Inilah 6 Orang Paling Tinggi IQ Di Dunia - Kelibiru
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 7 พ.ย. 2024
- Inilah 6 ORANG PALING TINGGI IQ DI DUNIA
Di dunia ini manusia memiliki kepintaran ataupun IQ yang berbeza. Manusia kebiasaanya memiliki skor IQ sekitar 100 hingga 120 sahaja dan ada sebahagiannya pula mempunyai skor IQ mencecah sehingga 140.
Walaubagaimanapun, dilaporkan terdapat beberapa manusia di muka bumi ini yang mempunyai tahap kepintaran yang melebihi yang lain dan mempunyai skor IQ yang tertinggi dalam sejarah iaitu mencecah di antara 250 hingga 300. Siapakah mereka itu?
6 INDIVIDU MEMPUNYAI IQ TERTINGGI DALAM SEJARAH MANUSIA
6. GARRY KASPAROV
Bagi peminat permainan Catur, Nama Garry Kasparov sudah tentu tidak asing lagi. Beliau adalah pemain catur paling hebat dalam sejarah yang berasal dari negara Russia. Beliau menduduki tangga pertama pemain paling hebat di dunia selama 225 bulan iaitu di antara tahun 1986 hingga 2005. Pada tahun 1996, Kasparov berhasil mengalahkan komputer Deep Blue milik IBM, meskipun setahun kemudian dia dikalahkan balik dengan komputer catur canggih ini. IQ yang dimiliki Kasparov dikabarkan mencapai 194. Kini Garry Kasparov telah bersara daripada permainan catur dan berkhidmat di sebuah yayasan Hak Asasi Manusia.
5. Christopher Michael Langan
Beliau pernah digelar sebagai individu paling genius di Amerika. Walaupun tumbuh dalam kemiskinan, Chris tetap mencintai ilmu pengetahuan. Sewaktu umurnya baru 6 bulan, beliau sudah mampu berbicara lancar dan boleh membaca dengan baik sewaktu umur menjangkau 3 tahun. Dia sangat jenius hingga mampu mencatat nilai sempurna dalam ujian SAT meskipun dia sempat tidur ketika ujian berlangsung. Beliau memiliki Skor IQ sekitar 195 hingga 210.
4. Kim Ung-Yong
Beliau seorang genius asal Korea Selatan. Kim Ung Yong juga mampu bertutur dengan baik sewaktu umurnya baru 6 bulan. Kim boleh membaca dalam bahasa Korea, Jepun, Jerman dan inggeris ketika usianya 3 tahun. Dalam Pada usia beliau lima tahun, iaitu pada tanggal 2 November 1967, beliau muncul pada acara di Fuji TV di Jepun dan membuat penonton terpukau karena mampu menyelesaikan soalan matematik yang rumit. Kim kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dan diterima berkerja untuk NASA. Kemudiannya Kim telah kembali ke Korea Selatan dan berkhidmat sebagai Guru sehingga ke hari ini. IQ Kim dicatatkan pada tahap 210.
3. Christopher Hirata
Christopher Hirata merupakan warganegara Amerika yang mempunyai IQ tinggi. Beliau pernah menjadi bualan hangat kerana memenangi pingat emas di International Physics Olympiad pada tahun 1996 ketika umurnya baru menjangkau 13 tahun. Pada tahun 1982, Hirata telah mencatatkan namanya di daftar orang-orang genius dengan skor IQ 225. Selain itu, Hirata telah menamatkan pengajian sarjana mudanya diusianya baru 12 tahun. Beliau menerima ijazah kedoktoran PhD dalam bidang fizik di Universiti Princeton ketika umurnya 22 tahun dan setelah itu beliau berkhidmat sebagai tenaga pengajar dalam bidang Astrofizik dan masih mengajar sehingga ke hari ini.
2. Terence Tao
Beliau seorang lelaki genius berbangsa Cina yang berasal dari Australia yang Kini menetap di Amerika Syarikat. Ayahnya adalah seorang Doktor yang berasal dari Shanghai, China. Manakala ibunya adalah seorang guru yang berpendidikan dalam jurusan fizik dan matematik yang cemerlang. Terence Tao merupakan seorang ahli matematik. Bapa beliau pernah menceritakan, sewaktu Terence berusia 2 tahun, dia mampu mengajar subjek matematik dan bahasa inggeris pada kanak-kanak yang sudah berusia 5 tahun. Beliau adalah peserta termuda dalam pertandingan Olimpiad Matematik antarabangsa dan berjaya memenangi 2 emas dan 1 perak walaupun umurnya baru menjangkau 13 tahun. Pada usianya baru 21 tahun, beliau sudah bergelar doktor falsafah dan kemudiannya berkhidmat sebagai professor kanan di Universiti Of California, Los angeles Atau UCLA. Beliau memiliki Skor IQ sebanyak 230.
1. William James Sidis
William James Sidis adalah manusia yang mempunyai IQ paling tinggi di dunia mengikut skor IQ iaitu sebanyak 250 hingga 300. Walaubagaimanapun angka ini sebenarnya dianggarkan oleh pakar. Pakar-pakar menggangap IQ beliau tertinggi kerana berada di tahap lain daripada yang lain. Bayangkan waktu umurnya baru 18 bulan sudah mampu membaca dan bahan bacaannya selalu adalah surat khabar New York Times. Dan ketika umurnya 4 tahun, beliau sudah mampu menggunakan mesin taip dan waktu umurnya 6 tahun, beliau boleh bertutur paling kurang 8 bahasa iaitu Latin, Inggeris, Jerman, Prancis, Yunani, Armenia, Turki dan Yahudi.
----------------------------
Terima kasih kerana telah menonton video ini dan jika anda suka video ini sudilah kiranya LIKE dan SHARE dengan rakan-rakan anda, dan jangan lupa untuk melanggan atau SUBSCRIBE supaya anda tidak terlepas video terkini di CHANNEL ini.
#kelibiru #iqpalingtinggididunia