك ما سوى الله، واللطف بالخلق، وحملهم على الصلاح، والصفح عن ذنوبهم، وحبهم والميل إليهم لإخرا جهم من ظلمات طبائعهم وأنفسهم إلى أنوار أوراحهم.
    ثم كماملة ومحلها الاخفى: وهو وسط الصدر. وجودها: علم اليقين، وعين اليقين، وحق اليقين.
    الكتاب قطر الغيث في شرح مسائل أبى الليث. ج ١٦-١٧
    Nafsu pada diri manusia terbahagi tujuh martabat:
    1.NAFSU AMMARAH
    Nafsu yang selalu mendorong manusia kepada Keburukan dan Kemaksiatan. Tempatnya di dada. Nafsu ini selalu menguasai Manusia:
    1. Al-Bukhlu (kikir atau pelit)
    2. Al-Hirshu (tamak & rakus)
    3. Al-Hasad (dengki)
    4. Al-Jahl (bodoh)
    5. Al-Kibru (sombong)
    6. Asy-Syahwat (Keinginan haiwani)
    2. NAFSU LAWWAMAH
    Nafsu Lawwamah adalah nafsu yang masih di tingkat rendah yang dicela oleh Syara', tempatnya adalah “Al-Qalb”, tempatnya dua jari di bawah susu kiri. Adapun pasukan-pasukannya:
    1. Al-Laumu (mencela)
    2. Al-Hawa (bersenang-senang)
    3. Al-Makru (menipu)
    4. Al-’Ujbu (bangga diri)
    5. Al-Ghibah (mengumpat)
    6. Ar-Riya’ (pamer amal)
    7. Adh-Dhulmu (zalim)
    8. Al-Kidzbu (dusta)
    9. Al-Ghaflah (lupa)
    3. NAFSU MULHAMAH
    Nafsu Mulhamah adalah nafsu yang telah mendapatkan petunjuk Allah, tempatnya adalah “Ar-Ruh”, dua jari di bawah susu kanan. Adapun Laskar-laskarnya Sebagai Berikut:
    1. As-Sakhawah (murah hati)
    2. Al-Qana’ah (merasa cukup)
    3. Al-Hilmu (murah hati)
    4. At-Tawadhu’ (rendah hati)
    5. At-Taubat (taubat kembali kepada Alloh)
    6. As-Shabru (sabar)
    7. At-Tahammul (bertanggungjawab)
    4. NAFSU MUTHMAINNAH
    Nafsu Muthmainnah, ialah Nafsu yang sudah bersih dari kotoran halus dan telah berganti sifat-sifat tercelanya menjadi sifat-sifat terpuji, Sudah berakhlaq dengan akhlaq Allah yang Jamaliyah berupa Kasih Sayang, Lemah Lembut, dan Kemuliaan. Tempatnya “As-Sirr” ertinya Rahsia, dua jari dari samping susu kiri kearah dada. Laskar-laskarnya:
    1. Al-Juudu (dermawan)
    2. At-Tawakkal (berserah diri)
    3. Al-Ibadah (ibadah)
    4. Asy-Syukru (berterima kasih)
    5. Ar-Ridha (ridha)
    6. Al-Khasyah (takut akan melanggar larangan Alloh walau sekecil apapun)
    5. NAFSU RADHIYAH
    Nafsu Rodhiyah tempatnya adalah “Sirrus-sirr” Artinya Sangat Rahasia. Tempatnya di Jantung yang berfungsi Menggerakkan seluruh tubuh. Pasukan-pasukannya:
    1. Al-Karam
    2. Az-Zuhdu
    3. Al-Ikhlas (Ikhlas tanpa Pamrih)
    4. Al-Wara’ (meninggalkan syubhat)
    5. Ar-Riyadhah (latihan diri)
    6. Al-Wafa’ (tepat janji)
    6. NAFSU MARDHIAH
    Nafsu ini tempatnya adalah “Al-Khafiy” ertinya Samar. Tempatnya dua jari dari samping susu kanan ke tengah dada. Pasukan-pasukannya Sebagai Berikut:
    1. Husnul-Khuluq (baik akhlaq)
    2. Tarku Maa Siwallah (meninggalkan selain Allah)
    3. Al-Luthfu Bil-Khalqi (lembut kepada makhluq)
    4. Hamluhum ‘Alash-Sholah (mengurus makhluk pada kebaikan)
    5. Shofhu ‘an Dzunubihim (mema’afkan kesalahan makhluk)
    6. Al-Mailu Ilaihim Li Ikhrojihim Min Dzulumati Thoba’ihim Wa Anfusihim Ila Anwari Arwahihim (mencintai makhluq dan cenderung perhatian kepada mereka guna mengeluarkannya dari kegelapan (keburukan) watak dan jiwa-jiwanya ke arah bercahayanya ruh-ruh mereka)
    7. NAFSU KAMILAH
    Nafsu Kamilah, ialah Nafsu yang sudah Sempurna (Kamil). Nafsu Kamilah tempatnya adalah “Al-Akhfa”, ertinya Sangat Samar. Tempatnya di tengah-tengah dada. Pasukan-pasukannya:
    1. Ilmul-Yaqin
    2. 'Ainul-Yaqin
    3. Haqqul-Yaqin
    (Kitab Qatris Al-Ghaisy fi Syarh Masa'il Abi Al-Laist, Dar Al-Kotob Al-ilmiyah Beirut hal 16-17).
    Demikianlah Serba Sedikit Singkat Penjelasan tentang Jenis Nafsu. Diingatkan bahwa, berdasarkan Klasifikasi Nafsu itu, Nafsu yang harus dikalahkan adalah Nafsu Amarah dan Lawwamah. Dan tidak ada Jalan yang Terbaik untuk Membersihkan Segenap Nafsu ini Melainkan dengan memperbanyak berzikir, (لا إله إلا الله) atau (الله الله الله), bershalawat kepada Nabi, kemudian patuh dan Rabithah kepada Mursyid yang 'Arif Billah.
    إلهي أنت مقصودي ورضاك مطلوبي اعطني محبتك ومعرفتك. اللهم إني اسئلك التوبة والإنابة والاستقامة على الشريعة الغراء والطريقة البيضاء برحمتك يا ارحم الراحمين.
    اللهم امين يارب العالمين. والسلام
    sila langgan ‪@naqshstudio‬
    #maratib #nafs #naqshbandi

ความคิดเห็น •