Mesin jahit tepi 3 benang 1 jarum

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 25 พ.ย. 2021
  • 🙋🏽‍♂️Hi selamat menjahit semua.
    .
    💁🏻‍♂️Hari ini viky nak share sedikit info tentang perbezaan dan kesesuaian mesin jahit tepi ikut cara guna.
    .
    💁🏻‍♂️Mesin jahit tepi ada 3 jenis yang lazim digunakan.
    .
    💁🏻‍♂️No1️⃣.mesin jahit tepi 3 benang 1 jarum
    Mesin ini digunakan untuk buat hasil jahit tepi biasa/hasil jahit tepi kasar.
    .
    💁🏻‍♂️Sesuai untuk jahit semua jenis kain.
    Hasil ini sudah cukup untuk kemaskan hujung kain.
    .
    💁🏻‍♂️Selain jahit tepi kasar,mesin jahit tepi 3 benang 1 jarum juga boleh ditukar tapak jahitan untuk menjahit hasil jahit tepi halus seperti dihujung tudung.
    .
    💁🏻‍♂️Walaupun ia adalah hasil yang banyak digunakan tetapi dengan mesin jahit tepi 3 benang 1 jarum tukang jahit tiada dapat melakukan kerja mencantum kain dengan sekali jalan.
    .
    💁🏻‍♂️Untuk mencantum kain tukang jahit perlu membuat 2 kerja ia itu menjahit hasil jahit tepi 3 benang 1 jarum dan untuk mengukuhkan/cantum perlu menjahit lurus sekali lagi.
    .
    💁🏻‍♂️Ini adalah sebab utama mesin jahit tepi 3 benang 1 jarum kurang digunakan dikilang dimana ia memakan masa menjahit.
    🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
    No2️⃣.mesin jahit tepi 4 benang 2 jarum
    💁🏻‍♀️Mesin ini boleh melakukan hasil jahit tepi cantum kain dengan satu proses jahitan.
    .
    💁🏻‍♀️Hasil cantuman 4 benang 2 jarum lebih kuat dan sangat sesuai untuk kain jenis bergetah.
    Ini adalah sebab utama hasil ini digunakan untuk menjahit T-shirt dan hasil cantuman untuk kain-kain bergetah.
    .
    💁🏻‍♀️Selain cantuman yang kukuh,hasil jahit tepi 4 benang 2 jarum juga dapat menjimatkan kos produksi dan masa menjahit.
    .
    💁🏻‍♀️Hasil jahit tepi 4 benang 2 jarum, mempunyai lebar jahitan dari 5mm-8mm sahaja.
    .
    💁🏻‍♀️Ia tidak memakan kain berlebihan dan dengan hasil ini sudah mencukupi untuk mencantum kain dengan kukuh.
    .
    💁🏻‍♀️Selain 4 benang 2 jarum,mesin sama juga dapat membuat hasil jahit tepi 3 benang 1 jarum.
    Dengan mengeluarkan satu jarum,satu benang.
    Tukang jahit dapat membuat hasil jahit tepi biasa.
    .
    💁🏻‍♀️Selain ini mesin jahit tepi 4 benang 2 jarum juga dapat membuat hasil jahit tepi halus seperti dihujung tudung.
    .
    💁🏻‍♀️Mesin jahit tepi 4 benang 2 jarum,boleh membuat 3 jenis hasil iaitu tepi cantum,tepi biasa dan tepi halus.
    🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻
    No3️⃣.Mesin jahit tepi 5 benang 2 jarum
    💁🏻Mesin ini adalah mesin jahit tepi cantum kain dimana ia lebih lebar dan mempunyai ciri istimewa berbanding dengan mesin jahit tepi 4 benang 2 jarum.
    .
    💁🏻Hasil jahit tepi 5 benang 2 jarum dipanggil safety Overlock.
    .
    💁🏻Ini kerana hasil jahit tepi 5 benang 2 jarum menggabungkan 2 hasil jahitan berlain dan berfungsi secara serentak.
    .
    💁🏻Hasil jahit tepi 3 benang 1 jarum dan hasil jahit lurus berantai 2 benang 1 jarum.
    Kedua-dua hasil ini akan berfungsi secara serentak.
    .
    💁🏻Mesin jahit tepi 5 benang 2 jarum,banyak digunakan untuk menjahit baju-baju korporat, uniform-unifrom bomba,nurse,police, security officer dan sebagai.
    .
    💁🏻Selain ini ia juga banyak digunakan oleh kilang jahit pukal.
    .
    💁🏻Hasil jahit tepi 5 benang 2 jarum dapat menjimatkan kos produksi dan dapat membuat hasil cantuman yang kukuh diatas kain yang tebal.
    .
    💁🏻Mesin ini juga boleh digunakan sebagai jahit tepi biasa dan jahit lurus berantai.
    .
    💁🏻Tetapi mesin jahit tepi 5 benang 2 jarum tidak sesuai untuk membuat hasil jahit tepi halus.
    Kami menjual pelbagai jenis mesin jahit industri dan mudah alih
    Kedai di alamat
    282-1-1 wisma mutiara genting klang Setapak Kuala Lumpur 53000
    Call/whatsapp 011-33061072
    Technician viky
    #jualmesinjahitkl
    #brucesewingmachine
    #Mesinjahitindustri
    #sellingsewingmachine
    #servismesinjahitselangor
    #jacksewingmachine
    #mesinjahitlurus
    #mesinsulam
    #servismesinjahit
    #servicesewingmachine
    #jacksewingmachine
    #jukisewingmachine
    #singersewingmachine
    #mesinjahitsinger
    #MESINJAHIT
    #mesinjahitmurah
  • วิทยาศาสตร์และเทคโนโลยี

ความคิดเห็น •