Encik Redhuan Bin Abdul Rashid.Kurang upaya penglihatan.

แชร์
ฝัง
  • เผยแพร่เมื่อ 7 ม.ค. 2024
  • Bayangkan terjaga dari lena, hanya hitam rona yang tinggal. Tatkala kita terkapai-kapai mencari warna lain yang hilang di dunia, tiada sekelumit bau pula dapat dihidu. Andainya begitulah getir hidup kita, seutuh mana kecekalan yang mampu menjadi sandaran untuk mengharungi hari mendatang?
    Mengamati kisah insan luar biasa, Encik Redhuan Abdul Rashid, memberi banyak pengajaran kepada saya dan anggota PERKESO, mengenai betapa tingginya semangat juang anak kelahiran Sungai Udang, Melaka ini. Mungkin di kaca mata kita, bapa kepada lima cahaya mata ini menjadi buta, tetapi sebenarnya ‘penglihatan’ menggunakan mata hati beliau kini lebih jauh ke depan, dengan tekad melayari bahtera hidup menggunakan baki tiga lagi pancaindera.
    Alhamdulillah, berkat kesungguhan yang diadun dengan kemahiran baharu daripada Pusat Rehabilitasi PERKESO, Encik Redhuan kini bergelar usahawan dan memasarkan jualan kuih tradisional di kedai Mesra PETRONAS. Hanya dalam tiga bulan, lembaran baharu hidup beliau kini kembali mewarnai perjalanan yang masih panjang buat mereka seisi keluarga.
    Di akhir video Encik Redhuan berkata: “Terima kasih PERKESO kerana banyak mengajar erti kehidupan sebenar”. Namun, saya dan seluruh anggota PERKESO sebenarnya yang terhutang budi kerana fikrah juang beliau adalah pembakar semangat kami untuk terus berkhidmat.
    Terima kasih Encik Redhuan.

ความคิดเห็น •