Semoga saudara Idham terus bangkit dan tidak putus asa dalam meneruskan kehidupan.

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 22 เม.ย. 2024
  • "𝐀𝐥𝐡𝐚𝐦𝐝𝐮𝐥𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 𝐝𝐞𝐤𝐚𝐭 𝐬𝐢𝐧𝐢 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐮𝐥𝐢𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐢𝐧𝐢 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩𝐚𝐧," ungkap Orang Berinsurans (OB) PERKESO, Muhammad Idham bin Rahim, 32 tahun.
    Saya ingin kongsikan satu video yang mengisahkan perjalanan Muhammad Idham, yang mengalami hilang upaya kekal dan telah mampu berjalan menggunakan alat bantuan serta dalam proses untuk mendapatkan pemulihan yang maksimum.
    Pada usia 32 tahun, Orang Berinsurans (OB) ini mengalami 'bilateral lower limb weakness', iaitu kelumpuhan di kedua-dua kaki akibat penyakit Tuberkulosis (TB) Tulang Belakang yang dialaminya. Setelah disahkan menghidap TB Spine oleh Hospital Besar Melaka, beliau dimasukkan ke Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, Melaka untuk menjalani pemulihan.
    Hari ini, Muhammad Idham bergiat aktif menjalani terapi cara kerja demi mendapatkan rawatan pemulihan komprehensif dan holistik. Matlamatnya adalah untuk meningkatkan fungsi anggota tubuh badan sehingga mampu berdikari dalam kehidupan seharian, pekerjaan serta aktiviti riadah menerusi program 'Return to Work' PERKESO.
    Justeru, antara rawatan pemulihan kecederaan saraf tunjang yang dijalani adalah meningkatkan kekuatan fizikal, rawatan hidroterapi, penggunaan teknologi robotik Cyberdyne dan pelbagai modul rawatan kecederaan saraf tunjang yang intensif. Berkat usaha gigih beliau, Muhammad Idham yang suatu ketika dahulu tidak mampu menguruskan diri sendiri, kini telah berjaya berjalan dengan alat bantuan dan sedang menuju ke arah pemulihan maksimum!
    Syabas kepada beliau kerana sentiasa bersemangat dan tidak pernah putus asa dalam menjalani proses pemulihan.
    #PERKESO #PERKESOMembawaSenyuman #Rehab #PusatRehabilitasiPERKESO

ความคิดเห็น •