'Rehearsal' Ronda SHOPPING Jalan TAR Nak Sambut Puasa!
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 9 ก.พ. 2025
- 'Walkaround' Pasar Malam Sabtu Jalan TAR kurang 30 hari menjelang Ramadan!
Ambik 'mood' & 'rehearsal' siap² tak kalut. Ada yang rindu ke?
Sekitar Pasar Malam Sabtu Jalan TAR, lebih kurang 5 bulan selepas tragedi tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Orang ramai & peniaga mula memenuhi kawasan sekitar Lorong Tuanku Abdul Rahman, berbeza suasananya yang lebih sunyi September 2024 lalu.
Bila hujung minggu tiba, terutama hari Sabtu malam Ahad, Lorong Tuanku Abdul Rahman (Lorong TAR) memang meriah gila dengan pasar malam 'lagenda' yang dah berpuluh tahun lamanya wujud di tapak ini.
Dari hujung ke hujung, kiri kanan penuh dengan gerai jualan. Baju, kasut, tudung, makanan, aksesori, dan macam-macam lagi.
Lagi² bila nak masuk Ramadan, tempat ni confirm ni jadi bazar Hari Raya. Banyak kedai² besar abang tengok dah mula jual baju kurung & baju Melayu di luar premis masing²
Praktis siap² tak kalut! Lorong TAR ni masuk Ramadan nanti antara tempat wajib serbu sebab bazar raya dia memang mantap. Siapa yang cari baju raya murah, telekung, songkok, sampin, atau kasut raya, memang boleh jumpa harga lebih berbaloi dari dalam mall.
Ada peniaga yang dah lama berniaga di sini, jadi depa memang tahu selera pembeli. Dan yang best, kalau pandai nego, boleh dapat harga lagi murah!
.
.
.
#JalanTAR #PasarMalam #LorongTAR #KualaLumpur #NightMarket #PasarMalamJalanTAR #Shopping #Raya #Ramadan