- 131
- 351 764
Madrasah As-Saidiyyah Pondok Rasah
Malaysia
เข้าร่วมเมื่อ 24 ธ.ค. 2009
Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera,
Channel TH-cam ini ditubuhkan bagi tujuan berkongsi video segala majlis ilmu/program yang berlangsung di Madrasah As-Saidiyyah / Pusat Pengamalan Tarekat Al-Ahmadiah Al-Idrisiah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah.
Madrasah As-Saidiyyah merupakan Pusat Pengamalan Tarekat Al-Ahmadiah Al-Idrisiah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah yang beralamat di Kampung Pondok Rasah, Seremban, Negeri Sembilan. Madrasah ini mengajar dan menyebarkan ilmu-ilmu Islam yang tradisional, ini tidaklah terkecuali dari mengajarkan ilmu Tasawuf, khususnya ajaran-ajaran al-Tariqah Al-Ahmadiah Al-Idrisiah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah.
Konsep pengajian di Madrasah As-Saidiyyah adalah seperti majlis ilmu @ takmir di masjid / surau serta terbuka untuk semua serta tiada penginapan disediakan. Pengajian Agama dan Majlis Zikir Mingguan dilaksanakan pada hari Selasa malam & Khamis malam manakala kelas Al-Quran pada hari Ahad malam.
Channel TH-cam ini ditubuhkan bagi tujuan berkongsi video segala majlis ilmu/program yang berlangsung di Madrasah As-Saidiyyah / Pusat Pengamalan Tarekat Al-Ahmadiah Al-Idrisiah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah.
Madrasah As-Saidiyyah merupakan Pusat Pengamalan Tarekat Al-Ahmadiah Al-Idrisiah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah yang beralamat di Kampung Pondok Rasah, Seremban, Negeri Sembilan. Madrasah ini mengajar dan menyebarkan ilmu-ilmu Islam yang tradisional, ini tidaklah terkecuali dari mengajarkan ilmu Tasawuf, khususnya ajaran-ajaran al-Tariqah Al-Ahmadiah Al-Idrisiah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah.
Konsep pengajian di Madrasah As-Saidiyyah adalah seperti majlis ilmu @ takmir di masjid / surau serta terbuka untuk semua serta tiada penginapan disediakan. Pengajian Agama dan Majlis Zikir Mingguan dilaksanakan pada hari Selasa malam & Khamis malam manakala kelas Al-Quran pada hari Ahad malam.
KEPENTINGAN MAJLIS HOL
Majlis Hol bukanlah bertujuan untuk bermegah-megah dan bukan juga untuk mewujudkan perasaan taksub kepada guru. Pengasas kedua Tarekat Ahmadiah, Sayyid Ibrahim bin Qadhi Soleh Al-Rasyid berpendapat bahawa majlis hol atau hawliyah adalah satu majlis untuk mendekatkan diri kepada Allah, memperingati dan mendoakan kesejahteraan para Masyayikh di alam barzakh. Selain itu, majlis hol ini adalah untuk para ikhwan mengambil iktibar dari perjalanan-perjalanan kerohanian para guru, manhaj, ilmu, amal dan akhlak mereka yang perlu kita contohi.
Sayyidi Syeikh Soleh Al-Ja'fari menegaskan bahawa bagi seseorang ikhwan Tarekat Ahmadiah yang ingin mencapai fana' fillah, ianya mestilah menanamkan sifat cinta dan kasih dengan sedalam-dalamnya ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ. Dan perasaan cinta dan kasih ini tidak akan wujud selagi mana ikhwan tersebut tidak mengasihi para gurunya.
Manakala menurut Syeikh Sayyid Ibn Idris Al-Hasan Al-Idrisi, majlis hol perlulah dilaksanakan dengan ringkas. Para ikhwan bersama-sama guru untuk memperbaiki amalan terutamanya dari segi sebutan dan susunan zikir, mencontohi akhlak guru dan berbincang dengan guru atas masalah-masalah yang ditempuhi.
Wallahua'lam.
☪️ Memahami Tarekat Tasawuf, Memperkasa Para Ikhwan, Memperteguh Institusi Tarekat
FB : assaidiyyah | Telegram : t.me/MadrasahAsSaidiyyah | WhatsApp : shorturl.at/a1lDV | TH-cam : www.youtube.com/@pondokrasah | Tiktok: www.tiktok.com/@madrasah.assaidiy/
Sayyidi Syeikh Soleh Al-Ja'fari menegaskan bahawa bagi seseorang ikhwan Tarekat Ahmadiah yang ingin mencapai fana' fillah, ianya mestilah menanamkan sifat cinta dan kasih dengan sedalam-dalamnya ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ. Dan perasaan cinta dan kasih ini tidak akan wujud selagi mana ikhwan tersebut tidak mengasihi para gurunya.
Manakala menurut Syeikh Sayyid Ibn Idris Al-Hasan Al-Idrisi, majlis hol perlulah dilaksanakan dengan ringkas. Para ikhwan bersama-sama guru untuk memperbaiki amalan terutamanya dari segi sebutan dan susunan zikir, mencontohi akhlak guru dan berbincang dengan guru atas masalah-masalah yang ditempuhi.
Wallahua'lam.
☪️ Memahami Tarekat Tasawuf, Memperkasa Para Ikhwan, Memperteguh Institusi Tarekat
FB : assaidiyyah | Telegram : t.me/MadrasahAsSaidiyyah | WhatsApp : shorturl.at/a1lDV | TH-cam : www.youtube.com/@pondokrasah | Tiktok: www.tiktok.com/@madrasah.assaidiy/
มุมมอง: 196
วีดีโอ
MAJLIS HOL AL-QUTUB AL-RAWI SAYYID MUHAMMAD BIN AHMAD AL-DANDARAWI (RA) - 1446 H | 2024 M
มุมมอง 2754 หลายเดือนก่อน
MAJLIS HOL AL-QUTUB AL-RAWI SAYYID MUHAMMAD BIN AHMAD AL-DANDARAWI (RA) 🕌 PENGASAS KE-3 TAREKAT AL-AHMADIAH AL-IDRISIAH AL-RASYIDIAH AL-DANDARAWIAH AL-MUHAMMADIAH 👳♀Pimpinan : Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif bin Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza [Syeikh Tarekat al-Ahmadiah al-Idrisiah al-Rasyidiah al-Dandarawiah | Ahli Jilsah Turuq Sufiyyah, Jabatan Mufti Kerajaan N. Sembilan] ~ BIOGRAFI RINGKAS AL-Q...
Jangan Tinggalkan Wirid & Pengenalan Hizib Kanzus Saadah
มุมมอง 3474 หลายเดือนก่อน
Disampaikan oleh: Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif bin Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza [Syeikh Tarekat Al-Ahmadiah Al-Idrisiah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah | Ahli Jilsah Turuq Sufiyyah, Jabatan Mufti Kerajaan N. Sembilan] Nasihat yang disampaikan kepada para ikhwan tarekat khususnya serta para Muslimin amnya agar tidak meninggalkan amalan Zikrullah dan wirid-wirid Tarekat supaya tujuan bertarekat senti...
SALAM MA’AL HIJRAH 1446H
มุมมอง 835 หลายเดือนก่อน
SALAM MA’AL HIJRAH 1446H | “Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (i...
Amanat & Nasihat Sempena Majlis Hol Al-Qutub Al-Nafis Sayyid Ahmad bin Idris Al Hasani RA 2024
มุมมอง 24110 หลายเดือนก่อน
Sambutan Hol bagi memperingati tokoh pengasas pertama Tarekat Al-Ahmadiah Al-Idrisiah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah Al-Muhammadiah, Sahib Al-Ahzab wa Al-Madad Al-Nafis Maulana Sayyidi Ahmad bin Idris Al-Hasani [RA], yang berlangsung di Surau Madrasah As-Saidiyyah, Kg. Pondok Rasah, Seremban pada 3 Februari 2024 (Sabtu) yang lalu. Amanat dan nasihat penting berkaitan perjalanan tarekat, ibrah kisa...
Kelebihan Zikrullah & Majlis Zikir
มุมมอง 624ปีที่แล้ว
Perkongsi beberapa kelebihan Zikrullah dan halaqah Zikir bersumberkan hadis riwayat Imam Al-Bukhari (Hadis 6407) dan hadis Sunan Al-Tirmidzi (Bab Ma Ja-a: Inna Lillahi Malaikatan Sayyahina fil Ardh) yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif bin Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza. FB: assaidiyyah | Telegram: t.me/MadrasahAsSaidiyyah | IG: pondokrasah
Majlis Hol Al-Allamah Tn. Syeikh Hj. Ahmad bin Syeikh Muhammad Said Al-Linggi Al-Dandarawi RA Ke-59
มุมมอง 439ปีที่แล้ว
Sambutan Hol bagi memperingati Mufti Pertama Kerajaan N. Sembilan, pengasas Madrasah As-Saidiyyah serta Syeikh Mursyid Tarekat Al-Ahmadiah Al-Idrisiah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah Al-Muhammadiah, Al-Allamah Tn. Syeikh Hj. Ahmad bin Syeikh Muhammad Said Al-Linggi Al-Dandarawi [RA], yang berlangsung di Surau Madrasah As-Saidiyyah, Kg. Pondok Rasah, Seremban pada 10 Jun 2023 (Sabtu) yang lalu. Sebe...
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444 H; 2023 M
มุมมอง 44ปีที่แล้ว
Mewakili Syeikh Tarekat Ahmadiah merangkap Penaung Madrasah As-Saidiyyah, seluruh Ahli Jawatankuasa Madrasah As-Saidiyyah ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri ~ Maaf Zahir & Batin buat para Ikhwan serta seluruh Muslimin dan Muslimat. Sambutlah hari raya dengan penuh kesederhanaan dan persediaan diri. [تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ صِيَامَنَا وَصِيَامَكُ...
Majlis Hol Sidi Muhammad bin Ahmad Al-Dandarawi RA
มุมมอง 6372 ปีที่แล้ว
Sedikit perkongsian oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif bin Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza berkenaan manaqib Sohibul Hol Al-Qutub Al-Rawi Al-Ustaz Sayyidi Muhammad bin Ahmad Al-Dandarawi RA. Al-Fadhil Ustaz juga menyampaikan amanat & nasihat kepada para ikhwan khususnya berkaitan baiah tarekat, sandaran amalan, tujuan dan tuntutan baiah yang sebenar. Selain itu, Al-Fadhil Ustaz turut mengumumkan pe...
Kelebihan Al-Tahlil
มุมมอง 6192 ปีที่แล้ว
Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif bin Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza membacakan kelebihan Al-Tahlil yang dipetik daripada kitab "Al-Qaul Al-Wafi bi ma Thabata fi Al-Zikri Al-Jali wa Al-Khafi" karangan Al-’Allamah Al-Syeikh Ahmad bin Al-’Allamah Al-Syeikh Muhammad Sa’id Al-Dandarawi RA. Kelebihan ini juga turut termuat di dalam kitab "Tanqih Al-Qaul fi Syarah Lubab Al-Hadith" karangan Al-’Allamah Al-Sy...
Pengajian Kitab Suratan (Siri 3)
มุมมอง 2352 ปีที่แล้ว
Pengajian Kitab Suratan yang Mengandungi Perbahasan Berzikir akan Allah Dengan Kuat; karangan Al-'Allamah Al-Syeikh Ahmad bin Al-'Allamah Al-Syeikh Muhammad Sa'id Al-Linggi Al-Dandarawi RA. Siri ke-3 kali ini membincangkan berkenaan persoalan dalam Surah Al-A'raf ayat 205 & Surah Al-Isra' ayat 110. Pengajian dan kupasan kitab disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif bin Dato' Syeikh Hj. Mohd...
Pengajian Kitab Suratan (Siri 2)
มุมมอง 4362 ปีที่แล้ว
Pengajian Kitab Suratan yang Mengandungi Perbahasan Berzikir akan Allah Dengan Kuat; karangan Al-'Allamah Al-Syeikh Ahmad bin Al-'Allamah Al-Syeikh Muhammad Sa'id Al-Linggi Al-Dandarawi RA. Siri ke-2 kali ini membincangkan berkenaan persoalan berkaitan golongan yang suka berzikir dengan nyaring dan suara yang kuat. Pengajian dan kupasan kitab disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif bin Dato...
Pengajian Kitab Suratan (Siri 1)
มุมมอง 2052 ปีที่แล้ว
Pengajian Kitab Suratan yang Mengandungi Perbahasan Berzikir akan Allah Dengan Kuat; karangan Al-'Allamah Al-Syeikh Ahmad bin Al-'Allamah Al-Syeikh Muhammad Sa'id Al-Linggi Al-Dandarawi RA. Pengajian dan kupasan kitab disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif bin Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza; Syeikh Tarekat Ahmadiah & Ahli Jilsah Turuq Sufiyyah, Jabatan Mufti Kerajaan N. Sembilan.
Tausiyah Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif di Majlis Hol Sayyidi Syeikh Soleh Al-Jaafari RA
มุมมอง 5682 ปีที่แล้ว
Majlis Hol Sayyidi Syeikh Soleh Al-Jaafari RA (Pengasas Tarekat Al-Jaafariyyah Al-Ahmadiah Al-Muhammadiah & Imam di Jami' Al-Azhar) - Majlis Hol Sayyidi Syeikh Soleh Al-Jaafari RA yang dipimpin oleh Al-Fadhil Dr. Shuhadak Mahmud (Khalifah Tarekat Al-Jaafariyyah & AJK Fatwa N. Sembilan) telah berlangsung pada 27 Mac 2022 (Ahad) yang lalu. Turut hadir dalam majlis untuk menyampaikan tausiyah iala...
MAJLIS HOL AL-ALLAMAH TN. SYEIKH HJ. AHMAD BIN SYEIKH MUHAMMAD SAID AL-LINGGI AL-DANDARAWI RA KE-58
มุมมอง 1.4K2 ปีที่แล้ว
Almarhum Al-'Allamah Tn. Syeikh Hj. Ahmad bin Syeikh Hj. Muhammad Sa'id Al-Linggi Al-Dandarawi RA telah menyarankan perkara-perkara yang sewajarnya dilakukan oleh Syeikh Tarekat Ahmadiah di majlis-majlis hol dan majlis-majlis zikir di antara lain beliau berkata: "Sebagaimana yang telah diadatkan bagi ahli Al-Tariqah Al-Ahmadiah bahawa mereka itu memperbuat akan hol bagi guru-guru mereka iaitu A...
MAJLIS HOL AL-QUTUB AL-WAHID SAYYIDI IBRAHIM BIN QADHI SALIH AL-RASYID [RA]
มุมมอง 3772 ปีที่แล้ว
MAJLIS HOL AL-QUTUB AL-WAHID SAYYIDI IBRAHIM BIN QADHI SALIH AL-RASYID [RA]
Biografi Al-Arifbillah Tuan Syeikh Muhammad Sa'id bin Syeikh Jamaluddin Al-Linggi Al-Melayuwi RA
มุมมอง 3.4K2 ปีที่แล้ว
Biografi Al-Arifbillah Tuan Syeikh Muhammad Sa'id bin Syeikh Jamaluddin Al-Linggi Al-Melayuwi RA
Amalan Ayat Syifa' oleh Al Imam Al Qusyairi RA
มุมมอง 4512 ปีที่แล้ว
Amalan Ayat Syifa' oleh Al Imam Al Qusyairi RA
KISAH TARBIYAH WALI ALLAH: SYEIKH ABU BAKAR AL-SYIBLI [رضي الله عنه]
มุมมอง 8572 ปีที่แล้ว
KISAH TARBIYAH WALI ALLAH: SYEIKH ABU BAKAR AL-SYIBLI [رضي الله عنه]
Silsilah Tarekat Ahmadiah & Cabang-Cabangnya
มุมมอง 8K3 ปีที่แล้ว
Silsilah Tarekat Ahmadiah & Cabang-Cabangnya
Selayang Pandang - Penganjuran Simposium Tarekat Tasawuf (Siri 1-8)
มุมมอง 2783 ปีที่แล้ว
Selayang Pandang - Penganjuran Simposium Tarekat Tasawuf (Siri 1-8)
Kisah Si Penggali Kubur : Syeikh Abdul Rahman Al Haffar
มุมมอง 7663 ปีที่แล้ว
Kisah Si Penggali Kubur : Syeikh Abdul Rahman Al Haffar
Jangan Tinggalkan Wirid & Pengenalan Hizib Kanzus Saadah
มุมมอง 1.4K3 ปีที่แล้ว
Jangan Tinggalkan Wirid & Pengenalan Hizib Kanzus Saadah
Cerdiknya Rasulullah S.A.W. - Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
มุมมอง 1.3K10 ปีที่แล้ว
Cerdiknya Rasulullah S.A.W. - Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Rezeki - Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
มุมมอง 1.6K10 ปีที่แล้ว
Rezeki - Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Haul Syeikh Muhammad Said Sheikh Jamaluddin al-Linggi
มุมมอง 6K11 ปีที่แล้ว
Haul Syeikh Muhammad Said Sheikh Jamaluddin al-Linggi
InsyaAllah... Allahumma la tukhrijna 'an nahji Asyadina li Akramin
Terima kasih atas informasi nye.❤❤❤
Sama-sama Saudara
Alhamdulillah syukur 🤲
Radhiyallahu anhu, wa nafa'na bi ulumihi wa amaddana bi madadihi, Amin Ya Rabbal Alamin
Alhamdulillah Allahumma Aamiin 🤲🤲🤲
Alhamdulillah..
Semoga kita dapat mengamalkan dengan istiqamah.. InsyaAllah
Salam Maal hijrah
Rindu amat majlis zikir Al-Marhum TUAN GURU SYEIKH MOHD FAIZ AL-LINGGI
Kalau tak ikut tarekat, tak masuk surga ke?
Apabila sah Iman & Islam, maka InsyaAllah akan masuk ke syurga. Adapun bertarekat adalah kaedah untuk mentahqiqkan keimanan kepada Allah dengan jalan dzauqi.
x semestinya . adapun tareqat nie jalan atau cara kita nk mengenal dan sampai ke tuhan . ikut laa tareqat apa sekali pun . xde masalah . jalan Allah swt nie luas . ikut kamu nak yg mana . yg penting smpai ke tuhan . beres
Alhamdulillah...🤲❤
Alhamdulillah d Aamiin 🤲🤲🤲
Aamin
Semoga Allah panjangkan & berkati umur Syeikh Hasif agar dpt kami menimba ilmu & berada di bawah pentarbiyahannya.
Aamiin
Alhamdulillah. Beliau ada lah cicit kekasih Allah wali Allah Yang Mulia Sheikh hj Md Said
Alhamdulilah 🤲🤲🤲 gurunya kpd Tn Sheikh Muhammad Said al Linggi..
Benar saudara
Anak Syeikh Muhammad As Sharif, Syed Kamil dulu ustaz hasif, baru Syed Idris, Nijam Prof Syeik Abd Wahab At Tazi. Bila Syeikh datang Msia Utz Hafiz tak Datang pun Ziarah beliau.... Dari zaman budak dulu Maleh Utz ni. Tu yg Syeikh Murtadza selalu sobut.
Silap Anak Syed Muhammad As Sharif, Syed Hassan, baru Syed Kamil, lps tu Syed Idris adik Syed Kamil dan skrg adik syed Idris Sheikh Prof Dr Abd Wahab At Tazi, Syeikh Fuad Wakil Syeikh at Tazi dkt Msia dan Asia ni.
Assalamu'alaikum WBT الطريق الى الله ليس لمن سبق ولكن لمن صدق 1) Untuk makluman bersama, Tarekat Al-Ahmadiah Al-Idrisiah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah yang diamalkan di Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah di bawah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif B. Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza adalah disahkan sebagai Tarekat Muktabarah oleh Jilsah Turuq Sufiyyah, Jabatan Mufti Kerajaan N. Sembilan & Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan serta telah didaftarkan dibawah Enakmen 3 / Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005. Namun semakan mendapati tarekat yang pimpinan oleh individu yang maksudkan tersebut tidak termasuk dalam daftar pengiktirafan yang diakui sah yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Sebagai individu yang mengaku sebagai seorang yang bertasawuf, sudah pasti tanggungjawab kita supaya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT iaitu dengan mentaati Ulil Amri. 2) Segala kekeliruan, tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan kepada guru-guru kami yang bermula 6 tahun yang lepas, telah dijawab oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif di hadapan Jilsah Turuq Sufiyyah yang dipengerusikan oleh YB Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad sebelum kepimpinan tarekat ini diperakui sah dan diiktiraf. 3) Di dalam disiplin ilmu tarekat, seorang syeikh tarekat yang menghina syeikh tarekat yang lain adalah tanda bahawa kepimpinannya telah terbatal. Akhlak sesama manusia adalah tidak menghina sesama sendiri apatah lagi sekiranya yang dihina itu merupakan para ulama silam dan kekasih Allah SWT yang telah diiktiraf oleh ulama-ulama sezamannya. 4) Tanda sebenar-benarnya kasih dan hormat murid kepada syeikhnya adalah dengan tidak menghina guru tarekat murid yang lain. Jesteru itu, kami menasihati diri kami dan para ikhwan agar tidak membuang masa melayani isu-isu yang tidak memberikan sebarang manfaat serta dibimbangi kita tergelincir dari landasan tujuan sebenar kita bertarekat iaitu untuk mendapatkan keampunan Allah SWT. 5) Selain itu juga, kami juga faham akan disiplin ilmu tarekat bahawa perlantikan serta tarekat bukanlah secara syeikhiyyah (warisan keturunan) kerana perkara ini jelas disebutkan di dalam kitab-kitab rujukan kami antaranya kitab "Risalah Al-Fawaid" karangan Al-Arifbillah Syeikh Muhammad Said bin Syeikh Jamaluddin Al-Linggi r.a., Kitab "Pengantar Kepada Tarekat Ahmadiah" dan Kitab "Usul Asal Madrasah As-Saidiyyah" karangan Almarhum Tn Syeikh Hj. Ahmad r.a. Malah, ingatan ini seringkali ditekankan sendiri oleh Almarhum Sahibus Samahah Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza Rahimahullahu Ta'ala di dalam kuliah-kuliah mahupun secara individu. Beliau sering berpesan, bahawa Tarekat bukanlah suatu perniagaan maka tidak timbul dengki mendengki dan dakwaan siapa yang lebih utama.Tarekat juga bukan untuk mengumpul pengikut, yang penting di dalam bertarekat adalah kita melaksanakan tuntutan yang terbaik untuk berbakti pada agama Allah sebagai bekalan kita di sana. 6) Sukalah kiranya kami mengungkapkan semula pesanan YB Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad di dalam kata aluan kitab Risalah Al-Fawaid: "Bagi tarekat-tarekat yang berdaftar di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf Negeri, sewajarlah bersama-sama berusaha untuk menerapkan kefahaman yang lebih jelas bagi memajukan ummah dengan pengamalan agama yang luhur dan konsisten. Sebagaimana firman Allah SWT: وَأَلَّوِ ٱسْتَقَٰمُواْ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَٰهُم مَّآءً غَدَقًا (الجن : ١٦) Maksudnya: "Dan jikalau mereka itu beristiqamah di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami akan mengurniakan mereka rahmat yang melimpah ruah". 7) Sekiranya masih juga terdapat sebarang kekeliruan, ketidakpuasan hati atau percanggahan maklumat, bolehlah mengajukan pertanyaan / persoalan kepada Pendaftar Tarekat Tasawuf di Bahagian Tarekat Tasawuf, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan melalui alamat, telefon atau emel yang tertera di bawah: 📍Aras 15, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. ☎ 06-7652420 / 06-7652426 📠 06-7652427 💻 muftins@ns.gov.my Sekian, terima kasih. Salam Lebaran, Maaf Zahir & Batin.
Al Fatehah
Tempat yg di berkati
Mudah2an.. Amin
Assalamualaikum wbt tuan,ada x perawat utk ruqyah org2 brmslh dkt pondok rsh?
Masalah apa ya Tn?
رضي الله عنه
Amin
Aku hairan mengapa ada yang masih lagi ingin mencabang-cabangkan lagi Tarekat Ahmadiah padahal adakah Sayyid Ahmad redha akan Tarekatnya berpecah-pecah?
~Persoalan Mengenai Kepelbagaian Tarekat Serta Cabang-Cabangnya & Dimanakah Letaknya Kebenaran Sesuatu Tarekat~: "Tarekat itu begitu banyak / pelbagai, maka para Ahlilah dalam ilmu ini mengatakan bahawa, اعلم أنّ الطرق إلى الله بعدد أنفاس الخلائق “Ketahuilah bahawasanya Tarekat / Jalan menuju Allah itu sebanyak bilangan nafas makhluk”. Tidak penting apakah nama tarekat yang kita ikuti, yang lebih penting adalah samada tarekat yang kita ikuti itu adalah sejalan dengan Al-Quran & Sunnah, mengikuti syariat yang telah ditetapkan oleh Allah ﷻ dan juga menepati adab yang disepakati oleh para Ahlillah. Kemudian kesungguhanmu dan keyakinanmu terhadap jalan tarekat yang kamu lalui itulah yang akan menyampaikan kamu kepada Allah ﷻ. Maka kita berada dalam tarekat apapun dan juga bersama Murabbi atau Syeikh yang manapun di dalam menempuhi jalan menuju Allah ini yang lebih penting adalah bagaimana kebenaran tarekat tersebut terhadap kesesuaiannya dengan syariat. الطريق الى الله ليس لمن سبق ولكن لمن صدق Tarekat itu bukanlah bagi mereka yang telah memasukinya terlebih dahulu (ikhwan-ikhwan lama/tua), tetapi adalah bagi mereka yang sadiq dan bersungguh-sungguh dengan penuh yakin". - [Syaikh Muhammad Muwaffaq Bin Ali Al-Murobi' - Tabligh Akbar “Bicara Tasawuf dalam Pandangan Ulama Hadits” di Pekanbaru, Riau pada 16 September 2016]. - "Tidak dapat dielakkan bahawa tarekat ini pastinya bercabang-cabang pecahannya, daripada seorang guru kemudian dikembangkan lagi (oleh pewaris-pewaris jalan kesufian). Demikianlah diibaratkan seperti buah getah (yang pecah apabila matang dan bertebaran benihnya ke merata tempat). Yang paling penting adalah mengikuti syariat. Ikutilah mana-mana tarekat yang sesuai dengan diri masing-masing. Ada orang yang sesuai dengan kumpulan itu, maka dia ikuti. Jadi pertama sekali adalah untuk memastikan kesahihan tarekat itu". "Keduanya adalah keserasian dengan diri. Ini berdasarkan contoh; Syeikh Ahmad Khatib Sambas semasa beliau pergi ke Makkah, bapa angkatnya adalah Syeikh Daud Al-Fathani satu tokoh besar yang memegang beberapa silsilah tarekat yang utama masyhurnya Tarekat Syattariyah. Walaupun Syeikh Ahmad Khatib Sambas terkenal sebagai anak angkat dan anak didiknya, namun Syeikh Daud Al-Fathani tahu bahawa rezeki anak muridnya tersebut di dalam jalan kerohanian bukanlah di tangannya / di bawah tarbiyahnya. Maka Syeikh Ahmad Khatib Sambas disuruh oleh Syeikh Daud Al-Fathani untuk belajar kepada Syeikh Syamsuddin. Demikianlah disebutkan tentang hal keserasian. Syeikh Ahmad Khatib Sambas dikemudian hari terkenal dengan Tarekat Al-Qadiriyyah wan-Naqsyabandiyyah. Yang penting tarekat yang sohih, tarekat yang benar". "Kemudian yang lebih penting daripada itu, sekalipun terdapat kepelbagaian cabang tarekat, asalkan dia benar dari segi silsilah dan perjalanannya, guru-gurunya dan kaedah-kaedahnya maka ikutilah mana-mana yang sesuai. Cuma berpeganglah pada satu perkara yang diingatkan oleh Shah Waliyullah Ad-Dahlawi; "antara adab-adab seorang murid itu ialah dia tidak akan banyak bercakap dalam melebihkan tarekat itu dengan tarekat ini". Bacalah di dalam Al-Qulul Jamil antara penyebab rosaknya murid-murid adalah kerana dia banyak mentahzirkan keburukan dan kelebihan tarekat tertentu. Murid perlu belajar, kerana tarekat ini membawa kita untuk cermin diri dan bukannya cermin orang lain. Wallahu Ta'ala a'lam". - [Prof. Madya Dr. Abdul Manam bin Mohammad Al-Merbawi - Simposium Tarekat Tasawuf Siri Ke-8 di Madrasah As-Saidiyyah pada 9 September 2017] Semoga kita semua dikurniakan kefahaman yang benar oleh Allah ﷻ serta diberikan kekuatan untuk mengamalkannya dengan ikhlas Lillahi wa lirasulihi.
Saya ada satu naskhah tu سفينت😊 السلامة
Alhamdulillah
Masa muda saya ada beli beberapa kitab karangan beliau terutama berkaitan amalan harian..seperti کنزالسعيد dan beberapa kitab lain ( dah lupa namanya)nama
Maksud tuan, Kanzul Muid kan?
Yg Sheikh Tareqat Ahmadiah hari ni Prof Dr Abd Wahab At Tazi ibn Syyed Hassan ibn Syeikh Muhammad As Sharif ibn Syeikh Abd Al' ibn Syyed Ahmad ibn Idris.
Assalamu'alaikum WBT الطريق الى الله ليس لمن سبق ولكن لمن صدق 1) Untuk makluman bersama, Tarekat Al-Ahmadiah Al-Idrisiah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah yang diamalkan di Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah di bawah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif B. Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza adalah disahkan sebagai Tarekat Muktabarah oleh Jilsah Turuq Sufiyyah, Jabatan Mufti Kerajaan N. Sembilan & Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan serta telah didaftarkan dibawah Enakmen 3 / Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005. Namun semakan mendapati tarekat yang pimpinan oleh individu yang maksudkan tersebut tidak termasuk dalam daftar pengiktirafan yang diakui sah yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Sebagai individu yang mengaku sebagai seorang yang bertasawuf, sudah pasti tanggungjawab kita supaya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT iaitu dengan mentaati Ulil Amri. 2) Segala kekeliruan, tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan kepada guru-guru kami yang bermula 5 tahun yang lepas, telah dijawab oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif di hadapan Jilsah Turuq Sufiyyah yang dipengerusikan oleh YB Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad sebelum kepimpinan tarekat ini diperakui sah dan diiktiraf. 3) Di dalam disiplin ilmu tarekat, seorang syeikh tarekat yang menghina syeikh tarekat yang lain adalah tanda bahawa kepimpinannya telah terbatal. Akhlak sesama manusia adalah tidak menghina sesama sendiri apatah lagi sekiranya yang dihina itu merupakan para ulama silam dan kekasih Allah SWT yang telah diiktiraf oleh ulama-ulama sezamannya. 4) Tanda sebenar-benarnya kasih dan hormat murid kepada syeikhnya adalah dengan tidak menghina guru tarekat murid yang lain. Jesteru itu, kami menasihati diri kami dan para ikhwan agar tidak membuang masa melayani isu-isu yang tidak memberikan sebarang manfaat serta dibimbangi kita tergelincir dari landasan tujuan sebenar kita bertarekat iaitu untuk mendapatkan keampunan Allah SWT. 5) Selain itu juga, kami juga faham akan disiplin ilmu tarekat bahawa perlantikan serta tarekat bukanlah secara syeikhiyyah (warisan keturunan) kerana perkara ini jelas disebutkan di dalam kitab-kitab rujukan kami antaranya kitab "Risalah Al-Fawaid" karangan Al-Arifbillah Syeikh Muhammad Said bin Syeikh Jamaluddin Al-Linggi r.a., Kitab "Pengantar Kepada Tarekat Ahmadiah" dan Kitab "Usul Asal Madrasah As-Saidiyyah" karangan Almarhum Tn Syeikh Hj. Ahmad r.a. Malah, ingatan ini seringkali ditekankan sendiri oleh Almarhum Sahibus Samahah Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza Rahimahullahu Ta'ala di dalam kuliah-kuliah mahupun secara individu. Beliau sering berpesan, bahawa Tarekat bukanlah suatu perniagaan maka tidak timbul dengki mendengki dan dakwaan siapa yang lebih utama.Tarekat juga bukan untuk mengumpul pengikut, yang penting di dalam bertarekat adalah kita melaksanakan tuntutan yang terbaik untuk berbakti pada agama Allah sebagai bekalan kita di sana. 6) Sukalah kiranya kami mengungkapkan semula pesanan YB Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad di dalam kata aluan kitab Risalah Al-Fawaid: "Bagi tarekat-tarekat yang berdaftar di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf Negeri, sewajarlah bersama-sama berusaha untuk menerapkan kefahaman yang lebih jelas bagi memajukan ummah dengan pengamalan agama yang luhur dan konsisten. Sebagaimana firman Allah SWT: وَأَلَّوِ ٱسْتَقَٰمُواْ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَٰهُم مَّآءً غَدَقًا (الجن : ١٦) Maksudnya: "Dan jikalau mereka itu beristiqamah di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami akan mengurniakan mereka rahmat yang melimpah ruah". 7) Sekiranya masih juga terdapat sebarang kekeliruan, ketidakpuasan hati atau percanggahan maklumat, bolehlah mengajukan pertanyaan / persoalan kepada Pendaftar Tarekat Tasawuf di Bahagian Tarekat Tasawuf, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan melalui alamat, telefon atau emel yang tertera di bawah: 📍Aras 15, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. ☎ 06-7652420 / 06-7652426 📠 06-7652427 💻 muftins@ns.gov.my Sekian, terima kasih. Salam Lebaran, Maaf Zahir & Batin.
Main Tibai je Faktanya ye Hasif, ikut dan yo, addoiii JahanaMMM..
الطريق الى الله ليس لمن سبق ولكن لمن صدق
Tareqat Ahmadiah ni pengasasnya Sayyidi Ahmad ibn Idris ustaz. Ustaz hafiz, jadi wakil Syeih Tareqat Ahmadiah dalam kawasan Rasah je kan. Itu yg saya dimaklumkan oleh Utz Jabatan Mufti yg menguruskan Tareqat ni. Saya nak tanya, siapa Syeikh Tareqat Ahmadiah bg kaw Asia Tenggara yg menggantikan Almarhum Syeikh Murtadza, yg diiktiraf oleh Adarasah Ahmadiah dunia, yg mana Syeikh Tareqat Ahmadiah dunia yg diiktiraf hatri ni, Syeikh Prof Dr Abd Wahab At Tazi. Harap ustaz pun pergi lah Ziarah Syeikh tersebut, jgn suruh org je ziarah Syeikh Rasah ni je. Ops satu lagi, bapa saudara ustaz, Dato' Hj Abu Ubaidah bin Dato' Hj Redho, adalah wakil Syeikh Tareqat Ahmadiah di Seremban, pergi lah ustaz hafiz ziarah, jgn lah Ego. Almarhum Syeikh Murtadza dulu, pentigkan anak2 buah ni pg ziarah pak2 sedago. Nasib baik jab mufti ns, adakan jawatan Syeikh tareqat kaw Rasah, sebenarnya sebab mereka hormat Allahyarham Syekh Murtadza. .
Assalamu'alaikum WBT الطريق الى الله ليس لمن سبق ولكن لمن صدق 1) Untuk makluman bersama, Tarekat Al-Ahmadiah Al-Idrisiah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah yang diamalkan di Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah di bawah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif B. Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza adalah disahkan sebagai Tarekat Muktabarah oleh Jilsah Turuq Sufiyyah, Jabatan Mufti Kerajaan N. Sembilan & Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan serta telah didaftarkan dibawah Enakmen 3 / Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005. Namun semakan mendapati tarekat yang dipimpin oleh individu yang maksudkan oleh saudara tersebut tidak termasuk dalam daftar pengiktirafan yang diakui sah yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Sebagai individu yang mengaku sebagai seorang yang bertasawuf, sudah pasti tanggungjawab kita supaya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Allah SWT iaitu dengan mentaati Ulil Amri. 2) Segala kekeliruan, tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan kepada guru-guru kami yang bermula 6 tahun yang lepas, telah dijawab oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif di hadapan Jilsah Turuq Sufiyyah yang dipengerusikan oleh YB Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad sebelum kepimpinan tarekat ini diperakui sah dan diiktiraf. 3) Di dalam disiplin ilmu tarekat, seorang syeikh tarekat yang menghina syeikh tarekat yang lain adalah tanda bahawa kepimpinannya telah terbatal. Akhlak sesama manusia adalah tidak menghina sesama sendiri apatah lagi sekiranya yang dihina itu merupakan para ulama silam dan kekasih Allah SWT yang telah diiktiraf oleh ulama-ulama sezamannya. 4) Tanda sebenar-benarnya kasih dan hormat murid kepada syeikhnya adalah dengan tidak menghina guru tarekat murid yang lain. Justeru itu, kami menasihati diri kami dan para ikhwan agar tidak membuang masa melayani isu-isu yang tidak memberikan sebarang manfaat serta dibimbangi kita tergelincir dari landasan tujuan sebenar kita bertarekat iaitu untuk mendapatkan keampunan Allah SWT. 5) Selain itu juga, kami juga faham akan disiplin ilmu tarekat bahawa perlantikan serta tarekat bukanlah secara syeikhiyyah (warisan keturunan) kerana perkara ini jelas disebutkan di dalam kitab-kitab rujukan kami antaranya kitab "Risalah Al-Fawaid" karangan Al-Arifbillah Syeikh Muhammad Said bin Syeikh Jamaluddin Al-Linggi r.a., Kitab "Pengantar Kepada Tarekat Ahmadiah" dan Kitab "Usul Asal Madrasah As-Saidiyyah" karangan Almarhum Tn Syeikh Hj. Ahmad r.a. Malah, ingatan ini seringkali ditekankan sendiri oleh Almarhum Sahibus Samahah Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza Rahimahullahu Ta'ala di dalam kuliah-kuliah mahupun secara individu. Beliau sering berpesan, bahawa Tarekat bukanlah suatu perniagaan maka tidak timbul dengki mendengki dan dakwaan siapa yang lebih utama. Tarekat juga bukan untuk mengumpul pengikut, yang penting di dalam bertarekat adalah kita melaksanakan tuntutan yang terbaik untuk berbakti pada agama Allah sebagai bekalan kita di sana. 6) Sukalah kiranya kami mengungkapkan semula pesanan YB Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad di dalam kata aluan kitab Risalah Al-Fawaid: "Bagi tarekat-tarekat yang berdaftar di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf Negeri, sewajarlah bersama-sama berusaha untuk menerapkan kefahaman yang lebih jelas bagi memajukan ummah dengan pengamalan agama yang luhur dan konsisten. Sebagaimana firman Allah SWT: وَأَلَّوِ ٱسْتَقَٰمُواْ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَٰهُم مَّآءً غَدَقًا (الجن : ١٦) Maksudnya: "Dan jikalau mereka itu beristiqamah di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami akan mengurniakan mereka rahmat yang melimpah ruah". 7) Sekiranya masih juga terdapat sebarang kekeliruan, ketidakpuasan hati atau percanggahan maklumat, bolehlah mengajukan pertanyaan / persoalan kepada Pendaftar Tarekat Tasawuf di Bahagian Tarekat Tasawuf, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan melalui alamat, telefon atau emel yang tertera di bawah: 📍Aras 15, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. ☎ 06-7652420 / 06-7652426 📠 06-7652427 💻 muftins@ns.gov.my Sekian, terima kasih. Wassalam.
Utz Hasif dpt zikir kanz saadah ni dkt mana ? Zikir ni dah lama ada kat Rasah, tapi tak ada siapa yg bawak.... Siapa yg mula2 bawak dkt NS ni.... baik utz ikut je orang yg mula2 bawak tu... buang lah Ego tu ustaz.
Assalamu'alaikum WBT الطريق الى الله ليس لمن سبق ولكن لمن صدق 1) Untuk makluman bersama, Tarekat Al-Ahmadiah Al-Idrisiah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah yang diamalkan di Madrasah As-Saidiyyah, Kampung Pondok Rasah di bawah pimpinan Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif B. Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza adalah disahkan sebagai Tarekat Muktabarah oleh Jilsah Turuq Sufiyyah, Jabatan Mufti Kerajaan N. Sembilan & Jawatankuasa Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan serta telah didaftarkan dibawah Enakmen 3 / Enakmen Tarekat Tasawuf (Negeri Sembilan) 2005. 2) Segala kekeliruan, tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan kepada guru-guru kami yang bermula 5 tahun yang lepas, telah dijawab oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif di hadapan Jilsah Turuq Sufiyyah yang dipengerusikan oleh YB Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad sebelum kepimpinan tarekat ini diperakui sah dan diiktiraf. 3) Di dalam disiplin ilmu tarekat, seorang syeikh tarekat yang menghina syeikh tarekat yang lain adalah tanda bahawa kepimpinannya telah terbatal. Akhlak sesama manusia adalah tidak menghina sesama sendiri apatah lagi sekiranya yang dihina itu merupakan para ulama silam dan kekasih Allah SWT yang telah diiktiraf oleh ulama-ulama sezamannya. 4) Tanda sebenar-benarnya kasih dan hormat murid kepada syeikhnya adalah dengan tidak menghina guru tarekat murid yang lain. Jesteru itu, kami menasihati diri kami dan para ikhwan agar tidak membuang masa melayani isu-isu yang tidak memberikan sebarang manfaat serta dibimbangi kita tergelincir dari landasan tujuan sebenar kita bertarekat iaitu untuk mendapatkan keampunan Allah SWT. 5) Selain itu juga, kami juga faham akan disiplin ilmu tarekat bahawa perlantikan serta tarekat bukanlah secara syeikhiyyah (warisan keturunan) kerana perkara ini jelas disebutkan di dalam kitab-kitab rujukan kami antaranya kitab "Risalah Al-Fawaid" karangan Al-Arifbillah Syeikh Muhammad Said bin Syeikh Jamaluddin Al-Linggi r.a., Kitab "Pengantar Kepada Tarekat Ahmadiah" dan Kitab "Usul Asal Madrasah As-Saidiyyah" karangan Almarhum Tn Syeikh Hj. Ahmad r.a. Malah, ingatan ini seringkali ditekankan sendiri oleh Almarhum Sahibus Samahah Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza Rahimahullahu Ta'ala di dalam kuliah-kuliah mahupun secara individu. Beliau sering berpesan, bahawa Tarekat bukanlah suatu perniagaan maka tidak timbul dengki mendengki dan dakwaan siapa yang lebih utama.Tarekat juga bukan untuk mengumpul pengikut, yang penting di dalam bertarekat adalah kita melaksanakan tuntutan yang terbaik untuk berbakti pada agama Allah sebagai bekalan kita di sana. 6) Sukalah kiranya kami mengungkapkan semula pesanan YB Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sahibus Samahah Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad di dalam kata aluan kitab Risalah Al-Fawaid: "Bagi tarekat-tarekat yang berdaftar di bawah Enakmen Tarekat Tasawuf Negeri, sewajarlah bersama-sama berusaha untuk menerapkan kefahaman yang lebih jelas bagi memajukan ummah dengan pengamalan agama yang luhur dan konsisten. Sebagaimana firman Allah SWT: وَأَلَّوِ ٱسْتَقَٰمُواْ عَلَى ٱلطَّرِيقَةِ لَأَسْقَيْنَٰهُم مَّآءً غَدَقًا (الجن : ١٦) Maksudnya: "Dan jikalau mereka itu beristiqamah di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami akan mengurniakan mereka rahmat yang melimpah ruah". 7) Sekiranya masih juga terdapat sebarang kekeliruan, ketidakpuasan hati atau percanggahan maklumat, bolehlah mengajukan pertanyaan / persoalan kepada Pendaftar Tarekat Tasawuf di Bahagian Tarekat Tasawuf, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan melalui alamat, telefon atau emel yang tertera di bawah: 📍Aras 15, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. ☎ 06-7652420 / 06-7652426 📠 06-7652427 💻 muftins@ns.gov.my Sekian, terima kasih. Salam Ramadan & Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
Apa beza amalan dan sanad dgn Dato Muhammad Fuad Kamaluddin..
beza guru & tarbiyah tarekat.
@@pondokrasah beza guru maklum..tetapi beza tarbiyah itu yg tidak tahu...adakah cara didikan atau cara amalan..
@@lompatikam iya, berbeza cara pendekatan didikan, amalan, dan lain-lain... Lazimnya, kaedah tarbiyah yg diterapkan oleh para Syeikh disini berdasarkan jalur Ahmadiah Rasyidiah Dandarawiah...
terima kasih rindu kat arwah sheikh hj murtadza..ust byk kan zikir dan tarekat ahmadiah dalam u tube ni supaya dapatt hilang rindu
InsyaAllah
Almarhum Syaikh Hj Murtadza ni yang bekas Mufti Negeri Sembilan ya? Dan yg bercakap ni anak almarhum?
@@syahmiamir7305 benar
@@pondokrasah Terima kasih admin
@@syahmiamir7305 Sama-sama saudara
ALHAMDULILLAH WA SYUKRULILLAAAH
Kurniaan Allah kepada mereka yang terpilih
Masyaallah Tarekat negeri sembilan memang kuat ahli sufi dan tasawwuf
Jasa & jariah para ulama pendahulu di negeri bertuah ini. Al-Fatihah.
23:01 Kenapa admin pergi cut azan subuh to haah bongok lah
Sila jaga bahasa & kelakuan anda. Anda sedang menonton video dokumentari biografi ulama dan bukan video waktu solat tertentu. Pihak admin hanya mengulang siar video milik pihak RTM dan admin sebelumnya sahaja. Terima kasih.
Alhamdulillah..
Dah lah harap padamlah komen pertelagahan ini tak manis dibaca viewer. Benda dah lepas. Harap berdamai lah kedua pihak - saudara jauh
Ustaz, nak tanya kenapa dlm kanzuz saadah bab selawat tidak dimasukkan Selawat Ibrahimiah yg Nabi ajar dan kita baca dlm solat. Nak pencerahan utk pengetahuan
Amalan Kanzus Saadah merupakan antara wirid-wirid khusus yg disusun atas ijtihad pendiri Tarekat Ahmadiah sendiri yakni Sayyidi Ahmad bin Idris RA. Wallahu a'lam.
Mcm mane sy nk ambil ijazah kanzus sa'adah
Sekiranya saudara berminat untuk belajar Fadhu Ain & beramal dengan tarekat dgn bimbingan Syeikh Mursyid, saudara dijemput hadir ke Madrasah As-Saidiyyah. Adapun berbaiah Tarekat atau mendapatkan ijazah amalan-amalan tarekat, saudara boleh bertemu terus dengan Syeikh Tarekat yakni Al-Fadhil Ustaz Mohd Hasif bin Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza.
Syeikh izzudin abd salam tu sultan ulama klu x salah sy....
Benar, gelaran yang diberikan oleh para Ulama Syafieyyah
Era 90an teringat arwah tn hj nawi di surau tmn tok wan
Terima kasih do atas ingatan ustaz Hasif
Semoga kita sama-sama mendapat manfaat
ALHAMDULILLAH WA SYUKRULILLAAAH
ALHAMDULILLAH WA SYUKRULILLAAAH
ALHAMDULILLAH WA SYUKRULILLAAAH
ALHAMDULILLAH WA SYUKRULILLAAAH
Alhamdulillah wa Syukrulillaah
Allahu Akbar !!
Syukur alhmdulillah ado penjelasan..
Era 90an 😅👍👍👍... Deep
Alhamdulillah 👍👍👍👍👍😘😊
Semoga bermanfaat
Benar sekali, kita mengikut jejak mereka melalui ilmu dan amalan yang mereka beri supaya kita sampai martabat yang baik di sisi Allah