Anak Syeikh Muhammad As Sharif, Syed Kamil dulu ustaz hasif, baru Syed Idris, Nijam Prof Syeik Abd Wahab At Tazi. Bila Syeikh datang Msia Utz Hafiz tak Datang pun Ziarah beliau.... Dari zaman budak dulu Maleh Utz ni. Tu yg Syeikh Murtadza selalu sobut.
Silap Anak Syed Muhammad As Sharif, Syed Hassan, baru Syed Kamil, lps tu Syed Idris adik Syed Kamil dan skrg adik syed Idris Sheikh Prof Dr Abd Wahab At Tazi, Syeikh Fuad Wakil Syeikh at Tazi dkt Msia dan Asia ni.
Assalamu'alaikum WBT الطريق الى الله ليس لمن سبق ولكن لمن صدق 1) Untuk makluman bersama, Tarekat Al-Ahmadiah Al-Idrisiah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah yang diamalkan di Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah di bawah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif B. Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza adalah disahkan sebagai Tarekat Muktabarah oleh Jilsah Turuq Sufiyyah, Jabatan Mufti Kerajaan N. Sembilan & Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan serta telah didaftarkan dibawah Enakmen 3 / Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005. Namun semakan mendapati tarekat yang pimpinan oleh individu yang maksudkan tersebut tidak termasuk dalam daftar pengiktirafan yang diakui sah yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Sebagai individu yang mengaku sebagai seorang yang bertasawuf, sudah pasti tanggungjawab kita supaya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT iaitu dengan mentaati Ulil Amri. 2) Segala kekeliruan, tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan kepada guru-guru kami yang bermula 6 tahun yang lepas, telah dijawab oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif di hadapan Jilsah Turuq Sufiyyah yang dipengerusikan oleh YB Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad sebelum kepimpinan tarekat ini diperakui sah dan diiktiraf. 3) Di dalam disiplin ilmu tarekat, seorang syeikh tarekat yang menghina syeikh tarekat yang lain adalah tanda bahawa kepimpinannya telah terbatal. Akhlak sesama manusia adalah tidak menghina sesama sendiri apatah lagi sekiranya yang dihina itu merupakan para ulama silam dan kekasih Allah SWT yang telah diiktiraf oleh ulama-ulama sezamannya. 4) Tanda sebenar-benarnya kasih dan hormat murid kepada syeikhnya adalah dengan tidak menghina guru tarekat murid yang lain. Jesteru itu, kami menasihati diri kami dan para ikhwan agar tidak membuang masa melayani isu-isu yang tidak memberikan sebarang manfaat serta dibimbangi kita tergelincir dari landasan tujuan sebenar kita bertarekat iaitu untuk mendapatkan keampunan Allah SWT. 5) Selain itu juga, kami juga faham akan disiplin ilmu tarekat bahawa perlantikan serta tarekat bukanlah secara syeikhiyyah (warisan keturunan) kerana perkara ini jelas disebutkan di dalam kitab-kitab rujukan kami antaranya kitab "Risalah Al-Fawaid" karangan Al-Arifbillah Syeikh Muhammad Said bin Syeikh Jamaluddin Al-Linggi r.a., Kitab "Pengantar Kepada Tarekat Ahmadiah" dan Kitab "Usul Asal Madrasah As-Saidiyyah" karangan Almarhum Tn Syeikh Hj. Ahmad r.a. Malah, ingatan ini seringkali ditekankan sendiri oleh Almarhum Sahibus Samahah Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza Rahimahullahu Ta'ala di dalam kuliah-kuliah mahupun secara individu. Beliau sering berpesan, bahawa Tarekat bukanlah suatu perniagaan maka tidak timbul dengki mendengki dan dakwaan siapa yang lebih utama.Tarekat juga bukan untuk mengumpul pengikut, yang penting di dalam bertarekat adalah kita melaksanakan tuntutan yang terbaik untuk berbakti pada agama Allah sebagai bekalan kita di sana. 6) Sukalah kiranya kami mengungkapkan semula pesanan YB Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad di dalam kata aluan kitab Risalah Al-Fawaid: "Bagi tarekat-tarekat yang berdaftar di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf Negeri, sewajarlah bersama-sama berusaha untuk menerapkan kefahaman yang lebih jelas bagi memajukan ummah dengan pengamalan agama yang luhur dan konsisten. Sebagaimana firman Allah SWT: وَأَلَّوِ ٱسْتَقَٰمُواْ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَٰهُم مَّآءً غَدَقًا (الجن : ١٦) Maksudnya: "Dan jikalau mereka itu beristiqamah di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami akan mengurniakan mereka rahmat yang melimpah ruah". 7) Sekiranya masih juga terdapat sebarang kekeliruan, ketidakpuasan hati atau percanggahan maklumat, bolehlah mengajukan pertanyaan / persoalan kepada Pendaftar Tarekat Tasawuf di Bahagian Tarekat Tasawuf, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan melalui alamat, telefon atau emel yang tertera di bawah: 📍Aras 15, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. ☎ 06-7652420 / 06-7652426 📠 06-7652427 💻 muftins@ns.gov.my Sekian, terima kasih. Salam Lebaran, Maaf Zahir & Batin.
Kitab tersebut telah diterbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan N. Sembilan pada tahun 2019 & telahpun didiskusikan sebanyak 2 kali. Pihak tuan boleh mendapatkan kitab tersebut di Madrasah As-Saidiyyah @ di Jabatan Mufti Kerajaan N. Sembilan.
Terima kasih. Insya Allah saya akan datang ke madrasah di Rasah lah begitu. Kitab Safinatussalaamah saya pun dah hilang. (Versi jawi asal berwarna hijau)
Apabila sah Iman & Islam, maka InsyaAllah akan masuk ke syurga. Adapun bertarekat adalah kaedah untuk mentahqiqkan keimanan kepada Allah dengan jalan dzauqi.
x semestinya . adapun tareqat nie jalan atau cara kita nk mengenal dan sampai ke tuhan . ikut laa tareqat apa sekali pun . xde masalah . jalan Allah swt nie luas . ikut kamu nak yg mana . yg penting smpai ke tuhan . beres
Terima kasih atas informasi nye.❤❤❤
Sama-sama Saudara
Alhamdulillah...🤲❤
terima kasih rindu kat arwah sheikh hj murtadza..ust byk kan zikir dan tarekat ahmadiah dalam u tube ni supaya dapatt hilang rindu
InsyaAllah
Almarhum Syaikh Hj Murtadza ni yang bekas Mufti Negeri Sembilan ya? Dan yg bercakap ni anak almarhum?
@@syahmiamir7305 benar
@@pondokrasah Terima kasih admin
@@syahmiamir7305 Sama-sama saudara
Anak Syeikh Muhammad As Sharif, Syed Kamil dulu ustaz hasif, baru Syed Idris, Nijam Prof Syeik Abd Wahab At Tazi.
Bila Syeikh datang Msia Utz Hafiz tak Datang pun Ziarah beliau.... Dari zaman budak dulu Maleh Utz ni.
Tu yg Syeikh Murtadza selalu sobut.
Silap Anak Syed Muhammad As Sharif, Syed Hassan, baru Syed Kamil, lps tu Syed Idris adik Syed Kamil dan skrg adik syed Idris Sheikh Prof Dr Abd Wahab At Tazi, Syeikh Fuad Wakil Syeikh at Tazi dkt Msia dan Asia ni.
Assalamu'alaikum WBT
الطريق الى الله ليس لمن سبق ولكن لمن صدق
1) Untuk makluman bersama, Tarekat Al-Ahmadiah Al-Idrisiah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah yang diamalkan di Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah di bawah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif B. Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza adalah disahkan sebagai Tarekat Muktabarah oleh Jilsah Turuq Sufiyyah, Jabatan Mufti Kerajaan N. Sembilan & Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan serta telah didaftarkan dibawah Enakmen 3 / Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005. Namun semakan mendapati tarekat yang pimpinan oleh individu yang maksudkan tersebut tidak termasuk dalam daftar pengiktirafan yang diakui sah yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Sebagai individu yang mengaku sebagai seorang yang bertasawuf, sudah pasti tanggungjawab kita supaya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT iaitu dengan mentaati Ulil Amri.
2) Segala kekeliruan, tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan kepada guru-guru kami yang bermula 6 tahun yang lepas, telah dijawab oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif di hadapan Jilsah Turuq Sufiyyah yang dipengerusikan oleh YB Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad sebelum kepimpinan tarekat ini diperakui sah dan diiktiraf.
3) Di dalam disiplin ilmu tarekat, seorang syeikh tarekat yang menghina syeikh tarekat yang lain adalah tanda bahawa kepimpinannya telah terbatal. Akhlak sesama manusia adalah tidak menghina sesama sendiri apatah lagi sekiranya yang dihina itu merupakan para ulama silam dan kekasih Allah SWT yang telah diiktiraf oleh ulama-ulama sezamannya.
4) Tanda sebenar-benarnya kasih dan hormat murid kepada syeikhnya adalah dengan tidak menghina guru tarekat murid yang lain. Jesteru itu, kami menasihati diri kami dan para ikhwan agar tidak membuang masa melayani isu-isu yang tidak memberikan sebarang manfaat serta dibimbangi kita tergelincir dari landasan tujuan sebenar kita bertarekat iaitu untuk mendapatkan keampunan Allah SWT.
5) Selain itu juga, kami juga faham akan disiplin ilmu tarekat bahawa perlantikan serta tarekat bukanlah secara syeikhiyyah (warisan keturunan) kerana perkara ini jelas disebutkan di dalam kitab-kitab rujukan kami antaranya kitab "Risalah Al-Fawaid" karangan Al-Arifbillah Syeikh Muhammad Said bin Syeikh Jamaluddin Al-Linggi r.a., Kitab "Pengantar Kepada Tarekat Ahmadiah" dan Kitab "Usul Asal Madrasah As-Saidiyyah" karangan Almarhum Tn Syeikh Hj. Ahmad r.a. Malah, ingatan ini seringkali ditekankan sendiri oleh Almarhum Sahibus Samahah Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza Rahimahullahu Ta'ala di dalam kuliah-kuliah mahupun secara individu. Beliau sering berpesan, bahawa Tarekat bukanlah suatu perniagaan maka tidak timbul dengki mendengki dan dakwaan siapa yang lebih utama.Tarekat juga bukan untuk mengumpul pengikut, yang penting di dalam bertarekat adalah kita melaksanakan tuntutan yang terbaik untuk berbakti pada agama Allah sebagai bekalan kita di sana.
6) Sukalah kiranya kami mengungkapkan semula pesanan YB Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad di dalam kata aluan kitab Risalah Al-Fawaid:
"Bagi tarekat-tarekat yang berdaftar di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf Negeri, sewajarlah bersama-sama berusaha untuk menerapkan kefahaman yang lebih jelas bagi memajukan ummah dengan pengamalan agama yang luhur dan konsisten. Sebagaimana firman Allah SWT:
وَأَلَّوِ ٱسْتَقَٰمُواْ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَٰهُم مَّآءً غَدَقًا (الجن : ١٦)
Maksudnya: "Dan jikalau mereka itu beristiqamah di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami akan mengurniakan mereka rahmat yang melimpah ruah".
7) Sekiranya masih juga terdapat sebarang kekeliruan, ketidakpuasan hati atau percanggahan maklumat, bolehlah mengajukan pertanyaan / persoalan kepada Pendaftar Tarekat Tasawuf di Bahagian Tarekat Tasawuf, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan melalui alamat, telefon atau emel yang tertera di bawah:
📍Aras 15, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
☎ 06-7652420 / 06-7652426
📠 06-7652427
💻 muftins@ns.gov.my
Sekian, terima kasih. Salam Lebaran, Maaf Zahir & Batin.
Assalamualaikum. Terima kasih. Saya belum pernah jumpa kitab AlFawaid itu dalam rumi. Kitab kuning tulisan jawi tu ada lah
Kitab tersebut telah diterbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan N. Sembilan pada tahun 2019 & telahpun didiskusikan sebanyak 2 kali. Pihak tuan boleh mendapatkan kitab tersebut di Madrasah As-Saidiyyah @ di Jabatan Mufti Kerajaan N. Sembilan.
Terima kasih. Insya Allah saya akan datang ke madrasah di Rasah lah begitu. Kitab Safinatussalaamah saya pun dah hilang. (Versi jawi asal berwarna hijau)
Shikh yng Johor Jalur mana shikh tupang tanya????
@@ghaibghuyubghuyub7722 Maaf kami tiada maklumat. Johor siapa gurunya?
Kalau tak ikut tarekat, tak masuk surga ke?
Apabila sah Iman & Islam, maka InsyaAllah akan masuk ke syurga. Adapun bertarekat adalah kaedah untuk mentahqiqkan keimanan kepada Allah dengan jalan dzauqi.
x semestinya . adapun tareqat nie jalan atau cara kita nk mengenal dan sampai ke tuhan . ikut laa tareqat apa sekali pun . xde masalah . jalan Allah swt nie luas . ikut kamu nak yg mana . yg penting smpai ke tuhan . beres