--- generasi (umum #2) --- setiap individu di muka bumi ini mempunyai kelebihan dan kebolehan masing-masing.. sama ada kelebihan semula jadi sejak dari lahir ataupun kelebihan yang diperolehi melalui pembelajaran, latihan dan pengalaman.. seperti kebijaksanaan, kecerdasan@genius, kepetahan berbicara, berkeyakinan diri, berperwatakan menarik, berkarisma, good looking, berkemahiran tinggi, daya cipta, kreatif, kemahiran melukis, pakar matematik, mahir selok-belok perniagaan, bersukan dan sebagainya.. dan alangkah beruntungnya sekiranya kelebihan-kelebihan itu disulami sempurna dengan nilai 'hati nurani' yang tinggi dalam diri.. kerana itulah asas utama untuk sebuah kehidupan yang sejahtera seluruhnya.. agar apabila individu itu semakin meningkat dewasa.. ia akan menggunakan kelebihan dan kemahiran yang ada pada dirinya untuk kebaikan. malangnya jika sebaliknya.. .. seandainya 'asas' yang utama itu tidak dijadikan sandaran dalam kehidupan.. seseorang itu akan terleka dan terbuai dengan kelebihan yang ada pada dirinya, di mana ia berkemungkinan akan menggunakan kelebihannya pada jalan yang salah yang akhirnya memakan dan membawa kehancuran pada dirinya sendiri serta kemudaratan pada orang lain di sekelilingnya. seperti menyalahgunakan kebijaksanaannya untuk memperdaya dan memanipulasi orang lain demi untuk kepentingan dan memenuhi hawa nafsunya tanpa memikirkan dosa/akibat(balasan) dan kesan ke atas orang yang dianiaya.. .. serta tidak mempeduli sehingga sanggup mempermainkan nilai sebuah kepercayaan yang telah diberikan, hanya kerana demi meraih secebis kemewahan dan keseronokan yang 'sementara'. seperti juga yang sedang berleluasa berlaku pada zaman kini.. iaitu penyalahgunaan terhadap kemahiran dan kepakaran di dalam bidang@platform teknologi maya.. seperti jenayah siber, penipuan online, 'scamming' dan seumpamanya.. sebagaimana yang kita sedia maklum.. kesan dan skala ‘kerosakan’ dari penyalahgunaan platform teknologi maya@jenayah siber ini adalah lebih besar dan kompleks(rumit).. .. ia salah satunya adalah disebabkan faktor kepenggunaan platform teknologi maya pada hari ini telah meliputi hampir segala aspek kehidupan harian masyarakat.. seperti perbankan, urusan transaksi, simpanan data peribadi, maklumat diri, pekerjaan, lokasi, rangkaian sosial, kenalan dan bermacam lagi.. serta jaringan platform teknologi maya itu sendiri yang sangat luas dan melangkaui sempadan pelusuk ruang dan tempat di dunia ini.. ditambah pula ledakan dari penyalahgunaan terhadap kepesatan pembangunan sistem teknologi terkini, iaitu 'artificial intelligence(AI)'. selain daripada usaha untuk meningkatkan sistem kawalan keselamatan siber yang mantap oleh pihak yang berwajib, serta kesedaran tentang perlunya masyarakat umum untuk 'celik' teknologi.. .. usaha dalam pembentukan jati diri yang teguh pada setiap individu haruslah menjadi suatu keutamaan dan dilaksanakan.. penerapan nilai-nilai murni seperti kemanusiaan, kemasyarakatan, nilai kekeluargaan, berkasih sayang, saling menghormati, nilai sebuah kepercayaan, amanah, sifat ihsan, rasa empati dalam diri setiap individu haruslah disematkan sedari dari kecil. meng'equip'kan dan melengkapkan pengetahuan anak-anak tentang ilmu Akidah, akhlak, adab, konsep taqwa dan batasan-batasan yang ditetapkan dalam agama dengan mendalam dan teguh.. serta kefahaman tentang tujuan hidup ini yang sebenar-benarnya.. .. dengan ini dapat membentuk nilai jati diri yang tinggi bersama matlamat tujuan hidup yang jelas di dalam diri mereka.. .. yang seterusnya berupaya untuk memahami akan sebuah tanggungjawab yang hakiki dari setiap kelebihan-kelebihan yang ada pada dirinya. begitulah perihal mengenai kelebihan@kebolehan@'gifted' yang ada pada setiap individu.. ianya dianugerahkan bukanlah untuk suka-suka.. tetapi ia datang bersama tujuan, ujian dan tanggungjawab yang amat besar untuk dipikul. bersama-sama kita bersatu hati berusaha demi mencapai masa hadapan yang sejahtera dan dirahmati.. In shaa Allah. ___________________________ ___________________________ ___________________________ hari demi hari.. kemajuan teknologi berkembang dan berevolusi dengan sangat cepat dan pesat.. sehingga tidak lagi terduga bagaimana keupayaannya pada masa akan datang.. namun, walau apapun keupayaan dan kemampuannya kelak.. selagi mana ia digunakan pada jalan kebaikan dan berlandaskan batasan di dalam agama.. selagi itu ia akan bermanfaat.. .. dan juga sebaliknya. ___________________________ ___________________________ ___________________________ "a strong nation comes from many strong families.. many strong families come from strong individuals.. and strong individuals are individuals with clean hearts and minds.. a clean heart and mind comes from the rejection of any immoral conduct."
Jazakallah ya tuan guru habib
Sungguh mulianya ilmu
🥰😍🥰
Semoga engkau lah tempat aku berlindung tempat aku bersandar dan engkau lah sebagai kekuatan bagi aku.amin ya Rabbal Alamin..
امين يارب العالمين
--- generasi (umum #2) ---
setiap individu di muka bumi ini mempunyai kelebihan dan kebolehan masing-masing.. sama ada kelebihan semula jadi sejak dari lahir ataupun kelebihan yang diperolehi melalui pembelajaran, latihan dan pengalaman..
seperti kebijaksanaan, kecerdasan@genius, kepetahan berbicara, berkeyakinan diri, berperwatakan menarik, berkarisma, good looking, berkemahiran tinggi, daya cipta, kreatif, kemahiran melukis, pakar matematik, mahir selok-belok perniagaan, bersukan dan sebagainya..
dan alangkah beruntungnya sekiranya kelebihan-kelebihan itu disulami sempurna dengan nilai 'hati nurani' yang tinggi dalam diri.. kerana itulah asas utama untuk sebuah kehidupan yang sejahtera seluruhnya..
agar apabila individu itu semakin meningkat dewasa.. ia akan menggunakan kelebihan dan kemahiran yang ada pada dirinya untuk kebaikan.
malangnya jika sebaliknya..
.. seandainya 'asas' yang utama itu tidak dijadikan sandaran dalam kehidupan.. seseorang itu akan terleka dan terbuai dengan kelebihan yang ada pada dirinya, di mana ia berkemungkinan akan menggunakan kelebihannya pada jalan yang salah yang akhirnya memakan dan membawa kehancuran pada dirinya sendiri serta kemudaratan pada orang lain di sekelilingnya.
seperti menyalahgunakan kebijaksanaannya untuk memperdaya dan memanipulasi orang lain demi untuk kepentingan dan memenuhi hawa nafsunya tanpa memikirkan dosa/akibat(balasan) dan kesan ke atas orang yang dianiaya..
.. serta tidak mempeduli sehingga sanggup mempermainkan nilai sebuah kepercayaan yang telah diberikan, hanya kerana demi meraih secebis kemewahan dan keseronokan yang 'sementara'.
seperti juga yang sedang berleluasa berlaku pada zaman kini.. iaitu penyalahgunaan terhadap kemahiran dan kepakaran di dalam bidang@platform teknologi maya.. seperti jenayah siber, penipuan online, 'scamming' dan seumpamanya..
sebagaimana yang kita sedia maklum.. kesan dan skala ‘kerosakan’ dari penyalahgunaan platform teknologi maya@jenayah siber ini adalah lebih besar dan kompleks(rumit)..
.. ia salah satunya adalah disebabkan faktor kepenggunaan platform teknologi maya pada hari ini telah meliputi hampir segala aspek kehidupan harian masyarakat.. seperti perbankan, urusan transaksi, simpanan data peribadi, maklumat diri, pekerjaan, lokasi, rangkaian sosial, kenalan dan bermacam lagi.. serta jaringan platform teknologi maya itu sendiri yang sangat luas dan melangkaui sempadan pelusuk ruang dan tempat di dunia ini..
ditambah pula ledakan dari penyalahgunaan terhadap kepesatan pembangunan sistem teknologi terkini, iaitu 'artificial intelligence(AI)'.
selain daripada usaha untuk meningkatkan sistem kawalan keselamatan siber yang mantap oleh pihak yang berwajib, serta kesedaran tentang perlunya masyarakat umum untuk 'celik' teknologi..
.. usaha dalam pembentukan jati diri yang teguh pada setiap individu haruslah menjadi suatu keutamaan dan dilaksanakan..
penerapan nilai-nilai murni seperti kemanusiaan, kemasyarakatan, nilai kekeluargaan, berkasih sayang, saling menghormati, nilai sebuah kepercayaan, amanah, sifat ihsan, rasa empati dalam diri setiap individu haruslah disematkan sedari dari kecil.
meng'equip'kan dan melengkapkan pengetahuan anak-anak tentang ilmu Akidah, akhlak, adab, konsep taqwa dan batasan-batasan yang ditetapkan dalam agama dengan mendalam dan teguh.. serta kefahaman tentang tujuan hidup ini yang sebenar-benarnya..
.. dengan ini dapat membentuk nilai jati diri yang tinggi bersama matlamat tujuan hidup yang jelas di dalam diri mereka..
.. yang seterusnya berupaya untuk memahami akan sebuah tanggungjawab yang hakiki dari setiap kelebihan-kelebihan yang ada pada dirinya.
begitulah perihal mengenai kelebihan@kebolehan@'gifted' yang ada pada setiap individu.. ianya dianugerahkan bukanlah untuk suka-suka.. tetapi ia datang bersama tujuan, ujian dan tanggungjawab yang amat besar untuk dipikul.
bersama-sama kita bersatu hati berusaha demi mencapai masa hadapan yang sejahtera dan dirahmati.. In shaa Allah.
___________________________
___________________________
___________________________
hari demi hari.. kemajuan teknologi berkembang dan berevolusi dengan sangat cepat dan pesat.. sehingga tidak lagi terduga bagaimana keupayaannya pada masa akan datang..
namun, walau apapun keupayaan dan kemampuannya kelak.. selagi mana ia digunakan pada jalan kebaikan dan berlandaskan batasan di dalam agama.. selagi itu ia akan bermanfaat..
.. dan juga sebaliknya.
___________________________
___________________________
___________________________
"a strong nation comes from many strong families..
many strong families come from strong individuals..
and strong individuals are individuals with clean hearts and minds..
a clean heart and mind comes from the rejection of any immoral conduct."
Dikhianati abdul somad cikgu😅😅😅😅😅😅😅
🤔