Sayyidi Muhammad Said Al Linggi Part 02

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 10 พ.ค. 2008
  • Anak-anaknya :
    Sepanjang hayatnya Syaikh Muhammad Said disebut-sebut berkahwin sembilan kali dan dikumiakan 32 orang anak. Salah seorang isteri utamanya ialah Siti Zubaidah binti Haji Said Rembau.
    Berikut disenaraikan anak-anaknya yang agak terkenal :
    1. Haji Abdullah (1905-1956), Kampung Gedung Lalang, Ampangan, Seremban. Anak sulung yang mngambil tugas khalifah tariqat Ahmadiyah selepas kematiannya.
    2. Haji Ahmad (6 April 1910 -7 Januari 1964). Khalifah yang kedua selepas Haji Abdullah. Pengasas Pondok Rasah (1935) dan Mufti Negeri Sembilan yang pertama (semenjak 1950); mendalami pengajian di Makkah dan mewarisi sifat kealiman bapanya. Mempunyai empat orang isteri dan 37 orang anak -8 orang telah lulus Universiti dalam negeri dan 8 orang lagi lepasan Universiti al-Azhar. Menghasiikan puluhan karya penulisan. termasuk Kanz al-Mu’id yang mengisahkan manaqib Syaikh Muhammad Said, juga merupakan sumber utama tulisan makalah ini.
    3. Haji Abdul Rashid, Teluk Kurau, Singapura. Khalifah yang ketiga selepas Haji Abdullah dan Haji Ahmad. Sangat dihormati dan disegani orang-orang Melayu Singapura.
    4. Baji Mansor, Ampangan, Seremban (meninggal I981).
    5. Haji Mohammad Nor (meninggal 198l).
    6. Haji Muhammad Hamid.
    7. Haji Ibrahim (dengan isterinya, Hajjah Wan Safiah Kota Bharu) -bapa kepada Haji Idris Ibrahim, bekas Ahli Parlimen Setapak, Wilayah Persekntuan.
    8. Haji Mahadi (1914 -20 Febuari 1983), Taman Maluri, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Anak kelapan dari 15 orang adik beradik dan yang paling manja sekali dalam keluarganya. Lulusan Madrasah al-Falah, Makkah. Seniman terkenal, berlakon dalam 76 buah filem. Lakonan sulungnya adalah secara kebelulan, iaitu sebagai pelakon lambahan dalam filem Penghidupan (1951). Anak Melayu yang perrtama menjadi Pengarah filem -Permata di Perlimbahan (1952). Semasa mudanya (1939) pernah bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu.
    Peribadinya:
    Syaikh Muhammad Said adalah seorang tokoh ulama’ yang berperibadi sederhana. Tidak inginkan kemegahan dan kesenangan hidnp. Bersifat zahid, qana’ah, pemaaf, sabar, wara’, tawadhu’, pemalu, pemurah, kuat beramal dan berkhalwat. Dianggap sebagai seorang wali Allah dan doanya makbul. Beliau suka menolong orang yang dalam kesusuhan. Memandang makhluk-makhluk lain dengan penuh timbang rasa dan kasih sayang. Semenjak menuntut ilmu di Makkah dan di Mesir lagi telah terzahir kelebihan-kelebihan wara’, salih serta keramatnya. Sebagai seorang ulama’ yang amat dihormati dikenali di Negeri Sembilan beliau sangat dikasihi Tuanku Mohammad, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan (mangkat 1 Ogos 1933) dan amat disayangi Dato’ Kelana Ma’mur (1889 -1945).
    Karya Tulisnya:
    Walaupun Syaikh Muhammad Said ada menghasilkan beberapa banyak karangan sendiri juga terjemahan, kebanyakannya belum dicetak dan sukar diperolehi. Antara yang sudah dapat dikesan adalah seperti berikut :
    1. Syarh Kunuz al-Jawahir al-Nuraniyyat fi Qawaid al- Tariqat al-Shadhilliyah. Ia disebut juga Risalah al Fawa’id atau Rasail Jawiyyah. Selesai terjemah pada akhir Rabiulawal 1323 (3 Jum 1905). Membicararakankan keistimewaan Sidi Ahmad bin Idris dan cerita-eerita yang bersangkutan dengan ajarannya, termasuk cara beramal dan pelbagai faedah lainnya. Tercap di tepinya al-Ahzab al-Irfaniyyah.
    2. al-Ahzab al-Irfaniyyat Wa al-Awarad al-Nuraniyyah. Siap ditulis di bandar Singapura pada 15 Rabiulawal 1323 (3 Jun 1905). Bemkuran 18 1/2 tak 14 sentimeter dan tebalnya 200 muka. Mengandungi himpunan doa dan hizb.
    3. Kashfal-Ghiba an Haqiqal al-Riba.
    4. Sullam al-Ta’rif ila ‘Ilm al-Tasrif(ilmu sarf).
    5. Risalah Farb (juga mengenai ilmu sarf).
    6. al-Kashf wa al-Tanfis an Ashab Sidi Ahmad bin Idris.
    7. Makalah Kaifiat mengerjakan Tarawih yang 10 rakaat.
    8. Perjalanan mendirikan Jumaat.
    9. Wazifah-wazifah bagi orang salik pada permulaan suluknya.
    10. Manuskrip syair Arab tanpa tajuk, sepanjang 142 baris yang ditulisnya di Tanah Melayu. Mengupas tentang kesesatan Kaum Wahabi dan kekarutan mereka.
    Meninggal Dunia :
    Ajalnya tiba pada malam Ahad, 12 Rabiulawal l345 bersamaan 18/19 September 1926, ketika berusia 53 tahun (Hijriyah). Lebih 5000 orang mengiringi jenazahnya, termasuk Tuanku Muhammad, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Dikebumikan di tanah perkuburan Islam Ampangan., iaitu sebuah kawasan berbukit di bandar Seremban.
    Beliau meninggalkan seorang ibu, seorang saudara perempuan kandung, seorang anak saudara dan beribu-ribu orang murid yang bertebaran di seluruh Semenanjung.
    Sebagai mengenangkan jasa baktinya maka Sekolah Ugama Menengah Tinggi Negeri Sembilan (ditubuh 1959) yang mulai 1977 diambil alih pentadbirannya oleb Kementerian Pendidikan dilambangkanan sempenan namanya : SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.

ความคิดเห็น •