MALAM PERTAMA TIADA IBU , PELIK JADI ANAK YATIM - UNTOLD STORY 10
ฝัง
- เผยแพร่เมื่อ 12 ก.ย. 2024
- NGE-TEA on Spotify !!
open.spotify.c...
Ramai yang tanya mahal ke barang2 kalau nak jadi TH-camR ?
Korang usya kat link ni dulu , sesuai untuk korang yang baru nak start !
Podcast set : invl.io/clk98tc
Lighting set : invl.io/clk98up
Follow Ashhhrapp on :
Instagram :
/ ashhhrapp_
Tiktok :
vt.tiktok.com/...
Tele links :
t.me/ashhorror
Al Fatihah
Allahyarhammah YUSNIZA BINTI YUNUS
Lahir pada 01/11/1972
Kembali ke rahmatullah pada 02/07/2020 bersamaan 10 Zulkaedah 1441H
Sama sama kita sedekahkan Al-Fatihah
Al-Fatihah
Innalillah wainna Ilahi rojiu’n... Moga Allahyarham di tempatkan dikalangan orang2 yg beruntung...
Al-Fatihah
Innalilahiwainnailaihirojiun 😢😢
The most touching video dari channel ni yg aku pernah tonton. X henti airmata aku mengalir 😭 mcm aku dah hilang abah. 9/2 ni genap setahun abah pegi. Aku menyesal sbb aku rasa aku xcukup baik jaga dia dlm masa hampir 2 tahun dia sakit sebelum dia meninggal . The most part yg aku menyesal gila aku xsempat nak mintak maaf dekat dia. Aku xtau haritu hari terakhir aku dapat bercakap dengan dia. 😭 Alfatihah buat ibu atau bapa atau keduanya Dari kita yg telah menghadap illahi. Semoga mereka di tempatkan dia kalangan org2 beriman. Amin.. 💔
Salam Takziah ❤
@@AshhrappChannel23 thanks acap 🙏
salam takziah. harini la
@@peetzzZ ye betul tu.harini 😌
Saya lagi la..sampai ke hari ni, tak dapat nak terima, arwah suami meninggal masa covid, sy dan anak2 tak dapat tengok jenazah sbb kitaorang tengah kuarantin kat rumah, memang sedih sangat2😭😭
Allahu.. kuatnya akak 😢 semoga selalu dipermudahkan segala urusan..
alam takziah puan...semoga puan terus kuat ye...suami sy pun mninggal sbb covid...
Sabar dan tabah
Insyaallah di syurga dapat bertemu aminn
Salam takziah
Salam takziah kak
beratnya ujian awak. Salam Takziah
Bila Allah pilih utk kita jadi org yg terakhir bersama org yg kita sayang , allahuakbar pedihnya Allah shj tahu. 10 minit shj pemisahnya .memori ni akan terpahat sampai bila2. Ingat lagi htr arwah mak kak sue masuk IMR utk buat rawatan .kita htr bernyawa ..tapi klr x bernyawa dah .😭😭. Alfatihah mak..Aminah bt Tamby Kudus. achik rindu mak..sgt 😭. Alfatihah jugak buat ibu kamu.Arwah Yusniza bt Yunus🤲🥹
Thanks asraf..kongsikan kisah kwn asraf nie..sy mmg suka perkongsian nie..sbb sy pun alami kesedihan yg sama..
Awak berdua buat akak nangis pepagi 😭😭 bersyukur ada ayah, akak tak merasa kasih ayah sejak umur 2 tahun. Jaga la kedua2 orgtua sebaiknya, ladang pahala kamu.
Terima kasih Ashrapp untuk peluang sharing dekat sini. Moga bermanfaat buat semua 😊❤
Thankyou jugak sudi datang share pengalaman yg berat ni ❤ muahh
perasaan dia 100% sama mcm aku🙂tapi lagi pedih nazak depan mata pastu baru bangun tido😊padahal pagi tu baru lepas nampak mak aku bejalan sehat je bila aku tido pastu dalam kul 5 petang gitu tiba ii kene kejut tengok mak aku dah nazak😌aku pulak kerja malam😌so susah ar nak hadap benda tu😌rindu tu ofcos rindu tapi aku punya prinsip tanak bagi mak aku tak tenang kat sana aku cakap dalam diri "takpe lah harini dia esok lusa kita pulak" so bila hadir je perasaan rindu ke ape ke aku akan ckp dlm diri "takpe lah ma , mama rehat lah kat sana" sbb dia meniaga kek kuih gitu tak pernah rehat langsung kadang sampai 3/4 pagi kadang sampai tak tido , die pulak buat 2 kerja katering satu buat tempahan kek kuih satu so masa nak tido tu singkat lah😌tapi makanan kat rumah tak penah tak masak😌bagi aku memang terkesan ar bila seorang ibu ni hilang sebab everything semua dia🙂nasihat aku sapa yang ade mak tu hargai dia , lagi ii tengah sakit😌sesungguh nya Allah dekat dengan dia masa dia tengah sakit tu🙂
Btl.. Masa dgn org lain kita nmpk tabah.. Tp bila sndirian.. Sakit sangat terasa.. Semoga mak tenang d sana... 19 jan 2024
Lps 4thn abah meninggal emak plak pergi waktu suboh. Pagi tu aku rasa gelap n suram. Mmg kuar airmata jantan. 14thn pastu aku kehilangan wife lak d bln puasa. Da 3thn aku x sambut raya lgsg. Mmg dah d takdirkn aku idop single gaknyer
sabar okay. ini ujian awak. Allah sayang. Salam Takziah ❤
@@AshhrappChannel23 tq bro. Btw nice topik👍
Hilang dua2 mmg total lost kan walaupun dah tak muda pun umur. Lagi bapa hari nk raya pun kosong je rasa
Menyesal jgk dgr topik ni. Aduhhh..ak teramat rindu arwah mak abah ak.
Sama2 la kita sedekahkan Al Fatihah utk ahli keluarga kita yg telah menghadap Ilahi. Semoga mereka dikurniakan taman2 syurga. In shaa Allah.
Aku 4 hari berturut-turut nangis siang malam … harini kebumi esok raya pergh raya tu terduduk sunyi.. sbb selalu ibu yang beria nak raya .. kalau ibu bertahan lagi 3 hari mesti ibu dapat raya kan😢
Mengalir air mata saya dengar kisah adik ni😢😢😢😢
😢😢😢M.cik yg dh tua ni sgt terasa dan berjurai airmata keluar.Terbyg di mata m.cik mcmne jika m.cik pergi nnt,ank2 pasti alami perkara yg sama dgn di alami oleh Qashaf
Al-Fatihah bt arwah ibu/ayah shbat2 yg mne tlh djmput Ilahi...smga roh mereka dtmptkn brsma org2 yg briman aminn 🤲
Aminn
Aku hilang bapak aku sekelip mata je masa tu umur 13 then sekarang aku dh 29 dah..dia jatuh pengsan dalam padang then trus meninggal masa main bola...hari itu adalah hari yang aku rasakan semua jadi gelap seluruh dunia sebab aku hilang org yg aku syg,aku rapat dgn dia sbb aku anak bongsu...sampai sekarang aku masih rasa yg dia mcm baru semalam pergi...padahal dah 16tahun dia dah pergi....Al-Fatihah🥹😔
sy juga anak yatim piatu.ayah meninggal exciden 2007,ibu meninggal 2014 dlm tido dlm hari raya aidilfitri mse tu....rindu mereka smpi x tertahan😢
Erm samala hm kite pun dah hilang arwah ibu hm 😞♥️
Salam... Pernah dengar x pepatah "TELAN MATI MAK, LUAH MATI BAPAK" aku x tau mcmna nk cerita situasi sebenarnya.. diorg(parent aku) dah umur 60lebih tp tah la mcm x bahagia plak.. bila kau melayah ayah mak tarik muka dgn kau,bila kau layan mak,ayah plak masam muka.. parent aku x mcm parent korng yg lain boleh bersembang sekali,melawak gurau2 sekali... Tp bukan parent aku.. berbelah bahagi aku dgn parent aku.. InsyaAllah aku adil dan x kan biar diorg terasa dgn aku.. tah la mcmna nk cerita kang ada adik bradik baca komen ni segan lak aku diorg semua dah kluar rumah(dah berkawin) ada family sendiri dan harap2 bahagia la,biar ja la aku yg jaga parent tercinta aku ni mcm anak tunggal..
Mak aku meninggal masa aku baru berusia 2bulan..ayah masa aku umo 11tahun..tok nenek pon dah xde..tahun lepas kakak aku pergi..skrang aku dah 40tahun..hati ni rasa kosong sgat2..hidup macam xde makna dah..raya pon xde makna bagi aku..hidup sekadar utk hidup diri sendiri saja..
🥺😩😢
Saya dah merasai kehilangan masa umur 19 tahun arwah abah meninggal selepas 18 tahun arwah abah saya meninggal arwah mama saya pulak meninggal selepas hari lahir saya yg ke 3* tahun pada tahun lepas 16122023 tarikh yg saya tak akan lupakan sampai bila2 sekarang dah tak ada keduanya sekali... Kesian kat adik bongsu saya masa umur 2 tahun Allah swt... Bagi pinjam arwah abah sekejap dah cukup umur 20 tahun Allah swt... Bagi pinjam arwah mama pon sekejap untuk adik 😢 ( Al-Fatihah ) buat arwah abah saya dan arwah mama saya 🥺
Acaaapppp!!! Untold ni memang menusuk sangat ke hati akuu... Walaupun arwah mak aku dah 16 tahun takde, arwah bapak aku dah 15 tahun takde, tapiii tengok video ni, merambu air mata aku weyy... Langsung struck terus teringat hari pertama arwah mak aku ngan arwah bapak aku takde...
Paling aku takleh lupa, ayat sorang manusia ni, memang to be honest dah 15 tahun aku avoid dia sebab ayat dia... "Kurang² ayah kamu meninggal tak menyusahkan semua orang". Aku speechless. Memang aku avoid dia at all cost. Sampai sekarang aku tak bertegur dengan dia...
Arwah mak aku meninggal sebab strok. 5 tahun terlantar arwah ayah aku jaga dia. Arwah bapak aku pulak eksiden, meninggal on the spot kat tempat kejadian... Aku terasa gila bila dia cakap camtu seolah² arwah mak aku sakit tu menyusahkan semua orang...
Dan kenangan yang sama berulang bila tengok anak² sedara aku masa arwah kakak ipar aku pergi tahun 2019 haritu... 😢
Al fatihah buat kedua IBU bapa kamu... 25:34
Salam Takziah ❤
Hilang ibu ibarat hilang nya seri dalam rumah paling terasa masa hari raya
Bila dgr untold story mcm ni, terus teringat arwah ayah aku. Ayah aku meninggal time aku baru habis spm, 18 tahun, tahun ni dh nk masuk 9 tahun ayah aku takde. Ayah aku mmg dh lama sakit. Tp bukan sakit terlantar. Biasala penyakit 3 beradik tu plus ayah aku dialysis jugak. 2 hari sebelum dia meninggal, dia kena warded dekat hospital dungun suspek paru2 berair. Ade satu ptg tu aku pegi melawat dia. Dia ok je. Sebelum aku pegi melawat tu, mcm2 dia pesan buah suh aku bawak. Epal la, pisang la. Sampai je aku kt hospital, aku tlg kupaskan epal utk dia. Dia mkn ok je. Suka2, gelak mcm biasa. Cuma nampak dia tak ceria sgt. Mcm semput. Sebelum aku nk balik tu, aku salam ayah aku. Aku pesan jgn minum air byk sgt, nanti terlebih air pulak. Dia angguk, senyum je. Aku tak sangka wehhhhh tulah senyuman terakhir dia😭😭😭 esok pg subuh tu, mak aku call ckp ayah aku tak sedar. Time subuh nurse kejutkan nk cek blood pressure, ayah aku tak bg respon. Bila cek gula, drop sgt2. Ayah aku dh hipo. Blood pressure pun dh drop sikit2. Terus jd emergency case kena bawak pegi hsnz. Mlm tu terpaksa dialysis jugak. Aku ngn mak aku tido2 ayam je mlm tu atas lantai. Pg esok tu aku nk pegi mandi, nk pegi tandas pun tak tenang. Kot2 time aku pegi kat katil, ayah aku dh takde. Tp Allah tu baik. Dia ambk ayah aku time aku ngn mak aku duduk tepi ayah aku. Time nurse bgtau ayah aku dh takde tu, terus lembik lutut wehhh. Mmg tak boleh berdiri. Ya Allah, rindu nya😭😭😭
Al Fatihah
😢😢
saya x dapat bayangkan kehilangan mak saya😢
14tahun tanpa mak ayah . Sumpah rindu . And bila masa ada apa2 majlis adik beradik akan mintak sy masak sebijik macam arwah mak . Gaya semua .. sy tak sedar sebab arwah mak pergi time sy baru sekolah tak byak memori . Tapi tanpa sedar sy anak bongsu perempuan yg paling rapat n 24h ngn mama
Mula2 Mak Meninggal di Hari Ulang tahun Sy... Kerana suspek Covid.. Di Hospital Tapi sy tetap tak percaya pada covid... Selang dua hari Mak Sy pergi... Ayah Pula menyusul... Bulan yg sama.. Minggu yg sama.. Tahun yg Sama..sy sempat cium Pipi kanan kiri Mak Sy. . Ayat last Arwah Mak... "Mak Nak Balik La..." masa buat VC mak di paksa pakai Alat pernafasan kat hospital tu.. Walaupun nak bercakap dalam VC.. Nurse tetap paksa mak pakai Alat Pernafasan... Mak punya nafas pun semakin hari semakin semput.. Ayah pula kena tahan ward kerana suspek covid tahap dua.. Esok doktor bgitahu ayah kena jalani pembedahan usus kerana bocor.. Lepas tu ayah tak sedarkan diri... Selang beberapa hari... Ayah sy menghembuskan nafas terakhir 😢😢😢😢😢 Korang boleh bayangkan x perassan bila dua2 Buah Hati kita pergi meninggalkan kita😭😭😭😭aku terus down 7 bulan tanpa kerja kemurungan berpanjangan... Hanya anak2 je yg dapat kembalikan semangat sy😢😢😢 rindu sangat2 Mak Ayah...😊
Stay strong ya🫂😊
Salam Takziah ❤
@@AshhrappChannel23 terima kasih banyak2 Acap.. ♥️
As my story , aku jaga mak aku kt hospital for 1week sbb dia ada kencing manis and first time doing dialysis .. Tpi tula , disebabkan my mom ada kencing manis , dia affects kt mata and buat my mom tak nampak pape , and just nampak bayang2 je .. After 1week aku jaga kat hospital , bawak balik umah but 5 hari je dia kt umah then aku and abah bawak dia balik gi hospital .. Kali kedua bawak gi hospital ni sbb ada infection kt tempat dialysis tu sbb tmpt dialysis dia kt peha .. And my mom kan tak nampak , so aku and abah taktau how she struggled nak basuh air besar and air kecil dia kt toilet .. Mybe salah satu sbb infection tu sbb kuman kot drpd air besar/kecil dia tu .. Then on 2nd December 2021 , aku and abah bawak gi hospital , tpi takleh jaga my mom sbb dr kata dia kena masuk wad yg pengasingan covid sbb takut infection tu masuk ke paruparu .. And bayangkan for 1 day aku and abah takleh contact dia sbb kiteorg takleh jumpa dia , nak call pun dia tak nampak .. But on 3rd December 2021 , tghari tu dpt call sbb abah kenal sorg staff hospital and minta tlg dia call kiteorg , then my mom pun cakap “umi lapar , dr tak bagi makan sbb kena puasa” then aku pujuk la dia ckp takpe ptg nt kiteorg dtg bawak makanan sedap2 .. Then suara dia happy gila bila dia ckp “okayyyy” pastu ptg tu kiteorg gi la hospital hantar makan .. Then mlm tu jugak pkul 8 dr call and sruh aku and abah gi hospital .. Then my life auto gelap bila kluar lif , dr ckp “she’s passed away on 8.22 pm 3rd December 2021” ………
Al Fatihah bidadari syurga kami , Idayuhanis binti Mohd Yusof 🤍 ..
sedihnya cerita sis😭😭.....SEMOGA ARWAH UMI DIKALANGAN ORANG BERIMANN AMINNN❤❤❤
Salam Takziah ❤
semoga roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman
Part raya tu betul. Sejak perginya insan yang tersayang 14 tahun lepas, raya ke tidak same saja. Tiada beza
Saya menitis air mata dengar podcast ni 😭
sama la kita 🥲
Mcm sye..mak sye masok hospital siap die mintk sye masak kn sup ayam ..pagi sye hantr lauk kt die mase kt wad...tenghari dokter call kate nak tidur kan mak sye sedangkn die molek je pagi tu 14hri mak sye ditidurkan and mintk bwk balik maghrib sampai rumah subuh mak meninggal 7/1/2023....
Time mak aku meninggal 2002 umur aku 13tahun.. 2 minggu tu aku mcm "gila".. bpe hr lps mk aku meninggal, aku rasa arwah dtg usap seluruh bdn aku.. bila bpk aku meninggal 2020 lg aku xtra "gila"
sy juga msrasai perkara & perasaan yg sama 😭😭
Acap, kematian ibu tidak menjadikan seseorang itu anak yatim, hanya bila ayah mati baru anak jadi anak yatim
Mati anak boleh buat anak lagi,mati isteri boleh cari lain..mati mak ayah xde ganti owww
mcm kembar laaa
Sedih sgt2...rindu yg amat sakit...ank2 sis pun dh jd yatim..al fatihah utk mak ayh...mak ayh mertua n suami 😭😭
😭😭
gelap dunia aku capp , itu je la kata kata paling tepattt , Al-fatihah arwah baba 🤲🏻🤍
Waalaikumusalam good people chap dan sahabat2 sekalian🎉🎉😊..sikit nak kongsi fakta..anak yatim gelaran ni hanya untuk kanak2 yang belum baligh..jika umo 19..20 dah bukan anak yatim..Balik kepada isu ni...ayah aku meninggal kat mekah..yang aku jadi ralat..sebab Masa ayah aku gerak ramai2 ngan adik beradik gi airport..aku Tak pegi. Sebab keja..Tapi Masa tu aku sempat la salam ngn ayah aku ..dan sepanjag disana..memang kitaorang contact ayah..bmesej selalu..ayah reply ja..tapi yang jadi sikit persoalan..tiap kali kitaorang tanya..bila ayah balik sini🇲🇾..boleh kitaorang buat kenduri sikit ..tapi ayah aku akan Diam..😢tanya hal.lain..ayah jawab..Bab pulang kemalaysia ayah Diam..dan bila dapat berita ayah meninggal diSana..baru aku dapat jawpan tu..rupanya Allah pilih Ayah utk bersemadi dibumi suci mekah..walaupun sedih..tapi alhamdulillah dia semadi dibumi Rasul..
Dan aku setuju sangt bila dia cakap Masa Raya..memang jika salah 1 ayah atau ibu dah meninggal..Raya ko akan hambar sangat2 walaupn ko cuba begembira..tapi kejap ja..pastu rasa balik.."kosong"dan hambar ..dan🥴🥺rindu yang menyeksa jiwa
Alfatihah buat insan tersayang..
allahyarham Mansur Bin Taib..
Salam Takziah ❤
Aku tekilan Xdpt berbuka puasa dgn Arwah tok aku 😭 sbb bzy+jauh . Tahu2 je dpt call arwah dah xde 😭😭 for me and my mom raya dah xde makna yela Lagi seminggu nk raya arwah pergi🥲. Ni bru Nenek klow Mak aku ? mcm mne lah hidup nii😢😢😢
Sumpah sedih sgt sgt kisah ni..Berkecai jatuh airmata..😭😭Walau Sy Masih miliki kedua org tua tp sy tetap dpt rasa apa yg tgh awake rasa..semoga arwah mak awak ditempat kan bersama hamba² ALLAH yg beriman dan beramal soleh..diampunkan semua dosa²nya 🤲🤲
Untold story ni dh buat akak geram, sakit hati, nk marah, sedih mcm². Harini buat akak tresak²😭😭
kita nangis sama2
dpt dgr smbil mkn- hmmm ~ ❤
Sama .. encik suami di sebelah, kejap2 Sy bangun gi dapur, lap air mata.. sambil pura2 ambil/buat itu ini ..
Ini adalah salah satu interview terbaik ashraff. Menyentuh jiwa dan meruntun hati. Ingat dan sayangilah orang tersayang selagi mereka ada👍🏽👍🏽
thankyou support ❤
Mcm akk pn dri kecil selalu tdr sama-sama dgn mak, klau sakit mak urutkan dan buatkan semua utk akk sbb akk ank bungsu..setiap kali akk masak mkanan yg sama mesti teringat arwah mak..Moga Allah temptkn semua umat islam di syurganya insyaallah aamiin
aslm bro awat tk update playlist kat spotfy bro?
Segment ni kita ada channel lain kt spotify .. stay tuned okay !
okey brader! ko pun nk sampai 1 juta jadi aq harap ko dapat sampai la hujung tahun ni@@AshhrappChannel23
Kisah yg sngt menyentuh hati.
Dia hilang mak,aku hilang abah sbb kemalangan😢😭 Al Fatihah
Betul lah apa YG awk ckp TU...
Kalau Mak ada mesti best😢
Kdng2 mcm terasa2 Mak ada je dkt dlm Rumah...
Dulu kubur tmpt yg paling takot tpi tidak pada sekrng dh mcm Rumah ke 2.....
aku dlu smpai kena badi mayat sbb x trima kenyataan mak dh meninggal... bile dh kemurungan byk mnde2 yg dtg menganggu
Manade nangessss..manadeeeee
eleh dah basah pipi tu tak ngaku
@@AshhrappChannel23 hahaha 🤣😂🤣😂
al-Fatihah kpd ibu & bapa yg telah pergi buat selamanya..semoga mereka ditempatkam bersama2 org yg beriman..aamiin..sgt terkesan dgn kisah acap kali sbb sy pun kehilangan ke dua ibu bapa juga..arwah ibu meninggal 8 tahun lepas & arwah bapa baru meninggal tahun lepas😢😢
aduhh laa guest ni pun,, aku tgh sedih² dia boleh bagi lawak jap 😅
.
- apa laa erti seorang anak bila tiada lagi seorang ibu & ayah,, sunyi yg tiada penjelasan,, sunyi yg akan dirasakan sehingga akhir hayat 😢
Mak sy pnh ditidurkan selama 2minggu sbb covid,lpas panggilan sebelum mak ditidurkan,separuh dunia sy mcm runtuh hancur berkecai sbb dah la time tu pkp,dok jauh & baru habis berpantang..
tiap kali fon bunyi,sy panik sbb takut klu tu panggilan yg menakutkan 😢
lpas 2 minggu tu, Alhamdulillah mak beransur pulih..mak cerita msa ditidurkan,mak bermimpi berlari anak dlm jalan yg gelap sambil ada suara hasut mak utk give up..tp mak x henti2 doa semoga Allah panjangkan umur & ampunkan dosa2 sbb mak rindu anak2 & cucu2 😢
masa dah dipindahkan ke wad biasa,kak sedara sy yg jaga sbb dia nurse di hosp tu..kak sedara kata,mak x pnh berhenti buat terapi sbb mak nak discharge cpt2..
Sejak dari tu,kami adik-beradik sekerap mungkin ucap i love u kat mak & kat sesama kami..
Alhamdulillah mak dapat tunaikan umrah dgn 2 org adik (kami 4 beradik) tahun 2022 & diorang dah selamat mendirikan rumahtangga tahun lepas 😊 insyaAllah tahun ni mak bawak sy & adik no 2 ke umrah 😊..selagi masih ada,x kisah la mak ayah,adik beradik or kawan rapat, ucapkan ucapan sayang, tunjukkan yg kita bersyukur yg diorang hadir dlm hidup kita 😊
Allahu semoga kita semua kuat mnghadapi semua dugaan yg akan berlaku😔🤲
wehh sedih gilerr kli nieh pnyer prkongsian jrg tgk guys yg mmg truly nangis but apepun thnks for the advice
I'm not crying 😭😭😭😭😭😭😭
Aku dengar sambil mengenang hidup aku sendiri. Ayah memang takde dri umur aku setahun meninggal sebb sakit jantung. thun lepas 2023 start kisah sedih aku dan family. mak aku kene kanser paru² stage 4. skrang tngh buat rawatam chemo. after few months. kakak aku kene cancer darah and tengah teruskan rawatan and tahun ni abang aku sedang bertarung nyawa di ICU. Aku tahu aku bakal rasa kehilangan ni. dan aku still tak sanggup😢
Dengar cerita dia, buat aku nangis. Arwah ayah aku baru je pergi dalam 11.01.24. aku sulung perempuan. Aku kene kuat untuk adik2 dan untuk mak aku. Aku ni kuat nangis, but how aku boleh tahan air mata sejak ayah aku pergi padahal aku banyak membesar dengan ayah aku. Hanya suami aku yg nampak air mata aku lepas ayah aku pergi. Doakan aku sll kuat utk family aku yg masih tersisa ❤️🔥
Salam Takziah ❤
😢😢😢Tahun ni sambut birthday mak 01/02 tanpa mak sayu sgt!! And sambut birthday pertama 03/02 tanpa mak sedih n feel 0....Al fatihah buat my mom yg tlh pergi pada 20/12/2023 😭😭😭😭...birthday kita org dh lh selang sehari jerr....i feel it...
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran... Moga tabah menghadapi dugaan hidup yg penuh onak dan duri. Juga moga dipermudahkan segala urusan serta dalam limpah rahmat dan kasih sayang Allaah sentiasa, aamiin, aamiin, aamiin Rabbi...
@@noraniali2093 thanks
Tq bro atas nasihat satu kisah penceritaan yg menarik dan cara cerita yg matang kita2 pun berlinang air mata teringatkan ayah yg sudah pergi
Weii 😭 Arwah nenek aku xde pun ."Raya is nothing" apatah lg Kalau ibu da xde😭😭😭
Sedihnyaa 😢 saya tak dapat nak ziarah selalu sebab terlalu jauh.. terbaik kasyah jadi orang yang sentiasa kuat 😌
This one😢😢😢😢❤️❤️❤️❤️❤️ thank u for this epsd Cap
sama2 🥰
Kali ni sedih, tiba2 mata ni masuk habuk pulak .. 🥲🥹
Raya mcm x bermakna tanpa ibu bpa😢😢
😭😭😭😭😭😭😭😭😭
aku yang tengah study ni, berlinang air mata T^T
He is going to be a good husband and a father sama mcm ayahnya
Sangat emotional this time punya ep 😞
Me: sblm upsr ibu pergi, seblm spm ayh pergi. Time tgh spm ni dua ii tk de,tk smpt nk tgk ank dia spm. Rasa kosong je weh. Tk de smgt lgsung
Good luck untuk SPM. Semoga dipermudahkan segala urusan aaminnn in shaa Allah
berat ujian awak. stay strong. Salam Takziah ❤
Assalammualakum bang acap.. saya ada satu pengalaman boleh tak saya share dekat youtube abg?
Xhenti air mata ak dgr kisah kali ni😢
saya da nangis dlu 🥲
@@AshhrappChannel23 hrap ada season 2 untold story ni capp
Tak guna na. Video lama. Bru tgk. Air mata non stop ek keluar
aku punya oldest cousin pernah accident motor masa 2022 dia masuk hospital masa tu jugak lepas dia accident
hari pertama dia stable hari kedua stable hari ketiga masuk icu selepas seminggu dia di sah kan meninggal dunia di sebab kan sel otak pecah aku masa tu nangis macam air laut aku tak sangka dia meninggal macam tu
masa raya kitorang sekeluarga rasa feeling yang sangat pelik dan nangis di sebab kan arwah cousin saya situ semacam ada kat situ mak cousin saya dan cousin saya yang kain termasok mak saya menangis saya rebah masa tu dan nangis tak henti henti
di sebab kan dia adalah second kindest cousin in my life
al fatihah umtuk cousin saya
Real man talk...this episode really hit me hard 😭😭😭😭😭
Cerita penuh pengajaran.. thank you for sharing...dgn aku2 nanges bile acap nanges.. aku harap kita semua boleh menjadi manusia yg lebih menghargai semua org...yg mana masih ada mak dan bpk hargai mereka..berbakti lah kepada mereka.. x rugi buat baek dgn ibu bapa kita.. allah akan balas yg baek2 utk kte..jgn bermusuh dgn ibu bpk walaupun buruk mcm mana sekali pun.. kita wajib hormati mereka..
Part first year puasa n raya without figure ibu paling sedih sbb saya melalui perkara yg sama. Semoga arwah ibu kasyah ditempatkan dalam kalangan org beriman. Aamin ✨✨
Tahun ni raya ke puasa aku hambar sebab arwah bapak dah pergi tahun 1hb 1 2019 sakit TIBI n 3serangkai n dialisis, 2020 kaklong pergi sakit kanser serviks n anxiety senggugut n 2022 arwah emak pula pergi sakit kanser kelenjar pankreas akibat gastrik simptom n seumur hidup tanggung srlain stroke. Semua tinggalkan aku solo sebagai anak lelaki tunggal😢 setelah jaga mereka berturut2 selama 10tahun. Al Fatihah n moga mereka semua diberkati amalan di dunia n di akhirat. Salam takziah pada anda semua alami kehilangan keluarga n ibubapa.
Ayah aku meninggal tahun 2019.setahun selepas aku kahwin tahun 2018.aku sempat jaga 1 bulan.bila ayah aku meninggal,hampir setahun aku nak adapt yg ayah aku dah xde.sebab dah jadi kebiasaan aku jaga dia,tengah malam ayah panggil aku sebab nak gi toilet.teman dia ke toilet sebab takut jatuh.macam terdengar2 bunyi tapak kaki ayah aku brjalan ke toilet untuk amek wuduk tahajud pukul 4 pagi.aku yg pakaikan dia pampers,angkat ayah aku,pakaikan baju dia.aku demam,sakit teruk 4bulan lepas ayah aku meninggal.even now dah 5tahun ayah aku pergi,aku masih terbayang² segala yg ayah aku buat
Salam Takziah ❤
@@AshhrappChannel23 terima kasih
Serious I'm so touched for this story this time😢..Acapp jgn lahh nangis! mcm sya dh x der Daddy bln depan 27/3 genap 2 taun dh pegi smpai skarang masih terasa tiap kali muncul dlm mimpi & dlm dompet ada simpan gambar dia & mummy( mummy ada lgi)...Sya mnyesal sgt2 masa dia sakit x der ngan dia & jaga dia,masa tuu kakak,Mummy & abg ipar jaga...sblom mninggal pesanan terakhir dia "Syg ank2 Daddy smua u all are my Tresure'...Anyway to Qasha Be Strong,Ok..i feel U😞
Terima kasih acapp jemput kasyah, make me more appreciate my parents.. my parents ada lg tp still terasa sedih tu..
Honestly kasyah ni happy go lucky orgnya sbb pernah satu team masa jd PM MDS UiTM.. gudluck kasyah and semoga dipermudahkan urusan pernikahan nanti🤲🏻
Sedih sangat..x boleh bayang kehilangan tu..lagi lagi orang yang paling kita sayang (ibu, ayah, suami, adik beradik)😢
Baguslah Ade keluarg support cmtu. Patut bersyukur sbb x semua family boleh hidup akrab camtu. Ade yg hidup JD cam anak angkat je semua bende x btul itu ini. Nak brckp MMG xdela tp bebel je setiap masa. Seolah2 kita ni org dari penjara. So brsyukurlah Ade family yg Korang boleh lepak sme2 mcm kawan2
Umur aku sekarang 29
Aku taki henti baca doa ibu bapa sepanjang dengar perkongsian ni..terima kasih sebab dah share pengalaman yg berat ni. nak tanggung perasaan kehilangan org terdayang ni bukan mudah...semoga kita menjadi anak yg berbakti buat mak ayah..buat baik pada mak ayah selagi mereka ada..doa daripada seorg ibu takde batas, so buat baik pada ibu selagi masih bernyawa..❤
kenapalah aku dengar time buat kerja.. mengalir air mata.. siot betul. rindu arwah abah. Al fatihah buat abah saya
SANGAT2 faham perasaan ni. dlm kes sis, i lost my father back in 2017 a few days before raya haji. until 2024 i can never talk/think about my father of cuz it always bring good memory but bring a lot of tears nangis smpi teresak-esak. sebagai anak perempuan sis mmg rapat dgn ayah. celik matastiap masa cari ayah. smpi mak slalu perli 'asyik2 cari ayah, g la berkepit ngan ayah ko tu'. benda yg paling takut, klu satu hari nnt sis lupa suara ayah.
Semoga terus bertabah. Kejayaan dan pencapaian apa pun yg dikecapi selepas kehilangan seorang ibu tu mmg tak feel langsung.. beli la kereta supercar pun, rumah lima enam biji ke, gaji tinggi melangit, emas intan berlian berkilo2.. semua tu takda feel yg sama.. Bykkan berdoa dan bersedekah atas nama mereka...hati tu mmg takkan sama dgn sebelum ni... yg hidup perlu teruskan hidup..
Alhamdulillah org tua masih ada. Semoga mereka dipanjangkan umur. Sesungguhnya aku belum bersedia..
Cuma aku menghadapi saat mak mentua aku dipanggil Ilahi 2/3/2023.sgt mudah...masuk hospital hanya sebab demam. 4 hari di hospital. Subuh hari keempat dia meninggal akibat sesak nafas..Al Fatihah. Semoga arwah mak dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin.
❤❤❤❤❤❤❤❤
gugur air mata seorng ibu 😭…..
Aku tak boleh nak fikir kalau mak aku dah x de nanti macam mana aku ni 😢.allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar tulis macam ni pon dah rasa berdebar. Mak aku la ayah dan mak untuk aku selepas bercerai dengan ayah aku semoga mak aku sentiasa sihat aamiin
Kehilangan seorang insan yg bergelar ibu, memang akan memberi kesan yg sgt mendalam
Sama mcm sya sampai sekarang sambut raya xda semangat sebab arwah mak dh xda😢😢
Sama² lah kita sedekahkan alfatihah buat arwah meninggal dunia,arwah tok waj,arwah tok semoga ditempatkan disisi allah taala ..lily rindu sangat kat arwah berdua merekalah yang menjaga aku masa kecik😢😢..
Al Fatihah buat arwah
Al-fatihah kepada ibu kasyah 🥹
terima kasih ☺