RAJA PERLIS KETURUNAN NABI SYAHID DALAM PERANG

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 9 ก.ย. 2024
  • .
    .
    .
    Duli Yang Maha Mulia Tuanku Said sirajudin ibni Almarhum Tuanku Said Putra Jamalulail berusia 81 tahun, diputerakan pada 17 mei 1943. Perlis merupakan satu satunya negeri beraja yang tidak menggunakan gelar Sultan.
    dipercayai jurai Jamalullail ini adalah dari keturunan mulia Nabi muhamad dari perkahwinan puteri baginda rasulullah Fatimah Az Zahra dengan saidina Ali bin Abi Talib, dari Nasab keturunan ini lah islam tersebar luas di asia tenggara, Sultan Dhiyaudin Mukarram Shah ke 2, yang memerintah Kedah dan Perlis ketika itu amat menghormati para ulama. apatah lagi apabila mengetahui keturunan said harun jamalulail berasal dari yaman bernasab Rasululah. tertarik dengan keperibadian ulama Syed Harun Jamalullail, baginda mengahwinkan beliau dengan puterinya serta melantik beliau sebagai Penghulu pertama Mukim Arau. Syed Harun jamalullail syahid dalam pertempuran sengit menentang kerajaan Sukothai dan British dalam siri perang musuh bisik 1821~1842. Baginda Raja Perlis, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin adalah raja ke 7 memerintah negeri Perlis setelah Kedah dan Perlis mencapai kemenangan dalam perang yang berlanjutan sehingga 21 tahun lamanya itu.
    Duli yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin mendirikan rumahtangga dengan Paduka Cucunda Sultan Terengganu ke 14. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Hajah Fauziah Almarhum Tengku Temenggong Tengku Abdul Rashid dan Bonda Tuanku Fauziah iaitu Allahyarham Tengku Petri adalah puteri Sultan Kelantan ke-26 iaitu Almarhum Sultan Ibrahim Petra ibni al-Marhum Sultan Muhammad IV yang memerintah dari tahun 1945 hingga 1960.
    Baginda berdua dikurniakan sepasang cahayamata Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Yang Amat Mulia Datok Seri Hajah Sarifah Fazira dan berbahagia bersama 4 orang paduka cucunda.
    ~dirujuk dari Pelbagai Sumber~
    -Wikipedia
    -Muzium Kelantan
    -Muzium Perlis
    -Buku bacaan di Perpustakaan Negeri Sabah
    -Buku sejarah Tingkatan 5
    -dll
    Daulat Tuanku

ความคิดเห็น • 4