Pratunam Market Syurga Shopping Mak-Mak! | Rombongan Cik Kiah 'Overland' ke BANGKOK - Part 3
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 9 ก.พ. 2025
- Rombongan Cik Kiah Overland ke Bangkok: Part 3
Bangkok tak pernah tidur, dan Pratunam Market adalah bukti hidupnya.
Tempat ni macam Disneyland untuk mak-mak yang suka shopping. Dibuka 24 jam sehari, pagi-pagi pun dah meriah macam pasar malam nak sambut raya!
Dari baju, kasut, beg sampai aksesori - semua ada, dan kalau pandai tawar-menawar, boleh dapat harga macam kat borong Nilai 3!
(Ada ka lagi orang yang pi Nilai 3? 😄 )
---
Hari pertama di Bangkok, rombongan Cik Kiah terus serbu Pratunam Market. Nak jalan sini kena ada strategi - masuk lorong mana dulu, sebab pasar dia sesak level petang raya tapi itulah yang buat seronok.
Paling best, pilihan pakaian dia murah gila. Tudung, blouse, skirt - mak-mak sampai terkeluar bakat 'personal shopper' 🤣
Cik Leman pun tak ketinggalan, beli baju batik Siam & kasut sukan, katanya nak pakai masa kenduri kahwin minggu depan.
Tips shopping di Pratunam:
1. Pakai kasut selesa - lantai dia tak smooth macam mall.
2. Bawa tote bag atau beg besar - plastik kedai tu tak tahan kalau borong banyak.
3. Bawa cash, kad & QR tak digunakan secara meluas di sini.
---
Bila malam, pasar ni ditutup & bertukar tempat jadi Night Market Pratunam. Lampu-lampu neon bersinar terang, dan vibe dia lagi santai.
Dekat sini, banyak jual barang-barang unik seperti kraftangan, souvenirs, dan street food halal (jangan lupa tanya dulu kalau tak pasti). Keychain dan fridge magnet banyak la sini.
---
Shopping sakan, perut mesti lapar. Dekat Pratunam, ada kedai makan halal 'hidden gems' yang jadi lokasi wajib kami setiap hari. Lokasi dia tersorok dalam lorong kecil pasar, tapi rasa makanan dia - pergh!
Menu utama? Noodle tomyam yang pedas masam menyengat jiwa.
Selain tu, ada nasi biryani (khaomok), mee kari, dan nasi kari daging. Harga dia standard macam warung biasa, tak overpriced. Cuma tempat duduk dia agak terhad, jadi kalau peak hour, kena sabar sikit.
Sarapan kami hari kedua dan ketiga memang wajib pekena noodle tomyam ni.
Dengan kuah pekat dan seafood segar, setiap suapan rasa macam terapi jiwa. Memang recommended untuk siapa yang stay area Pratunam.
---
Penutup Part 3
Pratunam Market ni syurga dunia, terutama untuk mak-mak yang nak borong barang murah dan makan sedap.
Tapi hati-hati - penyeluk saku satu hal. Jaga beg duit masing-masing. Yang paling bahaya bila ormag kedai panggil tengok² dulu.
Tahu² dah keluar kedai jinjing 2 beg. Dompet boleh cepat nipis woo sini!
Part 4 nanti kita explore aktiviti lain yang tak kurang bestnya di Bangkok. Tungguuuu!
#Bangkok #Pratunam #PratunamMarket #Thailand #ShoppingBangkok